Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

« 15 »

Aku sedang sibuk mengasah pisau. Daging yang telah dibeli tadi sudah pun aku rendam kan.

Bunyi tapak kaki seperti sedang berlari kedengaran,namun aku endahkan lantas senyuman sinis aku ukirkan.

"Jungkook!" jerit Hyomin. Aku masih lagi tersenyum di sebalik tubuh yang tidak menoleh ke arah suara itu.

Terasa tubuh aku dipeluk dari belakang. Pelukan yang cukup erat sehinggakan aku sendiri terdiam dan menghentikan aktiviti mengasah pisau tadi.

"Hiks..Hiks.. Kook,j-jangan lah bunuh diri. A-aku tak nak h-hilang kau. Hik..Hikss.. J-jangan buat kerja gila ni. A-aku janji,lepas ni a-ku dah tak buat k-kerja bodoh ni lagi. Aku janji!" suara Hyomin dibalik tangisan membuat aku berasa bersalah. Dia juga sempat menabur janji kepada aku.

Sayang benar kau dengan aku ya,Hyomin?

Aku meletakkan pisau,rangkulan Hyomin cuba aku lepaskan. Aku memusingkan tubuh menghadapnya. Wajah Hyomin aku tenung.

Matanya merah,air mata mengalir membasahi pipinya. Sedu-sedan halus darinya kedengaran.

"Jangan lah menangis,Hyomin. Aku gurau je. Aku cuma nak masak makan malam. " aku cuba menenangkan dirinya. Air mata nya yang masih berbaki aku kesat perlahan.

Hyomin memandang aku dengan mata yang membulat,terus saja lengan aku menjadi mangsa cubitan halus darinya.

"Auch,auch! Sakitlah,Min."

"Itulah kau,Kook! Lain kali jangan buat macam tu lagi. Aku risau." Hyomin mengusap tempat cubitannya tadi mendarat.

"Heh,tapi tadi kau dah janji tak nak buat lagi benda bodoh tu kan?" tanya aku sambil tersenyum sinis.

Hyomin menepuk dahinya perlahan. Senyuman kelat terukir di bibir munggilnya.

"Janji tu cancel lah. Aku ingat kau betul-betul nak bunuh diri tadi." Hyomin menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lantas tersengih seperti kerang busuk.

"Ah! Takda! Kau dah janji kan." aku menepuk perlahan dahinya sehingga dirinya terdorong ke belakang sedikit. Kuat sangat ke?

Hyomin menggosok dahinya yang aku tepuk tadi,lalu jelingan maut dihantarkan olehnya.

"Yelah,aku tak buat dah. Melainkan.." jawapan Hyomin tergantung setengah jalan. Tergantung tak bertali dan membuatkan aku tertanya-tanya.

"Melainkan apa?"

"Melainkan keadaan yang memaksa." Hyomin tersenyum sinis sebelum beredar dari situ.

Aku menggaru kepala aku yang tidak gatal,cuba mentafsir maksud disebaliknya.

--

"Bangunlah,Kook!" aku mengejutkan Jungkook yang tidur disebelah aku dalam keadaan kakinya disilangkan ke atas badan aku. Lasak betul anak pakcik Jeon ni.

Aku menolak kasar kakinya dan terus aku bangun dari katil. Bilik air aku tuju dan mandi.

Usai saja aku bersiap,Jungkook sudah hilang dari bilik aku. Terdengar bunyi-bunyian dari tingkat bawah.

Aku mengemaskan diri buat kali terakhir di hadapan cermin. Beg sekolah yang terletak kemas di sisi meja belajar aku capai.

Pintu bilik aku tutup perlahan,langkah aku dibawa turun menuju ke dapur.

"Kook,masak apa?" tanya aku setelah tubuh sasa Jungkook menjamah mata aku.

Jungkook menolakkan sebuah pinggan yang berisi omelette dan sosej kepada aku.

"Makan cepat,dah lambat." Jungkook duduk berhadapan dengan aku. Haih,kasyaknya kamu wahai crush.

Aku menggelengkan kepala selaju yang mungkin sehinggakan Jungkook memandang aku pelik.

"Kau apahal? Sewel dah?" Jungkook mengangkatkan keningnya sebelah sambil dahinya berkerut memandang wajah jelita aku. Acecee.

"Ha,tak ada apa." aku menunduk memandang pinggan,lantas aku melajukan setiap suapan aku sehingga licin pinggan itu aku kerjakan.

--

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro