Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💀ZOMBIE: 21

Mingyu menghentikan keretanya di tempat yang jauh dari Zombie.

Mingyu dan Dr. Cha menolong bawa aku dan Hyunjae keluar dari kereta itu.

Kami berdua di sandarkan di kereta.

Keadaan kami sangat tenat.

"Hyunjae-ah, Yuha-ah korang okey?" Soal Mingyu risau.

"Nae..." jawab kami berdua lemah.

Urat di leher kami mula timbul dengab jelas.

Bekas gigitan zombie itu semakin merebak.

"Dr. Cha bukan ke Dr ada bawa penawar tu?" Soal Mingyu pada Dr. Cha.

"Ah. Nae!" Dr. Cha menyeluk kocek seluarnya mengambil botol kecil yang berisi penawar itu.

"Penawar ni boleh sembuhkan diorang kan?"

"Nae. Tapi...saya cuma ada satu botol je. Kalau di bahagikan kepada dua, mereka tidak dapat sembuh kerana sukatan penawar ni telah ditetapkan untuk sembuh seorang sahaja." Terang Dr. Cha.

"Maksud Dr?"

"Kita cuma boleh selamatkan salah seorang dari mereka berdua" beritahu Dr. Cha sambil memandang wajah kami berdua serba salah.

Mingyu terduduk selepas mendengar kenyataan itu.

Dia memegang kepalanya dengan kedua-dua tangannya. Dia kelihatan sangat tertekan.

Aku rasa sangat bersalah dengannya.

"Mingyu-ah, beri sahaja penawar tu pada Hyun--"

"Beri penawar tu pada Yuha" potong Hyunjae.

Kami bertiga memandang Hyunjae yang berada di sebelah aku.

Hyunjae memandang aku dengan senyuman kecil.

"An-Andwae...awak perlu terus hidup" kataku padanya.

"Tak. Awak yang perlu terus hidup. Keluarga awak sedang menunggu awak."

"Tapi...."

"Gwenchanayo, saya dah tak ada sesiapa di dunia ni." Kata Hyunjae dengan senyuman manis.

Mata aku yang bergenang terus mengalir dengan deras.

"Jangan menangis..." 

Hyunjae memeluk aku erat.

Aku menangis di dalam pelukannya.

"Jangan risaukan saya. Awak kena terus hidup." Pujuk Hyunjae.

"Dr. Cha, beri penawar tu pada Yuha" arah Hyunjae.

Dr. Cha menghulurkan penawar itu pada aku.

"Minum" kata Hyunjae dengan suara yang lembut.

Berat hati aku untuk minum penawar itu.

Air mata Hyunjae akhirnya mengalir.
Bertambahlah berat hati aku nak minum penawar itu.

Hyunjae memegang tangan aku dan menolong aku minum penawar itu.

Apabila aku habiskan penawar itu, Hyunjae mengusap kepala aku.

"Jangan lupakan saya ye" kata Hyunjae yang masih mengusap kepala aku.

Aku mengangguk kecil kepala aku.

"Mingyu-ah, pastikan mereka berdua sampai sana dengan selamat" kata Hyunjae pada Mingyu.

Mingyu menganggukan kepalanya.

"Baik korang pergi sekarang sebelum hari jadi gelap" kata Hyunjae.

"Hyunjae-ah. Saya takkan lupakan awak" kataku padanya untuk kali terakhir.

"Saya tahu. Saya tahu awak takkan lupakan saya yang kacak ni" kata Hyunjae dengan gelakan kecil.

Aku tersenyum kecil dengan jenakanya.

"Kajja" Mingyu memegang tangan aku lalu bawa aku masuk ke dalam kereta dan diikuti oleh Dr. Cha di belakang.

•••

Suasana menjadi sunyi sepanjang perjalanan kami ke Gocheok Sky Dome.

Aku hanya termenung memandang jalan di hadapan.

Aku rasa sangat lemah. Lemah mengingati apa yang aku lalui sepanjang tempoh penularan wabak itu.

Aku kehilangan 4 orang kawan.

Memori semasa hari pertama kami bertemu terlintas di dalam kepala aku.

Aku rindukan mereka. Alangkah bagusnya kalau diorang semua ada di sini...

•••

Lamunan aku terhenti apabila Mingyu menghentikan kereta.

"Kita dah sampai" beritahu Mingyu.

Aku memandang ke arah depan aku dan ternampak sebuah bangunan besar iaitu Gocheok Sky dome.

Disekeliling bangunan itu terdapat pagar yang dijagar oleh beratus-ratus askar.

Aku tersenyum terharu.

Terharu kerana aku selamat akhirnya.  Tapi lebih bagus kalau ada Sejun, Kino, Hyunjae dan Yunho sekali.

Kami bertiga turun dari kereta dan mendekati pagar itu.

Apabila dah nak sampai di pagar itu, kelibat Mingyu hilang.

Aku melihat sekeliling mencarinya.

Aku ternampak Mingyu yang masih berdiri tercegat di depan kereta.

Aku pergi ke arah Mingyu dan diikuti oleh Dr. Cha.

"Mingyu, kenapa awak berdiri sini? Jomlah kita masuk" Soalku pelik.

Mingyu melemparkan senyuman kecil kepada aku.

Dia meletakkan kedua-dua tangannya di pipi aku.

"Mianhae. Saya tak dapat masuk ke dalam bangunan tu" kata Mingyu yang merenung anak mata aku.

Dahiku berkerut.

"Ke-Kenapa?" Aku tidak berasa senang hati.

"Tugas saya untuk bawa awak ke sini dah pun selesai."

"A-Apa maksud awak?"

Mingyu tersenyum manis.

"Mianhae.."

"Mingyu-ah. Kenapa ni? Cakaplah! Min--"  kata-kataku tergantung apabila anak mata Mingyu mulai berubah warna.

Air mataku mula bergenang.

"Min-Mingyu...kenapa dengan mata awak?" Soalku mulai mengalirkan air mata.

"Mianhae Yuha-ah. Saya sebenarnya dah kena gigit dengan zombie" beritahu Mingyu.

Semakin deras air mataku mengalir.

"Bi-Bila awak kena?"

"Dekat kilang Seo Inwoo"

Aku memandangnya tidak percaya.

"Mianhae Yuha. Awak masuklah ke dalam cari keluarga awak" kata Mingyu sambil mengusap kepala aku.

"Andwae! Andwae! Awak kena ikut kitaorang sekali!"

"Tak boleh Yuha. Saya dah jadi Zombie"

"Tak! Awak belum jadi zombie!" Aku menarik-narik tangannya.

Mingyu mengeraskan badannya agar dirinya tak bergerak.

Mingyu memeluk aku cuba menenangkan diri aku.

"Jangan lupakan saya" bisik Mingyu lalu leraikan pelukan itu.

"Dr. Cha tolong bawa Yuha masuk ke dalam" arah Mingyu lalu berjalan masuk ke dalam kereta.

Dr. Cha memeluk aku bagi menghalang aku mengejar Mingyu.

Aku terduduk selepas kelihat Mingyu hilang dari pandangan aku.

•••

Aku merenung orang yang berada di dalam Gocheok Sky Dome itu kosong.

Walaupun aku selamat sekarang, tapi aku rasa kosong kerana tiada mereka berlima di sisi aku.

Mereka banyak menolong aku. Aku takkan lupakan mereka. TIDAK AKAN!

"Yuha!"

Bulat mataku apabila terdengar namaku di panggil.

Sekali lagi air mata aku mengalir deras apabila aku nampak 2 orang yang aku sayang berada di hadapan aku sekarang.

"Omma! Appa!"

Aku terus berlari ke arah mereka dan memeluk mereka erat.

Aku menangis dalam pelukan mereka.

"Macam mana keadaan kamu? Omma dengan Appa sangat risuakan kamu. Kami ingat kamu dah jadi Zombie. Kamu dekat mana selama ni?" Soal Omma.

"Omma, Appa jangan risau. Yuha baik-baik je. Sepanjang Yuha dekat luar tu, ada 5 orang lelaki yang baik telah jaga Yuha" beritahuku.

Bayangan wajah mereka muncul dalam fikiran aku. Mereka tersenyum lebar.







TAMAT

Tamatlah sudah al kisah fanfic ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro