🎭2
Tuan Im masih memandang Jaebum yang masih terduduk dengan perasaan benci.Dia mengambil cawan minumnya lalu di campak lagi.Entah kenapa Jaebum masih belum bangun dari tempatnya.
Hyunsik yang mendengar kekecohan berlaku menerjah masuk.
"Appa! Please stop.Jaebum bangun",dia membantu Jaebum bangun.Tuan Im merengus kasar.Sedikit pun tak ada rasa kasihan.Dia menghentak tangannya di atas meja.
Hyunsik membawa Jaebum ke pejabatnya.Dia mengeluarkan peti kecemasan dari bawah meja pejabat.
Jaebum hanya diam.Pedih di muka dan tangannya tak diendahkan.Hyunsik mendekati Jaebum.
"What's happened?Kenapa Appa marah sampai macam tu?",tanya Hyunsik lembut.Pelik dengan ayahnya tetiba naik angin.
"Jaebum ni penyebab Eomma mati ke?",tanya Jaebum dalam keadaan menangis.Soalan Hyunsik dibiarkan tak berjawab.Dia mengerutkan muka bila Hyunsik mencuci lukanya.Abangnya hanya diam memikirkan jawaban untuk memujuk hati Jaebum.Dia mencuci luka di tangan pula.
"Jaebum-ma...look at me.Logik ke budak 4 tahun bunuh Eomma dia sendiri?",Hyunsik mengelap airmata adiknya.Dia menatap parut di kening Jaebum akibat kemalangan 20 tahun lepas.Jaebum menggeleng.
"Habis tu...kenapa Ap---",Jaebum terdiam bila Hyunsik memotong kata-katanya.
"Walaupun Appa benci,Jaebum tetap ada Hyung.Walaupun Appa nak sakiti Jaebum,Hyung ada untuk Jaebum.Arasseo?",pujuk Hyunsik.Jaebum mengangguk lalu memeluk abangnya.
~~~
Jaebum kembali ke restoran seperti tiada apa-apa yang berlaku.Dia tetap menguatkan dirinya untuk tersenyum di depan pekerjanya.
Jinyoung yang memang tak akan tertipu dengan Jaebum,mengikutinya.Pekerja yang lain pula meneruskan kerja mereka.
"Kenapa dengan kau?",tanya Jinyoung sebaik melihat dahi dan tangan kawan baiknya berbalut.
"Aku jatuh masa nak pergi sana",tipunya.Jinyoung masih merenungnya,berharap Jaebum jujur dengan perkara sebenar.Jaebum memandang Jinyoung lalu menyuruhnya duduk di kerusi depan mejanya.
"Appa aku....", Jaebum mengambil masa untuk meneruskan kata-katanya.
"Marah pasal makanan percuma.",Jaebum menahan airmatanya jatuh.Hatinya masih terluka dengan kata-kata ayahnya.Jinyoung membuat muka tak percaya.Kalau itulah alasannya, memang tak memadai.Habis itu selama tiga hari restoran itu bertutup disebabkan tetamu kehormatnya datang,tak ada kerugian ke yang berlaku?Setakat makanan percuma untuk kanak-kanak apalah sangat.Kanak-kanak yang datang pun tak sampai dua puluh orang.
"Habis tu...muka dengan tangan kau?",tanya Jinyoung.Jaebum menggeleng.Dia tak mahu berkongsi pasal itu dengan Jinyoung.
"Gaji aku kena potong 3 bulan.That's it.",jawabnya.Jinyoung pun dah tak tahu macam mana nak fikir.Kalau dia ikutkan perasaan,sudah lama dia meletak jawatan tapi demi kawannya,dia sanggup bertahan.Jinyoung menepuk bahu Jaebum.
"Jomlah masak,kesian diorang tunggu.",ajak Jaebum.
~~~
Seorang lelaki berusia lewat 40-an berjumpa dengan seorang pemuda.Dia tersenyum melihat pemuda itu akhirnya berjumpa dengannya.
"Kau nak suruh aku buat apa?",tanya pemuda itu.
"Destroy him.",jawabnya pendek lalu meletakkan gambar seorang yang sangat dikenali,Im Jaebum.Pemuda itu melihat gambar yang berada di atas meja lalu mengangguk faham.
"Bila boleh mula?",tanya pemuda itu lagi.
"Aku tak tahu lagi,tapi bagi masa dia enjoy saat-saat bahagia dia kat dunia ni.Nanti aku mesej bila masa sesuai.",arah lelaki itu.
~~~
Taehyung menunggu jawaban dari ketuanya.Sudah 5 minit dia berdiri di situ.Surat putih di tangan Jaebum direnungnya.
"Kenapa tiba-tiba letak jawatan...awak ada masalah dengan pekerja lain ke?",tanya Jaebum.Taehyung merupakan pekerja yang terbaik.Tak pernah sekali pun dia membuat kesilapan di dapur.Taehyung menggeleng.
"Eomma saya sakit kat kampung.Jadi tak ada orang yang nak uruskan restoran Eomma saya kat sana.Boleh ke saya balik?",tanya Taehyung sekali lagi.Jaebum pun mengangguk.
"Saya benarkan,tapi kalau Eomma awak dah sihat,datanglah semula ke sini.Surat ni saya tak terima.Jadi anggaplah yang sekarang ni awak ambil cuti.",Jaebum bersuara.Taehyung menunduk hormat beberapa kali sebagai tanda terima kasih.
Jinyoung masuk ke pejabat seusai Taehyung keluar.Jaebum ketika itu,menyelak dokumen di atas meja.
"Wae-yo?",tanya Jinyoung.Bukan main gembira dia tengok muka Taehyung sebaik keluar dari pejabat.
"Dia nak berhenti sebab Eomma dia sakit.",jawab Jaebum.
"Kau bagi dia berhenti?Sayang kot...prestasi dia yang terbaik antara pekerja lain.",Jinyoung membantah.Jaebum tersenyum.
"Aku suruh dia ambil cuti,kalau aku terima surat letak jawatan tu,memang aku gila.", Jinyoung menarik nafas lega.Patutlah si Taehyung gembira semacam.
"Wait....jadi siapa nak ganti Taehyung?",senyuman Jaebum menghilang mendengar soalan Jinyoung.
"Aku tak terfikir pula pasal tu.Aku kena bincang dengan Appa aku.",jawab Jaebum tenang.Jinyoung mengangguk setuju.
~~~
Jaebum memberanikan diri berjumpa ayahnya.Dia lakukan semua ni demi restoran dan pekerjanya juga.Dia mengetuk pintu bilik ayahnya.Dia membuka sebaik Tuan Im menyuruhnya masuk.
Tuan Im memandang sekilas,lalu matanya kembali tertumpu pada helaian kertas.
"Appa...dapur restoran tak cukup orang sebab Taehyung ambil cuti.Kalau Appa tak kisah...boleh Appa cari pekerja ganti?",dia menyusun ayatnya sehabis baik.Tuan Im diam tak menjawab.
"Arasseo...nanti kalau dah jumpa,Appa bagitahu kamu.",jawabnya pendek.Senyuman terukir di bibir Jaebum.Dia keluar sebaik mendengar jawaban dari ayahnya.
Hyunsik yang ketika itu menonton tv memandang pelik Jaebum yang tersenyum seorang.
"Wae? Jatuh cinta ke?",tanya Hyunsik.Jaebum mengambil tempat di sebelahnya.Bantal kecil dipeluknya.
"Anni....sebab Appa tak marah.",jawabnya pendek.Hyunsik turut gembira.Dia faham perasaan adiknya.
Jaebum mengambil gambar yang terletak di atas meja kecil.Gambar keluarganya.Semua di dalam gambar itu kelihatan bahagia dan rapat sekali.Dia memegang gambar Eommanya yang mendukung dia di dalam gambar.
"Eomma... bogoshipeo",keluhnya perlahan.Tanpa disedarinya,Hyunsik mengintai dari celahan pintu.
Jaebum yang ketika itu sudah tidak sedarkan diri.Hyunsik cuba menarik badan Jaebum.Namun kudrat seorang kanak-kanak 6 tahun itu tak memadai.Puan Kim yang tersedar menolak badan Jaebum melalui tingkap.Oleh kerana kekangan masa,hanya Jaebum yang dapat dikeluarkan.Puan Kim pula tersekat di tempat duduk penumpang akibat hentakan tadi.Kereta semakin jauh ke bawah dan Hyunsik terpaksa membawa adiknya ke permukaan.
"Hyung yang bunuh Eomma,bukan Jaebum.",Hyunsik menutup pintu bilik adiknya.
~~~
Jaebum berlari-lari dalam syarikat ayahnya.Sudah beberapa kali dia berpusing mencari pintu keluar,namun tak ditemui.Dia membuka lif dan menarik nafas lega sebaik melihat Tuan Im yang berada dalam lif itu.Jaebum memeluk ayahnya.Tiba-tiba nafasnya menjadi tercungap-cungap.Dia meleraikan pelukan itu,namun darah mula membasahi baju yang dipakainya.Jaebum memandang Tuan Im yang ketika itu hanya tersenyum melihat keadaannya.Sekali lagi dirinya ditikam ayahnya."Ji hoonaaaa!",Tuan Im berhenti bila namanya dipanggil.
Jaebum menarik nafas terkejut.Dia memegang perutnya yang masih terasa sakit.Nafasnya juga menjadi tak stabil.Dia mencapai telefon yang berada di bawah bantal lalu mendail nombor Hyunsik.
"H..h..hyung...tol... tolong...Jaebum",tersekat-sekat dia memberitahu abangnya.Hyunsik segera ke bilik Jaebum yang berada di sebelah biliknya.
"Jaebum-maa....",Hyunsik memeluk Jaebum yang masih susah bernafas.Dia mengusap belakang Jaebum.Selama beberapa minit,nafasnya menjadi stabil semula.Jaebum menangis kerana ketakutan.Kenapa Tuan Im membunuh dia dalam mimpi.Hyunsik menenangkan Jaebum.
================================
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro