Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

19♡

Aku segera berlari untuk mendapatkan Hyomin.

Satu persatu anak tangga aku daki dengan laju.

Langkah aku terhenti setelah melihat tubuh Hyomin terbaring di hadapan pintu biliknya.

" Sayang! " jeritku lalu terus mendapatkannya.

Tubuh Hyomin aku cempung dan bawa masuk ke dalam biliknya semula. Tubuh genitnya itu aku letak di atas katilnya.

" Sayang, awak kenapa ni? Jangan buat saya takut. " kataku sambil memegang erat tangannya.

Hyomin bergerak sedikit, tangannya pula memegang kepalanya. Dia cuba bangun dari katil tetapi dihalang oleh aku.

" Awak tak sihat, baring dulu. " kataku.

Hyomin mengendahkan kataku lalu duduk di atas katilnya.

" Siapa Jungkook sebenarnya? " soal Hyomin.

--

" Boleh tak aku nak rapat dengan Hyomin?" soalku.

Mata Jimin terbuntang memandang aku. Dia ternyata terkejut dengan soalan aku.

" Kau biar betul, Kook? " soal Jimin kembali.

Aku mengangguk dan tersenyum.

Jimin menelan air liur.

" Baik, nanti aku aturkan pertemuan korang berdua. " jawab Jimin.

Aku agak terkejut.

" Betul ke ni, Jimin?" soalku.

Jimin senyum, dan berkata iya.

" Terima kasih, Min. " kataku.

" Tapi Kook.. " Jimin bersuara.

Aku terdiam seketika.

" Aku dah bagitahu Hyomin tadi sebelum datang sini. Aku dah cerita semuanya. Dia, paksa aku. " perlahan Jimin berkata.

" Dia baca diari dia yang pernah dia tulis dulu. Semuanya luahan hati dia bila kau sakitkan hati dia. Soo Hee pun dia tanya siapa..  Aku terpaksa terus terang, aku tak kuat tengok dia nangis macam tu. " sambung Jimin lagi.

Aku memegang bahu Jimin.

" Tak apa, nanti aku settle kan. " kata aku untuk menyenangkan hati Jimin.

--

Aku termenung melihat kegelapan malam dari dalam bilik.

Kepala aku masih ligat berfikir tentang penjelasan Jimin petang tadi.

Siapa Jungkook? Siapa Soo Hee?

Bila teringat kembali nama mereka berdua, hati aku semakin membara panasnya. Air mata aku pula tidak berhenti henti dariada mengalir.

Flashback

" Semua yang ditulis dalam diari awak tu, semuanya betul. Awak menderita sejak Soo Hee muncul jadi budak baru dekat kelas kita masa tu.. " kata Jimin.

Air mata aku mula menitis perlahan.

" Lagi.. " kataku menyuruh Jimin menyambung cerita.

Jimin seperti tidak mahu berkata, tetapi aku menggoncangkan badannya.

" Lagi, Jimin! Lagi! " jeritku kuat.

Jimin menggelengkan kepalanya tetapi aku tetap berkeras ingin tahu.

" Apa lagi, Jimin? Bagitahu saya!" jeeitku lagi bersama esakan.

" Awak dengan Jungkook putus kawan sebab awak bagitahu dia yang awak dah jatuh cinta dengan dia! Sejak daripada hari tu, awak dengan Jungkook dah macam tak kenal. Jungkook berubah lagi lagi lepas kenal dan rapat dengan Soo Hee. " kata Jimin.

" Soo Hee buat awak hampir hilang nyawa. Awak terlalu sayangkan Jungkook sampai awak dah tak tahan tengok dia dengan Soo Hee. Soo Hee aniaya awak, buat cerita pasal kita dan sebarkan fitnah. Hari jadi Jungkook adalah hari paling teruk masa tu. Saya hampir hilang awak! " sambung Jimin lagi sehingga dia hampir kehilangan kesabarannya .

" Maafkan saya, Hyomin. Saya sepatutnya tak cerita semua ni. Saya sayangkan awak, dan saya tak nak awak rasa sakit lagi. " sambungnya lagi.

Aku menangis teresak esak mendengar cerita Jimin.

Patutlah hati aku terlalu sakit bila mendengar Jungkook itu kawan baik aku.

Rupanya, dia juga pernah menyakiti aku.

Dan,

Soo Hee.

Perempuan tak guna tu.

" Jimin, terima kasih. " kataku seraya itu aku terus memeluknya dengan erat.

Aku menangis di dalam pelukan. Hati ini sakit.

Aku dah ingat semuanya.

Selama ini,  semuanya samar-samar. Tapi kali ni, aku dah ingat semuanya.

Dalam hal ini, bukan salah Jungkook 100% . Ini juga sebab Soo Hee.

" Jimin, saya dah ingat semuanya. " kata aku di dalam pelukan.

Pelukan aku lepaskan. Wajah Jimin bermata merah aku pandang.

" Terima kasih, Park Jimin. Saya takkan tinggalkan awak. " kataku.

--

tbc

Saya akan hiatus semula buat sementara waktu bermula hari ni. Thank you sebab selalu support💜

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro