↪black dahlia
▶asylum◀
Seojung menguap kecil memandang skrin komputer yang merakamkan cctv di bilik pesakitnya. Dia masih belum mendapat kebenaran dari doktornya untuk melawat dan merawat pesakitnya itu.
"Doktor Miyoon? Kenapa kita kena perhatikan dia macam ni? I means tak boleh ke kita pantau dia secara live?"
Seojung melabuhkan duduknya di hadapan doktor muda itu yang sedang tekun memeriksa fail kes pesakitnya, Kim seokjin.
Miyoon memandang gadis itu sebelum tersenyum kecil, masih banyak yang jururawat muda ini tidak kenal dengan lelaki yang bernama Kim seokjin ini.
"Pernah dengar tentang kes elizabeth short?" Seojung memandang doktor dihadapannya, apa yang kaitan Kim seokjin dengan kes elizabeth short? kepalanya digeleng perlahan.
"Yakin? I think you lebih kenal dia as black dahlia?" Kini mata gadis itu membesar sedikit, terkejut mendengar nama yang disebut doktor Miyoon, siapa tidak kenal dengan black dahlia, si pengamal ilmu hitam yang berbahaya dan pernah mengejutkan seisi dunia apabila dia didapati membunuh ibunya secara kejam, kejam sekali sehingga pihak polis terpaksa menggunakan ujian dna untuk mengecam mayat.
"Apa kaitan lelaki ini dengan black dahlia?" Seojung mengusap bulu romanya yang mula menegak, seram membincangkan tentang pengamal ilmu hitam itu ditengah-tengah malam ini. Dahlah sunyi semacam.
"He killed his brother in the same way how elizabeth killed her mother" Miyoon membuka sebuah fail yang mengandungi helai kertas potongan akhbar yang menunjukkan perkaitan antara kes black dahlia dan Kim seokjin. Semua bukti dan teori pembunuhan yang telah digabungkan oleh para detektif hampir menetapi cara black dahlia dan Kim seokjin membunuh, hampir tiada beza.
Seojung menelan air liurnya kasar, kini dia sudah tahu kenapa pihak hospital melarangnya melawat dan pergi hampir dengan kawasan asylum yang didiami Kim seokjin. Kawasan asylum lelaki itu amat sunyi dan seolah-olah tidak berpenghuni. Sungguh menakutkan.
"Teruk sangat ke cara Kim seokjin bunuh abang dia?" tangan gadis itu menolak perlahan fail yang mengandungi gambaran mayat mangsa black dahlia dan Kim seokjin kearah doktor Miyoon. Dia tidak sanggup ingin melihat gambaran itu.
Doktor Miyoon tergelak kecil melihat riak muka pucat gadis di hadapannya, dicapai kembali fail gambaran mauat tersebut sebelum menyimpan kembali di tempatnya. Miyoon kembali duduk di hadapan Seojung sebelum menyambung cerita.
"Pernah dengar tentang cara membunuh tear up?" Seojung menggeleng kecil, tiba-tiba dia rasa dia tidak sesuai untuk menggalas tugas jururawat ini, terlalu banyak perkara yang dia naif dan tidak ketahui.
"Kalau you nak tahu, Kim seokjin bunuh abang dia dengan cara mengoyakkam anggota badan abangnya satu persatu-satu, but guess what? berdasarkan bedah siasat kami, tiada langsung cap jari dia di anggota badan abangnya" Seojung menutup mulutnya, lelaki ini jauh lebih menakutkan dari yang disangka. Kini dia bersyukur kerana dia tidak perlu bertemu dengan lelaki itu, seram. Habis seluruh bulu romanya menegak, sudahlah tengah malam.
"Seojung dengar sini, sejak you berani ambil kes Kim seokjin, sejak dari tu you kena percaya dengan kuasa ilmu hitam"
▶asylum◄
here we go girl, seokjin's shit
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro