Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CRACKHEAD (ii)

Hara (P.O.V)

"Haluu cemua--"

"Aku rasa budak pelat ni berlakon jadi Hara! Zedi and Izla pergi bantai budak tu. Paksa dia bagitau kat mana dia sorokkan Hara!" author menunjuk ke arahku.

Terbuntang mataku mendengar arahan author? Bantai? Ohh no! A big no!

"Menurut perintah! " Zedi dan Izla bergegas menuju ke Hara. Hehe peluang jangan dilepaskan.

"Syaz pergi call mak bapak Hara. Suruh diorang sediakan kain kafan, van jenazah and lubang kubur untuk Hara."

Sekali lagi mataku terbuntang namun lebih besar dari sebelumnya. Ini author memang--

"Last, Aisy and Qari pergi cari Hara dulu sementara Zedi dengan Izla buat kerja diorang. Ataupun buat announcement dekat pejabat sekolah. Pastikan volume paling kuat. Minta satu sekolah carikan Hara! Cepat! Cepat! Jangan lambat- lambat! " author sempat bertukar menjadi Sajat 2.0 . Sekejap je dia bertukar. Lepastu jadi normal balik.

Kali ni aku punya mata terbuntang sampai terkeluar biji mata aku. Okay itu tipu. Bukannya terkejut dengar author nyanyi part Sajat. Dah biasa dengar. Author kan peminat Sajat. Benda dah biasa.

Aku cuma terkejut sebab sampai kena buat announcement. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala? Aku perlu hentikannya sebelum terlambat.

Astaga. Nerdnya ayat aku.

"Hei author! Ini akulah! Hara! Kau dah kenapa author? "aku menjerit lantang.

"Lah! Kau rupanya. Aku ingatkan budak pelat mana tadi masuk cerita aku yang gempak ni. " author mula memuji cerita dia yang mengarut ni.

"Aku baru je nak belasah! " Zedi merungut. Izla menyokong.

"Kepala hotak kau! " aku memandang geram terhadap Zedi dan Izla.

"Lain kali, jangan pelat, jatuh rating cerita aku ni! " author memandangku seperti aku baru sahaja menghancurkan hubungannya. Ehh author kan tak laku. Mana ada pakwe. Hahaha!

"Fine. " aku terus memandang Syaz.

"What? " Syaz menjongketkan keningnya. Lawa tho keningnya . Memang tak dinafikan yang Syaz ni ahli ZIQHAS paling cantik. Matang pula tu. Kekadang aku pelik, macam mana dia boleh tahan dengan perangai bangang kitorang. 

"Kau nak call mummy daddy aku ye? Cakap kat diorang yang aku nak tidur rumah diorang harini. Aku tak nak tidur kat rumah kita! Aku nak mogok satu hari ni! " aku memeluk tubuh.

"Call sendiri. Aku bukan kuli kau! " Syaz membalas mendatar.

" Tak guna kau, Syaz! " aku menjeling Syaz.

"Atototo. Adik bongsu titew nawk tiduw umawh mawk ayawh diew lawh. " Izla memeluk bahuku dengan bangga. Mungkin bangga sebab baru je guna bahasa keturunan wechat nya.

Aku memandang jijik terhadap Izla. Cair taik telinga aku dengar bahasa dia.

Aku menolak Izla, "Stay away from me! "

"Nak ngadu dekat mummy daddy dia lah tu. Alooo tomelnyaaaa. " Aisy mencubit kedua pipiku dengan geram.

"Sakitlah tak guna! "jeritku.

"Enough! " author menjerit. Terkejut kitorang berenam.

"Teruskan Hara. Aku sebenarnya malas nak hadap muka korang lama- lama. " author menyilangkan kakinya. Zedi tadi ada cakap tak yang author duduk atas kerusi. Tak ada ehh? Memang tak berguna Zedi tu. Kitorang je duduk kat lantai mozek. Maklumlah, taraf kitorang kan bawah author. Taraf yang dipandang hina oleh author sendiri.

"Okay--"

"Jap jap! Pastikan tak pelat ye! "author memberi pandangan mengugut.

"Okay! Hello semua! Assalamualaikum. Nama saya Hizlara. You may call me Hara. Bukan 'Hara dol sek' ye. "aku tersenyum.

"Excuse me! "Qari mengangkat tangan kanannya.

"What? "

"It's 'hana dul ses' ! Not 'hara dol sek' ye. " Qari tersenyum manis.

Aku menggulingkan mataku menyampah. Pantang betul orang salah pasal Korea dia tu. Aku bukan menyampah, cuma aku malu kena tegur.

"NEXT! "

END Hara (P.O.V)

******

Aisy (P.O.V)

Aku tersenyum lalu aku pun bangun dari dudukku, "Asslamualaikum semua! Hai! Nama saya Araisya dan saya lah Aisy! "

Qari menyeka air mata palsunya, "I'm a proud sister. "

Kami semua menggulingkan mata serentak. Nampak tak menyampah yang teramat kat situ.

"Saya--"

"Sebelum kau nak merepek macam 'kakak- kakak' tak betul kau tadi, aku nak bagi amaran. JANGAN SESEKALI! " author mencelah seperti komander.

"Asal lak? " Zedi menyoal dengan sengaja. Serius aku cakap yang muka Zedi masa tu memang minta penampar kitorang berenam.

Author memandang pasrah terhadap Zedi. Aku takut je author nanti kemurungan lepas tamat sesi perkenalan diri ni.

Aku bukannya risau sangat pasal author. Aku cuma takut cerita ni tergantung. Tak ada ending. Nak juga tahu ending hidup aku dalam ni.

" Buat kali ketujuh ratus enam puluh tujuh kali aku cakap, cerita aku yang gempak ni boleh jatuh rating dia! Kau paham? Ohh lupa. Kau kan tak ada otak, Zedi. Sebab tu benda simple ni tak boleh melekat kat otak invisible kau tu! " sempat author memperli Zedi.

Aku tahu yang author dah lama simpan hasrat nak tanam Zedi hidup- hidup.

Zedi menjengilkan matanya.

"Tujuh ratus enam puluh tujuh kali? Tipu betul tu! " Hara membalas pandangan dengan Zedi.

Mereka berdua pun memandang Izla. Aku paham betul pandangan syaitan diorang tu. Pandangan malang. Ataupun pandangan musibah.

Izla tersenyum sinis, "Betul tu. Kitorang baru je 6 ketul. Yang baru intro pun baru 5 ketul. Kau ni author, paling tipu dalam dunia. "

Author menggenggam pennya. Marah betul tu.

Aku dah Qari sudah tersengih janggal manakala Syaz pula, "Tak apa author. Nanti aku carikan tiga pengganti main character untuk tiga sampah tu. "

Syaz meletakkan tangan kanannya di bahu kiri author.

Zedi, Izla dan Hara tercengang manakala author pula memeluk tubuh Syaz. Author menangis kegembiraan kerana ada juga seketul ZIQHAS yang memahami.

Aku menggeleng lalu aku pun melihat Qari yang berada di sebelahku. Terkejut aku bila tengok Qari dah search dekat google 'cara- cara untuk memutuskan persahabatan'.

Aku terkedu. Qari ni paling tak guna. Dasar!

"Apa kau buat tak guna! " aku membisik keras di telinga Qari.

Qari menoleh lalu dia pun tersengih, "Gurau je. Saje nak tarik attention dalam POV kau. "

Aku menggeleng perlahan.

"Focus please! " author memberi arahan. Keadaan menjadi normal seperti biasa. Semua takut hilang job main character lah tu.

Tapi aku sempat nampak 4 ketul tu bincang sesuatu. Siapa lagi kalau bukan Zedi, Izla, Hara dengan Qari.

"Author! Nak tanya! " Hara mengangkat tangannya.

Author menjongketkan keningnya. Amboi! Sombongnya. Ehh gurau je.

"Kau lah tanya! " Hara mengarah Qari.

"Asal aku? Izla lah! " Qari memandang Izla penuh berharap.

"A small no! Suruh lah Zedi! " Izla menuding jarinya ke Zedi.

"Tak nak aku! Tadi dah masuk kali ketiga si author tu nak buang aku dari jadi main character! Buatnya kejap lagi aku tanya soalan mengarut tu, dia terus buang aku! " Zedi terus memeluk tubuhnya.

"Qari! Kau lah! " Syaz pula mengarah tiba- tiba.

"Asal aku pula! "

"Sebab Hara suruh kau dulu. "

"Tapi--"

"Qari. What is it? "author terus menyoal.

Qari menarik nafas, " Kitorang nak tanya sesuatu kat author. "

"Apa? " author menyoal.

"Dari awal sesi introduce kitorang, author asyik cakap rating cerita mengarut ni boleh jatuh lah. Readers lari lah. Apalah! " Qari terpaksa menjawab.

"So? What's the problem? " author mempamerkan muka hairannya.

"The problem is, cerita mengarut author ni, pernah naik rating ke? " Izla terus memotong. Geram mungkin kerana Qari lambat sangat cakap.

"Betul tu! Readers pon tak ada lagi. Tengok jumlah read, vote dengan comment. Haram jadah! Seketul readers pon tak ada! " Hara terus menerus mengutuk cerita itu sepuas hati.

Aku mengangguk. Setuju sangat. Author ni sibuk sangat pasal rating dengan readers. Author menggemam bibir kegeraman.

Pap! Pap! Pap! Pap!

"Ampun! "

"NEXT! "

END Aisy (P.O.V)

******

Syaz (P.O.V)

"Hai semua! Assalamualaikum! "

"Aik. Bagi salam pun mendatar? " Izla menjongketkan kening kanannya.

"Macam terpaksa je. " Hara mengejekku.

"Dasar yahudi. " Zedi pun menambah ejekkan.

Aku menjeling mereka bertiga. Mereka ketawa lepas.

"Enough! Syaz! Abaikan sampah- sampah simpanan ZIQHAS tu. Teruskan intro kau. Aku nak balik cepat ni! " author mengarah.

"Okay. Hai Assalamualaikum. Nama saya Syeazmin. Boleh panggil saya Syaz, Sya, Baby, Babyboo, Anje, Memey, Laling, Darling--"

Bum!

"Okay gurau gurau! Panggil saya Syaz! " gelabah aku bila Qari membaling kerusi plastik itu ke arahku. Fuhh! Nasib aku cepat elak. Kalau tak, perghh. Boleh berlubang dahi. Okay itu tipu.

Gerakan Qari amat pantas tanpa sempat di tahan oleh yang lain. Kejap! Qari yang amat pantas atau diorang yang lembab sangat. Ehh mana dia dapat kerusi tu?

Aku tengok author. Author jatuh atas lantai mozek. Mana kerusi dia? Ohh! Baru aku paham! Qari rampas kerusi author sebab nak baling ke aku. Haha! Memang menempah maut ini anak.

Aku tengok author dah berasap.

Yang lain pula boleh ketawakan. Memang tak sayang job main character langsung.

"Ohh shit! Korang memang buat aku hilang sabar! " author mula mencarut.

"Language author! " Aisy mengejek.

"Ya Allah! Kau bunuh je lah aku. " author memejam matanya.

Aku menggeleng penuh ayu dan sopan. Acelamak!

"Boleh tak korang normal dan hormat aku untuk hari ni je. Aku mohon! " ujar author.

"Nak buat tu pun tak ole! " aku saja bergurau.

Author tercengang manakala yang lain sudah bersorak menyokongku.

"Go girl! " Zedi menepuk bahuku dengan bersemangat.

"Sis support you! " Qari menjerit teruja.

"Awack memawng tewbaek! "

Aku rasa korang tahu ni siapa. Izla! Si keturunan wechat yang tak pernah berkembang.

Aisy memelukku penuh kegembiraan.

Hara pula membuat muka bangganya.

Siapa diorang berlima ni? Aku tak kenal. ZIQHAS? Apa tu? Binatang apa tu?

"Asal lah setiap sorang dari korang nak intro mesti kena buat kacau. Yang penat nak type nanti aku! " author merungut.

"Hahaha. "

Izla menyenggol Zedi.

"What? " Zedi menjongketkan keningnya.

"Kan kita dah plan nak cakap sesuatu kat author semalam! " balas Hara.

"Cakap apa? " author menjongketkan keningnya.

Aku pelik betul. Asal hari in semua orang bila nak tanya dulu mesti kena jongket kening ehh. Why? Sebab nampak bergaya ke. Aku nak try lah nanti bila bual dengan mummy daddy aku.

" Syaz lah cakap! " Zedi menjerit.

"Asal lak aku? " aku menyoal. Damn, aku patut try jongket kening aku sekali tadi.

"Kan ni POV kau. Kitorang tak nak lah curi spotlight kau! " Zedi membalas.

Urghh. Aku paling malas nak bercakap.

"Tak apa. Aku tak kesah. " aku harap sangat diorang yang cakap. Bukan aku.

"Amboi. Senang betul kau buat duit. Gaji kita ni sama je tau! Tapi kau sikit je cakap. Amboi amboi! " Qari mengutuk.

"Pemalas! " Aisy mengejekku.

Aku rasa macam nak jual je organ diorang ni. Tapi berapa gaji kitorang ehh.

"Talk Syaz! "

Aku tercengang manakala yang lain bersorak gembira. Ini author memang.

"Fine! Kitorang ada permintaan! " ujar Syaz mendatar.

"What? " sekali lagi author menjongketkan keningnya.

Aku melihat author. Aku cuba menjongketkan keningku tanpa sebab. Ya, kekadang aku pun boleh bertukar jadi orang yang pendek akal. Macam Zedi. Ehh terkutuk pula.

Author memandangku pelik, " Kau pahal tetiba jongket kening? "

"Uh-huh! Kitorang ada permintaan. Kitorang kalau boleh tak nak lah lama sangat scene kat Gold High. Kalau author nak pindahkan kitorang ke Diamond High pun tak apa. " aku terus menarik nafas lega.

Author memandang kami semua, " Siapa author sekarang ni? "

"Err. Authorlah authornya. " Zedi menuding jari ke author.

"So suka hati aku lah nak buat macam mana! " author mempamerkan senyuman jahatnya.

Dasar! Kami semua merungut.

"Yelah yelah! Aku cuba nanti. " author memberi kata putus.

Kami bersorak gembira.

"SAYANG AUTHOR!! MUAH! MUAH! " kami mendekati author.

Author cuak, " Woy! Jauhkan diri korang dari aku! Arghh! Jangan cium aku tak guna!! "

"Dengan ini, berakhirlah sesi perkenalan ZIQHAS. Bye semua!! " aku pun terus menutup kamera dan lari ke arah mereka.

END Syaz (P.O.V)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro