Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 21 »

"Weyh! Bibir kau apahal ? Baju kau kotor ni kenapa ? " suara Hoseok kedengaran bergema di dalam kelas.

Aku menoleh ke arah Hoseok dan sekali itu aku terlihat Hyomin.

Bibirnya berdarah,bajunya pula terdapat sedikit kekotoran.

Mata aku membulat melihat dirinya,segera aku bangun dari kerusi dan mendapatkan Hyomin.

"Hyomin,kau kenapa ni?" soal aku.

"Tak ada apa apa, Jimin. Aku okay." jawabnya lalu bibirnya dipaksa mengukirkan senyuman untuk aku.

"Jom,duduk. Aku nak tahu benda sebenar." aku menarik tangan Hyomin menuju ke tempat duduk kami.

"Aduh!" Hyomin mengaduh. Aku terlihat Soo Hee yang sedang tersenyum sinis. Dia melanggar kasar bahu Hyomin.

"Opps,sorry. " kata Soo Hee dalam nada mengejek.

"Aiyoo Jungkook!" Hoseok bersuara dan menyapa Jungkook. Ya,Jungkook baru saja sampai.

--

Aku terus mengendahkan keadaan sekeliling,aku duduk di tempat aku yang terletak di sebelah Jimin. Aku terus meletakkan kepala di atas meja.

"Jungkook,tadi Hyomin buli Soo Hee masa nak jalan pergi sekolah." satu ayat panas menyapa ke telinga aku. Nampaknya si Soo Hee mula mengadu.

Aku diamkan saja,tidak mahu melawan. Bukan salah aku pun.

Berani kerana benar,takut kerana salah bukan? Jadi aku biarkan saja fitnah yang ditabur oleh Soo Hee itu.

"Hyomin." suara garau Jungkook kedengaran. Aku mengendahkan saja,malas ingin bertentang mata dengan dia.

Sah lah nanti dia backup budak gedik tu.

Jimin menyiku lenganku perlahan.

"Kau melampau do,Hyomin. Asal kau buli Soo Hee? Sebab dia budak baru? Come on lah,Hyomin. Be matured sikit. " ujar Jungkook.

Aku masih membatukan diri dan memekakkan telinga. Malas hendak melayan si Jungkook yang sudah mula berpaling tadah.

PAPP!

Aku terkejut dek hentakan meja yang kuat oleh Jungkook. Serta-merta kepala aku diangkat walaupun dalam keadaan terpaksa.

"Aku cakap dengan kau ni,tak dengar ke?!" Jungkook berkata dengan suara yang lantang. Seluruh penghuni kelas memerhatikan kami pada ketika ini.

Aku terkejut sekali lagi, dia sudah mula meninggikan suara kepada aku.

Selama aku dengan Jungkook berkawan,sekali pun dia tidak pernah meninggikan suara kepada aku.

Air mata aku mula bergenang di sebalik rambut yang terjuntai di hadapan muka. Saja aku biarkan tanpa diselak,biar menutupi kesan luka yang diberikan Soo Hee pagi tadi.

Kalau aku bagitahu perkara sebenar pun,semestinya Jungkook tidak percaya. Soo Hee itu lebih baik daripada aku. Tak begitu?

Aku bangun dari kerusi dengan kasar sekali sehingga kerusi itu terjatuh. Penumbuk yang aku genggam kemas aku hentakkan pada meja,membuatkan pelajar lain tertarik untuk terus menyaksikan babak panas antara aku dan Jungkook dalam situasi begini.

"K-kau tak pernah tinggikan suara dekat aku,Kook. Tapi,sekarang? Tch,apa perempuan tu dah hasut kau?" kata aku dengan nada sinis,senyuman terukir pada bibir kecilku.

"Wey! Cikgu dah datang!" kata si Namjoon yang tergopoh-gapah masuk ke kelas. Semua pelajar kelam kabut kembali ke tempat masing-masing.

Begitu juga Jungkook. Aku perhatikan saja tingkah laku Soo Hee,sempat dia menghantar pandangan jijik dan senyum kemenangan kepada aku.

--

"Jungkook,kau tak patut marahkan Hyomin sampai macam tu sekali." ujar Hoseok,ketua kelas merangkap kawan baik aku juga.

"Haih,dah kalau dia buli si Soo Hee tu,tak ke melampau?" balas aku semula. Muka aku raup kasar. Pening memikirkan hal sebegini rupa.

"Kau pasti ke Hyomin buli Soo Hee? Sedangkan Hyomin adalah mangsa buli dekat sekolah ni. Cuba kau fikir balik." Hoseok merenung dalam mata aku.

Sejenak aku berfikir, apa yang Hoseok katakan seperti masuk akal juga.

"Habistu,takkan Soo Hee pula yang buli Hyomin? Dia budak baru kot." balas aku lagi. Hoseok menggelengkan kepalanya.

"Tak,cuba kau fikir apa yang aku kata tadi. Lagipun,aku nampak cara Soo Hee layan Hyomin pagi tadi,dia rempuh bahu Hyomin kuat gila kot. Dah lah bibir si Hyomin tu berdarah pagi tadi,baju kotor. Kau tak perasan ke? " Hoseok bercerita dengan bersungguh- sungguh.

Aku membesarkan mata setelah mendengar cerita Hoseok.

Whutt--

Bibir Hyomin berdarah?

--

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro