𓈈 ↷ 𝟬𝟮 ༘ ⋆。˚
Pasar You Hanat I Hanat Lalu Semua Hanat merupakan lokasi yang paling wajib untuk dikunjungi. Terdapat pelbagai kemudahan untuk dibeli seperti pakaian, sayur-sayuran, ikan , bahan masakan, makanan, barang keperluan, jodoh dan sebagainya.
Nama pasar ini agak unik, bukan? Ya, saya tahu dan saya sendiri kagum akan nama pasar yang diberi oleh saya. Bukan kaleng-kaleng.
Haknyeon, Hyunjae, Changmin, Sunwoo dan Eric telahpun sampai di lokasi tersebut. Mereka begitu kagum akan kemeriahan di pasar tersebut.
"Gempak doh.. meriah githuw "
"Kau nih dah nama pun pasar, hang nak sunyi macam mana? "
"Dah lah deyyy. Okay gini, hyung and Changmin akan pergi untuk beli barang dapur. Korang dua and Haknyeon pergi beli barang apa yang patut kat kedai-kedai makanan kat hujung tu ke apa apa jelah. Tepat pukul 10 nanti kita berkumpul kat sini. Pastu haaa kalau orang bagi gula-gula jangan ambil! "
"Hyung please... Kitorang bukan budak-budak... "
Hyunjae dengan segeranya membuat keputusan untuk menamatkan drama sinetron Eric dan Sunwoo tadi. Changmin di sebelah sudahpun acah acah pandang tempat lain kerana malu ada rakan seperti mereka.
|| 𝗦𝘂𝗻𝗵𝗮𝗸𝗿𝗶𝗰 ||
Mereka bertiga menuju ke kedai yang dikatakan oleh Hyunjae tadi. Mereka masih buntu untuk membeli apa disana.
Berkerut seribu dahi makcik yang menjaga kedai tersebut melihat mereka mundar-mandir sambil slowmo di hadapan kedai. Effect terlalu buntu barangkali.
"Weh... Dorang an beli barang dapur like minyak masak semua an... Kita nak beli apa je? " tanya Haknyeon menggaru kepala yang tidak gatal. Jangan risau , tiada kutu ya rakan-rakan kerana beliau mengamalkan ubat gegat.
"Itu la tu... Tak tahu doh.. tak pe ah kita masuk kedai ni tengok tengok ada pape yang menarik ke idok "
"Omo omo omo apa nih?! "
Sunwoo dan Haknyeon segera pergi menjenguk Eric di dalam kedai tersebut. Maka, tamatlah sudah sesi kebuntuan sambil slowmo di hadapan pintu kedai.
"Uish... Amende nih? "
"Binatang apa ni? "
"Laaaa.... Binatang brain you, tuh perencah untuk masak lah! "
"Setahu aku perencah jenama Adabi ni bukan ada kat Malaysia ke? "
"Mana saya tahu, saya kan buaya "
Eric dan Haknyeon menjeling tajam ke arah Sunwoo serentak.
"Nak beli ke perencah Adabi ni? "
"Erm.. beli jelah kot kot berjasa suatu hari nanti "
Setelah habis membayar, mereka bertiga segera keluar dari kedai tersebut. Namun, mereka tidak sedar ada mata yang memerhati.
// 𝗘𝗿𝗶𝗰 𝗣𝗢𝗩 \\
Penat sebenarnya jalan-jalan mencari hala tujuan di sini ya deobi deobi. Mana taknya, sesak woooo pasar ni. Tak boleh bawa bertendang.
Jangan tanya, kitorang memang tak tahu nak ke mana dah sekarang ni. Sangyeon hyung pun satu, pilih lah orang lain nak ke pasar nih hikss.
Jadi, kesimpulannya kami bertiga jalan-jalan tanpa hala tujuan aja lah di sini.
"Weh, tengok budak tu. Kesian dia. Dia sesat ke weh? Mana eomma dia? "
Aku segera melihat budak kecil yang dikatakan oleh Haknyeon itu. Lalu, kami bertiga segera pergi ke arah tersebut.
"Adik... Mana eomma adik? Adik ok tak ni? "
"Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? " balas budak tersebut.
Eh amboi budak ni. Ada yang makan selipar kang kejap lagi. Tak pe tak pe. Kita acah acah cool je.
"Ermm.. tak pe lah dik.. abang gerak lu pape roger kalau takde, kita makan rojak "
Malas pulak hakuw nak melayan budak ni.
Aku segera menarik tangan Sunwoo dan Haknyeon yang masih terkedu lalu pergi meninggalkan budak tersebut. Tiba-tiba, budak kecil itu berlari ke arah aku. Kitorang apa lagi, pecut ah!
"ASAL BUDAK TU KEJAR KITA?! "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro