Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭5

Tuan Im merenung jauh ke luar tingkap pejabatnya.Sesekali dia memandang jam di tangannya.

"Hyung ada ingat tak pasal rantai?Rantai perak."

Tuan Im teringat semula perbualan Hyunsik dan Jaebum malam tadi.Masa itu,kebetulan dia lalu depan bilik Hyunsik dan secara tak sengaja terdengar perbualan mereka.

Mukanya nampak resah bila teringat Jaebum yang bertanya pasal seutas rantai.Dia memandang gambar keluarganya.Dalam gambar itu,Tuan Im nampak sangat berbeza dengan yang sekarang.Dia mengeluh berat.

                                  ~~~

"Maksudnya,rantai tu ada dalam gambar family kau?",tanya Jinyoung.Semakin lama semakin misteri dengan mimpi Jaebum.Kerana mimpi yang dialami kawan baiknya itu seperti teka teki yang perlu diselesaikan.

Jaebum mengangguk.Dia juga baru perasan akan rantai itu walaupun setiap malam dia akan menatap gambar yang sama sebelum tidur.

"Tapi Hyung aku sorang tak pakai rantai tu.Bila aku tanya dia,Hyung cakap dia tak ingat apa-apa pasal rantai.",sambungnya lagi.

"Ermmm....aku pun dah pening dengan semua ni.Kan bagus kalau kau ingat semua ni.Tak ada kita main teka teki macam sekarang.Sayangnya,waktu kau accident tu kau baru 4 tahun.Memang tak boleh nak ingat apa-apalah.Aku masa 4 tahun nak cakap pun tergagap lagi.",ujar Jinyoung.

Jaebum masih memikirkan rantai itu.Dia bertekad malam itu untuk bertanya ayahnya pula.

                                   ~~~

Jeongyeon sedang melakukan catatan seperti biasa.Walaupun prestasinya memberangsangkan dan selalu menerima pujian,dia masih setia dengan buku kecil ditangan yang mana itu membuatkan pekerja lain berasa iri hati dengan sikapnya yang rajin.

Jinyoung masuk semula ke dapur selepas berbual dengan Jaebum.Dia memerhatikan gerak geri pekerja.Jeongyeon yang ketika itu sedang membawa sos yang baru dibuat,terlanggar Jinyoung dari belakang.Dan ketika itu juga,sos yang dibawanya tumpah ke lantai.

"Joesonghabnida.... joseonghabnida..Josu-nim(penolong).", Jeongyeon mengalihkan periuk yang terjatuh tadi.Jinyoung bangun dari tempatnya.Bajunya yang putih habis kotor terkena sos.Jonho menarik nafas terkejut.

"Hyung.... kwaenchana?",tanya Jonho sebaik melihat kulit tangan Jinyoung yang melecur.Jinyoung yang baru perasan melihat tangannya yang terasa pedih.

Wooyoung pula sudah menghilangkan diri melaporkan perkara yang berlaku kepada Jaebum.Sebaik mendengar berita itu,Jaebum terus menuju ke dapur mendapatkan kawan baiknya.

"Kaja....Kita ke hospital sekarang.",Jaebum menarik tangan Jinyoung namun langkahnya terhenti bila Jinyoung tak berganjak.

"Na kwaenchana", Jinyoung menolak tangan Jaebum.

"Ni arahan aku sebagai ketua kau.Sekarang ikut aku ke hospital.",Jaebum menarik semula tangan Jinyoung.Pekerja yang menyaksikan perkara itu kecut perut melihat muka Jaebum yang membengis.Selama ini,Jaebum tak pernah marah pekerjanya.Jinyoung akur dengan arahan Jaebum.Dia yang sudah berkawan lama tahu yang ketika itu Jaebum sedang serius.

"Wooyoung,awak handle dapur.",arah Jaebum.

Sebaik Jaebum dan Jinyoung melangkah keluar dari restoran,Soyeon memandang Jeongyeon.

"Lain kali buat kerja tu hati-hati.Tengok sekarang apa yang dah jadi.Selama aku 2 tahun aku bekerja kat sini,kau pekerja pertama yang buat Jaebum Hoejang marah.",kata Soyeon lalu beredar dari situ.

Jeongyeon hanya tertunduk memandang lantai.Malu bukan kepalang bila kejadian itu disaksikan pekerja yang lain.Hampir saja air matanya jatuh namun ditahannya.

Dia mengangkat kepala bila seseorang menghulurkan mop.

"Jonho-ssi....", Jeongyeon terharu dengan layanan Jonho.Dia hanya tersenyum seraya menepuk belakang Jeongyeon.Dia menyambung kerjanya yang tergendala.

                                   ~~~

Berkerut muka Jinyoung bila doktor mencuci belakang dan tangannya yang sedikit melecur akibat tumpahan sos tadi.Jaebum memeluk tubuh sambil menyandarkan badannya ke dinding.

"Teruk ke doktor badan dia ni melecur?",tanya Jaebum bila doktor siap merawat Jinyoung.

"Mujurlah tak sebab baju yang dipakai agak tebal.Tapi tangan dia agak teruk sikit.",jelas doktor.

Selesai mengambil ubat tahan sakit dan krim sapu,mereka beredar dari farmasi hospital.Jinyoung agak tak selesa kerana dia hanya memakai bandage.

Jaebum tergelak bila Jinyoung menyorok di sebelahnya.

"Kau kan lelaki...kenapa kau malu sangat?",tanya Jaebum.Sengaja mengusik Jinyoung.

"Aku geram dengan doktor tu.Baju kerja aku tu dah 4 tahun aku pakai.Tiba-tiba dalam 4 saat,baju tu dah terbelah dua sebab doktor tu gunting.",bebel Jinyoung.Dia sudah lupa dengan keadaan sekeliling sebaik dia bersuara.

"Nanti aku bagi baju lain...kecohlah kau ni.Nak kata perempuan,lelaki.",perli Jaebum.

Jinyoung menarik muka bila Jaebum tak menyokongnya.

                                 ~~~

"Sepanjang kau perhatikan Jaebum apa yang kau dapat?",tanya lelaki tua itu.

"Yang aku tahu,kelemahan dia ialah air.Aku rasa mungkin fobia dia akan lagi teruk kalau berdekatan dengan pantai disebabkan kau pernah cakap yang dia accident 20 tahun lepas.Ni kawan baik dia dari sekolah dan ni pula adik dia yang sekarang pelajar tahun akhir sekolah menengah.",pemuda itu meletakkan gambar Jinyoung dan Hyunjin di atas meja.

Lelaki itu tersenyum puas.Gambar-gambar itu ditampal pada dinding.Kini usahanya nak musnahkan hidup Jaebum semakin mudah dengan kehadiran orang sekelilingnya.

                                  ~~~

Wooyoung mencari kelibat Jeongyeon yang menghilang sejak tadi.Mop yang digunakan juga ditinggalkan belakang pintu.

Jeongyeon melangkah masuk ke dapur.Wooyoung yang ternampaknya mencekak pinggang.

"Awak pergi mana tadi?Puas saya cari.",tanya Wooyoung.

"Saya buang sampah tadi lepas cuci pinggan.Kenapa cari saya,Sunbae-nim?",Wooyoung yang  nampak air mata yang masih berbekas di muka Jeongyeon tak jadi pula nak memarahinya.

"Semua dah siap kemas Dan yang lain pun dah balik,bila saya nak tutup restoran teringat pula yang awak tak balik lagi.Jadi bolehlah awak balik sekarang sebab saya pun nak kunci restoran pula ni.",jelas Wooyoung.Jeongyeon menundukkan diri sebelum bersiap-siap untuk balik.

                                 ~~~

Jaebum masih berdiri depan pintu bilik ayahnya.Beberapa kali dia cuba mengetuk pintu tapi setiap kali itu juga dia menarik tangannya sendiri.Akhirnya dia memberanikan diri.

Tok,tok,tok

Jaebum masuk ke dalam bilik Tuan Im.Dia menghampiri Tuan Im yang tengah menonton rancangan golf di biliknya.

Dia memandang Jaebum sekilas lalu menonton tv semula.Jaebum yang faham dengan sikap ayahnya, membuka mulut.

"Appa....can I ask you something?",Jaebum mengemam mulutnya menanti jawaban.

"Hmmm",jawab Tuan Im pendek.

"Appa tahu tak pasal rantai---",belum sempat menghabiskan kata-katanya,Tuan Im naik angin.Remote tv yang dipegangnya dibaling ke dinding.

"Don't you dare ask me about that...rantai tu kalau kau nak tahu ialah lambang keluarga kita,but everything changed after the accident.Aku nak kau keluar dari bilik sekarang....keluar!!!",tengking Tuan Im.Jaebum tersentak lalu segera meninggalkan bilik sebaik ditengking begitu.

Hyunsik yang baru balik dari mesyuarat,terdengar jeritan ayahnya.Semasa dia naik,Jaebum sudah masuk ke biliknya.Dia mengeluh kecil.Entah apa lagi yang Jaebum buat sampai ayahnya marah begitu sekali.

"Jaebum?",Hyunsik menjengah masuk bilik adiknya.Jaebum mengangguk.

"Kenapa Appa marah sangat?",tanya Hyunsik.

"I don't know.....setiap kali Jaebum tanya mesti Appa marah.Jaebum pun tak faham dengan Appa.",jawab Jaebum sebak.Dirinya sudah lali bila ditengking begitu namun hati siapa yang tak terguris bila dimarahi.Kalau dulu,pasti sudah berderai air mata.

Hyunsik memandang Jaebum lama.Kasihan melihat nasib adiknya sebegitu rupa.

"Kenapa Appa benci Jaebum macam Jaebum ni anak orang lain?",tanya Jaebum lagi.Hyunsik buntu mendengar soalan Jaebum kerana dia juga tak faham dengan sikap ayahnya.Lama dia berdiam diri.

"Oklah....Jaebum mengantuk ni.Hyung pergilah mandi.Good night.",Jaebum memalingkan belakangnya.Dia menutup lampu tidur walaupun abangnya masih duduk di katilnya.Hyunsik menyelimutkan adiknya sebelum meninggalkan bilik.Air mata Jaebum mengalir perlahan.Dari tadi dia menahan supaya abangnya tak nampak dirinya yang lemah.Dia memejam matanya rapat.

================================



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro