Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭7

Jaebum masih merenung lama gambar yang dipegangnya.Selama ini lelaki yang dianggap sebagai ayahnya adalah kembar ayah dia yang sebenar.Fikirannya buntu buat masa ini.Lamunannya terhenti bila telefonnya berdering.Dia mengerutkan dahi melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.

Jeongyeon

Dia mengangkat panggilan itu.Terdengar suara Jeongyeon yang tersedu sedan kerana menangis.Hatinya mula berdebar selepas mendengar penjelasan Jeongyeon.

"Hoejang-nim,Wooyoung Sunbae....di..dia..tak sedarkan diri...ada banyak darah"

Jaebum segera bersiap-siap untuk ke restoran.Sebaik dia sampai, Jeongyeon sedang duduk di salah satu sudut di dapur restoran.Dia nampak Wooyoung yang tertiarap betul-betul di depan pintu belakang.Dia menelefon polis bagi memudahkan keadaan.

"Nanti kalau ada apa-apa,Saya akan laporkan semula pada Encik Im.",kata polis yang bertugas.Jaebum mengangguk.Selalunya bila waktu genting seperti ini pasti dia menelefon Jinyoung tapi disebabkan keadaan Hyunjin,dia merahsiakan dulu.

"Jeongyeon,boleh awak cerita kat saya semula.Kenapa boleh jadi macam ni.",Jaebum duduk di sebelah Jeongyeon.

"Saya ke restoran semula sebab telefon saya tertinggal,tapi bila saya masuk dapur,Sunbae dah memang tak sedarkan diri.Saya call la Hoejang-nim sebab dah tak ada orang lagi.",cerita Jeongyeon.Jaebum hanya mengangguk faham.Dia buat keputusan untuk menghantar Jeongyeon ke rumah disebabkan sudah larut malam.

Kereta Jaebum berhenti di sebuah kedai serbaneka atas permintaan Jeongyeon.Dalam 5 minit, Jeongyeon masuk semula ke dalam kereta.Di tangannya ada dua botol air mineral.
Dia menghulurkan satu botol pada Jaebum.

"Komawo...",ucap Jaebum selepas minum air itu.Dia pun memandu kereta menghantar Jeongyeon.

Tiba di rumah Jeongyeon,Jaebum mula rasa mengantuk.Sudah habis usaha dia menahan matanya.Dia memandang Jeongyeon yang berada di sebelahnya.Akhirnya mata dia tak dapat lagi menahan dan tertidur.

                                   ~~~

Jinyoung meninggalkan Hyunjin sendirian selepas Jaebum memberitahunya pasal Wooyoung.

Di hospital,

Wooyoung masih belum sedarkan diri.Jinyoung rasa tak sedap hati dengan apa yang berlaku.Selama dia bekerja di restoran,semuanya baik-baik saja.Nak kata musuh,tak pernah pula Jaebum mendapat ugutan.

Hyunjin yang sedang tidur terbangun bila terdengar orang berjalan.

"Hyung?",panggil Hyunjin.Dia membuka suis lampu biliknya namun bekalan elektrik rumahnya dipotong.
Dia keluar dari biliknya.

"Hyung?Janganlah main-main.",suaranya memecah kesunyian rumah.Ruang tamunya terang berbekalkan lampu jalan.Dia memandang langsir tingkap yang bergerak.

Dia menyelak langsir,tapi tiada apa di situ.Pandangannya beralih ke dapur bila terdengar barang jatuh.Sedang dia berjalan menuju ke dapur,kepalanya berdesing.Dia memegang kepalanya.

                                  ~~~

Tut,tut

Terbeliak mata Jinyoung membaca mesej yang dihantar.

Kalau nak adik kau selamat,balik sekarang dan jauhkan diri dari Jaebum.Jangan kau berani masuk campur hal aku.

Gambar Hyunjin yang terbaring atas katil juga dihantar.Jinyoung meramas rambutnya kasar.Sekarang nyawa adiknya dalam bahaya.Lebih-lebih lagi bila orang itu sudah jejak kaki ke rumahnya.

Sebaik kakinya melangkah masuk rumah,dia segera ke bilik Hyunjin.Dia menarik nafas lega melihat Hyunjin yang sedang lena.Jinyoung menghampiri adiknya untuk memastikan Hyunjin tak tercedera.

"Hyunjin-na",panggilnya perlahan.Namun tiada respon dari Hyunjin.Jinyoung memanggilnya sekali lagi tapi tetap sama.Dia menarik selimut yang menyelubungi badan Hyunjin namun dia tak dapat melihat apa-apa dalam keadaan yang sangat gelap.

Hyunjin yang sedar dengan kehadiran Jinyoung, duduk memeluk abangnya.Jinyoung lega bila Hyunjin masih selamat.

"Hyung..",panggilnya perlahan.

"Hmmm..", Jinyoung menjawab.Dia meleraikan pelukan dan menatap muka Hyunjin walaupun samar-samar diterangi lampu jalan.

"Sakit....",serta merta Hyunjin rebah dalam pelukan semula.Jinyoung menggerak badan adiknya dan tangannya terasa basah sebaik memegang belakang kepala Hyunjin dan ketika itu juga bekalan elektrik rumahnya dihidupkan.Dia melihat tangannya yang basah tadi.Darah.

                                  ~~~

Jeongyeon menghampiri Jaebum yang tertidur dalam kereta semalam.Jaebum sudah sedar tapi matanya masih sedikit kabur.Mungkin kerana rasa pening yang menyerang.

"Hoejang-nim dah sedar?",tanya Jeongyeon.Jaebum mengangguk.Dia mengeluarkan telefonnya dari seluar.

12 missed calls from Jinyoung.

"Berapa lama saya tidur?",tanya Jaebum.Perkara terakhir yang dia ingat ialah dia dalam kereta semasa hantar Jeongyeon balik.

"Dalam 5 jam... Hoejang-nim tertidur jadi saya biarkan Hoejang-nim dalam kereta.",jelas Jeongyeon.Jaebum memegang tengkuknya yang sakit akibat terlalu lama tidur dalam keadaan duduk.

Jaebum menelefon Soyeon supaya dia memberitahu kepada pekerja lain yang restoran akan ditutup sementara waktu.Selesai membuat panggilan,dia memandu kereta menuju ke rumah Jinyoung meninggalkan Jeongyeon sendirian di situ.

                                   ~~~

Lelaki tua itu menghentak tangannya di atas meja.Sepatutnya Jaebum sudah berada dalam genggaman dia semalam tapi tak berjaya disebabkan kecuaian orang suruhannya.

"Next week....kita culik dia",lelaki tua itu memberi arahan.

Pemuda itu tertunduk kerana kerjanya tak berjalan dengan baik.50 ribu yang dijanjikan lelaki tua itu dikurangkan kepada separuh.

"Aku maafkan kau sebab kau berjaya takutkan si Jinyoung.Jadi masalah yang satu itu sudah selesai.Sekarang kau boleh fokus sepenuhnya pada target.", pujuk lelaki tua itu bila melihat pemuda yang bekerja untuknya hanya diam membisu.

                                  ~~~

Jaebum segera ke hospital bila tahu tentang keadaan Hyunjin.Jinyoung menunggu di kerusi pelawat sementara menunggu pembedahan selesai.Hyunjin dikejarkan ke bilik pembedahan malam tadi.

"Jinyoung-aa",panggil Jaebum.Jinyoung yang menutup mukanya dengan tangan tak menyahut.Jaebum menghampiri Jinyoung.

"Aku nak kau jauhkan diri dari aku.Disebabkan kau,adik aku dalam bahaya.", Jinyoung menolak kasar badan Jaebum.

Jaebum terkejut dengan tindakan kawan baiknya.Jinyoung memandangnya dengan penuh kebencian lalu menjeling tajam.

"Jinyoung..wae---",tanya Jaebum lagi.

"Kau tak faham bahasa ke...kau penyebab Hyunjin ada dalam bilik tu sekarang.Aku tak nak tengok muka kau kat sini...pergi!!",tengking Jinyoung.Jaebum hanya akur melihat kawan baiknya dari sekolah kini menghalau dia pergi.

Jaebum memukul stereng keretanya kerana geram.Geram kerana dia tak faham dengan apa yang berlaku.Kenapa Jinyoung menelefonnya kalau hanya untuk dimarahi begitu sekali.

Jaebum membuka telefonnya.Satu mesej dihantar.

Jb,mianhae.Aku buat semua tu tadi sebab aku perasan ada orang perhatikan kau.Jadi aku harap kau jauhkan diri dari aku demi Hyunjin.And one more thing,please beware people around you.

Sekarang soalannya terjawab.Dia perlu segera mencari bukti yang lain.Hari itu menjadi hari yang sukar baginya.Dia menghidupkan enjin keretanya meninggalkan perkarangan hospital.

                                 ~~~

Malam itu,Tuan Im mengajak Hyunsik untuk makan malam bersama di rumah apartment miliknya.

Hyunsik tiba di rumah lain milik ayahnya buat kali pertama.Dekorasi rumah itu agak unik kalau nak dibandingkan dengan rumah banglo di Seoul.Tuan Im tersenyum melihat reaksi Hyunsik.

Mereka duduk di meja makan yang sudah terhidang pelbagai jenis makanan.

"Banyaknya makanan...ada tetamu lain ke?",tanya Hyunsik.Tuan Im hanya diam tak menjawab kerana tekaan anaknya itu betul.

Ding dong.

Tuan Im membuka pintu rumahnya dan kelibat yang sangat Hyunsik kenali masuk ke dalam rumah.Kali ini dia datang bersama isteri dan anak perempuannya.

Encik Heo,PA Tuan Im.

================================

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro