22♡
" Terima kasih untuk harini, Min. " kataku setelah sampai di hadapan rumahnya.
" Sama sama and terima kasih juga,Kook. " Hyomin membalas bersama senyuman.
Lantas Hyomin membuka pintu kereta dan keluar dari kereta.
Aku juga turut keluar dari kereta untuk menghantar Hyomin ke hadapan pintu rumahnya.
" Sayang. " suara seseorang memanggil sehingga Hyomin menoleh ke arah suara itu.
Jimin.
Tahu saja dia aku sudah menghantar Hyomin balik ke rumah. Cepat pula dia sampai.
" Jimin-shii. " Hyomin terus berjalan ke arahnya lalu memeluknya.
Pelukan Hyomin dibalas Jimin.
" Ehem. " aku cuba mengganggu pasangan merpati dua tiga empat sejoli ni.
Tahu tak aku cemburu?
Ala,Kook. Kau tak ada hak nak cemburu. Hyomin dah bahagia tanpa kau. Kau yang sakitkan dia dulu.
Ingat tu.
" Oh maaf,Kook. Hahaha lupa kau ada dekat sini. " kata si Jimin sambil ketawa kecil.
" Dah,Kook. Elok² balik tu. Terima kasih ya. " Hyomin pula bersuara.
Aku memberi tunduk hormat kepada mereka berdua.
" Aku balik dulu ya. " kata aku sebelum bergerak menuju ke keretaku semula.
--
"Macam mana hari ni? Okay? " soal Jimin semasa aku sedang sibuk menonton drama di televisyen.
Masa masa macam ni lah macam macam soalan nak ditanyanya.
" Jimin, kenapa tak tanya petang tadi? Saya nak tengok drama lah. Kenapa buat saya macam ni? " rengek aku seperti budak kecil.
Jimin menggosok kepala aku.
" Okay, maafkan saya ya sayang. " katanya sambil tersenyum kecil.
" Hm, kejap lagi drama ni habis. Nanti saya cerita okay??" kata aku pula.
Jimin mengangguk dan membiarkan saja aku meletak kepalaku di bahunya.
Oh ya, aku sekarang berada di rumah Jimin. Eomma lagi ke luar kawasan macam biasa. Minggu depan baliklah tu.
10 minit berlalu
Drama aku sudah pun habis. Jimin di sebelah mula tersengguk sengguk melawan mengantuknya.
" Jimin, mengantuk ya? " kata aku.
Jimin terus mencelikkan matanya sebulat bulatnya dan menggelengkan kepalanya dengan laju.
" Mana ada. " jawabnya selamba.
Aku mula tersenyum memandangnya.
" Mengantuk, mengantuk, nak tidur mana.. Mengantuk, mengantuk, tolong lah saya.. Hahaha " aku menyanyi di telinga Jimin sambil ketawa kecil.
Kini, Jimin pula mengambil tindakan dengan menggeletek satu badan aku. Tidak mampu aku menahan ketawa sehinggakan mengalir air mata.
"Hahahahaha dahlah Jimin, apa nii. Ayyy " jerit aku diselangi ketawa.
" Hahahah okay okay dah. " Jimin berhenti dan mula mengelap peluhnya. Dah macam exercise , padahal geletek aku je.
Aku membetulkan posisi dudukku. Aku duduk menghadap Jimin.
Wajahnya yang putih itu aku usap dengan kedua dua belah tanganku. Pipi comelnya juga menjadi sasaran aku.
Secara tidak langsung, aku terus memberi ciuman sekilas di bibirnya.
" Ha, sayang! Cium curi curi! Tak adil! " kata Jimin selepas aku memberikan ciuman sekilas itu.
Aku cuma tersenyum malu, tangannya pula aku pegang erat.
" Saya sayang awak, Park Jimin. Walau macam mana pun Jungkook cuba nak dapatkan saya, saya tetap akan pilih awak. " kata aku.
Mata aku mula bergenang.
Apa yang aku buat ni? Kenapa tiba tiba?
" Sayang.. Awak okay ke? Kenapa tiba tiba? " soal Jimin.
Aku mengelap air mata yang bergenang sambil menggelengkan kepala.
" Tak ada apa. Saja nak bagitahu. Dah jom tidur. " kata aku sebelum bangun dari sofa untuk berjalan ke bilik tidur.
Jimin pula masih terpinga pinga di ruang tamu.
--
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro