⛓️ ⸼ 𖡂 🂦 Ⅶ
x x x 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗵𝗼𝗼𝗻 𝗣𝗢𝗩 x x x
Hampir 10 tahun dia cakap bencikan Halloween. Memori 10 tahun yang lalu masih segar diingatan ku. Aku ingat lagi kali pertama aku jumpa Jake masa kitorang masih kecil dulu.
Flashback
10 tahun yang lalu . . .
Saat yang aku tunggu-tunggu akhirnya tiba. Parents aku benarkan aku untuk bersiar-siar di taman permainan ini.
Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu yang tidak menyenangkan.
"Pukul dia! HAHAHAHAHAHA "
Aku dengan segeranya pergi ke arah sekumpulan budak yang sebaya aku. Alangkah terkejutnya aku pabila melihat budak-budak nakal itu membuli seorang budak lelaki yang sebaya aku. Maybe?
"Berhenti! " desak ku kepada budak-budak nakal yang aku katakan tadi.
Dengan sepantas kilat mereka semua berlari pecut meninggalkan taman permainan ini. Aku rasa, dorang tahu dan kenal aku dari keturunan Park yang tidak setaraf dengan status mereka.
Hurm... Alang-alang aku dah tolong selamatkan dia ni, nak cuba tegur ah.
"Apa nama awak? " tanyaku kepada budak yang aku selamatkan tadi.
"Jake! " balasnya dengan senyuman.
"Kotornya awak! Awak pengemis ke? "
Aku memandang atas bawah, atas bawah Jake yang berada di hadapan aku. Dia kelihatan kotor, dengan baju yang compang-camping. Rambut kusut. Comot betul tak terurus.
Sah, ni kalau appa tau aku berkawan ngan dia ni mesti aku kena marah.
"Macam tu lah... Saya hidup sebatang kara je sekarang "
Biar betul dia ni. Sebatang kara? Aku rasa umur kami sebaya, 8 tahun.
"Mana rumah awak? "
"Sini! " balasnya mengatakan bahawa taman ini merupakan rumahnya.
Maknanya... Dia gelandangan? Okay, aku ada idea yang licik! Hehehe.
"Hey, Jake! Saya boleh bagi awak makan, tempat tinggal tapi ada satu syarat! "
"Wow~ "
"Ish... Aku saje je memain dia percaya ek "
"Hey, Jake! Berapa umur awak? "
"Umur saya 8 tahun. "
"Ooo... Kita sebaya. Cerita la lagi pasal awak "
"Saya... benci Halloween "
End flashback
Tidak tahu mengapa, aku mula berasa tertarik untuk menjadi kawan kepada Jake pada hari tersebut.
Ya, aku kenal Jake dah bertahun. Kami memang rapat. Dan... tipulah aku kata kalau orang yang aku percaya sangat sembunyikan sesuatu daripada aku.
x x x 𝗝𝗮𝗸𝗲 𝗣𝗢𝗩 x x x
Flashback
10 tahun yang lalu . . .
"Jake sayang... Ingat tak hari ni hari apa? "
"Halloween! Hari kita pakai costume hantu dan pergi trick-or-treat hihihi! "
"Macam tu lah anak kesayangan eomma! Kamu ingat apa yang eomma bagitau. "
Ibuku mengusap pipiku perlahan.
"Eomma! Kenapa eomma tak pakai costume? Kita kena pergi cepat ni, nanti banyak coklat ngan gula-gula habis! "
"Eomma perlu masa lebih sedikit nak bersiap. Apa kata Jake pergi dulu? "
"Okay! Jake janji, Jake akan kongsi gula-gula dengan eomma! "
End flashback
Stop Jake stop! Jangan ingat masa lepas lagi! Aku kena cepat...
──────────── · · · · ✦
Btw, setakat ni teori korang takde yang betul muehehehe (๑ ิټ ิ)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro