☼𝆬 ៸៸ 🍧 ①⓪
"Hari ni kita dapat banyak yang elok! "
"Yeay! "
"Jom kita balik! "
"Tomato ni... Mana korang dapat? " - Younghoon
The Lelakiz mengikuti budak yang memberikan tomato pada Younghoon tadi senyap-senyap. Ternyata, budak tersebut mempunyai dua kawan yang sedang gigih menjinjing beg plastik yang berisikan sayur-sayuran namun tidak segar lagi.
Mereka nampaknya pasti dalam sedikit masalah akan kerana mereka kelihatan tidak terurus dengan baju yang compang-camping itu.
"Eh... Abang yang menangis tadi! Kitorang... tak curi lah ! "
"Ni semua sayur yang dah dibuang! Kitorang kutip untuk makan malam! "
"Korang kutip? Tak mungkin lah! Korang mesti duduk dekat-dekat ngan pasar YHIHLSH tu kan? Semua sayur dah dibeli ler! " - Sunwoo
"Kitorang tak tipulah! Memang kitorang kutip je... hiks... "
Haaaaa ayooookkk budak-budak tu dah menangis.
"Sayur ni semua dah busuk... Dorang tak menipu tu. Sayur tu memang nampak macam untuk dibuang " - Changmin
"Dik... abang yang kacak yini ingin bertanya mana korang kutip ni? " - Eric
|| 𝗟𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝗮𝗿 ||
Kau bayangkan eh nyah... Banyak nyah sayur-sayuran yang dah busuk dikumpulkan sepanjang lorong ni.
"A... Apa terjadi nih? " - Chanhee
"Bukan ke semua sayur dah habis dibeli? Kenapa banyak dibuang kat sini? " - Haknyeon
"Jangan kutip! Sayur tu semua dah busuk dan tak boleh dimakan! " -Eric
"Jangan makan! Nanti sakit acane? Datang aje lah kat kedai kitorang walaupun tu bukan kedai kitorang " - Younghoon
"Sayur tu semua mahal! Kami tak mampu! " kata salah seorang gadis di situ sambil memasukkan beberapa sayuran ke dalam plastik.
"Erm.... " - Jacob
"Krisis kekurangan sayu baru-baru ni buat kehidupan kami yang tidak dilahirkan sebagai orang senang ni bertambah sukar. Walaupun harga masih terkawal, sukar untuk kami ni beli sayur yang segar tu. Walaupun ada duit, kami masih tak mampu " sambung gadis itu lagi.
"Tak mampu? Kenapa? " - Sangyeon
"Sebab orang yang berkemampuan beli sebanyak yang boleh sebelum harga naik. Ramai yang yang beli lebih banyak daripada keperluan mereka sendiri. Sebab tu lah banyak sayur yang dibuang dan terbazir begitu sahaja di sini " balas gadis itu.
"Maksudnya... Pembaziran terjadi sebab harga belum naik? " - Juyeon
"Orang ramai risau dengan kekurangan sumber makanan. Memandangkan harga belum naik, ada individu yang berebut beli banyak tanpa berfikir. " Berfungsi juga otak seketul Younghoon ini.
"Patutlah orang yang sama je datang beli ngan kita! " - Eric
"Sekali beli banyak pulak tu! " - Chanhee
"Kita kekalkan harga supaya semua orang dapat beli sayur segar. Tak sangka pulak boleh jadi macam nih... " kata Kevin yang sedang buntu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro