Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1⃢​ 3⃢ ​

Tiba hari dimana Ayuni berjumpa dengan doktor. Dah sebulan dia membuat rawatan muka dan kini wajahnya elok menawan.

"Assalamualaikum." Kata Ayuni sambil membuka pintu klinik.

Bayangan yang cantik datang memintas semua disitu. Kini Ayuni nampak dimana-mana walaupun hanya berjalan.

Dia segera menuju ke bilik biasa kerana kekok dengan mata-mata yang memerhati.

*cling* pintu dibuka.

"Eh cik Ayuni. Kenapa datang awal ni. Appoinment cik pukul 1.45 petang." Kata salah seorang pekerja dalam nada terkejut.

Ayuni bersuara.

"Eh. Saya datang awal nak cakap... er nak jumpa dengan Rykal." Senyuman dilemparkan kepada pekerja-pekerja itu.

"Ouh, Doktor Rykal, kejap. Saya pergi panggil dia."

"Okay. Take your time."

Pekerja itu kembali dan memberi pesanan dari Rykal.

"Cik Ayuni, Doktor Rykal suruh jumpa kat bilik dia. Dia ada hal juga nak bincang."

"La dia ni pun. Dia yang nak jumpa orang dulu, dia la datang sini."

"Er... lagi satu cik. Dia kata ada dalam komputer dia so, takkan dia nak bawa komputer tu ke sini. Betul kan?"

"Okaylah. Terima kasih ye." Ayuni segera beredar disitu.

Niat sebenar dia ikut hajat si Rykal kerana tak sanggup nak berhadapan seorang diri. Kalau dia yang datang, dapat la dia elak dari berduaan di situ.

*tok tok tok*

"Ayuni? Masuklah!"

"Hish awak ni. Dia yang suruh orang datang jumpa dia, orang pulak kena pergi sana."

Rykal ketawa lalu bersuara.

"Ahahaha. Awak ni. At least bagi la salam dulu... Assalamualaikum."

"Hurmmm waalaikumsalam. Ha apa yang nak dibincangkannya?"

"Awak ni. Takkan nak cerita cepat-cepat. Sebulan tau saya tak bercakap dengan awak."

"Bukan masalah saya. Lagi bagus cepat habis. Tak baik kita berdua ni."

"Ayuni, kalau tau tak baik, kenapa taknak baikkan?"

"Huh? Maksud?"

"Haih awak ni...."

"Kenapa? Saya tak faham ni."

"Maksud saya, halalkan hubungan kitalah...."

"Ouuuh.... wait. What! Awak ni!!!! Jangan lafazkan kata-kata cinta jika awak tak berniat nak menikahi seseorang itu."

"Saya sanggup lafazkan akad nikah kita dan saya berniat nak jadikan awak isteri saya yang sah. Saya serious ni."

Ayuni tersentak dan perkataan yang keluar dari mulutnya hanya berada di hujung lidah.

Beberapa seketika dia mula bersuara.

"Ish... dahlah. Kalau tu je, saya pergi dulu."

"Eh nanti dulu! Okay-okay. Saya bagitau apa yang saya nak kata."

"Heh. Tau pun."

"Sebenarnya, saya kenal awak dah lama."

"Lama mana tu untuk saya percaya?"

"Sebelum tu awak kena dengar cerita saya sampai habis. Sebab saya tau, awak takkan jawab dekat dm."

"Fine-"

"Saya tau yang ramai tak kawan dengan awak, awak kena buli, semua tu."

"Rykal. Jangan cerita benda lepas."

"Maaf. Okay, saya tau ni clisé ada je dalam drama tv semua tu tapi.... saya fikir saya takkan sukakan awak. Yela, bukannya awak cantikkan dulu."

"Jadi? Awak suka saya sebab saya dah cantik la!?"

"Bukan..."

"Sambung."

"Saya tertarik dengan perangai awak yang sabar. Ye, saya suka sifat awak. Jujut saya cakap, sekarang ni saya nampak macam tiru drama tv kan. Tp tak. Saya cakap benda betul."

"Awak, saya rasa tak patut la semua ni. Awak kena terima, awak bukan jo---"

Rykal memintas.

"Jodoh awak? Ni bukan masalah jodoh tapi tentang hati. Saya solat istikharah dan akhirnya kita bertemu kembali."

"Ta....piii...."

"Awak tau tak. Saya berusaha simpan perasaan cinta ni sebab saya nak luahkan betul-betul pada waktu saya dah tekad nak memiliki awak."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro