22- SJH×MYG & SJH×JHS
Chapter yang panjang dan bosan...
Pancaran matahari yang terpancul ke dalam biliknya sedikit pun tidak menjejaskan tidurnya. Malahan bunyi ketukan kuali pink seokjin pun dia abaikan. Telinganya dicucuk dengan earphone. Audio dipasang sampai habis volume dan kembali menyambung tidurnya dengan aman.
Jimin menggelengkan kepalanya.
"Ni kalau jin hyung tahu yang si taugeh ni tidur lagi... habis lah semua kena. Haih... hyung-hyung." Jimin membebel perlahan.
Tubuh yoongi digoyangkan sederhana kuat oleh jimin.
PPPAAAAPPP
"Aduh.... aku gerakkan dia, boleh pulak dia tampar muka aku yang flawless ni. Hyung bangun! Jangan nak membongok aje kerja! Hyung dah besar lah hyung! Jangan lah buat perangai macam budak umur tiga tahun tak nak pergi sekolah. Chim ni bukannya mama hyung tau tapi adik hyung. Sepatutnya hyung yang kena kejutkan chim,tae dengan kookie tau untuk bangun, bukannya kitorang yang kena kejutkan hyung. Apa lah nak jadi dengan hyung nih." Jimin dah mula membebel.
Dah lah... kalau time breakfast semua kena turun cepat, kalau tak... no food for you and diorang akan disoal siasat oleh seokjin. Habislah dia...
Jimin pergi ke almari baju yoongi. Dia mengambil penyangkut baju lalu kembali kepada jasad yoongi. Wajah yoongi dipandang nakal.
PAP
PAP
PAP
PAP
"Bangun, bangun, sahuuurrrrr"
PAP
PAP
PAP
Punggung yoongi kembali dipukul menggunakan penyangkut baju. Mulutnya terkumat-kamit menyebut perkataan 'bangun'.
Yoongi mengeliat lalu bangun dari tidurnya. Wajah jimin dipandang tajam. Nak aje dia cekik budak pendek ni.
"Asal kau gerak aku hah budak?" Kecil aje matanya memandang jimin.
"Eh kau. Kau sedar tak yang budak kecik ni lah yang selamatkan hidup kau daripada makhluk yang bernama kim seokjin. Dah lah... dah lewat ni. Jom turun breakfast." Jimin terpaksa meengalah kalau dia bertengkar dengan yoongi pun sudah tentu lelaki itu menang.
"Mandi?"
"Tak payah lah. Chim pun tak mandi lagi ni. Breakfast lagi penting okay. Alah.... bau hyung tak macam kandang tapir lagi... rileks lah hyung. Dah jom turun bawah."
Yoongi mengangguk lalu dia dan jimin turun ke tingkat bawah. Meja makan dituju. Kelihatan semua orang sudah berkumpul menjamu selera. Mereka mengambil tempat masing-masing dan terus makan tanpa pedulikan mata-mata yang memandang.
"Hai... awal turun breakfast." Perli jungkook.
"Budak kecik diam!" Yoongi menyumbat roti bakar ke dalam mulutnya.
Jungkook mendegus geram.
"Makan. Yoongi dengan jimin lepas makan... hyung nak jumpa dengam korang dekat ruang tamu." Seokjin memandang dua makhluk tu kecik besar je dari tadi.
Yoongi dan jimin mengangguk.
"Bunuh jelah aque hiks..." desis hati jimin.
.
.
.
.
.
Seokjin memandang anak-anaknya tajam. Yoongi membalas dengan tatapan selamba. Jimin menunduk, takut memandang wajah hyungnya.
"Kenapa lambat turun breakfast tadi? Nak kata mandi, dua-dua tak mandi lagi. Dah busuk macam kandang lembu dah bau korang ni." Seokjin mengibas-ngibas tangannya.
"Chim... kejutkan yoongi hyung pagi tadi. Sorry jin hyung..." Jimin memainkan jari telunjuknya 👉👈
Seokjin mengeluh.
"Takpe lah... jimin pergi mandi. Yoongi... apa lah yang nak jadi dengan kamu ni?" Wajah yoongi dipandang.
Jimin beredar ke biliknya.
"Manusia. Dah lah, yoongi nak pergi mandi dulu. Yoonji ajak pergi mall. So, aku pergi dulu. Bye." Yoongi turut beredar ke biliknya.
Namjoon mengusap belakang badan seokjin untuk menenangkannya.
"Yah! Biskut mana boleh menari! BUUUUU iklan ni penipu!" Hoseok membaling bantal kecil ke arah televisyen.
Jungkook yang terasa dengan kata-kata hoseok itu mula mengecam.
"Kuda pun tak boleh menari. Sedar lah... dah namanya kuda tu pergi jelah makan rumput dekat belakang." Jungkook menjeling hoseok.
"YAH KAU...." Hoseok menunding jarinya ke arah jungkook.
"Apa? Apa? Taerasa ke kakak?" Jungkook berkata selamba.
"DASAR JEON JEBON ANAK BISKUT!!!"
"DASAR KUDA BERAK TAK BASUH!!!"
Namjoon dan seokjin mengerutkan dahi. Kenapalah member-member diorang ni perangai mengalahkan kanak-kanak ribena?
.
.
.
.
.
"OPPA!!!!"
Yoongi menjulingkan matanya.
"Kau nak apa hanat? Terjerit-jerit macam aku ada dekat kutub utara."
"Kau ni.... aku nak bersawit sawit pun tak boleh. Bukannya selalu." Yoonji bersuara sayu.
Yoongi mengetap bibir. Kesian pulak tapi dia swag. Dia takleh cair dengan minah gangster ni.
"Haah... memang tak boleh pun. Sedar lah yang diri kau tu dah tua. Ada hati nak bersawit dengan min yoongi yang swag kebaboom ni." Rambutnya di flip.
Yoonji menjeling abangnya. Mamat ni kalau tak perasan sehari memang tak sah. Abang sapa lah ni.
"Pape jelah... hurm... kau dengan jin oppa macam mana?"
Dahi yoongi berkerut. Keningnya dijungkit tanda 'maksud'
"Haritu aku ada dengar yang kau marah jin hyung."
"Mana kau tahu?"
Yoonji menjungkit bahu.
"Adalah haritu.... aku tengah tengok movie and then dia bebel-bebel benda apa ntah. Jadi aku bebel balik lah kat dia. Sumpah sengaja." Tanggannya diangkat tanda pasrah.
Yoonji berdesis tak puas hati.
"Kesian lah dekat jin oppa tu, dia banyak berkorban untuk bangtans tau selama ni. Dia kemas rumah, dia masak, dia jaga korang macam anak dia. Hargai lah dia, selagi dia ada." Yoonji menepuk bahu kanan yoongi.
Mata yoongi diliarkan memandang sekeliling. Matanya tertumpu pada tubuh seorang wanita yang sedang membelek baju tidak jauh daripada mereka. Matanya dikecilkan.
"Song jihyo..."
Yoonji memandang ke arah yang yoongi lihat.
"Kau tengok sapa tu yoongi? Cantik... bakal kakak ipar aku ke?"
Yoongi menolak kepala adiknya.
"Sibuk lah kau, budak!"
Yoonji mencebik. Budak nilah yang banyak tolong kau.
"Dah lah, tata adikku yang tak terchenta. Oppa mu nak berlalu pergi." Yoongi berlari-lari anak ke arah wanita yang menarik perhatiannya tadi.
Yoonji terkedu.
"Kurang asam jawa extra punya abang."
"Min yoonji? Buat apa dekat sini?" Tegur satu suara garau.
Yoonji memandang ke arah suara tersebut. Mulutnya terlopong.
"Ho...hoseok oppa"
.
.
.
.
.
.
"Hai, jihyo! Still ingat aku?"
Song jihyo yang tekun menilik baju tadi mengalihkan pandangannya ke arah suara yang menyeru namanya.
"Min yoongi? Hai... lama tak jumpa awak." Jihyo menghadiahkan senyuman manisnya pada lelaki itu.
"Yeah... yeah.. yeah... kau sihat?" Selamba sahaja muka lelaki itu.
Jihyo hanya mengangguk.
"Awak buat apa dekat kedai pakaian yeoja ni?"
Mata yoongi terbuntang. Bibir bawahnya diketap. Alamak..
"A...aku carik hadiah untuk adik perempuan aku. Hah, untuk adik aku."
Jihyo hanya menangguk.
"Kau... tunggu kejap dekat sini. Aku nak pergi ambik something sekejap untuk kau. Tunggu sini tau." Yoongi berlari dari situ meninggalkan jihyo yang terkebil-kebil.
"Eok?"
.
.
.
.
.
.
"Yoongi hyung mana?" Hoseok memandang yoonji.
Yoonji menelan liurnya payah.
"Op...oppa pergi mana ntah. Dia tinggalkan yoonji sorang-sorang dekat situ. Dia tiba-tiba hilang macam ultraman." Yoonji menunduk malu. Aish... apa yang dia cakap ni.
"Ouh... takpe lah. Biar oppa temankan yoonji. Lepas makan kita pergi carik yoongi hyung ok." Hoseok menghadiahkan senyuman manisnya.
Darah mula menyerbu wajah yoonji. Gadis itu tertunduk malu.
"Kau buat aku cair lah hoseok." Desis hati yoonji.
.
.
.
.
.
Jihyo duduk di atas kerusi yang terletak di hadapan kedai yang dikunjunginya tadi. Beg kertas nya diletak di tepi. Dia menunggu susuk tubuh yoongi.
Setelah hampir sepuluh minit menunggu akhirnya yoongi kembali dengan muka tidak bersalahnya. Geram pulak jihyo melihat wajah lelaki itu tetapi disabarkan aje.
"Sorry... aku TERlambat. Kedai tu tadi full dengan lelaki-lelaki yang tak bertamadun kecuali aku." Selamba je dia bertutur. Perkataan 'TER' sengaja ditekankan.
Jihyo tergelak kecil.
"Hah, tutup mata kau."
"Hah? Kenapa?" Terkebil-kebil jihyo dibuatnya.
"Tutup jelah. Bukannya aku nak terkam kau pun. Tutup mata tu cepat."
Jihyo hanya akur. Kalau dia lawan kata dengan lelaki ni, memang dia tak kan menang punya. Ada je yang dia nak bidaskan.
Yoongi mengeluarkan sejambak bunga ros merah di hadapan jihyo. Wajah gadis itu dipandang gementar.
"Rileks yoongi.... dia tak terkam kau pun. Alah... kalau dia terkam kau, bukannya kau boleh mengandung pun. Chill je chill." Desis hati yoongi.
"Lambat lagi ke?" Jihyo bersuara.
"Hah, dah. Bukak lah mata tu bukak."
Jihyo membuka matanya. Terkelip-kelip matanya memandang sejambak bunga ros itu. Wajah yoongi turut dipandang.
"Song jihyo.... I love you. Aku dah jatuh cinta dengan kau. Aku tahu yang aku tak boleh jatuh cinta dengan kau... tapi I kenot lah. Kau satu-satunya yeoja yang berjaya curi hati aku yang swag ni. Aku tak harap kau terima aku pun. Aku ok je dengan apa-apa pun keputusan kau. Aku tak nak paksa kau. Cinta tak boleh dipaksa. Maaf lah kalau buat kau tak selesa. Tapi aku nak confess. Kisah apa pulak aku. Saranghae... I love you...." Yoongi melepaskan segala-galanya dengan sekali lafaz.
Jihyo terkedu.
"Sorry yoongi. Bagi saya masa untuk fikir." Lembut sahaja cara dia minta. Dia tiada niat untuk menolak apa lagi membuat hati sang jejaka luka.
"Hahahaha aku okay jelah. Aku tak paksa kau pun. Aku kena pergi dulu, bye jihyo." Yoongi berlalu pergi.
Jihyo mengeluh sebelum dia turut beredar ke sungai han. Dia nak tenangkan fikiran.
.
.
.
.
.
Bunga pemberian yoongi ditenung. Keluhan kesal dilepaskan.
"Aku dah agak... kerja macam tu boleh jerat hati manusia. Bodohnya kau jihyo. Kejamnya kau." Air matanya bertakung di tubir mata. Sungguh dia kesal.
"Jihyo?"
Jihyo pantas mengelap air matanya. Pandangan dialihkan ke belakang. Tubuh hoseok menjadi tatapan.
"Hoseok~ahhh annyeong..." Jihyo menghadiahkan senyuman manisnya.
Hoseok duduk di tepi wanita itu. Matanya merenung wajah putih mulus wanita itu.
"Jihyo... awak nangis ke?"
Jihyo terpana tetapi cepat-cepat dia menggelengkan kepala.
"Ma...na ada. Mata saya masuk habuk je. Angin dekat sini kuat sangat. Hehehe..." Jihyo ketawa kekok.
Hoseok menggeleng. Nak tipu pun agak-agak lah. Dia bukannya budak macam si chanwoo tu.
"Saya tahu awak menangis jihyo. Kalau awak ada benda nak share, awak boleh share dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong awak ke."
Air mata wanita itu kembali bergenang. Dia terharu.
"Sa...saya menyesal buat kerja tu dulu hoseok hiks saya menyesal." Tangisan wanita itu teehambur keluar.
Hoseok mengusap belakang tubuh jihyo.
"Kenapa?"
"Sebab... saya baru tersedsr yang kerja tu boleh jerat hati dan perasaan orang. Hiks saya tak tahu nak buat apa hoseok. Ini semua salah saya. Saya tak patut buat kerja macam ni hiks. Tadi ada orang luahkan perasaan dia dekat saya. Saya tak tahu nak buat apa hoseok saya rasa serba salah dengan dia hiks"
Hoseok memeluk tubuh wanita itu. Luluh hatinya melihat wanita itu menangis.
"It's okay, jihyo. Lupakan segalanya. Anggap je yang tu pengajaran dalam hidup awak. Dah... dah... jangan menangis. Saya ada dekat sini dengan awak. Shuh... shuh..." Hoseok cuba untuk pujuk wanita itu.
Tangisan jihyo mula surut dengan pujukan hoseok. Wanita itu tersedu-sedu
"Thank you hoseok... awak kawan saya... saya sayang awak hiks. Thank you..." Jihyo memandang wajah hoseok.
Hoseok tersenyum pahit. Tubuh itu kembali dipeluk.
"Aku akan buang perasaan cinta aku daripada kau, jihyo. Aku tak nak tengok kau menangis sebab aku. Kalau tu yang buat kau bahagia... aku akan buang oerasaan aku pada kau jauh-jauh ke lautan hindi." Desis hati hoseok. Tanpa sedar air mata lelakinya turut mengalir ke pipi.
《Bersambung...》
Chapter kali ni panjang sangat ke? Ok tak?
Hanya tinggal beberapa chapter lagi~
NeXT CHaPTeR: SJH×PJM , SJH×KTH & LL CouPLe~♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro