Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 22 »

"Jangan kacau aku!" aku menjerit setelah mendengar suara Jungkook di sebalik pintu bilik.

"Hyomin,aku minta maaf." ujar Jungkook untuk memujuk aku.

Huh,aku takkan termakan dengan pujuk rayu kau lagi,Jungkook. Aku dah terlalu terluka dan kecewa dengan layanan kau pagi tadi.

Pintu bilik aku dibuka,pelukan pada lutut aku eratkan.

Tangan aku dicapai lembut oleh seseorang,yang aku pasti dia Jungkook.

Aku menepis kuat tangannya,tapi Jungkook masih diam tidak berkata apa apa.

"Hyomin." suara lembut Jungkook menyapa telinga aku. Kepala aku terangkat sedikit demi sedikit untuk memandang wajahnya.

Air mata aku dikesat lembut dengan tangannya. Mata aku memandang tepat ke dalam anak matanya.

"Aku minta maaf." ucap Jungkook. Aku merasakan dirinya ikhlas pada ketika ini. Hati aku pula tiba-tiba saja menjadi lembut.

Haih,Hyomin. Didiklah hati kau ni betul-betul.

"Hm" aku hanya melepaskan keluhan kecil,senyuman manis terukir di bibir Jungkook.

"Hyomin,boleh aku tahu kenapa kau marah sangat bila aku rapat dengan Soo Hee?" soal Jungkook membuatkan aku terkedu.

Aku menukar posisi duduk aku kepada bersila supaya lebih selesa.

"Sebab aku takut,Soo Hee akan rampas kau." jawab aku,ringkas tapi mendalam maksudnya.

"Dan." ayat aku dibiarkan tergantung. Aku menarik nafas dalam,hati aku berdebar,laju degupannya. Yang tahu betapa gemuruhnya aku,hanyalah Tuhan.

"Dan apa?" Jungkook memegang tangan aku,mata redup miliknya disasarkan pada wajah aku.

"Huh.." aku melepaskan keluhan kecil. Rambut aku yang berjuraian aku tolak ke belakang. Sekali lagi nafas ditarik.

"Aku suka kau,Kook. Dah lebih 3 tahun aku pendam perasaan ni." akhirnya,terluah juga segala rasa aku pendam.

Tangan aku yang dipegang Jungkook tadi terasa ringan. Jungkook berundur ke belakang,dia bangun dari katil aku.

Matanya merenung dalam mata aku. Mulutnya terlopong kecil.

"A-aku..tak pernah rasa macam tu dekat kau,Min. Aku anggap kau macam adik aku sendiri. M-mian. A-aku,suka Soo Hee. Maaf sekali lagi. Aku balik dulu." jawab Jungkook,seraya itu dia meninggalkan bilik aku.

Senyuman kecil terukir di bibir akh,sudah aku agak,perkara ini akan terjadi sekiranya aku meluahkan perasaan aku yang terpendam lama.

Takkan lah nak bercinta dengan kawan baik sendiri?

Setelah jawapan itu yang meluncur dari mulut Jungkook,aku tahu dia memang betul-betul memaksudkannya. Hati aku retak seribu,mata aku mula berkaca.

Aku mungkin akan kehilangan kawan terbaik aku kali ni.

--

Katil yang beralaskan tilam empuk menjadi sasaran badan lesu aku. Kepala aku mendarat di atas bantal yang begitu empuk.

Sekali mata aku melihat siling bilik,memikirkan apa yang Hyomin katakan tadi. Ya,kata yang jujur dan ikhlas dari hatinya.

Tapi,macam mana? Adakah layannan aku terlampau baik sehinggakan dia boleh jatuh cinta dengan aku?

Ya,mungkin aku terlalu baik bila difikirkan semula. Aku tolong dia sewaktu dirinya susah,sentiasa ada dengannya. Pergi kemana saja semua dengan dia.

Tapi,kenapa perasaan cinta dan sayang tu tak hadir dalam diri aku? Aku cuma sayangkan dia sebagai seorang kawan baik. Aku tak pernah terfikir untuk sekalipun jatuh cinta dengan dia.

Dalam masa yang sama,Hyomin juga menderita sekarang. Dia tahu aku telah menolak cintanya.

Maafkan aku,Hyomin. Aku tak mampu nak sayangkan kau lebih daripada seorang kawan,apatah lagi jatuh cinta.

--

tbc

Nak update lagi ke malam ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro