Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭3

Jaebum pergi ke rumah Jinyoung memandangkan hari itu cuti.Selepas apa yang terjadi semalam,dia tak dapat nak tidur dengan lena.

Jinyoung seperti biasa sentiasa menyediakan makanan setiap kali Jaebum berkunjung ke rumahnya.Hyunjin pula menonton tv di ruang tamu bersama Jaebum.

Jinyoung datang dengan membawa dulang yang berisi makanan dan air oren.

"Kalau kau ni perempuan,dah lama aku ajak kahwin",Jaebum mengambil minuman yang dibawa tadi.Hyunjin tergelak besar mendengar lawak Jaebum.

"Kalau aku perempuan sekalipun,memang tak aku nak kahwin dengan kau.",balas Jinyoung.Jaebum tersengih.Jinyoung memandang muka Jaebum yang nampak agak keletihan.

"Kau ada masalah ke...muka kau nampak lesu sikit.",tegur Jinyoung.Dia memang tak akan bermain teka teki sendiri sebaliknya akan terus mencari jawapan darj kawan baiknya itu.

"Aku tak boleh tidur semalam.Tu yang macam panda ni.",Jaebum menggosok matanya.Hyunjin turut memandang muka Jaebum bila abangnya bertanya.Memang nampak lesu muka Jaebum pada hari itu berbanding hari biasa.

"Kau mimpi buruk lagi?",Jaebum hanya mengangguk.Dia mengambil makanan pula.Sebelum ini,Jaebum pernah beritahunya yang dia ada mimpi buruk.

Selesai minum,Hyunjin keluar pergi ke kelas tambahan.Jinyoung mengambil kesempatan bertanya sementara hanya mereka yang ada di rumahnya.

"Ceritalah mimpi kau dekat aku."Jinyoung membodek.Jaebum yang menonton tv itu,memandang Jinyoung.

"Tak nak,sebab kau tak nak kahwin dengan aku.",seloroh Jaebum.Jinyoung mengetap giginya menahan geram.Dia mengambil biskut dari tangan Jaebum.

"Cepatlah..aku nak tahu.",rayu Jinyoung.Jaebum pun akur bila melihat Jinyoung yang bersungguh membodeknya.

"Aku mimpi Appa bunuh aku.",ceritanya pendek.Jinyoung sedikit terkejut dengan mimpi Jaebum.Dia berdiam kerana menyuruh Jaebum menceritakan sepenuhnya.

"Tu satu yang aku pelik.Kenapa dia nak bunuh aku,lepas itu yang kedua pula,ada seorang lelaki yang selamatkan aku dalam mimpi tu.",cerita Jaebum.

"Siapa lelaki tu?",tanya Jinyoung pula.

"Tu yang aku keliru,sebab aku tak nampak muka dia.Suara dia aku pernah dengar tapi tak ingat kat mana.Aku rasa mimpi tu macam betul-betul berlaku sebab bila aku sedar tu kan,sakit gila perut aku.Nasib baik Hyung datang bila aku call dia."

Jinyoung mengerutkan dahinya.Seram ada musykil pun ada.

"Aku rasa tu macam petunjuk cuma kau belum tangkap maksud sebenar mimpi tu.",Jinyoung memberi pemdapat.Jaebum mengangguk setuju kerana dia juga merasakan benda yang sama.

"Kau dah maklumkan belum pasal pekerja ganti tu dekat Tuan Im?", Jinyoung mengubah topik.Mendengar soalan itu,Jaebum tersenyum.Jinyoung memandangnya pelik.Dah kenapa tanya pasal kerja tersenyum.

"Appa aku ada cakap dengan aku pagi tadi.Esok pekerja tu masuk.Perempuan katanya.",Jaebum memberitahu.

"Esok?Cepatnya....tak ada temuduga ke?",tanya Jinyoung pelik.Setahunya,Tuan Im seorang yang cerewet kalau melibatkan pekerja.Ini senang pula dia menerima pekerja lain.

"No interview sebab dia tu pekerja ganti je.Lagipun dalam 2 bulan rasanya dia kerja dengan kita.",terang Jaebum.Jinyoung hanya mengangguk faham.Jaebum mengambil semula biskut yang diambil Jinyoung tadi.

                               ~~~

"Aku bagi kau masa sebulan untuk perhatikan dia,cari kelemahan dia dan selepas tu baru aku bagi arahan supaya lenyapkan dia dari dunia ni.",lelaki tua itu meletakkan panggilan.

Telefon ditangannya diletakkan ke dalam poket.Matanya memandang dinding bilik yang dilekatkan gambar Jaebum.Dia tersenyum puas.Akhirnya rancangan yang dirancangnya selama 10 tahun akan berjalan seperti yang diharapkan.

                                  ~~~

Semua pekerja berkumpul di ruang mesyuarat yang selalu digunakan setiap kali ada perbincangan.Mereka duduk di hadapan sebuah meja panjang.

"Kenapa JB Hoejang panggil kita ke sini?",bisik Soyeon,salah seorang pekerja.Jonho mengangkat bahu tanda tak tahu.

"Ok...tujuan saya panggil korang berkumpul sekarang ni sebab hari ni ada pekerja yang akan menggantikan Taehyung sementara dia ambil cuti.Awak boleh masuk sekarang",arah Jaebum.Seorang wanita awal 20-an menunjukkan diri.

"Annyeonghasayeo...Yoo Jeongyeon imnida.Korang boleh panggil saya Jeongyeon.Salam perkenalan", Jeongyeon menundukkan diri tanda hormat.

"Walaupun dia pekerja sementara,Saya nak korang layan dia sama rata,ajar apa yang sepatutnya.Kalau Saya ada dapat laporan yang korang buat hal,perkara ni saya akan bawa ke pengetahuan CEO syarikat kita.Arasseo?",pesan Jaebum dengan tegas.Semua pekerjanya menjawab serentak.

Jaebum tersenyum puas dengan jawaban pekerjanya.Jinyoung juga menunjukkan ibu jarinya ke atas.

Mereka bersurai selepas pengumuman itu.

                                   ~~~

Semua pekerja di situ melayan Jeongyeon dengan baik seperti yang diarahkan Jaebum.Setiap kali Jeongyeon bertanya, mereka akan menjawabnya dengan baik.

Jaebum yang memerhati keadaan di dapur tersenyum lebar.Dia akan masuk dapur setiap kali ada event ataupun tetamu VVIP syarikat sahaja.Selainnya, Jinyoung yang akan uruskan perkara di dapur.

Jinyoung mengetuk pintu pejabat sebelum masuk.Jaebum yang ketika itu sedang membaca buku hanya tersenyum.

"Kita ada event kat satu tempat ni.Laporan ni Encik Heo yang bagi tadi atas arahan Tuan Im.", Jinyoung menghulurkan satu fail yang diberi PA Tuan Im.

"Minggu depan?Semua menu dah ada ke ataupun kita yang  recommend?",tanya Jaebum setelah melihat tarikh event tersebut.

"Klien tu yang akan bagi menu.Selewatnya lusa dia akan senaraikan.",terang Jinyoung.Jaebum mengangguk.Tangannya masih menyelak setiap helaian fail tadi.Jinyoung meminta diri untuk menyambung pekerjaannya.

Jaebum menulis catatan dalam buku hariannya.

Tempat:14-5,Janghan 2-gil,Bukbang-myeon,Hongcheon

Tarikh:28 Oktober 2019

Bilangan tetamu:20 orang.

Jaebum menutup bukunya lalu menyimpan di laci meja.

Kemudian Jaebum menyuruh kenalannya yang tinggal di Hongcheon untuk membuat tempahan hotel minggu depan.Dia dan pekerja yang terlibat akan bermalam di sana kerana tempat itu agak jauh dari Seoul.

                                  ~~~

Jeongyeon memberi perhatian sepenuhnya bila Jinyoung mengajarnya makanan asas restoran.Dia mencatat setiap perkara di dalam buku kecil yang selalu dibawanya.

Kemudian Jinyoung menyuruhnya membuat semula hidangan yang diajar tadi.Tanpa banyak soal,dia majukan diri ke depan.

Semua pekerja di dapur kagum dengan kemahiran memasak Jeongyeon.Dia menghidang ke dalam pinggan bujur seperti yang diajar.

Jinyoung merasa hidangan itu.Jeongyeon menunggu kritikan dari Jinyoung.Semua pekerja juga turut menantikan komen dari Jinyoung.

Jinyoung memandangnya tajam.Mulutnya masih mengunyah makanan.Jeongyeon menelan air liurnya melihat pandangan Jinyoung yang seakan-akan mahu menerkamnya.

"Good job...cuma perlu tambahkan sedikit lagi garam.Selebihnya..", Jinyoung menunjukkan ibu jarinya.Semua menepuk tangan mendengar pujian Jinyoung.Jeongyeon tersenyum gembira.

"Daebak Noona....kalau masak tak sedap mesti Jinyoung Hyung suruh buat semula...Saya pernah kena sampai menangis sebab takut",cerita Jonho.Jeonyeon hanya tertawa kecil.Dirinya masih belum bersedia terima pujian kerana masih banyak yang perlu dipelajari.

"Satu hidangan pasta carbona untuk meja 12.",pelayan menghantar pesanan.

"Jeongyeon-ssi,awak buat hidangan tu.",arah Jinyoung.Jeongyeon sedikit terkejut.Sebagus itukah dia memasak sampai disuruh menyediakan hidangan pada hari pertamanya bekerja.

"Apa yang awak tunggu lagi?", Jinyoung sedikit meninggikan suara bila melihat Jeongyeon yang masih tidak berganjak dari tempatnya.Jeongyeon segera menyediakan hidangan pasta tadi.

Jinyoung memerhatikan pelanggan yang memesan pasta carbonara tadi.Kelihatan dari jauh,pelanggannya menikmati hidangan itu.

"Teruskan dengan prestasi ni.", Jinyoung memberi semangat.Jeongyeon hanya mengangguk.

================================

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro