Chapter 8
Hara (P.O.V)
Aku melihat Qari yang mengemas bilik nya.
"Kau nak pergi mana? " Aku menyoal. Nak cakap pindah, tak nampak pula baju dengan bagasi dia.
"Saja je kemas- kemas. " Qari tetap mengemas tanpa melihat aku.
Aku mengerutkan dahi. Pelik betul dia ni. Lepas kena buang terus jadi pembersih? Aku tak ada lah nak cakap yang bilik Qari ni kotor, cuma dia punya kemas tu lain macam. Bersih dan terlalu teliti.
"Asal buang semua poster EXO ni? " aku menyoal penuh kehairanan. Qari mengendahkan aku. Kurang ajar Qari! Dia boleh palau aku! Dasar!
Setahu aku, Qari ni peminat tegar kumpulan EXO. Dia seorang saja lah.
Zedi minat TWICE, Izla dengan Syaz minat BTS, aku dengan Aisy pula minat BLACKPINK tapi aku dengan Aisy tak adalah minat sangat.
Tak macam Zedi, Izla dengan Syaz. Zedi tu setiap hari dengar lagu TWICE. Same like Izla and Syaz.
Okay, itu tak penting sekarang ni. Yang paling penting sekarang ni, kenapa Qari ni betul- betul bersihkan bilik dia. Bersih teramat. Semua barang perhiasan bilik, dia masukkan dalam plastik hitam. Yang tinggal cuma katil, meja belajar, almari, langsir dan buku- buku belajar dia.
Ehh, cakap pasal almari! Aku terus pergi ke almari dia lalu aku pun buka almarinya. Penuh dengan pakaian dia. Fuh! Nasib baik. Aku ingatkan dia nak pindah sebab marah dengan Teacher Irene. Baru je nak panggil Zedi dengan Izla supaya luku kepala dia.
"Kau asal? " Qari berhenti mengemas biliknya.
"Johor? " aku pelik. Aik! Lepas kena buang, jadi pembersih teramat. Takkan lepastu terus jadi pelupa. Teruk betul kesan kena buang ni.
Qari memandangku tajam. Apa salah aku? Aku jawab betul kot!
"Kau asal buka almari aku? " Qari menyoal sekali lagi dengan riak muka seperti memberi amaran 'kau jawab macam tu lagi siap kau! '.
"Oohh. Lain kali soal lah penuh! " aku menyalahkan Qari.
Qari menjeling aku lalu dia pun meneruskan kerjanya. Aku tersengih.
Aku menutup almarinya, "Tak adalah. Aku ingatkan kau nak pindah. "
Pergerakan Qari terhenti. Aku memandangnya pelik. Kenapa pula berhenti mengemas?
"Asal pula kau cakap macam tu? " Qari menyoalku tanpa melihat ku.
"Yelah. Mana tahu kau nak protes sebab teacher buang kita. " aku jawab bersahaja. Qari terus melihatku dengan pantas.
"What? " aku hairan melihatnya.
"N--nothing. " Qari terus menyambung tugas mengemas biliknya.
Aku hanya membiarkan. Serius, aku tak paham. Kenapa dia kosongkan bilik dia?
"Hara. " Qari memandangku. Aku membalas pandangannya.
"Aku sayang kau tau. " Qari tersenyum.
Aku terkedu. Kenapa dia cakap macam tu? Maksud aku, selama ini aku okay je kalau dia nak cakap macam tu. Tapi sekarang, aku rasa tak sedap hati dan aku rasa macam ini kali terakhir aku dengar dia cakap macam itu dekat aku. What is this feeling?
"Kalau kau tak ada kerja, better kau tolong aku angkat plastik hitam ni. Buang dekat belakang banglo. " ajak Qari secara tiba- tiba.
Ssup!
"Bye! " aku menjerit meninggalkan bilik Qari. Di dalam bilik, Qari terkebil- kebil dengan kelajuan sahabatnya yang tak berguna itu.
"Dasar pemalas tahap gaban! " Qari mengutukku.
------
Zedi (P.O.V)
Aku menonton Naruto Shippuden sambil makan coklat cadburry. Syaz datang lalu dia pun duduk di sebelahku.
"Paling tenang dalam dunia. " Syaz menegurku.
Aku memandangnya, "Apa? "
"Bukan main kau ehh. " Syaz menjongketkan keningnya. Aku melihat Syaz dengan senyuman hambar. Aku agak kecewa kerana dia jongket kening tak sesuai dengan situasi. Penat je aku ajar semalam waktu yang sesuai untuk jongket kening.
"Hah? " aku tak paham.
"Ek eleh! Hah hah pula dia ni. " Syaz masih lagi nak main- main dengan aku.
Geram aku dibuatnya.
"Aku lempang juga kau ni! " aku memberi pandangan membunuh.
Syaz ketawa lepas. Qari datang menegur, "Amboi amboi. Apa yang seronok sangat tu? "
Aku dan Syaz melihatnya. Qari duduk di sofa hadapan kami.
"Tak ada lah. Aku saja usik Zedi. " Syaz menjawab.
"Diam lah kau! Dah lah tadi heret aku depan semua orang. Anda ingat seorang Zedi tidak punya kemaluan? " aku menyambung makan cadburry milikku yang sudah tinggal sedikit sehingga habis.
Syaz dan Qari memandangku perlahan- lahan.
"Actually it's malu. Bukan kemaluan. " Syaz menegur.
Aku memandangnya, "Kemaluan? Apa tu? "
Syaz terkedu mendengar soalan maut dari ku. Aku sebenarnya tahu kemaluan itu apa. Cuma nak tengok apa yang Syaz akan jawab nanti. Hahaha!
"Urmm. Kemaluan tu-- "
"Yang ehem ehem tu ehh? " aku semakin galak mengusik. Syaz memerah mukanya mendengar kata- kataku manakala Qari menepuk dahinya.
Aku ketawa terbahak- bahak.
"Tak guna kau, Zedi! Dah tahu boleh pula tanya! " Syaz seperti ingin mencekikku.
"Kau yang bodoh nak jawab. " Qari membelaku. Aku sudah bersorak manakala Syaz pula sudah mencarut.
"Okay, back to my question, apa yang seronok sangat sampai Syaz ni boleh ketawa macam orang tak betul? " Qari menyoal sekali lagi namun pakej soalan kali ini agak panjang dan sempat dia mengutuk Syaz. Dasar ini anak!
Syaz menjeling Qari, "Curse you! "
"Entah Syaz. Dia tiba- tiba je ketawa. " aku menjawab.
"Tak adalah. Ze ni pembaris sangat hari ni. Lepas kena buang terus lurus ehh. " Syaz mengusikku. Kenapa aku lurus sangat? Apa yang aku tak paham?
"Kau pula makin suka kenakan orang. " aku membalas. Ya betul! Semenjak dua tiga empat menjak ni, Syaz dah pandai bergurau. Sebelum ini, kalau orang ajak bergurau, dia balas dengan tumbukan yang padu dekat bahu. Dia punya padu tu lain macem. Kalah Sakura dengan Yaya.
"Kenapa Ze boleh pembaris pula? " Qari menyoal lagi.
"Sebab dia tak paham aku cakap apa. " Syaz memeluk bantal sofa.
"Kau cakap apa? " Qari mengambil secawan teh strawberi milikku. Aku hanya membiarkan.
Great! Aku dipalau. What a beautiful day.
"Aku cakap dia tu paling tenang dalam dunia sebab dia relax je tengok Naruto lepas kena buang dengan teacher Irene. "
"Abistu, kau nak aku buat apa? Meroyan? Pindah sekolah? " aku menyoal sinis. Ingat titew ni budak- budak ke? Titew ni hati kental lah. Setakat kena buang, dah kena selalu. Ehh, tak adalah. Aku gurau je. Siapa je yang nak buang gadis idaman Asia ni. Ehek!
Qari tersedak kuat. Kalut aku dengan Syaz dibuatnya.
"Kau ni kenapa? " Syaz memandang risau terhadap Qari.
Qari mengangkat tangan kanannya separas dada sambil menggeleng. Itu menandakan dia okay. Tapi kitorang tahu yang dia tak okay.
"Are you sure? " aku pula menyoalnya.
"Kalau tak okay, kita pergi klinik. " Syaz pula menunjukkan sifat keibuannya.
Qari menggeleng lalu dia pun tersengih.
Aku mendekatkan diri ke Syaz lalu aku pun bisik terhadapnya, "aku rasa Qari ni ada masalah mentallah. "
"Kan. Asal ehh? " Syaz pun terikut berbisik.
"Mungkin kesan kena buang. "
Qari memandang bantal sofa. Kami berdua mengelak.
"Aku dengar apa yang korang cakap bahalol! " Qari mencarut dengan muka geramnya.
"Dah kau yang tiba- tiba sengih. Kitorang ingat kau ni gila! " Syaz membalas.
"Tak adalah. Aku sengih sebab. " Qari menghentikan percakapannya.
"Sebab? " aku dan Syaz menyoal serentak. Qari tersenyum sumbing. Ahh shit! That smile. I already know! Nak perdajal orang lah tu.
"Sayang juga korang dekat aku kan? " Qari ketawa terbahak- bahak. Aku dah Syaz mematung. Tak tak! Kitorang dah macam robot habis bateri. Tak ada tindak balas.
Tindak balas kitorang dengan ayat Qari tadi negatif. Nak muntah eden dengan ayat Qari tu.
"Korang. " Qari memanggil kami selepas dia berhenti ketawa.
"What/ Apa? " kami berdua bertanya dengan bahasa berlainan tetapi pada masa yang sama.
"Kalau aku tak ada nanti, korang jangan rindu aku tau. And I love both of you very much! " Qari tersenyum.
Aku dan Syaz terkedu mendengar ayatnya. Qari? Dia nak pergi mana?
Keadaan menjadi janggal. Tiada sesiapa bersuara. Syaz mahupun Qari. Aku apatah lagi.
Aku terus berdehem, " kau nak pergi mana? Nak mati ke? " aku cuba bergurau namun yang aku dapat hanyalah cubitan bisa dari Syaz. Aku mengaduh. Qari tersenyum hambar.
"Aku nak naik atas dulu. Nak mandi. " Qari terus pergi tanpa menunggu balasan dari kami berdua.
"Kenapa dengan Qari tu? " Syaz menyoalku.
"I don't know. "
Qari, what's wrong with you?
"Kau rasa tak apa yang aku rasa? " Syaz menyoalku sekali lagi. Aku mematikan siaran televisyen lalu aku pun memandangnya.
"Tak sedap hati. " mendatar sahaja suaraku.
"Yeah! I hope nothing bad gonna happen lah. " Syaz mengeluh lalu dia pun bersandar.
"Me too. "
Angin bertiup, burung- burung berkicauan dan ombak memukul pantai. Okay gurau je. Kitorang punya banglo bukan dekat tepi pantai ye. Banglo kitorang di dalam Taman Floria's. Taman yang dipenuhi dengan banglo- banglo mewah sahaja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro