Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭9

Hyunsik terduduk selepas mengetahui perkara sebenar.Dia terdiam mengingatkan perbuatan ayahnya yang sanggup bunuh adiknya sendiri demi harta.Encik Heo yang selalu bersama ayahnya pula,ayah saudara kandung belah emak?

Tuan Im memegang bahu Hyunsik.Sedikit pun tiada penyesalan selepas menceritakan perkara yang sebenar.

"Ayah lakukan semua ni untuk kamu",pujuk Tuan Im.Hyunsik menepis tangan ayahnya.Berani ayahnya menganggap semua yang terjadi 20 tahun lepas seperti perkara biasa.

"Anni....Appa buat semua ni bukan untuk Hyunsik...semua ni untuk Appa dengan pembantu setia Appa.So,don't you dare to involve me in the crime you committed.",marah Hyunsik.Sekarang ni dia memikirkan nasib Jaebum yang tinggal berseorangan di Seoul.

"Selepas Jaebum genap 25 tahun,semuanya akan hilang.Jawatan pengarah yang kamu pegang sekarang ni akan hilang dalam sekelip mata.Kita ada masa lagi seminggu sebelum hari lahir Jaebum.Please,hargai usaha Appa selama 10 tahun rancang semua ni.",pujuk Tuan Im lagi.

Dia tak akan lepaskan semua buat masa sekarang.Kalau Hyunsik tetap berkeras dengan keputusannya,Tuan Im tak akan teragak-agak mengurung anaknya.Hyunsik berhenti selepas apa yang dikatakan Tuan Im.

"Hilang?Appa,pernah ke Hyunsik merayu kat Appa nak semua harta yang Kita ada sekarang.Ni semua sebabkan Encik Heo yang tamak tu!",tengking Hyunsik.

Tuan Im menampar Hyunsik.Terketar-ketar tangannya.Seumur hidupnya,ini kali pertama dia mengangkat tangan pada anaknya.Air mata Hyunsik mengalir laju.

"He's your uncle.Tolong hormat dia.",kata Tuan Im.Hyunsik tersenyum sinis.Pakcik?Selama 6 tahun dia menganggap Encik Heo sebagai pembantu ayahnya.Sekarang Tuan Im suruh tunjuk hormat pada orang yang selama ini tunduk hormat padanya.Dia tak mengendahkan kata-kata ayahnya dan pergi dari situ.

Tuan Im mengeluarkan telefonnya.Panggilan dibuat selepas dia menekan nama abang iparnya.

"Kau halang Hyunsik dari musnahkan rancangan kita.",Tuan Im meletakkan panggilan.

                                   ~~~

Beberapa kali Hyunsik menelefon Jaebum,tapi Jaebum tidak mengangkat kerana sibuk menyelongkar bilik ayahnya.Akhirnya dia terjumpa sebuah dokumen lama tentang dirinya.

Sijil kelahiran Tahun 1995

Nama bayi:Jaebum

Nama keluarga:Im

Tarikh lahir:6 Januari 1995

Jantina bayi:Lelaki

Masa kelahiran:10:45 P.M

Nama bapa:Im Jinwoo

Nama Ibu:Kim Yongsul

Jaebum melipat sijil kelahiran itu masuk ke dalam poket bajunya.Dia mengemas semula supaya tak tinggal sebarang tanda-tanda di bilik ayahnya.

Sedang dia menuruni tangga rumahnya,kedengaran kereta masuk di perkarangan rumahnya.Loceng  rumah dibunyikan.Jaebum melihat melalui cctv rumahnya dan dia sedikit terkejut melihat Jeongyeon berada depan rumahnya.

"Jeongyeon...apa yang--",dalam sekelip mata,Jaebum rebah di hadapan pintu.Encik Heo mengangkat Jaebum di belakangnya dibantu oleh Jeongyeon.

"Kuatnya kau pukul dia...kata tak nak bagi dia mati lagi..",tegur Jeongyeon.Darah Jaebum mengalir membasahi kolar bajunya.

Jaebum separuh sedar semasa dibawa atas belakang Encik Heo.Kepalanya terasa sangat berat disebabkan pukulan tadi.Lama kelamaan,matanya tertutup semula.

                                    ~~~

Hyunsik memecut keretanya.Sudah berapa kali dia menelefon Jaebum namun tak diangkat.Dia memberhentikan kereta di lampu isyarat.Sebaik lampu hijau,dia meneruskan perjalanan dan dalam masa yang sama,sebuah kereta menghentamnya dari arah kanan keretanya yang membuatkan kereta Hyunsik terbabas ke tepi jalan raya.

Seorang lelaki keluar dari keretanya menuju ke arah Hyunsik.

Hyunsik keluar dari keretanya.Kepalanya sedikit pening akibat hentaman tadi.Lelaki tadi memapah Hyunsik ke keretanya.Dan itulah perkara terakhir yang Hyunsik ingat sebelum tak sedarkan diri.

                                   ~~~

Jinyoung melawat Wooyoung pada malam itu memandangkan Hyunjin berada di hospital yang sama.Wooyoung masih tak sedarkan diri tapi sekarang dia bernafas seperti biasa tanpa bantuan alat pernafasan.

Ketika dia melangkah pergi,tangannya dipegang Wooyoung.Jinyoung menoleh semula ke arah Wooyoung.Dia mendekatkan telinganya di muka Wooyoung kerana Wooyoung seolah-olah mahu memberitahunya sesuatu.

"Je..jeo....Jeongyeon-ssi",katanya perlahan namun masih dapat didengari.

"Jeongyeon dia ok...malam tu Jaebum pergi ke restoran.Dia yang uruskan semua ni.",jelas Jinyoung.Wooyoung menggeleng sebaik mendengar penjelasan Jinyoung.

"Di...dia..dal..dalang", Wooyoung memberitahu perkara sebenar.

*Flashback*

Wooyoung yang ketika itu sedang memeriksa lampu dapur terdengar suara seseorang bercakap.Dia menghampiri Jeongyeon yang sedang bercakap telefon di luar pintu belakang restoran.

"Aku tahulah....nanti aku perhatikan dia lagi.Buat masa ni,Jaebum tak masuk pejabat.Ye..ye..aku faham.Kau bersabar sikit boleh tak.

Wooyoung menarik nafas terkejut.Jeongyeon yang menyedari kehadiran Wooyoung meletakkan panggilannya.

"Sunbae-nim...apa yang---",belum sempat meneruskan kata-katanya, Wooyoung memotong.

"Kau siapa sebenarnya?Apa kaitan kau dengan Hoejang-nim...",Jeongyeon menarik tangan Wooyoung menghalang daripada pergi dari situ.Dia menarik kasar tangannya dari genggaman Jeongyeon.

"Aku tak sokong betrayer macam kau.Malam ni jugak kau masuk lokap.",ugut Wooyoung.Jeongyeon tersenyum sinis.Lokap?Itu seperti rumah kedua baginya.

Tanpa membuang masa,dia menolak Wooyoung yang menyebabkan dia terjatuh.Jeongyeon menghampiri Wooyoung.Darah mula mengalir dari belakang kepala.Jeongyeon mengeluh kecil.

Dia menarik Wooyoung supaya berada betul-betul depan pintu belakang restoran itu.Dia membersihkan kesan darah pada bucu sinki.

Dan ketika itulah dia menelefon Jaebum.

*End flashback*

Jinyoung segera meninggalkan Wooyoung.Tangannya laju menelefon Jaebum namun terus masuk ke suara panggilan.

"Shit."

                                       ~~~

Rambut Jaebum bergerak ditiup angin pantai.Jaebum mengangkat muka bila mukanya disentuh angin sejuk.Encik Heo duduk menghadap Jaebum.

"Sejuk kan malam ni?Macam mana dengan percutian yang aku bagi sekarang...kau suka?Aku harap kau suka sebab banyak duit aku kena keluarkan semata-mata percutian ni.",Encik Heo ketawa sebaik menghabiskan kata-katanya.

Disebabkan mata Jaebum ditutup,dia mencari suara itu.Mulut dan badannya juga diikat.Encik Heo duduk menghadap Jaebum.Dia mengeluarkan telefon dari seluar Jaebum.Jaebum mengerang kemarahan.

"Jaebum-ma..kau ada kat mana...Jaebum-maaa....yahhh--",

Encik Heo menutup panggilan itu.Telefon itu dicampak ke tepi.Dia bangun menghampiri Jaebum dan menarik rambutnya dari belakang.

"Kau sama macam ayah kau.Walaupun orang tak suka,kau tetap buat baik.Dan selalunya orang macam kau memang tak akan hidup lama.", Encik Heo menolak kasar kepala Jaebum.Dia mengerang kesakitan.

Encik Heo memanggil Jeongyeon supaya melepaskan hanya ikatan badannya.Jaebum berlari selepas dilepaskan.Jeongyeon mengekori Jaebum dari belakang.Langkah Jaebum terhenti bila kakinya memijak pasir pantai yang basah dan deruan air laut yang semakin kuat didengarinya.

Jeongyeon menanggal kain yang menutupi mata Jaebum dan meninggalkan dia sendirian di situ.

Jaebum mengambil nafas berat sebaik melihat pantai di hadapan mata.Tangannya yang masih terikat menambahkan lagi kesukarannya untuk bangun.Airmatanya mengalir laju kerana menahan sakit di dada yang teramat.

"H...hy..hyung...",rintihnya perlahan.Selalu di saat begitu,Hyunsik pasti ada menemaninya.Kini dia ditinggalkan sendirian di tempat yang sangat digeruninya.

Tuan Im berjalan menuju ke arah Jaebum.Dia tersenyum melihat Jaebum yang kesakitan.

"Masih ingat tempat ni?20 tahun lepas, Eomma dan Appa kau mati Kat sini.Kini giliran kau ikut jejak langkah diorang.",kata Tuan Im.

Jaebum tak mampu berkata apa-apa.Nafasnya sekarang sudah tersekat-sekat.Tuan Im memandangnya tanpa belas kasihan.

                                      ~~~

Hyunsik dikurung di sebuah bilik.Kepalanya dibalut dengan bandage.Dia memandang sekeliling bilik itu dan ternampak sebilah sauh yang sudah berkarat.

Badannya sakit akibat terjatuh dari kerusinya namun dia mengetepikan rasa sakitnya.

Kini dia menyandarkan dirinya pada dinding kayu itu.Dia cuba memutuskan ikatan tangannya menggunakan sauh.Habis melecet pergelangan tangannya akibat geseran kulit dengan tali.

Setelah lama berusaha,tali itu terputus.Dia menendang pintu bilik kayu dengan sekali tendangan.Dia merayau-rayau sekitar situ mencari bantuan.

================================

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro