Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18- LuHaN CoMeBaCK HoMe~


Hi guys... have a nice day~♡








Seorang lelaki melangkah dengan penuh megah keluar dari pintu airport. Cermin mata hitamnya dibuka lalu disangkutkan pada poket bajunya. Dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya dengan tenang.

"Haih... lamanya tak jejak kaki kat sini. Kawasan kat sini dah berubah. Dah semakin maju dah korea!"

Kata si dia dengan gembira.

"Memang lah dah semakin maju. Bukannya macam kau, semakin mundur ke belakang." Kata seseorang.

Si dia memusingkan badan ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memerlinya tadi.

"Eh, lay!!!!!! Bila kau sampai?"

Kata si dia dengan penuh gembira.

"Dah lama dah aku sampai. Sempat lah jugak aku dengar kau cakap apa tadi. By the way... WELCOME BACK XI LUHAN!!!"

Lay mendepakan tangannya seolah-olah ingin buat drama titanic

Xi luhan merupakan abang tiri kepada Song jihyo. Omma jihyo berkahwin dengan appa luhan. Jadi mereka menjadi adik beradik tiri lah. Hah gituw....

"Hahaha thank you lay. Dah ah turunkan tangan kau tu. Orang tengok kita lah bongok."

Tergelak-gelak luhan dibuatnya. Aduh... kenapa lah aku ada kawan macam lay ni?

"Hahaha... jom lah aku hantar kau balik. Kesian pulak kat jihyo, dia tunggu kau kat rumah tu."

Lay membuka pintu kereta lalu meloloskan dirinya ke dalam.

Luhan tercengang.

"Woi, kau tinggal je aku kat sini? Lay biri biri!"

Luhan meninggikan sedikit nada suaranya.

Lay menurunkan tingkap kereta.

"Aku tak tinggalkan kau pun lah anak Xi oi. Cepat lah masuk. Beg tu angkat lah letak kat seat belakang. Aduh... tak kan lah kau nak suruh aku ajar satu-satu kot luhan... kau dah besar dah weh! Dah boleh kahwin dah pun."

Lay membebel-bebel dan matanya fokus pada mata luhan. Bertentangan mata gituw.

Luhan menjulingkan matanya ke atas. Aduh... lay dah start dah.

"Ish... ye lay. Shut up! Jangan nak membebel macam mak nenek aku boleh tak?"

Luhan berkata sambil membuka pintu seat belakang. Beg rodanya di letak di atas seat kereta. Pintu kereta dihempas agak kuat tanda protes. Lantas kakinya dibawa ke pintu seat penumpang sebelah seat driver. Dia masuk ke dalam perut kereta dan sekali lagi pintu dihempas kuat.

"Haih.... lama-lama kau naik kereta aku ni, boleh tercabut tau pintu kereta aku. Cuba kau tutup pintu tu perlahan-lahan. Tutup dengan penuh kasih sayang. Barulah hari-hari kau berjalan dengan aman."

Luhan menjeling sahaja lay disebelahnya. Malas nak layan.

Lay sempat gelengkan kepalanya sebelum menekan pedal minyaknya. Kereta lay laju membelah jalan raya kota seoul.

.
.
.
.
.
.

Pintu rumah ditolak dengan penuh berhati-hati. Suasana rumah yang gelap itu membuatkan dirinya pelik. Lay yang berada disebelahnya dipandang pelik.

"Lay... kau bawak aku datang rumah sapa ni?"

Lay terkedu.

"Rumah kau lah Xi Luhannnn tak kan lah rumah nenek aku. Aduh... kau ni. Lain kali pergi lah duduk kat luar negara tu bertahun-tahun lagi, tengok lah ni... sampai rumah keluarga sendiri pun dah tak kenal. Apa nak jadi dengan kau ni luhan?"

"Habistu, asal rumah ni gelap je? Jihyo takde duit ke nak bayar bil eletrik? Aduh... budak bertuah ni lah."

Luhan dan lay masuk ke dalam rumah agan tersebut. Lampu dibuka.

"SONG JIHYO!!! OPPA DAH BALIK!!! MANA KAU?!!!"

Luhan menjerit memanggil-manggil adik kesayangannya.

Lay duduk bersila di atas sofa di ruang tamu tersebut. Phone nya di keluarkan. Daripada dia layan si luhan tu baik dia main phone, tenang lah jugak hatinya.

Luhan mamandang lay geram.

"Yah, lay!"

Lay berdehem sebagai tanda apa.

"Mana jihyo?"

Lay menjeling luhan sekilas.

"Dia adik kau ke adik aku?"

Luhan menjulingkan matanya ke atas.

"Of course lah adik aku."

"Jadi, asal kau tanya aku? Dia bukan adik aku pun."

Luhan berdesis geram. Kaca mata mahalnya dibaling ke arah lay.

Lay sempat menangkap kaca mata luhan sebelum dicampak ke bawah.

"Arghhhhh bodoh lay!"

Lay menjeling luhan sekilas. Ntah apa apa lah mamat ni.

"Urghhh... apa yang bising-bising ni? Orang nak tidur pun tak senang lah."

Luhan dan lay saling bertatapan.

"Sejak bila kau tukar suara hah lay?"

Luhan menunding jari telunjuknya pada lay.

Lay terpaku.

"Tu bukan suara aku lah. Tu suara song jihyo! Adik kau pabo!"

Lay berkata agak kasar. Menyampah pulak dia rasa bila layan si luhan ni lama-lama. Panas je hatinya. Kslau boleh letak cool fever kat hati, dah lama dah dia letak.

"Jihyo... I'm back!!! Arghhh I miss you sweety pie."

Luhan memeluk erat tubuh kecil adiknya itu. Jihyo membalas pelukan abangnya.

"Arghhh... I miss you too oppa."

Jihyo meleraikan pelukan. Matanya terpandang lay di sofa. Dahinya berkerut.

"Oppa kata balik naik grab, kenapa ada lay oppa pulak kat sini?"

"Ouh... kambing ni memang. Menyibuk aje kerjanya. Buat apa ntah kat sini, menyemak je."

Luhan flip kan rambutnya.

Lantas lay bangun dari duduknya. Mulutnya berdecit. Wajah luhan dipandang geram.

"Eh, kau dasar yeoja tak sedar diri! Semalam bukan main lagi kau call aku merayu-rayu suruh aku ambik kau kat airport. Aku suruh kau naik grab, kau tak nak. Katanya takut sesat lah nanti pak cik grab tu raba kau lah rogol kau lah. Bila aku dah ambik hantar kau dengan selamat kat sini, kau kata aku menyemak pulak. Hah... ni yang aku nak bebel ni. Kau ingat aku ni hamba kau ke hah, budak?! Sesuka hati kau je ek. Bersyukur lah sikit yang aku pergi ambik kau kat airport. Kalau nak ikutkan hati aku ni, sekarang ni mesti kau tengah mereput dekat airport tu tunggu aku ambik kau. Hah, bersyukur lah nak!"

Luhan melepaskan keluhan kasar. Hah, ambik kau. Lay dah mengungkit.

Jihyo dan luhan memandang sesama mereka.

"Euww... pak cik grab nak raba oppa? Dehek."

Jihyo memandang luhan jengkel.

Kedua belah pipi luhan memerah menahan malu.

"Ma...mana ada. Hish... kau ni lay."

Lay memandang luhan tajam.

"Kau nak apa lagi hah pabo?"

"Dah... dah bawak bersabar lay oppa. Lay oppa nak air apa? Meh jihyo buatkan."

Lay melemparkan senyuman lebarnya pada jihyo.

"Eh, takpe lah. Oppa ada kerja sikit nak kena buat ni. Oppa balik dulu ye. Bye korang..."

Lay mengambil handphone nya di atas meja.

Luhan membuat muka gelinya. Eyyy lay oppa... HAHAHAHAHA

Jihyo mengangguk.

"Ok, oppa. Annyeonggg"

Jihyo melambai ke arah lay bersama senyuman manisnya.

Lay hanya membalas dengan senyuman sebelum beredar dari kediaman rumah xisong itu.

"Jihyo... mana rm?"

"Rm? Who?"

Jihyo menyoal luhan kembali. Dahinya turut dikerutkan.

"Namjoon... kim namjoon. Mana dia?"

"Nanjoon oppa kat runah dia lah. Kenapa?"

"Ouh... call namjoon suruh dia datang sini."

Jihuo terpaku. Apakah?

"Ta...tak boleh! Nam..namjoon oppa busy. Hah, namjoon oppa busy."

Tipu gadis itu.

"Ouh.... ok."

"Herm... jihyo pergi masak untuk lunch ok? Oppa pergi lah rehat kat bilik."

Jihyo beredar ke dapur tanpa menunggu balasan dari luhan.

"Fuh... nasib baik tak terkantoi."

Gadis itu melepaskan keluhan lega.

"Ada apa-apa yang terjadi ke? Macam pelik je adik aku ni. Macam tengah sorokkan something daripad aku. Hurm... nevermind."

Desis hati luhan.

~BeRSaMBuNG~

Hi... macam mana chapter kali ni? Ok tak?

Last vote for hero😘

Send emoji for your choose:

Kim namjoon

Kim seokjin

Min yoongi

Jung hoseok

Park jimin

Kim taehyung

Jeon jungkook

Next Chapter: LuHaN& NaMJooN


UNDIAN UNTUK HERO DITUTUP》

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro