Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭8

Tuan Im mempersilakan Encik Heo duduk di meja makan.Isteri Encik Heo,Puan Kwon senyum memandang Hyunsik yang menunduk dirinya tanda hormat.Anak perempuannya mengambil tempat depan Hyunsik.

"Hyunsik,ni anak perempuan tunggal Encik Heo,Yoorim.",Tuan Im perkenalkan anak perempuan pembantunya.

Yoorim tersenyum manis.Hyunsik hanya mengangguk kecil.Dia masih tak faham kenapa keluarga Encik Heo makan bersama.

"Janganlah berencik-encik,panggil je saya Joowon.Lagi pula kita kan nanti akan berbesan.",arah Encik Heo.Hyunsik memandang ke arah ayahnya mendengarkan kata-kata pembantu ayahnya.Tuan Im mengangguk.

"Tapi,kenapa saya tak dimaklumkan perkara ni.Kalau betul sekalipun,kita tetap kena ada Jaebum memandangkan perkara ni benda yang penting."Hyunsik bersuara.Encik Heo menggaru keningnya.Puan Kwon pula hanya diam mendengar perbualan kaum lelaki.

"Hyunsik,ni baru perbincangan.Janganlah terlalu formal.Lagipun Jaebum tu bukan adik kandung kamu pun",ucap Encik Heo selamba sambil menyuap makanan ke dalam mulut.

Hyunsik terkejut dengan kata-kata Encik Heo.Tuan Im pula hanya diam tak membantah apa yang dikatakan Encik Heo.

"Nanti Appa terangkan semua.Sekarang ni kita makan dulu.Jangan tegangkan keadaan.",Tuan Im melaga gelas dengan tetamunya.Hyunsik hanya mendiamkan diri.

                                ~~~

Jinyoung memandang Hyunjin yang masih menggunakan alat bantuan pernafasan.Selepas pembedahan selesai,doktor memberitahunya yang darah beku di kepala dapat dikeluarkan.Cuma Hyunjin akan ambil masa untuk sedar.

Dia memandang lock screen telefonnya menatap gambar dia dan Hyunjin semasa persembahan Hyunjin di sekolahnya.

Dia memegang tangan Hyunjin.Airmatanya mengalir perlahan.Sudah lama dia tak menangis begitu.Kali terakhir ialah semasa ibubapa mereka meninggal akibat kemalangan motosikal 2 tahun lepas.

"Hyunjin-na.... cepat sembuh.Hyung rindu nak marah kau.Hyung dah tak tahu nak bebel pada siapa.Sekarang Hyung tinggal sorang.Kita dah tak boleh rapat dengan Jb macam biasa.Kalau kau kesiankan Hyung,bangun cepat ye.",luah Jinyoung dalam keadaan sebak.

Jaebum yang mendengar kata-kata Jinyoung dari katil sebelah menyeka airmatanya.Sejak dari tadi lagi dia ada di situ.Disebabkan Jinyoung menarik langsir,kehadirannya tak disedari.

"Aku akan cepat-cepat cari siapa dalang semua ni.",getusnya dalam hati sebelum meninggalkan wad.

~~~

"Appa,Hyunsik nak Appa terangkan sekarang.Apa maksud Encik Heo tadi?Bukan adik kandung,who say that?!",Hyunsik tak dapat lagi memendam kemarahannya.Tuan Im kekal dengan riak mukanya yang tenang.

"Hyunsik....Jinjja kamu tak ingat langsung?",tanya Tuan Im pula.Matanya menatap mata Hyunsik mencari kepastian.Hyunsik mengerutkan dahi.Apa yang Tuan Im merepek sekarang ni?

Selepas mendapat kepastian,dia meletakkan sekeping gambar di atas meja.Hyunsik mengambil gambar itu.

Gambar dia semasa kecil didukung Tuan Im.Sebelahnya ialah adik kembar Tuan Im yang baru berkahwin.Hyunsik semakin keliru dengan apa yang dilihatnya.Ayahnya ada kembar?

*Flashback*

Im Jihoon ketika itu baru kehilangan isterinya kerana sakit tenat.Dia meriba anaknya yang baru berusia setahun lebih.Adiknya,Im Jinwoo berasa kasihan melihat nasib abangnya.

"Hyung,janganlah sedih.Jinwoo ada untuk tolong Hyung.Janganlah risau.Hyunsik anak Jinwoo juga.",Jinwoo menenangkan abangnya yang masih berduka.Dia mendukung Hyunsik yang menangis.

Selepas 3 bulan pemergian isterinya,Jihoon sudah kembali seperti biasa.Itupun atas bantuan adiknya yang selalu memberi semangat.

"Hyung,Jinwoo dah nak kahwin tak lama lagi.",katanya gembira.Jihoon turut teruja dengan berita yang disampaikan.

Hari perkahwinan Jihoon,

"Jinwoo-yaa...jomlah bergambar.",Kim Yongsul menarik lengan suaminya.

"Saya Jihoon.Tu Jinwoo",Yongsul melepaskan lengan Jihoon.Dia tertawa malu kerana menyangka Jihoon itu suaminya,Jinwoo.

~~~
Setahun kemudian,

"Hyung,nanti Jinwoo akan bagi Hyung satu cawangan syarikat.Dapatlah Hyung menyara Hyunsik.",kata Jinwoo.Jihoon memandang Hyunsik yang bermain dengan Yongsul.Ketika itu,adik iparnya sarat mengandungkan anak pertama.

"Komawo Jinwoo....Hyung tak tahu macam mana nak balas jasa kau.Dah banyak kau tolong Hyung.",matanya bergenang airmata.Dia memeluk satu-satu adiknya.

~~~

Syarikat milik Jinwoo semakin berkembang maju.Disebabkan itu,Jinwoo sering ke luar negara untuk bertemu dengan kliennya.Jihoon pula menguruskan syarikat di Korea.

"Yeobeo.....bila kita nak luangkan masa.Asyik bekerja je.Jaebum dah masuk 4 tahun bulan 1 ni.Jomlah pergi bercuti,paling kurang pun Kita pergi jalan-jalan.Kita ajak Jihoon Oppa sekali.",pujuk Yongsul.Jinwoo memandang anaknya yang kini sudah berlari.Dia menyesal kerana terlepas dengan pembesaran anaknya.Dia mengangguk setuju.

Jihoon menyaksikan semua itu di sebalik pintu.Melihat perbuatan Jinwoo yang mesra dengan isterinya,hati dia seolah-olah ditikam.

"Hyunsik.....jom makan.Ajak adik sekali.",panggil Yongsul.Jihoon pula sudah duduk di meja makan bersama adiknya.

"Arasseo,Yongsul Eomma.",balas Hyunsik.Dia memimpin tangan Jaebum masuk ke dalam rumah.Jinwoo tersenyum gembira melihat keakraban Hyunsik dan Jaebum.

"Jinwoo...kau dah fikirkan pasal syarikat kita.Maksud Hyung,pewaris.",Jihoon memulakan perbualan.Jinwoo sedikit terkejut dengan soalan abangnya.Anak mereka masih kecil,kenapa perlu fikirkan pasal pewaris syarikat.

"Tak lagi....awalnya Hyung tanya.Kalau nak cari pewaris pun,anak kita kena umur sekurang-kurangnya cukup 25 tahun.Jadi kita ada masa lagi 20 tahun nak fikir pasal tu.",jelas Jinwoo.Jihoon menggeleng.

"Yeobeo...apa yang Jihoon Oppa tanya tu ada betulnya.Kita tak tahu apa yang terjadi dalam masa 20 tahun lagi.Entah hidup atau tak.So,why not?",Yongsul meluahkan pendapatnya.Jinwoo pula diam memikirkan kata-kata isterinya.Jihoon memandang adiknya.

"Nantilah saya fikirkan.Sebab perkara ni bukan boleh dipandang ringan.",jawab Jinwoo.Yongsul pula mengangguk kecil akur dengan keputusan suaminya.

~~~

"Kalau Hyunsik jadi pewaris pun,dia akan dapat hanya 12 peratus dari saham syarikat.",Encik Heo menjelaskan kepada Jihoon.

"Maknanya Jaebum pula akan dapat sekurang-kurangnya 20 peratus?Aku kena buat sesuatu supaya Hyunsik boleh dapat jumlah yang adil.",tegas Jihoon.Encik Heo pula tersenyum memikirkan rancangan.

"Aku ada rancangan.Tapi kau kena bagi aku sebahagian daripada saham syarikat.",rancang Encik Heo.

"Apa dia rancangan kau?",tanya Jihoon tak sabar.

"Kau kena hapuskan Im Jinwoo.Dan selepas itu,kau boleh ambil alih syarikat sebab kalau dia nak serahkan syarikat pada anaknya,memang tak masuk akal.Macam mana...kau setuju?".Jihoon diam memikirkan rancangan pembantu yang juga merangkap abang iparnya.

"Aku setuju.",balasnya.

~~~

"Hyung rasa tak sihat...jadi korang pergi jelah.Jangan lupa beli buah tangan.",pesan Jihoon.Dia terpaksa menipu adiknya yang mengajak untuk bersiar-siar pagi itu.Jadi itu juga masa yang sesuai untuk melaksanakan rancangannya dengan Encik Heo.

Dia menghantar mesej kepada Encik Heo dengan mengatakan yang semuanya sudah clear.Sempat dia berpesan supaya tak mencederakan anaknya.

~~~

Seorang kanak-kanak lelaki berlari dengan girang mengejar bola di padang.Abangnya juga turut tertawa gembira bermain dengan adiknya.Jinwoo dan isterinya memerhati anak-anak mereka dari jauh.

"Hyunsik....ajak adik balik,Dah petang ni",arah Jinwoo.Hyunsik mengangguk lalu memanggil Jaebum yang masih bermain.Bola tadi diambil Hyunsik.Langkahnya diikuti Jaebum dari belakang.

"Seronok main?",tanya Yongsul mesra.Kanak-kanak berusia 6 dan 4 tahun itu mengangguk dengan bersungguh.Jinwoo tertawa melihat gelagat anak-anaknya melalui cermin depan kereta.

Disebabkan terlalu penat,mereka dua beradik terlelap.

Dum!!!

Sebuah lori melanggar kereta yang dinaiki keluarga Jinwoo.Disebabkan itu,keretanya terjunam ke dalam laut selepas merempuh penghadang jalan.

Air mula memasuki ruangan kereta.Jinwoo menanggalkan tali pinggang yang dipakainya.Hyunsik pula sudah menarik Jaebum keluar tetapi tersekat disebabkan ruang yang sempit.

Yongsul yang tersedar menolak badan anaknya ke luar tingkap.Disebabkan tolakan itu,Jaebum terkena serpihan kaca tingkap kereta yang menyebabkan keningnya terluka.

Jinwoo sudah berjaya melepaskan diri.Dia cuba mengeluarkan isterinya yang tersekat.Ketika dia menarik badan isterinya,tangannya ditolak perlahan.Jinwoo memandang Yongsul dan isterinya menggeleng lemah yang bermakna dia sudah tak boleh diselamatkan.

Lalu Jinwoo menoleh ke atas.Hyunsik masih menarik Jaebum yang tak sedarkan diri.Jinwoo berenang ke atas menolak kaki anaknya bagi memudahkan pergerakan Hyunsik.

Lama-kelamaan,nafasnya semakin pendek.Sebaik Hyunsik sampai ke permukaan,nafasnya sudah tak dapat ditahan lagi.Akhirnya badan Jinwoo sudah tak dapat bergerak dan tenggelam ke bawah lautan.

~~~

Jihoon menarik kolar baju abang iparnya.

"Doktor kata anak aku hilang ingatan.Aku dah pesan jangan cederakan anak aku.",marah Jihoon namun nadanya direndahkan.Encik Heo hanya tersenyum sinis.Rupanya Jihoon masih belum dapat memikirkan strategi seterusnya.

"Baguslah dia hilang ingatan.Kau teruskan dengan kerja kau walaupun dia hilang ingatan,dia tetap anak kandung kau,anak saudara aku.",jelas Encik Heo.Jihoon perlahan-lahan melepaskan kolar baju Encik Heo.

Pandangannya beralih ke tingkap kaca bilik itu.Dia melihat Jaebum yang berselirat wayar di badan kecilnya.

"Jaebum tu....kau buat macam anak kau juga.Itu atas kau nak buat apa.Nak bunuh ke nak buang atau nak jaga sekalipun.Tapi kena ingat,Jinwoo dah tulis wasiat dan wasiat tu boleh dibuka bila umurnya genap 25 tahun.",hasut Encik Heo.

Akhirnya Jihoon mengambil keputusan untuk menjaga anak saudaranya.Dan dia sudah tekad yang dia akan hapuskan Jaebum sebagaimana dia hapuskan adik kembarnya sendiri,Im Jinwoo.

*End flashback*

================================

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro