💀ZOMBIE: 01
[Zombie is coming...🚶]
.
.
.
.
.
[5 Guys will protect you]
.
.
.
.
.
▪▪▪▪▪▪▪▪
Aku menuruni anak tangga dengan kelam kabut.
Beg sekolah aku yang berada di atas sofa aku ambil.
Sandwish yang dibuat oleh Ommaku, aku sumbat ke dalam mulutku.
"Yuha, kamu dah nak pergi sekolah ke?" Soal Ommaku.
"Nae Omma, Yuha kena jumpa dengan Saem Kim pagi ni" kataku sambil menyarung kasut di kakiku.
"Yuha, Omma dengar ada pemberontak pagi ni. Omma risaulah. Kamu tak payahlah ke sekolah hari ni"
"Pemberontak? Diorang berontak apa pulak kali ni? Apapun Yuha tetap kena pergi sekolah. Omma jangan risaulah. Kalau ada apa-apa mesti pihak sekolah sudah maklumkan lebih awal" kataku cuba tenangkan Ommaku itu.
"Betul juga tu. Kamu pergilah sekolah, nanti lambat pulak."
"Okay Omma. Ouh ye, Omma hari ni Appa balik awalkan. Apa kata malam ni kita makan luar. Dah lama Yuha tak makan luar"
"Boleh je..."
"Yes! Baiklah Omma, Yuha pergi sekolah dulu la"
"Hati-hati jalan tu"
"Nae.."
Semasa dalam perjalanan ke sekolah, aku tersedar yang aku tidak jumpa seorang pun dalam perjalanan ke sekolah.
Kawasan jalan raya sangat lapang. Tiada satu kereta pun yang lalu.
Pelik.
Siapa sahaja yang tidak pelik dengan keadaan macam ni.
Mana semua orang pergi?
Bahuku tersentak apabila sehelai kertas menerpa di wajahku.
Aku melihat kertas itu.
Kertas itu cumalah poster BTS yang membuat konsert di Sky Dom beberapa hari yang lalu.
OH!
Ada darah di belakang kertas itu!
Da-Darah tu masih baru!
Darah siapa ni?
Gggrrrrrrr!!!!
"Arghhhhhh!!!!!"
•••
•••
•••
Sudah seminggu lebih aku berkurung di sebuah rumah yang usang.
Buat masa ini, di situ sahajalah tempat selamat untuk aku berteduh.
Di situ aku hanya membekalkan pisau kecil untuk melindungi diri aku dari mayat hidup itu,
Zombie.
Dalam masa seminggu itu jugalah aku tidak bertemu dengan Omma dan Appa aku. Aku rindukan mereka.
Adakah mereka selamat atau...sudah menjadi seperti mereka di luar sana?
Ggrrrrr!!!
Banyak Zombie di luar sana.
Mampukah aku hidup lebih lama?
Aku meletakkan tangan aku di perut aku yang berbunyi.
Dalam tempoh itu, aku makan makanan yang Omma bekalkan untuk aku.
Tapi aku terpaksa jimatkan makanan itu dan kini, makanan aku telah pun habis.
Makanan sedikit itu tidak cukup untuk aku bertahan lebih lama.
Aku perlu keluar dari sini untuk mencari makanan.
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro