21- SJH×KNJ aND SJH×KSJ
Mulakan hari anda dengan segaris senyuman.....
Song jihyo menikmati breakfast nya dengan tenang. Senyuman jelas terpapar di wajah.
Kim namjoon duduk di kerusi berhadapan jihyo. Nasi goreng dicedok lalu diletakkan ke pinggannya. Air kopi turut dituang ke cawannya. Luhan menjeling tingkah laku namjoon.
"Joonnie dah nak balik rumah jonnie ke?" Tanya luhan.
"Yeah... namjoon nak balik dah. Dah tinggalkan rumah tu sehari, tak tahu dah apa yang jadi."
Dia teringat apa yang hoseok katakan padanya semalam. Budak-budak tu buat hal. Haih...
"Oppa... hyo nak pergi mall boleh?"
"No... stay at home."
"Why?"
"Saja."
"Ish.... hyo nak pergi shopping lah."
Jihyo membentak geram.
Luhan menjeling adiknya. Menyampah pulak aku.
"Yelah... yelah pergi lah shopping. Namjoon, kau pergi ikut jihyo sekali. Temankan dia."
Luhan hadiahkan sekuntum senyuman yang manis bak semut kepada namjoon. Namjoon hanya mengangguk.
"Kenapa namjoon oppa kena ikut hyo?"
Dia menghadiahkan tatapan tajam pada luhan. Sungguh dia geram dengan isteri lay sorang ni.
"Nak pergi shopping ke tak nak? Ikut cakap oppa. Jangan nak banyak sangat cakap. Terima kasih lah aku bagi kau keluar ni. Bye... oppa nak pergi tengok drama. Layan kau lama-lama ni sakit pulak hati aku huh."
Luhan beredar ke ruang tamu.
"OI PINGGAN BASUH OI! KAT RUMAH NI TAK ADA MAID!!!"
"LANTAK AKU LAH BONGOK! NANTI LAY DATANG SINI! AKU MINTAK TOLONG LAH DIA BASUHKAN. BISING APA KAU?"
"DASAR LUHAN KEMBAR SAJAT!"
"DASAR SONG JIHYO KEMBAR DSV!"
Namjoon menggeleng. Haih... boleh pekak dia lama-lama dekat situ. Dari tadi asyik main jerit-jerit je dua beradik ni.
.
.
.
.
.
.
Jihyo menghirup air yang dipesannya. Namjoon yang berada di hadapannya tidak sedikit pun dia pandang. Air lebih penting ok.
Namjoon memandang sepupunya yang perangai mengalahkan jimin tu.
"Jihyo.... betul ke hyo dah berhenti buat kerja tu?"
"Kerja apa?"
Berkerut-kerut dahi gadis itu.
"Kerja sewa menyewa tu lah."
"Ouh.... tak buat dah."
Namjoon hanya mengangguk.
"Oppa... janjikan yang oppa tak kan bagitahu benda ni dekat luhan hyung?"
Jihyo memandang namjoon sayu. Namjoon membalas pandangan jihyo dengan senyuman menawannya.
"Ye... oppa janji."
Jihyo tersengih gembira.
"Yeah.... good! I like it!"
"Hahahahahaha macam-macam lah hyo ni. Cepat makan, kata nak sambung shopping lagi. Nanti kalau lambat nanti, luhan hyung marah pulak."
Namjoon membelek jam tangannya.
"Huhuhu... ok oppa."
Jihyo kembali menyuap chicken burger ke dalam mulutnya. Lunch makan chicken burger? Hahahaha...
Sedang lahap jihyo makan ttiba-tiba jeritan seseorang memanggil nama namjoon kedengaran.
Mereka memandang ke arah gerangan yang segak bergaya itu.
"Eh, seokjin hyung!"
Namjoon tersenyum manis. Tubuh seokjin dipeluk kejap.
Terkelip-kelip mata jihyo memandang seokjin dan namjoon.
"Seokjin? Jap... ni bukan ke........ Arghhhhh jangan cakap dekat aku yang namjoon oppa kenal dengan si seokjin ni? Huhuhu adakah rahsia aku akan terselamat? Arghhh omma...." Desis hati jihyo. Sungguh dia risau ketika itu.
"Hyung, ni joon kenalkan song jihyo, cousin joon. Jihyo ni jin oppa, my best friend."
Namjoon menepuk bahu seokjin. Seokjin tersenyum kekok. Padahal dalam hatinya dah berdegup laju dah.
"Hurm... hi jihyo. Awak ingat saya lagi tak?" Soal seokjin.
Pantas jihyo menggangguk. Gila tak kenal first customer kot.
Namjoon mengerutkan dahinya.
"Jap, jap... korang pernah meet each other ke?"
"Hurm... dia first customer hyo."
Jihyo hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang cantik.
"HAH? Hyung pernah jadi customer hyo? Serius lah? Tak baik tau tipu-tipu ni... nanti masuk neraka. Hahahaha..."
Namjoon ketawa kekok.
"Tak... betullah apa yang jihyo cakapkan tu. Apa yang kau tak percaya sangat ni?"
Seokjin memandang namjoon pelik.
Namjoon hanya menggeleng. Handphone nya dicapai apabila terdengar bunyi noti. Mesej yang diterima dibaca dengan teliti. Wajah seokjin dan jihyo dipandang.
"Hyung.... joon kena pergi office kejap. Ada hal. Boleh tak hyung tolong teman jihyo pergi shopping and hantarkan dia balik sekali?"
Jihyo hanya mendiamkan diri.
"Aish... kalau keluar dengan namjoon oppa je... mesti dia ada hal." Desis hati jihyo.
"Hurm... boleh je. Nanti hyung hantar jihyo balik dengan selamat."
"Ok, hyung... joon pergi dulu. Bye..."
Namjoon berangkat pergi dari situ. Tinggallah jihyo dan seokjin.
"So... macam mana jihyo? Ok?" Seokjin bertanya kekok. Sungguh kekok dia dengan wanita itu.
"Macam ni jelah jin oppa. Ok je macam biasa." Jihyo menghadiahkan senyuman manisnya.
"Hyo nak pergi mana lepas ni?"
"Saya nak pergi beli barang sikit. Kalau awak nak balik dulu, balik jelah. Nanti saya boleh balik rumah naik teksi."
"Eh, mana boleh macam tu. Saya dah janji dengan namjoon kan nak hantar awak balik. Tak gentle lah saya kalau biarkan perempuan macam awak ni balik naik teksi sorang-sorang."
Jihyo mengeluh kecil apabila seokjin membantah cadangannya.
"Dah lah, jom kita pergi shopping." Jihyo berdiri lalu melangkah keluar dari restaurant tersebut. Tidak lupa diambil beg kertas barangan yang dibelinya sebelum ini.
Seokjin hanya membuntuti langkah wanita itu.
"Yah... seokjin... jalan lah dekat tepi saya. Yang awak sibuk nak jalan dekat belakang saya tu dah kenapa? Awak ingat awak tu bodyguard saya ke?" Jihyo memandang lelaki itu geram.
Seokjin menggaru belakang tengkoknya yang tak gatal tu. Bukannya dia tidak mahu berjalan di tepi wanita itu tetapi dia malu. Perlahan-lahan dia mula berjalan seiringan dengan wanita itu.
"Awak nak buat apa dekat wayang ni?" Seokjin bertanya pelik.
"Nak jual ikan. Tak nampak ke?" Sempat gadis itu berloyar buruk sebelum tersengih.
"Hahahahaha.... ada ada jelah you ni." Seokjin mengibas mukanya yang sedikit kemerahan akibat diperli dengan soalan bodohnya.
.
.
.
.
.
.
Seokjin mengunyah pop corn nya perlahan-lahan. Filem yang ditayangkan sememangnya menarik perhatiannya.
Jihyo terkedu melihat scene dihadapannya.
Mana tak nya... hero dan heroin dalam filem itu saling menindih tubuh antara satu sama lain akibat lantai sekolah yang licin kerana baru sahaja dimop dengan mak cik jual karipap.
Seokjin yang berada di sebelahnya dipandang sekilas. Kusyuk betul mamat ni tengok cerita.
Seokjin menjeling jihyo. Sekotak pop corn dihulurkan kepada gadis itu.
Jihyo memandang kotak pop corn itu sebelum memandang seokjin.
"Saya tak makan pop corn. Sorry."
Seokjin menatap wajah wanita itu.
"Hah? Tak makan popcorn? Kenapa tak cakap awal-awal? Kalau tak boleh saya belikan makanan lain masa dekat luar tadi. Haih... mesti awak lapar kan? Jom kita keluar dari sini." Seokjin berdiri lalu menarik tangan jihyo keluar dari panggung wayang tersebut.
Jihyo hanya membuntuti langkah jejaka itu.
Seokjin berhentikan langkahnya di hadapan KFC.
"Jin oppa... saya tak lapar pun lah. Kan tadi sebelum tengok wayang kita dah makan dekat restauran. Oppa tak ingat ke?"
"Iye ke? Nevermind. Kalau macam tu.... jom kita tengok pemandangan dekat sana tu."
Jihyo mengangguk tanda setuju.
Mereka berjalan beriringan ke arah balkoni mall. Langit malam yang dihiasi bintang-bintang serta bulan menyapa pandangan mereka.
"Thank you jin oppa sebab datang tadi. Kalau oppa tak datang tadi mesti saya sorang-sorang je dekat sini. Namjoon oppa selalu ada hal." Jihyo mengukir senyuman manis di wajahnya.
"It's okay lah... anything for my love." Seokjin turut tersenyum.
"Hahaha... love?"
"Yes, I love you song jihyo..." Jihyo mendiamkan dirinya. "As my little sister..." sambungnya.
"Auch... I love you too my brother!" Jihyo bertindak memeluk seokjin akibat teruja.
Seokjin tersenyum perit lalu membalas pelukan hangat wanita itu.
Pedih hatinya apabila teringat ayat yang dituturnya tadi kepada song jihyo. Dia terpaksa menipu dirinya sekali lagi buat kali ini.
《Bersambung...》
NeXT CHaPTeR: SJH×MYG & SJH×JHS
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro