Bab 1
Satu demi satu kertas yang berselerakan di atas sebuah meja kaca dicapai. Semua biodata mengenai seorang lelaki tampan bernama Elhan Mateen, memenuhi meja ruang tamu itu. Bahkan, sejak tadi Elvina Lufyaa masih betah bermain laptop milik nya demi mengejar permata yang di ingini nya.
"Sudah-sudahlah kau buat hal, tak serik ke dengan tolakan dari crush kesayangan kau tu?"
Malika melabuhkan duduk di sebelah Elvina. Seraya itu, kertas di tangan Elvina dirampas. Sedetik, anak matanya mengintai isi laptop Elvina. Usaha nya tidak main-main, malah hampir tiga jam berturut-turut Elvina melakukan hack pada sistem khas dari syarikat milik Elhan Mateen. Namun tidak kunjung berhasil. Tapi,
"Yeay! Yeay! Yeay!"
Elvina melompat keriangan bak kanak-kanak ribena yang mendapat mainan dari orang tua nya. Tidak cukup itu, teman baiknya itu menjadi mangsa pelukan nya.
"Wey aku dapat! Aku dapat kerja! Argh!" Teriak kecil itu lolos dari bibir Elvina.
Persis seperti dalam atur rancangan, seseorang pasti akan mendail nombor nya. Senyum manis meniti di bibir nya tatkala ada panggilan telefon menjerit nyaring di sana. Lekas-lekas diangkat nya bersama perasaan teruja yang menggebu-gebu.
"Assalamualaikum, boleh saya bercakap dengan Cik Elvina Lufyaa?"
"Iya saya, saya yang sedang bercakap."
Elvina mencuba sedaya upaya agar tidak menjerit nyaring.
"Tahniah! Cik Elvina Lufyaa, Cik telah diterima bekerja di syarikat Mateen Trading. Untuk melaporkan diri, boleh datang esok pada pukul lapan pagi."
"Baik!"
Tut.
Elvina berteriak sekencang-kencang nya. Malika turut meraikan kegembiraan Elvina meski dirinya kurang suka dengan idea Elvina yang mati-matian meraih cinta dari Elhan Mateen.
"Sejujurnya Vin, aku tak suka dengan idea kau yang cuba mendapatkan cinta Elhan Mateen."
Keterujaan Elvina mendadak hilang. Dia berhenti dari melompat begitu juga dengan Malika. Raut wajah pura-pura gembira Malika diganti dengan kegelisahan.
"Kau tahu Elhan Mateen seorang yang terlalu misteri. Dia menyembunyikan diri dari media sosial. Aku yakin, Elhan Mateen bukan orang biasa-biasa."
"Aku bukan orang biasa-biasa jugak dan aku tak perlu risaukan status misteri Elhan Mateen." Sanggah Elvina, tidak berniat menghentikan langkah bahaya nya masuk ke dalam hidup Elhan Mateen.
"Boleh jadi apa yang kau suka bukan yang terbaik untuk kau."
"Boleh jadi apa yang aku suka adalah yang terbaik untuk aku."
Setiap penolakan Malika sentiasa dilindungi dengan kata positif dari Elvina sehingga Malika lelah untuk sekadar menasihat. Malika mengetahui banyak perkara. Bahkan, Malika tahu bahawa Elhan Mateen tidak layak untuk Elvina.
"Aku dah nasihatkan kau. Apa-apa jadi lepas ni, aku harap kau terima dengan hati yang terbuka. Aku dah nasihat kau banyak kali tapi kau memilih untuk hiraukan apa yang aku sampaikan. Ikut kaulah nak buat apa lepas ni, aku tak kesah." Pasrah Malika, mendorong tubuh Elvina menjauh dari nya.
Bukan merajuk, bukan juga marah. Tapi, Malika sedar bahawa sampai bila-bila pun nasihat nya tidak memberi apa-apa kesan pada Elvina. Elvina adalah Elvina. Keras kepala juga teguh pada pendiriannya mengejar crush kesayangannya.
"Kau marah?"
Langkah Malika terbantut tatkala lengan ditarik dari belakang.
"Aku tahu kau takkan berubah hati semudah itu dengan crush kau. Tapi satu yang aku mintak, tolong jangan mencintai crush kau terlalu mendalam."
Elvina tergamam. Perlahan namun pasti, lengan Malika terlepas. Setelah itu, diperhatikan langkah Malika menjauh dari nya. Keluhan berat dilepaskan,
Ting!
Satu mesej yang dihantar oleh seseorang melupakan seketika masalah nya. Elvina meraih telefon nya lalu mesej itu dibaca.
Bersiap, temui The Kings-Daddy
Elvina mendaki tangga. Selanjutnya, langkah nya dihayun ke bilik Malika.
Tok! Tok! Tok!
Selang beberapa saat, pintu dibuka dan Elvina bisa melihat teman nya itu sudahpun kemas berpakaian khas dari anggota mereka.
"Kau dah dapat mesej dari Daddy?"
Malika mengangguk dan mereka berdua sama-sama bersiap untuk tugasan mereka hari ini. Masing-masing mengenakan topeng muka yang hanya memperlihatkan kedua biji mata mereka. Rules mereka adalah, mereka harus menyembunyikan diri dari musuh. Bahkan musuh mereka tidak bisa melihat wajah mereka, jika ingkar maka tiada cara lain iaitu dibunuh.
"Ready?"
"Let's go!"
Elvina dan Malika turun lantas memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Menderum laju kereta Mercedes Benz menuju ke tempat rahsia mereka.
"Apa tugas kita kali ni?" Soal Malika pada Elvina selaku ketua nya.
"Menemui The Kings."
"Ada rahsia? Atau apa?"
"The Kings bersepakat nak bantu pasukan kita untuk dapatkan diamonds."
Malika mengangguk. Sedar tak sedar, mereka telahpun sampai ke destinasi yang ditujui. Mereka turun kereta menuju ke jeti. Usai itu, mereka bergegas masuk ke dalam sebuah kapal besar khas dari anggota mereka. Selangkah masuk, semua anggota The West menunduk hormat pada nya. Bersama langkah anggun Elvina melabuh duduk di atas seat yang tersedia.
"Berapa jam?" Dingin suara itu melantun tiada kemesraan yang sulit sekali terlihat dari ketua mereka.
"Setengah jam Queen!"
Queen,
Itulah nama samaran yang digelar oleh seluruh anggota nya. Sejak dulu, Queen tidak pernah bermesraan dengan anggota nya. Queen sangat-sangat tegas juga dingin bak ais yang tidak tersentuh.
"Macam mana plan kita?"
Gulp!
Masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Mereka tahu bahawa Queen tidak menyukai alasan. Maka nya, mereka mencuba sedaya upaya untuk tidak memberi apa-apa alasan yang menaikkan amarah Queen.
"Berjalan dengan baik, kami hampir membunuh mereka."
"Hampir?" Suara menyinis itu, mendadak menguar aura gelap di sekitar mereka.
Gulp!
Entah berapa kali mereka menelan air liur payah. Tidak berani tatap mata Queen, mereka menunduk ketakutan.
Bang!
Hampir tembakan itu mengena salah seorang anggota The West. Mereka tersentak, mengigil hebat anggota mereka dengan amarah Queen yang tidak main-main.
"Ops! Hampir mengena."
Disebalik topeng muka yang hanya memperlihatkan dua anak matanya itu, ada senyum sinis menghiasi bibir Elvina. Matanya tajam menghunus pada semua anggota nya. Elvina tahu siapa yang selalu membawa masalah dalam anggota nya, tidak lain tidak bukan. Dialah Bastian. Bastian selalu merosakkan rancangan nya tapi sungguh Elvina tidak mahu terlalu memikirkan nya kerana sampai bila-bila pun Elvina tidak bisa menyentuh kesayangan Daddy nya.
"Jangan risau Queen! Aku yang membunuh nya"
Akhirnya,
Akhirnya penyelamat yang selalu ada untuk back up si Bastian telahpun muncul. Siapa lagi jika bukan, Bobby. Bobby, salah seorang anggota yang bisa membanggakan nya.
"Hm!"
Ringkas dan padat. Itulah dirinya, Queen yang selayak nya dipanggil ratu. Dari nada itu, ada senyuman memuaskan yang sengaja disembunyikan. Diam nya Queen memberi impak positif pada anggota mereka. Menanda bahawa tidak akan ada kematian salah seorang anggota mereka kerana rancangan mereka telahpun berjalan lancar. Anggota mereka menghembus nafas lega di dalam hati. Malika yang menjadi pemerhati sejak tadi hanya mampu memberi isyarat dua ibu jari semangat tanda bahawa mereka telah berjaya meredakan amarah Queen.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro