Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

                    𓈈 ↷ 𝟬𝟯 ༘ ⋆。˚

x x x Dapur x x x

"Mareyyy kita mulakan perbincangan eksperimen Nasi Lemak Sambal Tenggiling " kata Chanhee.

"Hang mimpi apa sebenarnya ni tiba-tiba je nak buat Nasi Lemak Sambal Tenggiling? " tanya Kevin.

"Itu la tu... tak pernah dibuat orang! " sampuk Jacob.

"Cer cerita kenapa tetiba nak buat Nasi Lemak Sambal Tenggiling ni? "

"Halah halah biaq pi chek loh. Meh sini cheq habaq sat kat hangpa semua jangan loh kalut na. Chek tibai sekor sekor kang sat lagi. "

Manusia-manusia di situ hanya redha mendengar leteran New atau lebih melayu dikenali sebagi abe Baru itu. Niat di hati mereka, ingin sahaja sambung menonton Upin Ipin di televisyen namun terbantut.

Chanhee iaitu abe Baru itu menunjukkan sekeping kad berwarna hitam yang tertera ' Mission : The Boy ' pada mereka semua. Ya, terang lagi bertoch light ternyata memasak Nasi Lemak Sambal Tenggiling ini merupakan misi buat abe abe The Boyz.

( Deobi hang tahu kan Mission The Boyz nih acane? Kalau tak faham pi marathon yang kat Macau, Jeju, Busan astu haa macam² lagi lah kalau hang dok faham )

Mampukah mereka menyelesaikan misi ini seperti misi-misi yang pernah mereka lakukan? Iya, mana anda tahu anda kan reader. K gurau.

"Banyak-banyak misi, tak sangka misi kali ni kita kena masak Nasi Lemak Sambal Tenggiling "

"Tak masalahnya, banyak banyak haiwan, kenapa mesti tenggiling? ;-; "

"Mana kita nak cari tenggiling? "

"Berdirinya saya disini kerana malas nak duduk, ingin memaklumkan bahawa kru² & para camera man akan datang di sini kerana ya benar kita ada acara misi ni. Mana-mana yang belum mandi silalah mandi. Get ready cepat. "

Buat kali ke berapa entah si sangyeon berfalsafah

"Actually, misi kita kali ni masak Nasi Lemak Sambal biasa je. Takde tenggiling pun dalam masakan korang nanti. Nama nasi lemak ni ada 'tenggiling' hanya lah ingin memantapkan ajew "

Lega ahli-ahli The Boyz yang lain mendengar penjelasan seketul Sangyeon itu. Maka, mereka pun bersiap sedia untuk meneruskan syuting nanti.

Abe abe camera man sudah pun sampai. Dan mereka pun memulakan rakaman.

"Annyeong deobi! "

"Misi kami pada kali ini ialah memasak Nasi Lemak Sambal Tenggiling! "

"Kami masak, anda terliur ~ "

"Tapi... Bahan kita tak cukup... "

Bisikan dari Younghoon itu membuatkan ahli-ahli yang lain diam seketika. Memang benar apa yang dikatakan Younghoon itu.

" Shhh... Nanti team dak dak pasar balik lah nanti... "

Setelah berbincang dengan pihak kru² disitu, mereka semua bersepakat akan menyambungkan rakaman dengan aktiviti menanya pakcik google resepi memasak Nasi Lemak itu. Sangyeon juga telah memaklumkan kepada Hyunjae secara details bahan-bahan yang perlu dibeli.

Walau bagaimanapun, masa yang diberikan iaitu 3 jam masih berjalan.

Kungkang kungkang jantung mereka. Semoga abe abe di pasar tersebut pulang dengan segera.






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro