Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 23 »

Sebulan kemudian

Hari demi hari,hubungan aku dengan Jungkook semakin renggang sejak dari hari yang aku meluahkan perasaan aku pada dirinya ketika itu.

Jungkook tidak lagi datang ke rumah aku, lepak dengan aku, apatah lagi bertegur.

Bertegur tu adalah,setakat hai bye. Dah tak macam dulu.

Betul apa yang aku jangkakan,kalau aku meluahkan perasaan aku,mesti hubungan persahabatan aku dengan Jungkook jadi seperti sekarang.

"Hyomin." lamunan aku terhenti ketika Jimin menyapa aku. Senyuman manis diukirkan untuk aku.

"Kau termenung apa?" sambungnya lagi. Aku menundukkan kepala memandang peha, hujung skirt aku genggam kuat. Air mata aku mula bergenang.

"Hyomin.." Jimin memegang bahu aku. Dagu aku ditarik olehnya,dipaksa untuk memandang wajahnya.

Air mata aku jatuh jua akhirnya di hadapan Jimin. Aku memejamkan mata aku rapat,air mata aku dibiarkan mengalir laju.

Pipi aku diusap perlahan,air mata aku dikesat lembut. Mata aku dibuka semula,wajah Jimin bersama senyuman yang tidak lekang dari bibirnya menjamah mata aku.

"Dah,jangan nangis. Aku dah pesan kan? Kau ada aku. " ujar Jimin memujuk aku. Aku hanya mengangguk kecil lantas hidung aku dicuit manja oleh Jimin.

--

"Wah,Jungkook dan Soo Hee jadi hot couple of the year!" jerit Hoseok setelah aku dan Soo Hee melangkah masuk ke dalam kelas.

Aku menekup mulut Hoseok,mata aku membulat. Pelajar-pelajar lain saling berpandangan dan tersenyum-senyum sesama sendiri.

Soo Hee yang berdiri di sebelah aku tertawa halus. Dia mula mengorak langkah menuju ke tempat duduknya.

"Kau ni! Diam diam jelah." aku berkata pada Hoseok. Hoseok tersenyum sambil mengusap belakang lehernya yang .

"Sorry lah Kook. Ehe. " pinta Hoseok.

Langkah aku dipercepatkan ke arah meja belajar aku apabila Sir Soohyun berdiri tegak di hadapan pintu kelas sambil matanya tajam memandang kami satu kelas.

--

"Oh,akhirnya dia dapat juga apa yang dia nak. " kata aku perlahan,buku nota diconteng dengan pelbagai jenis lukisan.

Jimin yang berada di sebelah aku terus menarik pensel yang berada dalam genggaman aku tadi.

"Jimin,ada apa?" soal aku bersama dahi yang dikerutkan.

"Kau cakap pasal Jungkook kan tadi?" Jimin berkata, matanya kembali fokus memandang hadapan,tangannya pula menghulurkan pensil aku semula.

"Huh.." keluhan kecil aku lepaskan. Rambut yang terjurai di hadapan muka aku raupkan ke belakang.

"Ya,Jimin. Aku cakap pasal dia. Dia nak Soo Hee, dan dia dah dapat. Aku tumpang gembira. " senyuman kelat terukir pada bibir aku.

Hakikatnya hati aku sendiri sakit melihat dirinya bahagia bersama orang yang tidak beradab seperti Soo Hee itu.

Bahkan,aku mendera jiwa sendiri.

"Jangan difikirkan lagi si Jungkook tu,Hyomin. Dia dah kecewakan kau kot. " Jimin bersuara perlahan agar Sir Johnathan tidak tertarik untuk mendengar perbualan kami.

"Hm,yelah. " balas aku pendek.

Jimin tersenyum,rambut aku dikusutkan olehnya.

"Sabtu,jom keluar?" Jimin menyambung lagi.

"Okay,boleh juga. Aku stres hehe." senyuman kecil aku berikan kepada Jimin. Ada saja cara si Jimin ni untuk membuat aku tersenyum kembali.

"Eh kejap. Hari ni hari apa? Berapa hari bulan? " soal aku.

"Hari ni Khamis, 15 Ogos. Kenapa?" balas Jimin.

Mata aku membulat,teringat akan sesuatu.

"2 minggu lagi hari jadi Jungkook." kataku perlahan,kepala mula menunduk.

" Tak apa,nanti kita ajak dia sambut." pujuk Jimin sambil mengusap lembut kepala aku sebelum fokus kembali kepada pembelajaran Sir Johnathan.

--

tbc

Update done! Thanks support!❤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro