Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

💀ZOMBIE: 06

Selepas semua bangun, kami berkumpul di dalam kelas.

"Okey. Sekarang kita berpecah. Aku dengan Yunho pergi ke bilik sukan. Kino dengan Hyunjae pergi ke pejabat guru. Sejun dengan Yuha pergi ke perpustakaan." Arah Mingyu selaku ketua.

Semua orang menganggukan kepala selepas terima arahan dari Mingyu.

Sebelum kami mula buat rondaan, kami bawa beberapa alatan untuk jadikan alat perlindungan.

Mana tahu masa kitaorang tengah buat rondaan, Zombie muncul.

Kita mestilah sediakan payung sebelum hujan.

"Mari kita pergi" kata Sejun yang jadi partner aku.

Aku menganggukan kepala aku.

Aku mengikut Sejun turun ke tingkat bawah sekali.

Pada masa yang sama, kami melihat sekeliling laluan kami dengan berhati-hati.

•••

[PERPUSTAKAAN]

"Kita dah jumpa perpustakaan!" Kataku sambil menunding jari ke arah pintu masuk perpustakaan.

"Mari kita masuk" ajak Sejun.

Sekali lagi aku menganggukan kepala aku.

Sejun memulas tombol pintu itu.

"Pintu ni tersekat" beritahu Sejun.

Aku sedikit hampa apabila mendengarnya.

"Habis tu macam mana kita nak masuk?" Soalku pada Sejun.

Sejun berfikir sejenak.

"Yuha, awak berdiri tepi tu" arah Sejun.

Tanpa banyak soal aku terus ke tepi.

Sejun jarakkan dirinya dengan pintu itu.

Dia juga letakkan barang yang dibawanya di lantai.

Dia merenung pintu itu tajam. Sejun berlari ke arah pintu itu lalu tendang pintu itu sekuat hatinya.

Dengan sekali cubaan, Sejun berjaya buka pintu itu.

Beberapa meja yang menyekat pintu itu terpelanting jauh akibat tendangan Sejun.

"Woah! Hebatnya awak" pujiku sambil menunjuk ibu jari aku padanya.

Sejun tersenyum malu.

Sementara Sejun mengambil barangnya semula, aku masuk ke dalam perpustakaan itu terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian, barulah Sejun mengekori aku.

Seperti sangkaan aku, keadaan di dalam perpustakaan itu sangat bersepah.

Sebelum aku mencari buku yang aku inginkan, aku dan Sejun pergi ke kuanter dahulu.

Disitu terdapat banyak kertas yang berselerak.

Aku membuka laci di kuanter itu satu persatu.

Aku menjadi rimas apabila rambut aku yang dilepaskan asyik menutup separuh wajah aku.

Nak je aku potong rambut ni!

"Yuha-ah, biar saya ikatkan rambut awak" kata Sejun sambil membuka gelangnya.

Aku tidak berkata apa-apa malah aku terus menghulurkan rambut aku padanya.

"Maafkan saya kalau rambut saya busuk" kataku dengan sengihan.

"Mana ada busuk. Rambut awak wangilah" kata Sejun yang ingin menyedapkan hati aku.

Aku hanya tersenyum.

Sejun mengikat rambut aku dengan gelangnya.

"Dah siap" kata Sejun lalu melihat wajah aku untuk melihat hasil dia ikat rambutku.

"Macam mana? Saya nampak cantik?" Soalku padanya.

Dia merenung wajah aku lama.

"Nae. Awak nampak cantik" puji Sejun dengan senyuman manis.

Aku tersenyum gembira.

---

"Sejun! Saya jumpa kunci!" Beritahuku pada Sejun sambil menghulurkan kunci itu padanya.

"Awak jumpa dekat mana?" Soalnya.

"Dekat dalam laci ni" beritahuku.

"Daebak! Mungkin kunci ni berguna pada kita nanti. Awak dah buat yang terbaik Yuha" puji Sejun sambil mengusap kepala aku.

Aku tersenyum malu.

•••

Aku memanjat kerusi yang aku ambil di kuanter lalu memijaknya untuk mencari buku di bahagian atas rak.

Bukan.📔

Bukan.📕

Bukan.📗

Bukan. 📘

Uwuuu....ada komik BTS lah...Aku patut ambil buku ni.😁

Aku gulungkan komik itu lalu masukkan kedalam kot sekolah aku.

Aku sambung cari.

Bukan, Bukan, Bukan, Bu--Aku dah Jumpa📒!!

"Kino! Saya dah jumpa!" Beritahuku pada Kino yang sedang mencari di belakang aku.

"Woah! Daebak!"

Baru sahaja aku nak turun dari kerusi itu, tiba-tiba salah satu kaki kerusi itu patah.

"Arg--"

Baru sahaja aku nak landing jatuh ke bawah, Sejun sempat memeluk pinggang aku.

Dadaku naik turun.

Aku memandang Sejun yang berjaya menahan aku.

Jantung aku berdegup dengan laju.

Huuu...😥

Nasib baik...

Baru sahaja aku nak tenangkan diri, tiba-tiba satu lagi satu kaki kerusi itu patah.

Sejun terus menahan aku dari jatuh. Tapi kali ini, jarak wajah kami sangat dekat.

Aku merenung matanya yang betul-betul dekat dengan aku.

"Gwenchana?" Soal Sejun.

"N-Nae..." jawabku gagap.

Sejun turunkan aku perlahan-lahan.

Aku lepaskan lehernya yang aku peluk tadi.

"Go-Gomawo..." ucapku gagap.

Sejun balas dengan senyuman.

Aku meletakkan tangan kananku di bahagian jantung aku.

Jantung aku masih berdegup dengan laju.

Kenapa dengan aku ni?









TBC💓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro