28- BaNGTaNS WiTH THeiR FaMiLY♡
Kim Seokjin masuk ke dalam rumah keluarganya. Hari ni dia dan ahli bangtans yang lain mengambil keputusan untuk pulang ke rumah keluarga masing-masing. Wajah ibunya, Pn. Kim hyera menyapa pandangannya. Tangan ibunya disalam serta dikucup. Seokjin dan ibunya melabuhkan punggung di sofa double di ruang tamu.
"Aigoo... jin. Lama kamu tak balik rumah. Rindu mama dengan kamu ni." Puan Hyera membelai lembut rambut anak terunanya.
Seokjin tersenyum kekok. Dia rasa bersalah dengan mamanya itu.
"Hehehe... sorry mama. Jin busy sikit dengan kerja. Lepas balik kerja, jin uruskan bangtans. Jin masak, kemas rumah, basuh baju. Hurm... banyak lagi lah mama." Mulutnya termuncung-muncung menceritakan hal itu pada mamanya.
Puan Hyera tersenyumun manis. Pipi anaknya ditarik manja.
"Aigoo... busy nya anak mama ni. Kesian dia. Hari ni, mama masak makanan kegemaran kamu ye sayang."
"Yeayyyy mama masak! Dah lama jin tak makan masakan mama. Jin nak tolong mama masak boleh tak?" Jin mengedip-ngedip matanya.
Puan Hyera mengangguk.
"Mama pun dah lama tak makan masakan jin." Puan Hyera menarik tangan anaknya ke ruangan dapur.
Mereka mula memasak bersama. Jin yang bosan kerana dari tadi asyik senyap je mula membuka cerita.
"Mama... mama nak tahu tak?" Suaranya dimanjakan. Wajah mamanya yang sibuk memotong sayur dipandang sekilas.
"Apa?"
"Jin sebenarnya ada suka dekat seorang yeoja ni." Jin melepaskan keluhan.
Puan hyera terkejut. Tidak sangka yang anaknya jatuh cinta dengan yeoja. Bukan apa selama ni anaknya itu asyik kerja dan bangtans je.
"Hah? Siapa yeoja tu? Bawak lah dia berjumpa dengan mama. Mama teringin lah jugak nak jumpa dengan yeoja yang berjaya curi hati bunga anak mama ni." Dia memegang erat tangan anaknya.
Seokjin tersenyum tawar. Wajah mamanya dipandang sayu.
"Sorry mama. Dia dah jadi hak milik orang sekarang. Lagipun... jin dah move on daripada dia. Jin saja je nak cerita benda ni dekat mama." Jin memeluk tubuh mamanya.
Puan Hyera melemparkan pandangan sayu. Pelukan anaknya dibalas.
"Takpe, sayang. Banyak lagi yeoja lain dekat luar sana. Sayang jangan risau tau. Yang penting sayang usaha untuk cari jodoh. Mama tahu jin nak yang terbaik bangtans, tapi jangan lupa yang jin pun kena ada jugak benda tu. Mama tahu anak mama ni baik macam angel." Puan hyera cuba menyalurkan kekuatan pada anaknya.
Seokjin hanya mengangguk. Dia bahagia dengan mamanya.
~♡~
Kim Namjoon mengunyah keropok di ruang tamu. Omma dan appanya yang berada disitu dihiraukan. Televisyen lebih menarik perhatiannya. Puan Kim Hyojin melepaskan keluhannya. Anak terunanya sorang ni sama je perangai dengan suaminya. Dua-dua lebih pentingkan televisyen tu daripada dirinya.
"Yah, Kim Mino!" Puan Hyojin memanggil suaminya.
Tuan Kim Mino menjeling isterinya sekilas. Malas nak layan. Puan Hyojin mencebik apabila suaminya langsung tidak melayannya.
"Joonnie... joonnie tengok appa joonnie ni. Dia jeking omma. Huarghhh..." Puan Hyojin merengek pada anaknya. Berharap yang anaknya akan melayan perangainya.
Namjoon berjalan ke arah ommanya. Dia melabuhkan punggung di sisi mamanya. Keropoknya tadi sudah dirampas oleh appanya. Kepalanya dilentok di bahu ommanya.
"Omma..." Namjoon memanjakan suaranya.
Puan Hyojin memandang anaknya pelik. Anak dia ni buang tebiat ke apa?
"Iye... sayang. Kenapa?" Walaupun pelik tapi tetap dilayankan perangai manja anaknya.
"Jihyo couple dengan taehyung." Lirih sahaja suaranya.
Puan Hyojin menolak kepala anaknya tanda teruja dengan berita itu.
"Serius lah? Woah... diorang memang sepadan pun. Huhuhu... appa ship lah diorang dua tu." Tuan Mino menepuk peha isterinya kerana dia excited. Dia sudah menganggap jihyo dan taehyung seperti anak kandungnya sendiri.
Puan Hyojin memandang anaknya tajam. Tangannya dicekak di pinggang.
"Hah, tengok. Jihyo pun dah ada kekasih hati. Kamu tu yang lagi tua daripada dia, bila nak ada kekasih hati? Tak malu?" Rambut anaknya dikusut-kusutkan geram.
Namjoon tersengih malu.
"Alah... namjoon nak omma dengan appa yang carikan. Boleh?" Namjoon membuat aksi comel di depan ibu bapanya.
"Boleh... kamu cakap je kamu nak yeoja yang macam mana. Nanti omma dengan appa carikan. Kan oppa?" Puan Hyojin memandang suaminya.
Tuan Mino mengangguk kepalanya.
"Betul tu. Nak yeoja ke namja ke sajat ke apa ke. Nanti appa carikan." Tuan Mino tersenyum manis.
Namjoon mengukirkan senyuman. Tubuh omma dan appanya dipeluk erat. Biarlah, dia tak kisah pun pasal tu semua. Yang penting ada omma san appa di sisinya itu sudah memadai.
~♡~
Puan Min Hana memandang anaknya pelik. Yoonji juga turut melemparkan pandangan pelik.
"Yah, yoongi!" Puan Hana memanggil anaknya.
Yoongi memandang mummynya kosong.
"Aigoo... kenapa muka anak mummy ni macam orang tengah putus cinta? Suga broken ke?" Dia melabuhkan pjnggung di sisi yoongi.
Yoongi hanya mengangguk. Yoonji mendengus geram. Abangnya dah tak ada suara ke?
"Cakap lah. Mulut ada kan. Yang gedik nak guna bahasa isyarat tu kenapa? Kau ingat IQ aku ni tinggi?" Yoonji membaling bantal pada abangnya.
Yoongi hanya membiarkan sahaja. Wajah mummynya dipandang.
"Mummy... suga nak girlfriend. Nak girlfriend. Nak girlfriend." Yoongi merengek.
Puan Hana dan yoonji memandang yoongi pelik. Ok... ni sungguh pelik.
"Setan manalah yang masuk dalam badan kamu ni sayang?" Puan hana menggelengkan kepalanya.
"HAHAHAHAHA BUUUU yoongi tak asa girlfriend. Kunonya kau!" Yoonji ketawa besar.
Yoongi mencebik. Puan hana melihat sahaja lagak anak-anaknya itu.
"Betul jugak tu suga. Bila kamu nak ada girlfriend? Si yoonji tu pun dah ada boyfriend tau." Rambut anak terunanya diusap manja.
"Dia gedik."
"Kau jeles."
"BUUUU BUDAK GATAL!"
"Diam ah SUGA DADDY!"
Yoongi mendengus. Anak matanya dijulingkan keatas. Dia tak suka orang panggil dia suga lagi-lagi kalau orang tu yoonji.
~☆~
Jung Chanwoo menapak masuk ke ruangan dapur. Tubuh hoseok yang sedang leka menggoreng telur dipandang jengkel.
"Daechwita daechwita ja ullyeora daechwita. Daechwita daechwita ja ullyeora daechwita." Hoseok menggoreng telur sambil kepalanya terangguk-angguk menghayati lagu yang bertajuk 'daechwita'.
Chanwoo menggeleng memandang hyungnya. Idea jahat terlintas difikirannya. Senyuman sinis terukir.
"YA TUHANNN HUJAN OI HUJAN!!! ARGHHHH SAVE JUNG HOSEOK!!!" Chanwoo menjerit-jerit seperti meminta tolong.
Hoseok terbaling senduk ke belakang akibat terkejut dengan jeritan chanwoo. Dia mendengus geram. Api dapur ditutup. Dia memandang adiknya tajam.
"Yah! Kau ingat lawak ke buat aku macam ni? Kau tu dah lah tak pandai masak, mengemas pun tak, aku balik rumah ni tadi dah serupa dengan kandang lembu dah aku tengok. Kau tak kemas rumah ke chan?" Hoseok geram. Kalau ikutkan hatinya, nak je dia lempar chanwoo ke kandang tapir.
"Tak dengar tak dengar tak dengar tak dengar."Chanwoo menekup kedua belah telinganya. Kepala digeleng-gelengkan.
Hoseok menepuk dahinya. Geram dengan perangai adiknya seorang ni.
"Hyung... kau tahu tak jihyo kata taehyung melamar dia ajak kahwin." Chanwoo meneguk air jus oren rakus.
Hoseok terpana seketika sebelum dia melepaskan tawanya perlahan.
"Kau buat lawak apa ni chan? Diorang baru je couple. Tak sampai seminggu pun lagi." Hoseok cuba menafikan kata-kata chanwoo.
"Diorang baru couple tapi diorang dah lama kenal each other. So benda tu tak mustahil wahai kuda kesayangankur." Chanwoo tersenyum sinis. Dia dapat menghidu sesuatu yang tak kena disini. "Kau dah jatuh cinta dekat jihyo ke hyung?" Wajah hoseok dipandang sinis.
Hoseok menggeleng tanda tidak. Tetapi chanwoo kenal dengan abangnya itu. Kepalanya digelengkan.
"Move on jelah kuda. Bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Banyak lagi perempuan kat luar sana, pilih je yang mana kau nak. Jangan kau pilih lelaki sudah lah." Chanwoo melangkah keluar dari ruangan dapur.
Hoseok melepaskan keluhan. Api dapur kembali dibuka. Aktiviti memasaknya kembali disambung.
~☆~
"Yah, jebon! Kau jangan lah tembak aku gila!" Jimin menjerit geram kepada jungkook. "ARGHHHH KALAH HIKS HANAT KAU BISKUT YAYA!!!" Jimin merengek. Dia kalah bermain game dengan jungkook.
Jungkook memandang jimin jengkel. Dah kalah tu kalah lah. Bising kenapa?
"Kau tu kalau tak pandai main... lain kali tak payah lah main. Dah kalah, carut dekat aku pulak. Apa salah aku? Arghhh kau bunuh jelah aque..." Jungkook menggoyangkan tubuhnya seperti sotong.
Jimin menjeling jungkook menyampah. Susuk tubuh seseorang yang menghampiri mereka dipandang. Situasi yang riuh tadi automatik menjadi senyap.
"Jeon jungkook, Park jimin... kenapa bising-bising ni? Daddy tengah buat kerja dekat bilik sebelah pun terganggu dengan jeritan kamu berdua." Tuan Jeon Junhoe memandang anak-anaknya pelik.
Park jimin merupakan anak angkat keluarga jeon. Tuan Junhoe mengambil Jimin dan Chanyeol sebagai anak angkatnya.
"Hahahaha... sorry daddy. Daddy ada nampak chanyeol hyung tak?" Jimin tersengih.
Tuan Junhoe menggelengkan kepalanya. Wajah anak tunggalnya dipandang tajam.
"Jungkook, bila kamu nak bawa daddy jumpa dengan menantu daddy? Kamu jangan cakap yang kamu tak ada calon lagi. Hah, kamu pun sama jimin. Mana bakal menantu daddy?" Tuan Junhoe menjongket keningnya.
Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jimin pula sudah mengalihkan pandangannya ke arah lain.
"Haih... apalah yang nak jadi dengan kamu berdua ni? Umur dah nak dekat 30 dah.. tapi masih lagi tak ada isteri. Jangan asyik nak kerja je. Duit tu dah berkepuk-kepuk dalam bank. Tak cukup-cukup lagi ke? Ke nak tunggu sajat masuk meminang kamu. Baru kamu nak kahwin?" Tuan junhoe melepaskan keluhannya. Apalah nak jadi?
Jungkook tersengih. Sajat? Ntah kenapa tiba-tiba figura luhan terbayang di benak fikirannya.
"Alah.. daddy. Kitorang muda lagi lah. Kitorang nak enjoy dulu hidup bujang macam ni. Kahwin awal-awal buat apa? Rileks lah." Jimin cuba untuk melindungi jawapan yang dia single. Harap-harap lah daddy nya itu faham.
Jungkook mengangguk. Betul tu.
Tuan junhoe memicit kepalanya. Sakit.
"Kahwin lah... sampai bila kamu nak seokjin uruskan hal pakai, makan minum kamu? Buat kerja yang sepatutnya isteri kamu buat? Tak lama dia pun akan kahwin. Bangtans pun akan kahwin. Apa korang nak jadi anak dara tua ke?" Bebel Tuan Junhoe.
"Teruna lah daddy. Teruna bukannya dara." Jungkook membetulkan kesilapan daddynya.
Tuan Junhoe termalu tersediri. Bukannya dia sengaja.
"Apa-apa pun... jangan nak kahwin lewat-lewat. Nanti stamina dah tak kuat, isteri lari." Tuan junhoe memaparkan wajah kosongnya. Dia melangkah keluar dari bilik permainan itu.
Jimin dan Jungkook terkedu.
"ARGGHHHH JUNGKOOK OTAK AKU DAH TAK SUCIII!!!" Jimin meroyan. Bahu rakannya digoncang-goncangkan.
"Excuse me, otak anda suci ke?" Jungkook menjeling jimin menyampah.
"Eh, haruslah suci. Hari-hari aku sental guna dettol tau. 99.9% membunuh virus byuntae." Jimin tersenyum senget.
Jungkook mencebik. Malas nak layan perangai jimin.
✿◉●•◦Bersambung... ✿◉●•◦
Next Chapter: FaMiLY aGReeMeNT~♡
SEE YOU AGAIN♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro