Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

🎭1

Jaebum terbangun daripada tidurnya.Dia mengambil nafas dalam.Sudah lama dia tak bermimpi tentang kemalangan yang ditimpanya 20 tahun lalu.Dia turun menuju ke dapur untuk mengambil minuman.

Jaebum mula memikirkan mimpinya tadi.Gelas masih ditangannya.Hyunsik yang juga bangun ketika itu menghampiri Jaebum.

"Eoh?Buat apa kat sini?",tegur Hyunsik.Dia mengambil minuman dari peti lalu duduk di hadapan Jaebum.

"Jaebum mimpi pasal accident"jawabnya pendek.Entah mengapa dia rasa mimpi itu seolah-olah memberi petunjuk namun dia tak dapat nak merungkainya.

"Tak ada apa kot Hyung rasa.Kadang tu sebab trauma pun boleh buat kita teringat balik dengan perkara yang lama.",Hyunsik menenangkan adiknya.Jaebum hanya mengiyakan kata-kata abangnya.

                               ~~~

Jaebum meneruskan harinya sebagai ketua chef di restoran syarikat milik ayahnya.Hyunsik pula bekerja sebagai pengarah syarikat.Kalau nak dibandingkan dirinya dan Hyunsik,hubungan Hyunsik dan ayahnya lebih rapat.Sejak kemalangan itu,ayahnya banyak berdiam diri.Emaknya pula tak dapat nak diselamatkan.

"Annyeonghasayeo,JB hoejang(ketua).",sapa pekerjanya.Walaupun dirinya bergelar ketua dan anak CEO syarikat,tidak pernah sesekali dia meninggi diri di depan pekerjanya yang mana membuatkan dirinya disenangi ramai.

"Ada apa-apa event hari ni?",tanya Jaebum kepada pembantunya yang juga merupakan kawan baik dari sekolah.

Jinyoung melihat semula buku temujanji.Dia menggeleng.

"Ermm..hari ni tak ada event cuma ada kunjungan dari tetamu VVIP syarikat.Jadi Tuan Im pesan supaya kita menyediakan layanan yang istimewa.Restoran juga harus ditutup untuk keselesaan pelanggan kita.",terang Jinyoung.Jaebum mengeluh kecil.Sudah berapa hari restorannya ditutup oleh kerana tetamu VVIP ayahnya.

"Macam mana dengan keuntungan restoran?",tanya Jaebum lagi.

"Sedikit menurun kalau dibandingkan dengan bulan lepas.", Jinyoung menjawab.Dia juga seperti Jaebum yang kurang bersetuju dengan arahan Tuan Im supaya menutup restoran setiap kali tetamu VVIP melawat syarikat.

"Kita buat sepertimana diarahkan.",Jaebum bersuara.Jinyoung hanya mengangguk sebelum meninggalkan pejabat Jaebum.

Keadaan di dapur agak sibuk.Tiada seorang pekerja pun yang berehat.Masing-masing fokus dengan kerja yang dibahagi oleh Jaebum.

Tetamu VVIP sudah mengambil tempat.Makanan mereka dihidangkan sendiri oleh Jaebum dan beberapa pekerja yang lain.Tuan Im dan Hyunsik juga turut menyertai tetamunya.

Tetamu yang menjamu selera tak berhenti memuji masakan mereka.Sesudah menjamu selera,salah seorang tetamu ingin bertemu dengan ketua chef restoran itu.Jaebum keluar menemui tetamunya bila diberitahu tetamu mahu berjumpa dengannya.Langkah Jaebum turut diiringi Jinyoung.

"Annyeonghasayeo......Im Jaebum imnida."Jaebum mengenalkan dirinya.Tuan Im memandangnya seperti orang asing.Hyunsik yang perasan dengan muka Jaebum yang sedikit muram berdiri seraya memeluk bahu adiknya.

"Jaebum juga anak kepada CEO Im.Bermakna dia juga pewaris syarikat namun dia diberi bahagian menguruskan restoran.",Hyunsik mengenalkan Jaebum sepertimana yang sepatutnya ayah mereka lakukan.Para tetamu bertambah teruja mendengarkan penjelasan Hyunsik.

"Untunglah CEO Im,sorang uruskan syarikat,sorang lagi uruskan restoran.CEO mesti banggakan?",Tuan Im mengangguk lalu memberi senyuman palsu.Jinyoung memandang geram Tuan Im.

Para tetamu mula meninggalkan restoran selepas berbincang pasal syarikat.Tuan Im dan Hyunsik menghantar tetamunya ke pintu.Jaebum menuju ke arah ayah dan abangnya yang masih berdiri di depan pintu.

"Appa nak balik dah?Jaebum ada bungkuskan makanan untuk Appa.",Jaebum menghulurkan beg kertas yang berisi bekas makanan.Tuan Im hanya menjeling lalu pergi tanpa mengambil makanan yang dihulur Jaebum.Hyunsik mengambil beg kertas itu.Jaebum kecewa bila dilayan begitu.

"Sabarla Jaebum.....lama-lama nanti lembutlah hati Appa",Hyunsik menepuk bahu Jaebum.Dia juga hairan kenapa ayahnya melayan Jaebum begitu.

Jinyoung menghampiri Jaebum yang masih tercegat.Sebagai kawan baik Jaebum,dia tahu tentang masalah keluarga Jaebum.

Jaebum tersenyum kelat memandang Jinyoung yang berdiri di sebelahnya.Dia melangkah kaki menuju ke pejabat.

"Kesian JB Hoejang....apa salah dia sampai Tuan Im layan dia macam tu.",marah Jonho,pekerja Jaebum.Pekerja yang lain turut melahirkan rasa simpati.Itu bukan kali pertama mereka melihat ketua mereka dilayan begitu malah setiap kali tetamu VVIP berkunjung,Tuan Im akan bersikap dingin dengan Jaebum seolah-olah itu bukan anaknya.

                                 ~~~

Hyunsik menemui ayahnya di pejabat.Dia mahu bertanya kenapa ayahnya melayan Jaebum sebegitu rupa.

"Apa salah Jaebum Appa?Sepatutnya Appa bagi pujian pada dia.Semua tetamu kita puji dengan masakan dia.",tegur Hyunsik.Tuan Im hanya mendiamkan diri.

"Dah habis cakap?Appa ada appointment dalam 5 minit lagi.Jadi kalau dah tak ada apa-apa nak dibincangkan bolehlah kamu keluar.",arah Tuan Im.

Hyunsik hanya mengikuti arahan ayahnya.Dia tahu yang ayahnya akan tetap berkeras dengan Jaebum dan usahanya untuk memulihkan hubungan antara ayah dan adiknya hanya sia-sia.

                                 ~~~

Jaebum melepak di rumah Jinyoung.Memang itu sudah jadi kebiasaan baginya setiap kali pulang dari kerja.

"Hyung...Hyunjin nak keluar petang ni boleh?",Jinyoung yang ketika itu sedang menyiapkan makanan memandang adiknya tajam.

"Semalam dah keluar...hari ni nak keluar lagi.Hyung tak izinkan.Minggu depan kau nak exam kan?Pergi ulangkaji lepas makan petang.",tegas nada Jinyoung.Hyunjin hanya tertunduk.Sudah sikap Jinyoung yang selalu menekankan pelajaran.

"Biar jelah dia keluar,bengkak otak Hyunjin ni kalau asyik hadap buku memanjang.",Jaebum membela Hyunjin.Dia menggosok rambut Hyunjin yang sudah dianggap adik kandungnya.

"Kau back up lah budak ni.Bagus sangat",Jaebum pula dimarahinya.Jinyoung memang begitu sejak sekolah lagi.Kalau Hyunjin meminta aiskrim,bukan dibelinya.Tak baik untuk pelajar katanya.Itupun Jaebum membeli aiskrim senyap-senyap untuk Hyunjin.Sampai ke hari ini,Jinyoung tak tahu.

Sikap Jinyoung dan abangnya jauh berbeza.Jinyoung seorang yang overprotective dan lebih berdisiplin.Hyunsik pula seorang yang selalu mengikut kehendaknya.Apa saja yang diminta,pasti akan diberi.Sebab itu,setiap kali Hyunjin dimarahi,dia akan membelanya kerana faham dengan keadaan Hyunjin yang juga seorang adik sepertinya.

                                 ~~~

Hari itu merupakan hari kanak-kanak.Jaebum merancang untuk membuat makanan percuma bagi pelanggan kanak-kanak.Dia juga sudah berbincang dengan pekerjanya.

Dia merasa gembira bila melihat senyuman kanak-kanak yang mengunjungi restorannya.Malangnya tak semua niat yang baik diterima.

Rancangan Jaebum sampai ke telinga Tuan Im.Membuak darahnya mendengar Jaebum memberi makanan percuma kepada setiap pelanggan kanak-kanak.

"Suruh dia berjumpa saya selepas saya habis mesyuarat.",arah Tuan Im.Pembantunya mengangguk faham.

Jaebum pergi ke pejabat ayahnya selepas diberitahu yang Tuan Im mahu bertemu dengannya.Hyunsik yang melihat kelibat Jaebum di pejabat ayahnya sedikit hairan namun dibiarkan kerana dia memikirkan Tuan Im ingin berbual dengan adiknya.

Jaebum melangkah masuk ke pejabat ayahnya.Dia tetap tersenyum walaupun Tuan Im selalu melayannya dengan teruk.

"Annyeonghasayeo Appa,Kenapa-----"

Prang!!!!

Pasu yang terletak dimejanya dicampak ke arah pintu.Terbeliak mata Jaebum sebaik pasu itu dibaling.Pipinya tercalar kerana terkena serpihan pasu.Matanya mula bergenang airmata.

"Siapa izinkan kau buat makanan percuma kat restoran aku??Kau ingat kau CEO syarikat ke nak buat macam tu?!!",jerit Tuan Im.Jaebum masih diam membatu.

"A...ap... Appa--",belum sempat Jaebum memberitahu niat sebenarnya,Tuan Im bersuara.

"Sepatutnya kau mati masa accident 20 tahun lepas.Kau hidup pun tak habis-habis menyusahkan hidup aku.Silap besar kau lahir kat dunia ni.....aku potong gaji kau selama 3 bulan untuk kau bayar semula makanan yang kau bagi percuma.Aku nak kau sedar yang kau tu hanyalah budak suruhan.",hina Tuan Im.

Jaebum mengalirkan airmatanya.Betapa hancurnya hati bila ayah kandungnya sanggup menghina dirinya.Hatinya bertambah sakit bila ayahnya mengungkit pasal kemalangan 20 tahun lepas.

"Eomma.....", panggilnya perlahan.

================================

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro