Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💀ZOMBIE: 09

[Lorong Kereta api bawah tanah🚉]

Apabila kami menjejaki lorong kereta api bawah tanah itu, aura seram terus menusuk ke dalam tubuh kami.

Meremang kami melihat keadaan di bawah itu.

Seperti di semua tempat, terdapat banyak kesan darah.

Terdapat banyak Serpihan kaca di lantai.

Aku pergi ke arah mereka yang melihat peta laluan kerata api itu.

"Dengan keadaan yang macam ni, kereta api tidak akan lalu. Jadi kita akan guna lorong kereta api ni. Kalau ikutkan peta ini, laluan kereta api ni dapat tembus di seberang Shopping Mall tu. Lorong ini je yang paling dekat untuk pergi ke sana" terang Hyunjae.

"Bagus. Mari kita gerak" kata Mingyu pula.

•••

Bunyi tapak kaki kami bergema setiap kali kami melangkah di dalam lorong itu.

Senyap.

Keadaan begitulah membuatkan kami rasa terancam. Tambahan lagi dengan keadaan yang sangat gelap.

Hanya bergantung pada lampu suluh yang Yunho bawa.

"Ggrrrhhh.."

Langkah kami terhenti apabila terdengar bunyi yang pelik dan tidak jelas.

"Ggrrrhhh..."

Bunyi itu membuatkam kami rasa semakin rasa gelisah.

Kami pandang antara satu sama lain sebelum pandang ke arah belakang kami dimana bunyi itu datang.

Yunho menyuluh ke arah belakang kami dengan lampu suluhnya.

Kami tergamam. Seluruh tubuhku membeku apabila melihatnya.

Ianya sekumpulan zombie yang berjalan le arah kami.

"Patut ke kita lawan?" Soal Sejun yang sudah siap sedia ingin berjawan.

"Jangan! Mereka terlalu banyak. Kita kena lari!!!" Arah Mingyu cemas.

Selepas mendapat arahan dari Mingyu, kami semua terus berlari.

Sekali sekala aku memandang zombie di belakang aku untuk melihat jarak kami.

Apa yang aku tak sangka, sekumpulan zombie itu turut berlari mengejar kami.

"Korang! Diorang semakin dengan kita!" Beritahuku.

Mingyu memandang ke arah belakang kami.

"Kita kena cepat!" Kata Mingyu yang berlari di belakang kami.

Kami berlari dengan laju sehabis mungkin.

Tidak pernah aku berlari laju begini. Ianya berumpama seperti dikejar anjing.

Pon! Pon!

Kami semua terkejut apabila terdengar bunyi hon yang bergema di dalam lorong itu.

Cahaya yang cerah perlahan-lahan muncul dari hadapan kami.

Ianya kereta api!

Bukan ke dalam keadaan macam ni, kereta api tidak beroperasi?😟

Kami tidak boleh berlari lebih jauh lagi kerana terdapat kereta api.

Lorong itu hanya besar untuk muat-muat sebuah kereta api sahaja.

Kami tiada ruang untuk mengelak dari kereta api itu.

PON! PON!

Bunyi Hon itu membuatkan kami semakin gelisah. Mana lagi kami nak lari?!

Belakang kami sudah dikepung dengan sekumpulan Zombie.

"Korang!!! Ada pintu tepi tu!!!" Beritahu Yunho sambil berlari ke arah pintu kecil yang berada tidak jauh dari kami.

Kami berhenti di hadapan pintu.

Mingyu cuba buka pintu itu tetapi tidak boleh. Matanya teralih ke arah manga yang mengunci pintu itu.

"Pintu ni berkunci!"

"Tepi!" Jerit Hyunjae

Mingyu ke tepi. Hyunjae memukul manga itu dengan kayu golf.

Nasib menyebelahi kami, dengan hanya sekali cubaan, manga itu pecah.

Mingyu buka pintu lalu membiarkan kami semua masuk dahulu.

Selepas semua masuk, barulah Mingyu masuk.

Tepat-tepat Mingyu tutup pintu itu, sekumpulan zombie itu menerpa kami.

Tidak lama kemudian, kereta api itu merempuh sekumpulan zombie itu sekali gus.

Kami semua terduduk kerana kepenatan dan berasa syukur kerana masih hidup.

"Bilik apa ni?" Soalku sambil melihat sekeliling bilik itu.

"Tengok tu" Kino menunding jarinya ke arah atas.

Terdapat besi bulat di atas kami. Di tepi bilik itu terdapat tangga besi untuk ke atas itu.

Kalau tak silap aku, kami berada di bawah jalan.

Kalau kami keluar dari lubang bulat itu, kami akan berada di tengah-tengah jalan.








TBC





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro