💀ZOMBIE: 18
Kami semua termenung jauh mengenang nasib masing-masing.
Sekarang kami di kurung dalam bilik yang seperti penjara.
"Dr. Cha, Dr dengan Seo Inwoo tu ada hubungan apa-apa ke? Macam bekas kekasih ke? Sebab saya tengok Seo Inwoo tahu semua pasal Dr" soalku pada Dr. Cha.
Mereka yang lain pandang Dr. Cha dengan pandangan ingin tahu.
"Emm...sebenarnya...Seo Inwoo tu cousin saya" beritahu Dr. Cha.
"Bwo?!"
Semua orang pandang Dr. Cha terkejut.
"Tapi...macam mana dia boleh jadi jahat macam tu?" Soal Yunho.
"Entahlah. Lain macam budak Seo tu. Saya kerja dengan dia pun sebab terpaksa." Beritahu Dr. Cha.
Kami semua mengeluh kecil.
"Macam mana kita nak keluar dari sini? Takkan kita nak duduk diam je"
Betul juga apa yang Sejun cakap tu. Takkan kita nak berdiam diri je dekat dalam bilik ni.
Mingyu memandang atas.
"Korang. Aku dah jumpa jalan untuk kita keluar dari sini" beritahu Mingyu sambil merenung penutup laluan udara di atas meraka.
•••
Mingyu memanjat bangku yang terdapat dalam bilik itu lalu buka penutup besi itu.
Kami semua tersenyum kecil melihat penutup itu boleh dibuka.
Mingyu melihat laluan itu terlebih dahulu.
"Tempat ni sesuai untuk kita larikan diri dari sini" kata Mingyu sambil panjat masuk ke dalam laluan udara itu.
Seorang demi seorang panjat masuk ke dalam laluan itu.
•••
Kami semua merangkap mengikut Mingyu dari belakang.
Setiap kali kami mara ke hadapan, jantung aku berdegup dengan laju kerana takut ditangkap oleh Seo Inwoo.
"Jalan mati" beritahu Mingyu yabg berada di hadapan.
Kami mula rasa tak sedap hati.
Mingyu melihat kebawah melalui penutup besi laluan udara itu.
Sekarang, mereka berada di atas sebuah bilik yang sangat besar dan gelap. Hanya di terangi dengan cahaya mereh.
Mingyu cuba buka penutup besi itu dan ianya boleh dibuka.
Mingyu ragu-ragu untuk turun ke bawah.
"Korang tunggu sini dulu. Aku nak tengok keadaan dekat bawah" kata Mingyu pada kami semua.
"Mingyu, hati-hati" kataku risau.
Mingyu menganggukan kepalanya.
Mingyu melepaskan keluhan kecil lalu turun ke bawah.
Kami semua memandang Mingyu yang berada di bawah dengan perasaan risau.
Mingyu melihat sekeliling bilik yang gelap itu.
"Aku rasa selamat kot bilik ni. Kalau kita duduk atas tu, sama je kita tak boleh larikan diri sebab dah tak ada ruang."
Mereka menganggukan kepala setuju dengan apa yang Mingyu katakan.
"Kitaorang turunkan Yuha dengan Dr. Cha dulu" kata Sejun.
Sejun menolong aku dan Dr. Cha turun. Mingyu pulak sambut kami berdiri di bawah.
Mingyu mengangkatkan kedua-dua tangannya ke atas untuk menyambut aku.
Aku melompat ke bawah lalu Mingyu sambut aku dengan memeluk pinggang aku.
Aku sedikit terkejut apabila wajah kami sangat dekat. Masa Mingyu sambut Dr. Cha tak ada pulak macam ni.
Jantungku berdegup dengan laju. Kami pandang wajah antara satu sama lain.
"Oi orang bawah. Kalau nak bermesra-mesra pun tunggulah kita semua selamat" tegur Hyunjae di atas.
Kami berdua menjadi kekok apabila Hyunjae berkata begitu.
"Mi-Mian" ucap Mingyu gagap sambil turunkan aku.
Aku berdiri di sebelah Dr. Cha yang sudah tersengih-sengih memandang aku.
Aduhhh...malunyaaa🙈😶
•••
Selepas semua turun kami pun melihat sekeliling bilik yang gelap itu.
Dimana pun kami pergi, kami tetap tidak nampak.
"Korang jangan pergi jauh-jauh" amaran Yunho yang sedang meraba-raba dinding.
"Korang! Aku dah jumpa suis lampu" beritahu Sejun.
Tanpa membuang masa, Sejun terus menekan butang lampu itu.
💡
Mata kami terbeliak apabila melihat banyak sangka besi di sekeliling kami.
Keluasan bilik itu seperti di stadium bola. Bayangkan sekeliling bilik yang besar macam stadium bola itu terdapat sangka besi.
Kalau dalam sangka besi itu kosong tak apa juga. Ini ada banyak ZOMBIE dalam setiap sangka tu!
"GGGRRRRHHHHHH!!!!"
Zombie itu terus menerpa ke arah pintu sangka itu apabila ternampak kami di hadapan mereka.
Mereka berkelakuan liar apabila ternampak kami. Mereka seperti Zombie yang kelaparan dan ingin menerkam kami.
Hyunjae yang berada betul-betul di depan sangka itu terus berlari ke arah kami.
Kami berkumpul di tengah-tengah sambil pandang semua zombie dengan perasaan takut.
"Macam mana ni?"
TBC
Korang nak ending macam mana?
Author dah tetapkan endingnya, tapi author nak tahu juga pendapat korang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro