Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10♡

Time skip : Di Seoul Airport

" Sayang, awak dah ready? " tanyaku kepada Hyomin. Dia memandang aku, senyuman manis bak gula diberikan. Anggukan sebagai jawapannya.

" Jom. Kita jumpa eomma. " aku memegang tangannya erat. Hyomin hanya menurut perintah. Bagasi di sisinya diambil kemas sebelum kaki mula mengorak langkah.

Suasana sepi menhimpit aku dan Hyomin buat seketika. Hanya suara-suara pelancong dan warganegara sendiri yang menghuni telinga kami berdua.

Otak aku terasa kusut, serabut. Sungguhnya aku risau kalau Hyomin bertemu dengan Jungkook. Agaknya, adakah dia akan ingat kembali kisah silamnya bersama Jungkook? Aku tidak kisah kalau mereka bertemu, tetapi janganlah pula Hyomin mengingat semua kisah sedihnya dulu.

Dua figura wanita kini menjamah mata aku. Genggaman tangan Hyomin terasa begitu erat. Mungkin kerana dia nervous bak kata omputeh.

Kedua-dua wanita tersebut menyambut kepulangan kami dengan gembira. Senyuman tidak lekang langsung dari bibir bibir mereka.

" Jimin-ah " eomma menyambut aku. Pelukan rindu diberikan. Wajah aku disentuh, ubun-ubun aku diusap dan dicium.

" Eomma, eomma Kim, apa khabar? " aku menyapa kedua-dua wanita yang hampir separuh umur itu.

Aku melihat air mata bergelinang di tubir mata eomma Kim. Sungguhnya aku pasti itu air mata kegembiraan setelah dia melihat anaknya kini sudah kembali.

" Hyomin. " nama itu meluncur laju dari mulutnya wanita tua itu. Hyomin terus mendekati diri eommanya yang dirindui lalu pelukan erat terjalin.

" Eomma. " sepatah perkataan diungkapkan oleh Hyomin. Air matanya mula jatuh berjuraian di pipi gebunya.

" Maafkan Hyomin, eomma. Lama sangat Hyomin seksa eomma. Maaf buat eomma rindu. Maaf sebab buat eomma menangis. Maaf eomma, maafkan Hyomin. " sedu sedan Hyomin melafazkan kata maaf kepada eomma Kim membuatkan aku dan eomma turut terbabit dalam siri linangan air mata.

" Shh, sudah. Eomma tak salahkan siapa-siapa. Janji kamu dah sihat, sayang. " kepala Hyomin diusap lembut oleh eomma Kim. Pelukan dileraikan oleh Hyomin. Air matanya diseka lembut oleh eommanya.

" Dah dah, jom balik rumah. Cukup drama air mata dekat sini. " aku memotong adegan sendu ini. Mata aku dah cukup masuk habuk.

Hyomin sambung menyeka air matanya yang berbaki dengan cepat, begitu juga eommanya.

" Hehe okay dah jom balik. Eomma, kajja! " Hyomin bersuara gembira.

--

" Eomma, masa dekat Amsterdam, Hyomin ada mimpi. " aku mula berbual dengan eomma tentang mimpi aku. Aku perlukan jawapan.

" Mimpi apa ni? " soal eomma. Aku tak tahu macam mana nak terangkan pada eomma.

" Hm, Hyomin tak tahu nak cerita macam mana. Tapi, dalam mimpi tu ada seseorang cakap dia anggap Hyomin adik. Tak lebih daripada tu. Eomma agak siapa? " ceritaku, seraya mengharapkan jawapan.

Air muka eomma serta merta berubah. Mungkin eomma memiliki jawapannya.

" Tak tahu lah eomma, urusan kamu kan? Tak perlulah kamu ingat benda macam tu. Kamu pun baru je sihat ni. Jangan serabutkan kepala kamu ye,sayang." eomma mengusap pipi ku sambil tersenyum.

" Dah, kamu rehat. Eomma nak masak. Nanti eomma panggil makan. " eomma bangun dari birai katilku lalu pergi meninggalkan aku.

Aku tak dapat sebarang jawapan.

Eomma benar-benar tidak tahu atau saja tidak mahu aku tahu?

tbc

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro