↪the truth
▶asylum◀
Areum berjalan masuk menuju ke lobi utama hospital gonjiam, selepas mengesahkan cap jarinya di sebuah mesen pengesahan kakitangan hospital tersebut, dia terus berjalan menuju ke lif untuk ke level 7, tempat dimana pesakitnya, kim taehyung sedang menunggu.
Di tangannya ada beberapa buah buku mewarna yang dibelinya siang tadi di kedai buku berdekatan, gadis itu tersenyum kecil setiap kali dia teringat karenah kim taehyung yang manja dan tidak ubah seperti seorang kanak-kanak yang dia rasakan comel, untung sekali nasibnya mendapat pesakit yang mudah untuk dkendali.
Walaupun begitu, hati wanitanya tiba-tiba berasa gundah lebih-lebih lagi ini apabila malam ini adalah kali pertama dia ditugaskan untuk menjalankan rawatan buat kim taehyung di sebelah malam. Hatinya juga berasa semakin gelisah apabila dia teringat apa yang diperkatakan oleh doktor Eunjung tempoh hari,
''Areum saya harap awak tidak jadi seperti jururawat taehyung yang sebelum ini, I didn't want to say this but I ada high expectation for you, don't break my trust. Goodluck malam esok'' doktor Eunjung memandang Areum sekilas, liat sekali lidahnya mahu memberi harapan tinggi pada jururawat muda yang berdiri di hadapannya, tetapi apa dia boleh buat, dia terpaksa.
Areum mengguman perlahan, apa yang perlu ditakutkan sangat? Dia tidak faham kenapa ramai orang dalam hospital ini seakan-akan takut dengan kim taehyung, siapa sebenarnya lelaki ini? Bakal ceo hospital inikah?
''Aww so cliché Areum, stop fikir benda-benda yang merepek, ceo my ass'' Areum menepuk perlahan mukanya dengan harapan dia akan tersedar dari imaginasinya yang merapu-rapu sebentar tadi.
Sedar tidak sedar kakinya sudah berada di hadapan sebuah bilik khas yang menempatkan pesakitnya, kim taehyung. Dia memasukkan kata kunci sistem keselamatan tersebut sebelum berjalan perlahan memasuki bilik tersebut.
''Taetae?''
Mata gadis itu merayap ke seluruh ruang bilik besar itu, mencari kelibat pesakitnya. Kemana pula lelaki ini pergi? Sebelum dia sempat membuka mulut untuk memanggil nama pesakitnya sekali lagi, dapat dia rasakan sepasang tangan kasar memeluk pinggangnya dari belakang.
Areum memusingkan kepalanya ke belakang sedikit untuk melihat gerangan yang memeluknya, tepat sekali jangkaannya, gerangan itu adalah kim taehyung.
Areum meregangkan pelukan tersebut sebelum menyapa pesakinya dengan gembira,
''Taetae!'' Areum tersenyum manis sebelum tangannya cuba mencapai kepala taehyung untuk diusap seperti biasa yang dilakukannya.
Tetapi belum sempat tangan gadis itu menyentuh rambut lelaki dihadapannya, tangannya lebih pantas dicapai dan digenggam erat oleh lelaki itu.
''Who is fucking Taetae? Im taehyung''
Taehyung melepaskan tangan jururawat di hadapannya sebelum dia menarik kasar badan gadis itu ke dalam pelukannya, kali ini pelukannya menjadi lebih erat dan kemas. Hidungnya yang mancung diletakkan betul-betul di leher jururawat tersebut, menghidu lembut.
Areum seolah-olah hilang pertimbangan sehinggakan buku mewarna yang dipegangnya dilepaskan ke lantai, dia tidak menyangka pesakitnya yang manja dan seakan-akan kanak kanak kecil mengalami perubahan sedrastik ini. Jantungnya bertukar rentak, berdegup laju akibat ketakutan dan juga teruja.
Takut akan perubahan personaliti Taehyung yang sangat drastik dan dia juga teruja kerana berpeluang melihat sisi lain pesakitnya yang tersembunyi selama ini. She can't believe her eyes, she saw the real kim taehyung.
Oleh kerana dia sememangnya seorang berjiwa optimis, dia sudah bersedia untuk menghadapi situasi yang sedang dihadapinya sekarang. Dia sudah maklum, bila tiba masanya taehyung akan kembali kepada personaliti asalnya.
Kini dia sudah faham kenapa ramai jurarawat sebelum ini menarik diri dari merawat kim taehyung, lelaki ini asalnya merupakan seorang perogol bersiri yang paling dikehendaki oleh pihak polis, tetapi akhirnya lelaki ini diputuskan untuk dimasukkan ke hospital psikiatrik apabila dia disahkan menghadapi gangguan mental.
Areum sedar lelaki yang dihadapannya kini bukan lagi 'taetae' yang sering berlagak manja dan bersifat seperti anak kecil tetapi seorang lelaki dewasa yang mempunyai ego dan juga nafsu. Dia perlu lebih berhati-hati.
''Noona, tolong Taehyung, Taehyung sakit, sakit sangat''
Bulu roma di seluruh badan Areum meremang tegak, jarak antara mereka sangat dekat sehingga dia dapat rasakan dengan jelas setiap getar suara lelaki itu, dia juga dapat menghidu dengan jelas aroma badan taehyung dan dia tidak menyangkal yang dia sukakan bauan itu.
Areum menolak kuat badan taehyung sehinggakan pelukan lelaki itu terlepas. Dia membetulkan sedikit baju uniform juruawatnya sebelum dia berdehem kecil beberapa kali. Dia memandang lelaki di hadapannya sekilas dan terus tunduk ke lantai mengutip semula buku-buku yang dilepaskannya.
''Noona..''
Aeum meneguk air liurnya kasar mendengar nada suara lelaki itu yang sedikit lain memanggilnya.
''Taehyung sakit''
Areum memandang mata lelaki itu lama, mengesan kejujurannya sebelum dia menghampiri perlahan lelaki yang berdiri dihadapanya. Dia mengeluarkan stetoskop dari poket baju jururawat sebelum dia memeriksa keadaan lelaki itu, risau juga dia sekiranya lelaki itu sememangnya sakit.
Dia mencatat beberapa nota di atas buku rawatannya sebelum stetoskop itu dialih pula ke kawasan dada pesakitnya. Dia memeriksa beberapa kali kawasan itu sebelum dia menggeleng kecil memandang Taehyung, tiada langsung yang tidak kena, semuanya dalam keadaan sihat.
Sebelum dia sempat menarik kembali stetoskopnya dari kawasan dada lelaki itu, Taehyung lebih pantas menahannya. Digenggam erat tangan gadis itu, dibiarkan stetoskop itu berada tepat-tepat di kawasan kamar jantungnya.
''Noona....Taehyung sakit dekat sini''
▶asylum◀
finally after a long period of half hiatus >< enjoy sweetie. since tommorow is independence day, nanie akan bagi double update esok ><
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro