Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

1⃢​ 2⃢ ​

Hye Ayuni.

Alangkah terkejut beruk mak yeh nya bahawa yang menghantar pesanan itu ialah Rykal. Mana dia tahu sosial media Ayuni?

Ayuni mundar mandir di tepi katil. Fikiran dia serabut kerana dia seorang yang kurang bersembang dengan lelaki.

Ayuni mula membalas.

Hye... ada apa? Btw. Assalamualaikum.

Agak lama untuk Rykal membalas.

"Aku kasar sangat ke? Tulah. Siapa suruh tak bagi salam dulu."

Lalu Ayuni memasuki bilik mandi. Kalau nak ditunggu, esok pagi belum tentu dibalasnya.

Selesai Ayuni mengeringkan rambut, niat dia untuk ke dapur terbatal sejurus Rykal membalas dengan ayat yang terburu-buru.

Saya nak nombor awak. Susahlah dm kat insta ni. Whatsapp senang sikit.

"Hamboi kauuuuu.... bagi betis nak peha. Aku sliding kau pakai kaki nak!"

Tiba-tiba ayah Ayuni masuk.

"Hang awat dok menjerit lagu tu??" Ayahnya bingung.

"Eh. Takde apa-apa. Phone ni hammn...... hang aje. Geram la kat hampa niii."

"Laa... tu jeke?"

"Huehue. Aah. Ayah awat mai sini? Jangan cakap kipas kakak rosak lagi. Jangan-jangan kipas adik pulak rosak!?? Ayuni segera menafikan kenyataan.

"Dok laaaaa.... ayah nak tanya je ni."

Ayahnya membetulkan kedudukan. Ayuni juga mengikut.

"Macam serious aje ayah ni. Apa dia?"

"Pasal kakak kamu yang tercintahhhh tulah."

"Euww... tercinta. Terlongkang adalah."

Ayahnya menegur.

"Tak baiklah kamu ni. Dengar la ayahanda nak berbicara niii." Mata ayahnya garang.

"Woow okay. Okay. Sabar ayah."

"Haaaaa tau hang takut. Dengar!"

"Yerttlah ayahanda ku sayang~"

Ayahnya memulakan bicara dan disulamkan ceramah atas perangai Ayuni yang tidak menghormati kakaknya itu.

Selesai ceramah yang panjang lebar itu, akhirnya ayahnya membuat keputusan.

"Ayah pasti? Tak awal sangat ke?" Kata Ayuni dalam nada risau.

"Ah. Mana pernah lagi orang tolak apa yang ayah minta. Muka ayah cukup garang nak buat dia takut." Nada ayahnya bangga.

"Ish ayah ni. Cakap orang tak baik. Tu lagi tak baik dok memaksa orang. Haaaa siapa makan cili dia yang rasa pedas." Laju Ayuni mengenakan ayahnya pula.

Sejurus ayahnya keluar, lantas jarinya  kembali menatal skrin telefon.

Jarinya bergerak ke aplikasi instagram dan membuka bahagian 'direct message'.

Ayuni membalas.

Tapi, saya tak rasa kita akan sentiasa bercakap. Jadi, tak perlu sejauh itu untuk nak nombor telephone saya 😉

Ting! Bunyi pengetahuan berbunyi dengan kuat membuatkan Ayuni yang sedang membaca buku terkejut.

Selamba lelaki pilihan ramai itu membalas.

Tapi saya nak kita sentiasa bercakap dan suatu hari nanti, awak akan tetap perlukan nombor saya.

Laju Ayuni membalas.

Alasan awak belum cukup kukuh dan sekukuh mana awak meyakinkan saya, saya tetap rasa menjaga ikhtilat lebih penting.

....

"Kenapa susah sangat kau nak teriman aku. Aku masih tak cukup bagus ke?"

Kata Rykal ingin menafikan kenyataan.

....

Ayuni memberi peringatan.

Dahla tu. Saya takkan bagi and jangan mesej lagi. Cukup tau.

Saya harap awak terima dengan hati terbuka dan saya takkan hiraukan awak lagi.

Rykal mengambil peluang.

Ayuni. Awak kena ingat, saya yang kena jaga awak dekat klinik tu.

Ayuni bersuara.

"Eh mamat ni. Ke situ pulak. Cerita lain ah!"

Akhirnya dia membalas setelah menyusun ayat di kepalanya.

Itu soal lain. Saya boleh call direct klinik, tak perlu untuk awak call personally.

Rykal diam seribu bahasa.

"Ayuni... kau sama je macam dulu. Ahaha."

Rykal hanya mampu ketawa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro