« 10 »
Aku berjalan membawa makanan yang sudah aku beli untuk diri aku juga Hyomin.
Mata aku melilau mencari kelibat mahupun bayangan Hyomin tapi sayangnya,tidak kelihatan.
Dia masuk kelas ke? Atau..
FIGHT! FIGHT! FIGHT!
Jeritan para pelajar di suatu sudut kantin menarik perhatian aku,dan baru aku tersedar.
Di situ adalah tempat aku tinggalkan Hyomin tadi.
Langkah aku bergerak pantas ke kawasan yang dikerumuni ramai pelajar yang tidak henti henti memberi provokasi.
Aku cuba melepasi lautan pelajar yang ramai itu dengan menggunakan kuasa aku sebagai senior dan juga pelajar yang popular selepas Jungkook dan Taehyung.
"Berhenti!" aku menjerit lantang untuk memberhentikan situasi tersebut. Semua pelajar memandang ke arah aku. Majoriti semua memberi pandangan seperti terjumpa singa lapar .
Mereka mula beredar dan aku lihat So Bum bersama Hyomin yang dalam keadaan yang basah.
Tidak aku syak lagi,So Bum membulinya. Ya,So Bum salah seorang gadis yang berpengaruh dan popular di sekolah ini.
Hyomin yang terduduk di situ sambik memeluk lutut aku dekati. So Bum memandang aku dengan senyuman gediknya.
"Oppa." sapa si So Bum. Aku memandangnya lalu memberi jelingan tajam.
"Kau bla. Aku tak nak tengok muka kau." aku menolak perlahan badan So Bum,membuatkan dia terundur ke belakang sedikit.
So Bum mengepal penumbuk pada kedua dua belah tangannya. Giginya pula diketap rapat menahan geram mungkin.
Aku mencangkung di hadapan Hyomin yang sedang teresak menangis. Mata aku larikan seketika untuk melihat So Bum yang sedang beredar dari sini.
"Hyomin,aku minta maaf. Aku lupa aku tak patut tinggalkan kau tadi." aku memujuk Hyomin.
Dia terus memandang aku.
"J-jimin.." nama aku dituturkan pada bibir merahnya lantas badan aku dipeluk erat olehnya.
Aku membalas pelukannya,rambutnya yang basah dek curahan air tembikai yang pastinya dari So Bum aku belai lembut. Cuba menenangkan dirinya.
"Aku nak balik." Hyomin berkata dalam pelukan.
Pelukan dileraikan olehnya,air matanya dikesat kasar.
"Aku nak babyknife aku." kata Hyomin lagi. Matanya sayu memandang aku. Aku tersenyum kelat memandangnya.
Aku tahu,dia sedang sedih,marah dan dia memerlukan babyknife untuk membuatkan dirinya berasa lebih tenang .
Aku bangun dari posisi cangkung tadi,Hyomin juga aku tarik untuk berdiri sekali. Sisa air matanya yang berbaki aku kesat lembut.
"Lepas ni ada satu kelas lagi,lepastu kita balik." aku memujuk dirinya lagi.
Hyomin mengangguk saja dan terus memegang erat tangan aku.
"Jom pergi tandas dulu,bersihkan rambut kau tu." aku menarik tangannya yang menggenggam kemas tangan aku tadi dan menuju ke tandas.
Hyomin hanya menurut saja,sambil berjalan kepalanya menunduk saja menekur lantai.
--
tbc
Jemput baca and support sis. Sayang semua❤
Vomment banyak² ya ♥
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro