Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Pulau Nyctophile,

"The Queen dah sampai?" soal King, tidak melepaskan pedang pada tangan nya.

"Belum King tapi kami mendapat maklumat bahawa mereka hampir sampai ke pelabuhan." ujar Ean, salah seorang anak buah The King.

Bunyi desingan bilah pedang berlaga dengan bilah pedang pihak lawan bergema di segenap ruang itu.

"Setahu aku, kau tak suka perempuan. Kenapa tiba-tiba kerja satu kumpulan dengan Queen?"

"Terpaksa."

Prang!

Pedang Ean dan King sama-sama sukar untuk dileraikan. Ternyata, masing-masing sukar untuk dikalahkan. Lihat saja pedang mereka yang berada dalam keadaan pangkah. Bukti bahawa mereka tidak mahu kalah dalam perlawanan pedang ini.

"Kau buat semua ni sebab daddy kau kan?"

"Hmm,"

Mereka meleraikan permainan pedang. Kemudian, pedang nya disimpan di tempat asal kembali.

"Kadang-kadang kau perlu bersuara untuk diri sendiri bukannya membiarkan daddy kau memerangkap kau dalam situasi yang tidak sepatutnya. Kau ada hak untuk bersuara apa yang kau nak dan apa yang kau tak nak." Nasihat Ean demi kebaikan ketua nya.

King belum pernah membantah apa-apa perintah dari daddy nya meski tugasan itu melibatkan nyawa sendiri. Boleh dikatakan, King tidak kesah untuk mati demi kepuasan hati daddy nya.

"Aku boleh bersuara untuk kau kalau kau nak. Kita boleh batalkan semua ini, lagipun mereka belum sampai."

Sambil berjalan keluar, mereka berbincang mengenai masalah yang dihadapi mereka sekarang.

"Membatalkan sesuatu tidak semudah menyuarakan kata hati." Padat dan ringkas jawapan itu.

Ean mencuba mengintai reaksi dari King. Namun ia nya mustahil kerana raut wajah tampan itu tertutup dengan kain bak purdah.

"Kenapa kau bersungguh nak puaskan hati daddy kau sedangkan daddy kau sendiri tak pernah ingin membahagiakan kau. Kalau aku jadi kau, aku dah tolak persepakatan ni. Aku yakin niat jahat daddy kau untuk musnahkan kau."

"Cukup." Suara itu beralun halus memberi amaran.

"Aku tak kira, aku tak terima dengan semua ni. Apapun yang terjadi, aku nak kita semua batalkan pertemuan antara The Kings and The West!"

"Cukup Ean!" Jerkah King, anak matanya tajam memanah pada Ean.

"Aku tahu apa yang aku buat. Aku tak suka perempuan dan aku akan pastikan tak ada komunikasi antara aku dan dia. Jadi kau, tak perlu risau apa-apa."

"Ini bukan masalah perempuan King!" Ean bersuara lantang persis sama seperti King.

Ean tidak mengerti dengan sikap tenang King. Bahkan tak ada sekelumit perasaan curiga pada daddy nya sendiri. Betul-betul percaya seratus peratus bahawa daddy nya tidak merancang sesuatu yang buruk. Meski sudah banyak kali kejadian buruk berlaku, namun King masih menganggap bahawa itu kejadian yang tidak disengajakan.

"Kalau macam ni perangai kau sampai bila-bila, aku pun tak boleh nak tolong." Keluhan berat Ean lepaskan.

"Aku harap, semoga nanti ada seseorang yang bisa buat kau sedar semua ni."

Kedua bahu tegap milik King ditepuk sebelum Ean berjalan lurus menuju ke pelabuhan demi menyambut Queen. Sempat Ean melirik King yang ada beberapa meter dari sana. Nampak gayanya King betul-betul tidak mahu berkomunikasi dengan kaum hawa. Dapat dilihat, langkah itu semakin mengundur menjauh.

"Welcome Queen."

Ean menunduk hormat diikuti konco-konco King yang lain bertepatan ketika Queen menuruni pelabuhan. Anak mata Queen jatuh pada seorang lelaki yang menyambut mesra dirinya. Menganggap itu adalah King, Queen menunduk kecil.

"Queen."

"Ean," sahut Ean, tidak lupa untuk menunduk kepala kali kedua.

Dahi Queen berkerut seribu. Spontan, anak matanya meliar pandang sekelililing. Mungkin bisa menemui King di sekitar pulau persendirian ini. Terpaksa namun harus, Queen mengecilkan anak mata kerana penglihatan nya yang terbatas dek kerana keadaan pulau persendirian ini yang hanya dihiasi lampu malap saja yang ada di sekitar sini. Cari punya cari, penghasilan nya tetap sama. Queen tidak menemui sesiapapun.

"Maaf Queen, King tak bisa hadirkan diri atas sebab tertentu. Kata King, Queen boleh langsungkan meeting tanpa nya." Lancar penipuan itu keluar dari bibir Ean.

Queen mengangguk. Tak mahu memikirkan sesuatu yang tidak penting terlalu lama, Queen melebarkan langkah mengikuti Ean. Tak lain, tak bukan, dalam fikirannya adalah mempercepatkan meeting ini agar dia bisa berehat untuk acara menggoda bakal suami nya esok.

"Saya harap Queen tak ambil hati dengan ketiadaan King di sini. Saya yakin Queen bisa menemui King setelah rancangan kita selesai dibincangkan."

Menyukai akan keberadaan Queen, Ean sengaja perlahan langkah agar bisa menyaingi langkah Queen. Dia mengintai anak mata lentik itu, tiba-tiba jantung nya mengepam laju bak baru berlari marathon.

"Saya boleh memimpin meeting harini kalau Queen tak keberatan." Nada nya terdengar malu-malu.

"Okay,"

Queen merasa risih dengan tatapan Ean padanya, Queen melajukan langkah nya. Fikirnya, Ean tidak akan menganggu nya lagi. Namun sangkaan nya meleset tatkala Ean masih berjalan di sebelah nya.

"Boleh jauh sikit tak?"

Ean sengaja buat-buat tak dengar demi dapat mengintimkan jarak. Sedar tak sedar jarak mereka semakin rapat sehingga lengan berlanggaran. Dengusan geram keluar dari bibir Queen. Queen berhenti mengejut lantas,

Buk!

Ean terjelepok jatuh betul-betul di depan anak buah The King. Mereka tidak ketawa, malah membantu agar Ean bangun. Mereka menatap tajam Queen yang tampak marah itu.

"Queen tak salah, aku yang salah." Akui Ean bersama senyum manis.

Anak buah The King terpinga-pinga. Tatapan tajam itu berubah meredup. Tanpa disuruh, semua anak buah The King menunduk meminta maaf.

"Saya nak batalkan semua ini." Dingin suara itu sekaligus tegas.

"Maafkan saya, Queen. Saya janji takkan buat benda yang sama tapi saya tak janji untuk tak jatuh cinta dengan Queen." Ean terkekeh, tak lupa matanya dikernyit menggoda.

Queen menyampah sehingga kedua matanya memutar ke atas. Tidak peduli dengan anak buah The King, Queen masuk ke dalam mansion.

"Boleh tahan jugak kekuatan Queen."

Jika kekuatan Queen setara ini, tidak tertanyalah kenapa Queen menjadi ketua dalam kumpulan. Malah perwatakan dingin juga tidak gentar menjadi asbab dia sesuai dengan title
ketua.

"Jatuh cinta?" soal suara familiar, siapa lagi jika bukan King?

Ean tersengih bak kerang busuk. Tanpa beralih, anak matanya masih menatap Queen. King turut melakukan hal yang sama. Bibirnya tersungging senyum sinis di sebalik kain yang menutupi muka nya. Ada ketertarikan pada Queen setelah kejadian Ean disepak tadi.

"Kau join sekali?"

"Tak, aku tak minat dengan perempuan. Mungkin lain kali." Ujar King mendatar.

Dia naik atas kuda dan menunggang menyusuri hutan. King tidak terfikir untuk bergabung dengan perempuan. Hatinya belum ingin mengenali mana-mana perempuan. Benci!

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro