Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 17 »

"Hm." aku mengeluh perlahan. Penat bila melayan perasaan. Siapa suruh ego sangat,Hyomin?

Kepala aku yang terletak di atas meja seperti diusap seseorang. Aku dengan lajunya terus mengangkat kepala.

Aku toleh ke kiri. Jimin rupanya. Dia menghadiahkan senyuman comelnya kepada aku.

"Balik nanti nak aku teman lagi?" tanya Jimin. Aku hanya mengangguk kecil,ekor mata aku pula cuba menangkap susuk tubuh Jungkook.

Aku mengeluh lagi,kepala kembali mendarat di atas meja. Tangan kiri aku diangkat untuk melihat jam.

Lagi 10 minit waktu balik akan tiba.

--

"Kau tak bagitahu Jungkook lagi ke,Hyomin?" aku menanyakan soalan pada dirinya.

Hyomin berhenti mengejut,tangan aku pantas ditarik olehnya.

"Bagitahu apa?" kepala dia ditelengkan sedikit memandang aku.

"Kau kan suka dia. Takkan kau tak bagitahu dia lagi?" Hyomin menunduk menekur jalan tar dimana kami berdiri ketika ini.

"Hm." keluhan pendek dilepaskan olehnya.

"Pasal tu. Aku tak bersedia lagi. Aku takut dia tolak aku,lepastu persahabatan ni terputus sebab itu." Hyomin tidak memandang aku,tapi suaranya jelas kedengaran.

Aku mengambil tindakan dengan memegang kedua-dua belah bahunya.

"Pandang aku." aku mengarahkan nya lantas dia terus memandang tepat ke dalam anak mata aku.

"Aku tahu kau boleh. Aku kan ada. Kalau Jungkook tolak sekali pun dan persahabatan kau putus,aku tetap ada dengan kau." kata aku sambil mengusap lembut kepalanya.

Aku cuba menenangkan hatinya yang gelisah. Senyuman kelat cuba dia ukirkan untuk aku.

"Dah,jom. Rumah kau dah dekat." aku menarik tangannya supaya berjalan dengan aku secara beriringan dan berpegangan tangan.

--

"Hyomin." Jungkook memanggil aku sambil punggungnya dilabuhkan di atas sofa bersebelahan dengan aku.

Aku menghantar pandangan malas kepadanya.

"Apa?" balas aku sepatah.

"Kau buat apa dekat Soo Hee sampai dia menangis?" soal Jungkook bersama dahinya dikerutkan memandang aku.

Mata aku membulat dek kerana soalannya yang mengejut tadi.

Soo Hee,menangis? Aku buat apa? Bila

Sepatutnya aku yang menangis,bukan dia. Gedik siot budak tu.

"Bila masa aku buat dia nangis?" soal aku pula. Dahi aku kerutkan juga.

Jungkook mengeluh perlahan,mukanya diraup kasar,rambutnya pula diselak ke belakang.

"Soo Hee cakap kau tak bagi dia kawan dengan aku. Apahal kau ni?"

Aku terkejut,sumpah. Mata aku sekali lagi terbuntang besar.

Jadi,ini lah yang dimaksudkan Soo Hee? Sekarang baru aku faham. Ini permainan dia supaya dia boleh dapatkan Jungkook dan putuskan persahabatan aku dengan Jungkook.

"Tak,Kook. Kau salah faham ni." aku cuba menjelaskan perkara sebenar. Tapi tindakan Jungkook dengan mengangkat tangannya di hadapan muka aku,tanda dia tak mahu dengar apa-apa.

Aku terpaku,tersentak dengan tindakan Jungkook.

"Kook,dengarlah dulu." aku cuba memujuk rayu Jungkook supaya mendengar penjelasan aku.

"Kau ni,patutnya biar jelah dia nak berkawan dengan sesiapa pun. Aku pun bukan hak milik kau." ujar Jungkook.

Aku tersentak sekali lagi mendengar jawapannya. Aku cuba mengawal perasaan sedih dan marah. Perasaan aku mula bercampur baur.

Jungkook bangun dari sofa dan terus menuju ke dapur.

Aku ditinggalkan diam tak berkutik,air mata aku mula bergenang di tubir mata.

Aku tak sangka,sebegini drastik dia berubah hanya kerana Soo Hee yang baru sahaja dikenali selama 2 hari.

Aku bangun dari sofa dan berlari menuju ke arah tangga. Terserempak dengan Jungkook yang membawa seplastik makanan ringan,tapi tidak aku endahkan.

Mata merah aku memandang ke dalam anak matanya.

Aku memberi jelingan maut lalu aku daki anak tangga dengan laju satu persatu.

--

tbc.

Saya baik hati bagi dua update malam ni.

Saya akan mula exam 8/5 dan berakhir 14/5 . Wish me luck. Saya sayang semua readers saya seikhlas hati. ❤😍

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro