Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭6

"Jaebum-mi....", Jaebum menoleh ke belakang bila namanya dipanggil.Tuan Im memanggilnya sambil tersenyum mesra.Jaebum menjadi teruja bila Tuan Im melambai tangan ke arahnya.

"Appa...",Jaebum berlari menuju ke arah ayahnya.Tiba-tiba tangannya disentak membuatkan badannya terpusing semula ke belakang.

"A..pp..Appa?",muka yang tersenyum mesra tadi hilang dalam sekelip mata dan kini muka yang selalu dilihatnya berada di depan mata Jaebum.

Dia menoleh semula ke tempat Appanya yang tersenyum tadi berdiri namun tiada di situ.

"Kau patut mati!!!!!",dirinya ditolak dan kini berada dalam lautan yang sama seperti 20 tahun lepas.Dia cuba untuk berenang ke permukaan namun gagal sehinggalah dirinya ditolak dari bawah.Jaebum memandang ke bawah dan ternampak seorang lelaki yang menolaknya.Hanya satu perkataan yang terungkap dari mulutnya.

Appa.

Jaebum membuka matanya sebaik jam penggera telefonnya berbunyi.Dia menutup jam yang membingitkan telinga itu.Dia melihat jam pada telefonnya.7:40 pagi.

                                    ~~~

Hari itu Jaebum tidak masuk pejabat disebabkan tiada sebarang temujanji ataupun mesyuarat.Hanya satu tempat yang dia akan berkunjung.Rumah kawan baiknya.

Jinyoung membuka pintu rumahnya bila loceng berbunyi berulang kali.Dia yang sudah masak dengan perangai Jaebum hanya mampu bersabar.

Jaebum tersenyum lebar sebaik Jinyoung membuka pintu.Dia menghulurkan sejambak bunga yang dibeli dalam perjalanan tadi.

"Erghh....kau ingat aku ni yeochin kau ke nak bagi bunga.", Jinyoung merungut selepas mengambil bunga yang dihulur Jaebum lalu dicampak ke atas meja.Terbeliak mata Jaebum melihat kelakuan Jinyoung.

"Kau campak bunga aku...", Jinyoung memandang geram.

"Setakat bunga plastik,baik aku kitar semula daripada simpan.",ujar Jinyoung lalu ke dapur.Jaebum tergelak besar bila Jinyoung perasan bunga yang dibawanya tadi bunga plastik.

"Hyunjin mana?",tanya Jaebum.Selalunya mesti ada bayang budak itu setiap kali dia berkunjung ke rumah Jinyoung.

"Kelas tambahan.Wae?",jawab Jinyoung.Dia menunggu air yang dimasak untuk membancuh kopi.Jaebum hanya menggeleng.Saja dia bertanya.

Jinyoung membawa kopi yang sudah siap dibancuh ke ruang tamu.Jaebum yang sedang terbaring memandang kawannya.

"Kau nak aku simbah air ni kat muka kau?Bangun cepat.",marah Jinyoung bila Jaebum hanya terbaring.Jaebum tersengih mendengar bebelan kawannya.Sehari mulut tu tak berbunyi memang tak sah.

"Arasseo....aku ada benda sebenarnya nak cerita kat kau.",Jaebum mulakan perbualan.

"Apa?",tanya Jinyoung teruja.

"Macam ni cerita dia,kita minum kopi dulu.",Jaebum saja mengenakan Jinyoung.Muka Jinyoung pada ketika itu faham-faham jelah.

Habis secawan kopi,Jaebum mulakan ceritanya.Jinyoung pula yang sudah bersedia dari awal lagi,memeluk bantal.

"Tuan Im yang selamatkan kau?Lepas tu kau cakap Tuan Im nampak lain dari biasa.", Jinyoung meraut dagunya.Setahu dia,Hyunsik yang selamatkan Jinyoung.

"Entah aku pun malas nak fikir panjang.Aku dah penat dengan semua ni.Jom keluar nak?",ajak Jaebum.Jinyoung setuju dengan ajakan Jaebum disebabkan dia juga puas duduk rumah.

                                   ~~~

Hyunjin baru habis kelas tambahannya.Dia berjalan seorang diri selepas semua kawan-kawannya sudah balik terlebih dulu.Dia memasang earphone di telinganya yang membuatkan dia tak perasan yang seseorang mengekorinya dari belakang.

Dia memandang sekeliling lalu perasan bayang orang di belakangnya.Dia mempercepatkan langkah sebaik tahu dia diekori.Makin laju dia melangkah,makin laju orang dibelakangnya mengejar.Akhirnya dia membuat keputusan untuk berlari.Tiba disimpang,sebuah motor penghantar makanan meluru ke arahnya.

Orang yang mengekorinya meninggalkan Hyunjin yang ketika itu sudah tak sedarkan diri.Penghantar makanan itu juga terus memecut meninggalkan Hyunjin.

                                    ~~~

Jinyoung memandang ke taman permainan yang dilalunya bersama Jaebum.Matanya tertumpu pada budak lelaki yang sedang bermain dengan kawannya yang lain.

"Dowoon-na",seorang kawannya memanggil.

"Anni,saya bukan Dowoonlah.Saya Dawon.",kemudian seorang lagi budak lelaki yang mukanya sama dengan Dowoon keluar dari terowong gelongsor.

Dia tersenyum melihat gelagat kanak-kanak itu.Secara tiba-tiba dia terfikir sesuatu.

Kembar.

Baru dia nak memanggil Jaebum yang tak jauh di depannya.Namun niatnya terbantut bila dapat panggilan telefon dari nombor yang tak dikenali.

"Mwo?! Arasseo...saya akan ke sana secepat mungkin.",Jaebum memandang ke belakang sebaik mendengar suara Jinyoung.Dia mengangkat keningnya melihat Jinyoung yang nampak terkejut.

"Hyunjin accident.",ujar Jinyoung pendek.Dia menahan teksi yang lalu disitu.Jaebum juga masuk ke dalam teksi tadi.

"Accident?",tanya Jaebum minta kepastian.Jinyoung mengangguk namun mukanya nampak resah memikirkan keadaan Hyunjin.

                                 ~~~

"Bagus...kita kena bagi amaran pada dia.Tadi tu baru permulaan rancangan kita.", puji lelaki tua itu.

"Rancangan kau...aku buat ni sebab duit je.",pemuda itu membetulkan kata-kata lelaki tua tadi.

Nasib baik dia melanggar Hyunjin tak kuat.Walaupun begitu,Hyunjin tetap tercampak ke tepi yang menyebabkan kepalanya terhentak di jalan.

                                   ~~~

Hyunjin sudah boleh balik malam itu.Mujurlah tiada kecederaan yang serius.Jaebum juga balik ke rumah Jinyoung untuk mengambil keretanya.Siang tadi,dia sengaja naik bas dengan Jinyoung kerana malas nak memandu.

"Kalau rasa sakit,terus panggil Hyung.Arasseo?",pesan Jinyoung sebelum meninggalkan Hyunjin di biliknya.Disebabkan Hyunjin sakit,dia menyuruh adiknya tidur di biliknya.

Jinyoung menghantar Jaebum ke kereta kerana ada benda yang dia nak beritahu.

"Jb..kau cakap dalam mimpi tu,Tuan Im senyum pastu dia jadi macam sekarang balik kan?",tanya Jinyoung.Jaebum mengiyakan soalan Jinyoung.

"Aku ada terfikir satu benda.Entah-entah Tuan Im ada kembar.Cuba kau selidik.",arah Jinyoung.Jaebum terkejut dengan apa yang baru diungkapkan Jinyoung.

"Logik ke?",tanya Jaebum semula.Kerana selama 24 tahun dia hidup,tak pernah tahu yang dia ada saudara atau tidak.

"Nothing impossible,Im Jaebum.",balas Jinyoung.Jaebum hanya mengangguk.Dia bersetuju untuk selidik latar belakang keluarganya.

                                 ~~~

Keesokan harinya,Tuan Im dan Hyunsik akan ke luar bandar untuk lawatan ke cawangan yang baru dibina.

"Stay safe.Take care ok?",pesan Hyunsik sebelum bertolak.Kini Jaebum bersendirian di rumahnya.Jadi ini peluang yang berharga untuk menyelinap masuk ke bilik ayahnya.

Malam itu,Jaebum masuk ke bilik Tuan Im.Dia mulakan pencarian dengan menyelongkar almari baju.Tiada apa di situ.Dia meneruskan lagi dengan kotak di bawah meja kerja.Sekali lagi usahanya sia-sia kerana hanya ada sejumlah kertas kerja.

Dia bersandar pada katil kerana keletihan.Dia mengelap peluh di dahi.Hampir sejam dia mencari bukti namun belum dijumpai.Dia pun bangun dari tempatnya.Sebaik kakinya melangkah,dia tersadung badan katil ayahnya.Dan ketika itu juga,kelihatan seperti laci kecil berada di badan katil itu.Dia menarik laci itu dan mendapati ada sebuah album lama.Dia pun mengeluarkan album itu.

Jaebum menyelak gambar-gambar yang ada.Tangannya berhenti menyelak di satu helaian album itu.
Gambar perkahwinan Tuan Im.Matanya bergenang air mata melihat muka Eommanya yang tersenyum gembira.Dia melihat gambar yang lain.Kali ini,matanya menatap satu gambar yang diambil.Gambar keluarga pada hari perkahwinan.

Kelihatan seorang lelaki yang mukanya mirip dengan Tuan Im berdiri sebelahnya.Jaebum membaca nama yang ditulis di tepi helaian gambar itu.

Im Jihoon,Im Jinwoo.

Jaebum menukup mulutnya sebaik melihat nama itu.Dalam gambar itu juga lelaki yang berdiri sebelah pengantin lelaki mendukung seorang kanak-kanak lelaki yang kelihatan berumur 2-3 tahun.

Hyung?

================================

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro