Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💀ZOMBIE: 13

Kami berlima mengalas perut kami dengan sebungkus roti.

Masing-masing termenung jauh sambil mengunyah roti mereka.

"Mingyu-ah, kau kata semalam kau ada jumpa cas laptop. Mana casnya? Aku nak cuba buka laptop yang kita jumpa dekat pejabat guru hari tu" soal Yunho yang sudah selesai makan rotinya.

"Ouh ye. Cas tu ada dekat kelas sebelah. Biar aku ambil sekejap" Mingyu meletakkan rotinya di meja lalu ambil cas laptop itu.

"Mingyu jumpa cas laptop?" Soalku yang masih bingung.

"Nae. Dia jumpa dekat Mall semalam" beritahu Yunho.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.

"Nah" Mingyu hulurkan cas laptop itu pada Yunho.

Mingyu, Hyunjae, Sejun dan aku pergi ke arahnya sambil bawa roti masing-masing.

Kami semua pandang laptop itu dengan berharap laptop itu dapat dibuka.

💻

Terbutang mata kami semua melihat laptop itu menyala.

"Alamak! Ada password la..." kata Yunho hampa.

Kami semua mengeluh berat.

"Haihh...macam mana ni? Takkan nak cuba satu per satu passwordnya." Kata Sejun hampa.

Kami semua terdiam seketika.

"Aku nak ronda bangunan ni sekali lagi. Aku akan cuba cari laptop lain atau seumpamanya." Pelawa Hyunjae sambil mengambil lampu suluh di tepi kelas.

"Saya nak ikut!" Kataku pada Hyunjae.

Hyunjae merenung aku lama.

"Hm. Kajja"

•••

Aku dan Hyunjae turun ke tingkat bawah iaitu aras 1.

"Awak dah okey?" Soal Hyunjae lembut.

"Nae. Sikit" jawabku dengan senyuman kecil.

"Baguslah macam tu. Emm...semalam saya baca surat Kino sekali lagi untuk kepastian. Korang memang dah rancang awal-awal nak kawin ke? Sejak bila korang bercinta?" Soal Hyunjae ingin tahu.

Anak matanya merenung mata aku.

"Mana ada...kino cuma bergurau je lah. Kino tu suka sangat bergurau dengan saya" kataku dengan sengihan.

Hyunjae menganggukan kepalanya tanda faham.

"Emm...awak ada namchin?" Soal Hyunjae tiba-tiba.

"Namchin? Kenapa awak tanya?"

"Cuma untuk kepastian" jawab Hyunjae.

"Kalau saya tak ada namchin? Awak nak buat apa?"

"Emm...ngorat awak"

Aku tergelak kecil.

"Ngorat saya? Awak pandai ke ngorat perempuan ni? Kalau tengok muka awak, awak ni jenis yang tak pandai nak ngorat perempuan" kataku dengan sedikit perlian. 

Hyunjae tersenyum sinis.

Hyunjae memegang tangan aku erat.

Dia merenung mata aku lama.

Aku pula rasa kekok dengan pandangannya itu.

"Hyunjae..." aku mula rasa takut apabila dia semakin rapatkan wajahnya dengan wajah aku.

Jantung aku berdegup dengan laju.

Tidak lama kemudian, Hyunjae melemparkan senyuman manis.

"Macam mana? Awak dah tergoda dengan saya tak?" Soal Hyunjae.

Aku menolaknya kebelakang.

Aku memandangnya tajam.

"Jangan buat macam tu lagi" amaranku padanya.

"Kenapa?"

"Tak ada apa-apa. Cuma, jangan buat macam tu lagu"

"Jantung awak berdegup dengan laju kan. Sebab tu awak tak beri saya buat macam tu. Kan, kan, kan"

"Ma-Mana ada..." wajah aku mula kemerahan.

"Iye...jantung awak berdegup dengan laju disebabkan saya kan..."

"Tak"

"Iye..."

"Tak"

"Iye.."

"Tak"

•••

Langkahku terhenti di depan laluan yang ditutup dengan meja.

"Hyunjae, Laluan ni untuk pergi mana?" Soalku ingin tahu.

"Laluan ni bersambung dengan bangunan sekolah rendah sebelah itu" beritahu Hyunjae.

"Ouh yeke. Jadi..kenapa laluan ni ditutup?"

"Zombi"

"Zombie?"

"Sebelum kami tinggal dekat sini, kami tinggal di bangunan sebelah sana. Selain kami, terdapat ramai lagi orang yang berlindung dekat bangunan sebelah tu"

"Jadi...mana diorang semua?"

"Jadi Zombie"

"Tapi, macam mana?"

"Salah seorang dari mereka telah digigit dengan zombie semasa melarikan diri ke bangunan itu. Disebakan kami tak perasan tentang itu, mereka semua dijangkiti virus itu. Hanya kami berlima sahaja yang selamat larikan diri. Sebab tu, kami tutup laluan ini" terang Hyunjae.

Aku menganggukan kepala aku tanda faham.








TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro