Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

              🖋️ ⸼ 𖡂 🂦 ⅠⅩ

x x x 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗵𝗼𝗼𝗻 𝗣𝗢𝗩 x x x

Changmin tahu...

Lubang tu digali berdekatan pokok marigold, jadi tak susahlah nak agak mana Jake akan korek lubang tanah yang seterusnya.

Mujurlah Changmin tak berniat jahat. Tapi aku kena lebih berhati-hati.


Kalau Jake ditangkap, dia takkan dilepaskan dengan mudah!


Lagipun, sekarang pengetua tengah mencari pelakunya. Aku perlu cari Jake lagi sebelum pengetua jumpa dia!

Flashback

"Kenapa berkawan dengan budak tu? Kan appa dah banyak kali pesan jangan kawan dengan orang yang sembarangan! Apatahlagi budak yang tak setaraf dengan kita! "

"Tapi Jake budak baik! Jangan apa-apakan dia! "

"Sunghoon diam! Sedarlah kamu pewaris syarikat appa yang seterusnya. Perlu mahir dalam pelbagai bidang. "

Sejak daripada hari itu, aku berazam akan jadi lebih kuat. Aku akan buat semua orang takut dengan aku. Aku takkan biarkan sesiapa rampas hak aku lagi.

𝖫𝗂𝗆𝖺 𝗍𝖺𝗁𝗎𝗇 𝗄𝖾𝗆𝗎𝖽𝗂𝖺𝗇 . . .

Demi menjadi seorang yang berharga di mata appa, aku harungi tiga tahun seterusnya dengan gigih menimba ilmu.

Apabila usiaku 13 tahun, Jake dipulangkan semula kepada aku.

"Kau dah kembali... Jake " kata ku.

"Ya, Sunghoon. Mereka kata aku dah bersedia untuk jadi pembantu peribadi. " balas Jake.

"Kau dah banyak berubah. Pembantu peribadi? "

"Ya. Pada hari mereka ambil aku, aku dibawa ke satu lokasi rahsia. Di sana aku diajar membaca dan menulis. Aku juga belajar pelbagai seni pertahanan diri. Latihan yang diberikan amat menyeksakan, tapi aku dilepaskan hidup-hidup hanya jika saya lulus ujian. Jadi aku berusaha untuk berjaya... dan kembali kepada kau sebagai seorang pembantu peribadi. "

Jadi inilah rancangan appa aku. Demi kepentingan buat diri aku. Appa licik. Dia mempergunakan Jake dalam diam.

"Jake, kalau kau pulang dengan niat jadi sahabat aku... kau pasti akan kecewa. Kalau nak berada di sisi aku, kau kena buat sumpah setia. Aku perlu jadi keutamaan lebih dari segalanya... termasuk nyawa kau sendiri. Kalau kau khianati aku atau sembunyikan sesuatu, aku akan buang kau sebagai pembantu serta-merta. "

"Baiklah!"

End flashback

Nak tahu apa motif appa beria nak daftarkan Jake jugak dekat Eblouissant Academy? Sebab ya... appa aku dah lantik Jake sebagai pembantu peribadi aku. Jake perlu lindungi aku dimana sahaja.

Rahsia ini hanya kami yang tahu. Pelajar lain tak tahu appa aku yang punggut Jake, bela dia dan tanggung makan minum pakaian semua.

Kenapa dorang tak syak apa-apa? Sebab pelajar dari sekolah ini berasal daripada keluarga yang kaya. That's why dorang tak terfikir yang Jake sebenarnya anak yatim.

(𝘚𝘦𝘴𝘶𝘯𝘨𝘨𝘶𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘑𝘢𝘬𝘦 𝘪𝘯 𝘧𝘧 𝘢𝘯𝘥 𝘳𝘦𝘢𝘭 𝘭𝘪𝘧𝘦 𝘵𝘦𝘳𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬 𝘩𝘴𝘩𝘴𝘩)

"Lepaskan dia! "

"Jake ditangkap kerana sedang menggali lubang di sini. Dialah dalang di sebalik huru-hara sekolah ni! "

Sudah terlambat. Pengetua sudahpun mengetahui segala kebenaran yang telah terbongkar.

"Katanya... dia pembantu peribadi yang diamanahkan oleh appa kamu kan? Kamu rahsiakan dari semua orang selama ni kan? " tanya Tuan Kim.

"Ya " balas Sunghoon.

"Kamu pun terlibat sama? "

"Tuan! Sunghoon tak bersalah apa pun! " bantah Jake.

"Diam! Saya tak bercakap dengan kamu! "

x x x 𝗝𝗮𝗸𝗲 𝗣𝗢𝗩 x x x

Aku berharap sangat Sunghoon tak buat perkara yang tak sepatutnya. Firasat aku mengatakan, Sunghoon akan tolong aku. Dia mesti akan menipu yang dia terlibat sama.

"Sunghoon, tolonglah! Tolonglah nafikan... "

"Ya. Saya tahu Jake yang buat. Sebenarnya saya yang suruh dia. " balas Sunghoon akan pertanyaan dari Tuan Kim tadi.

Why Sunghoon? Why?!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro