15♡
Bingkai gambar itu aku tenung lama.
Siapa dia ni? Kenapa aku tak ingat apa apa pasal dia?
Aku letakkan bingkai gambar tersebut ke tepi. Mata aku beralih semula ke dalam kotak.
Diari kecil itu aku ambil, aku buka.
Jatuh sebilah pisau daripada buku itu.
Pisau?
Aku lihat muka surat diari itu, ada kesan warna merah.
Darah?
Tiba-tiba kepala aku terasa sakit yang teramat. Aku cuba bangun dan beralih ke katil.
Aku mahu mencapai telefon untuk menelefon Jimin tapi akhirnya semua menjadi gelap.
--
" Sayang, saya dah balik ni. " kata aku sejurus aku masuk ke dalam rumah.
Sepi.
Tiada sahutan.
Aku letakkan beg aku di atas sofa. Mata aku masih melilau mencari kelibat Hyomin.
" Sayang? Awak kat mana?" jeritku. Masih tiada sahutan.
Aku mula naik ke bilik, mungkin juga Hyomin tidur.
Satu persatu anak tangga aku daki.
Pintu biliknya aku kuak, mata mula mencari figura milik Hyomin.
Aku terlihat kotak kotak yang bersepah di dalam biliknya. Aku menghampiri kawasan tersebut.
Aku ternampak pisau kecil bersama diari Hyomin dahulu. Aku mula gelisah. Segera Hyomin aku cari.
Aku terlihat Hyomin yang terbaring di lantai bilik bersebelahan katilnya bersama telefon di tangan.
Aku panik, terus pergi mendapatkan Hyomin. Kepalanya aku pangku.
"Sayang? Sayang? Bangun. Hey awak kenapa ni? Bangunlah, sayanggg. " aku menggoncangkan tubuh Hyomin.
Aku angkat Hyomin dan meletakkannya diatas katil. Wajahnya kelihatan pucat.
Aku bangun dari katil untuk pergi mencari ubat, tetapi tangan aku terasa seperti ditarik oleh seseorang.
" Jimin.. " panggilnya. Aku berhenti lalu berpaling.
Wajahnya tersenyum manis melihat aku.
" Sayang, awak kenapa ni? Sakit ke? Jom pergi hospital. " bertubi tubi soalan aku beri kepadanya. Sungguhnya aku amat risau.
Hyomin bangun dari baringnya, kepalanya dipegang seperti menahan kesakitan.
" Saya okay. Tadi saya nak telefon awak, tapi tak sempat. Saya terus pengsan tadi. Maaf buat awak risau. " katanya.
Aku menghelakan nafas lega.
" Tadi.. " kata kata Hyomin terhenti.
Aku menunggu bait kata seterusnya dengan riak ingin tahu.
Hyomin tersenyum dan menggelengkan kepalanya.
" Tak ada apa lah. Hehe " katanya.
Aku memberi renungan tajam ke dalam matanya.
" Baik awak cakap. Kenapa?" soalku tegas.
Hyomin cuma menarik dan menghembuskan nafasnya perlahan.
" Awak nampak kotak dekat situ? " tunjuknya. Aku mengalihkan pandangan dan berpaling semula ke arahnya.
" Saya ada jumpa pisau kecil, diari dengan bingkai gambar. " jelasnya.
" Dalam bingkai gambar tu, ada gambar kita berdua dengan seseorang. Saya tak kenal siapa. Tapi, tiba tiba tadi kepala saya terus jadi sakit sangat lepas nampak pisau dengan diari yang muka suratnya ada kesan darah. Ada gambaran seseorang tapi.. samar. Kabur. " Hyomin menyambung penjelasan.
Aku terdiam.
Perlu ke aku bagitahu?
" Oh, em. Tak ada apalah tu, sayang. Awak okay tak ni? Nak jumpa orang tu malam ni. Kalau tak, saya cancel je malam ni. " kata aku.
Hyomin menggelengkan kepalanya sedikit lalu dia cuba bangun dari katilnya.
" Awak pergi siap, saya okay je. Saya siap dulu ya. " katanya.
Aku hanya tersenyum, tapi hati aku mula berkocak dengan debaran.
--
tbc
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro