Chapter 63
Miranda berdiri di hadapan sekali. Naim di sebelah hanya menunduk, menangis tanpa henti. Miranda tetap berdiri tegak, dia perlu kuat. Dia tak boleh tunjuk sisi lemah dia depan keluarganya.
Kubur adiknya, Zedi dipandang tanpa perasaan. Miranda ingin menangis, menjerit. Tetapi dia tetap gagahkan hatinya.
"Kakak, mesti mummy daddy kecewa dengan kita, kan? Diorang amanahkan kita untuk jaga adik tapi-- "
Miranda terus menarik Naim ke dalam pelukannya. Naim terus menangis dengan kuat. Dia tak boleh terima semua ni. Dia nak adik dia semula. Tolonglah...
Miranda hanya menutup matanya, ingin menghalang air matanya keluar.
Ahli ZIQHAS yang tersisa iaitu Izla, Hara, Qari dan Aisy masih menangis. Mereka dipeluk ahli keluarga masing- masing. Walaupun mereka masih tidak sepenuhnya pulih, mereka tetap berkeras nak datang. Syaz pula masih lagi koma.
Grandpa pula hanya mendiamkan diri. Dia duduk bersila di hadapan kubur Zedi. Kubur cucunya diusap lembut, "Aurora, Marcello. Maafkan papa Ezra sebab gagal lindungi anak korang, "
Grandpa memandang sebelah kubur Zedi. Ada satu lagi kubur iaitu kubur cucu lelakinya, Danny. Kubur Daeho pula ditanam jauh dari kubur mereka berdua atas permintaan Naim. Naim tak nak kubur pembunuh adiknya berdekatan dengan kubur adiknya.
"Aku hilang dua cucu aku pada hari yang sama, " grandpa bersuara lemah.
Grandpa memandang langit, "Alisa... Kenapa kau tinggalkan aku? Aku perlukan kau... Aku perlukan kau sekarang ni... "
Grandpa menangis apabila dia teringat akan arwah isterinya yang sudah meninggalkannya beberapa tahun lepas. Dia tak kuat. Dia perlukan isteri dia sekarang. Hanya isteri dia yang boleh kuatkan semangatnya sekarang.
Grandpa mula terbatuk- batuk. Helmi terus mendapatkan tuannya. Merida pula sudah menepuk belakang badan grandpa dengan perlahan.
"Tuan, tuan kena balik sekarang. Tuan perlukan rehat, " Helmi memujuk grandpa dengan lembut.
"Aku nak tunggu sini. Cucu- cucu aku perlukan aku. Macam mana kalau mereka kena soal nanti? Mereka pasti sunyi kalau korang balik. Aku yang akan teman mereka berdua sampai aku mati! " grandpa berkeras. Dia tidak mahu meninggalkan kawasan perkuburan itu.
Tetamu yang lain sayu melihat grandpa. Mereka tahu yang grandpa masih tak menerima takdir. Tapi apa yang mereka semua boleh buat? Mereka semua hanyalah hamba Allah. Mereka hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk si mati.
"Papa, papa kena balik, rehat. Kalau papa duduk sini, nanti papa sakit, " Merida memujuk grandpa dengan lembut.
"Aku tak nak balik lah! Korang semua ni tak paham bahasa ke! Cucu- cucu aku mati! Lepastu korang halau aku dari kubur diorang! " Grandpa menjerit.
Merida dan Helmi mula risau. Risau akan kesihatan grandpa. Dan risau dengan grandpa yang menjerit- jerit, tidak menghormati kawasan perkuburan. Sejak Zedi meninggal, keadaan grandpa dah menjadi semakin teruk. Kesihatannya merosot. Dan pasti semua orang risau akan hal itu.
Miranda tersenyum tawar lalu dia pun meleraikan pelukannya dengan Naim. Miranda terus melutut di belakang grandpa lalu bahu grandpa dipegang, "Grandpa kena balik. Kalau grandpa tak balik, grandpa sakit. Mesti adik dengan Danny akan sedih. Mesti diorang akan pikir yang diorang menyusahkan grandpa, "
Grandpa terdiam mendengar. Dia terus memandang Miranda di belakang, "Diorang risau? "
Miranda tersenyum tawar lalu dia mengangguk, "Grandpa balik dulu, ye? Miranda akan duduk sini dan teman diorang. Diorang takkan sunyi lagi, "
"Kalau itu yang kamu cakap, grandpa akan balik. Nanti adik dengan Danny sedih. Kesian diorang, " grandpa terus bangun. Kalut Helmi dan Merida menolong. Mereka terus iring grandpa ke kereta diikuti Bunny dari belakang.
Miranda tersenyum lalu dia pun kembali berdiri. Miranda membetulkan selendangnya. Miranda terus memandang kesemua tetamu yang datang untuk menguruskan pengebumian adik dan saudaranya.
"Terima kasih semua kerana sudi datang ke majlis pengebumian adik saya dan saudara saya. Majlis sudah selesai jadi saya berharap semuanya beri kerjasama untuk pulang. Saya doakan semuanya pulang dengan selamat dan berhati- hatilah memandu, " Miranda menunduk hormat.
Kesemua tetamu juga menunduk hormat. Sebelum balik, mereka sempat mengucapkan takziah kepada ahli keluarga. Kini, hanya tinggal ahli keluarga dan keluarga ZIQHAS saja.
Miranda memandang kawan- kawan adik perempuannya, "Irizla, Hizlara, Araisya dan Qayrina... Baliklah ke hospital semula. Pergi berehat. Kalau awak semua dah pulih sepenuhnya, awak boleh datang semula ke kubur Zedi dan Danny, "
Hara bergerak ke arah Miranda, "Maafkan saya-- "
Miranda terus memegang kedua bahu Hara, "Hizlara, semua yang berlaku bukan salah awak. Kami yang patut minta maaf kerana libatkan awak sekawan dalam masalah keluarga kami, "
Hara hanya mendiamkan diri. Miranda memandangnya lalu dia pun tersenyum tawar. Miranda memandang ke belakang di mana ahli keluarganya dan anak buahnya berada. Dia memberi isyarat kepada mereka untuk mendekatinya.
Irene menarik Naim dan Lutfi, mendekati Miranda. Dia tahu yang Naim termenung dan Lutfi masih kekok dengan keluarga kandungnya.
Miranda memandang ahli keluarga ZIQHAS lalu dia pun menunduk hormat 90°, "Saya wakil keluarga Lions dan Alessio ingin memohon maaf atas apa yang terjadi sebelum ini. Saya tahu semua ni berat untuk keluarga tuan dan puan terima. Tapi, percayalah bahawa kami semua takkan biarkan peristiwa macam ni berulang lagi. Kami semua akan tetap melindungi keluarga tuan dan puan walaupun adik saya dah meninggal, "
Ahli keluarga Lions dan Alessio menunduk, mengikuti Miranda. Mereka tahu, bukan senang untuk keluarga- keluarga tu terima tentang apa yang terjadi dekat anak- anak mereka. Dan mereka takkan terkejut jika keluarga- keluarga itu takkan memaafkan mereka. Mereka semua dah bersedia untuk menerima segala makian daripada keluarga- keluarga itu.
"Tiada siapa yang minta semua ni berlaku. Kita semua ni hanyalah hamba-Nya. Siapa kita untuk persoalkan takdir, " Puan Dahlia bersuara lembut.
Miranda terkedu mendengar. Ya, dia lupa. Dia lupa yang dia hanyalah hamba. Dia tak layak nak persoalkan semua yang berlaku.
Setelah beberapa minit, keluarga- keluarga itu pun pulang. Malik sempat memandang kubur Zedi buat kali terakhir sebelum dia ikut keluarganya pergi. Kini, yang tinggal di kubur hanyalah Miranda, Naim, Irene, Lutfi, Eric dan juga Derick.
"Zedi... " Lutfi memegang kubur Zedi.
"I'm sorry. I know that you are my cousin but I still fell in love with you. Disgusting, isn't it? " Lutfi menangis tanpa dia sedar.
Miranda memegang tangan Lutfi, "Who said that? "
Lutfi memandang kakaknya. Dia hanya mendiamkan diri.
Miranda tersenyum, "It's not disgusting. You fell in love and you tried to forget about her because you knew that it's impossible to have her. You tried your best. Don't say that it's disgusting, "
Lutfi menunduk.
Miranda tersenyum kelat, "Lutfi balik dulu dengan Derick. Rehat secukupnya. Minggu ni tak payah pergi sekolah. Kakak akan settlekan surat cuti dengan sekolah, "
Lutfi mengangguk lalu dia pun bangun.
"Derick, bawa Naim sekali. Pimpin dia, dia masih tak okay. Takut nanti dia boleh pengsan masa berjalan, " Miranda mengarahkan orangnya. Walaupun dia kehilangan adik perempuannya, dia masih ada lagi 2 adik lelaki yang perlukannya. Dia kena kuat demi diorang.
Derick mengangguk lalu dia pun berjalan ke arah Naim, "Mari master-- "
Naim berjalan ke kubur Zedi, mengendahkan Derick. Naim melutut di depan kubur adiknya. Dia terus mengusap kubur adiknya dengan lembut.
"Adik... happy birthday... " Naim bersuara lemah.
Miranda terdiam. Ya, dia hampir terlupa. Harini, hari dimana adik dia dah melonjak ke usia 17 tahun.
Miranda terus memandang Derick, memberi isyarat untuk membawa adik- adiknya pulang. Derick mengangguk lalu dia terus menuju ke Naim.
"Master Naim, mari kita balik, " Derick memegang tangan Naim. Naim mengangguk lalu dia pun bangun.
Mereka bertiga pun berjalan menuju ke kereta, ingin pulang. Sekarang ni, tinggal lah Miranda, Irene dan Eric.
Miranda mengusap kubur Zedi. Tanpa dia sedar, dia sudah menitiskan air matanya. Irene juga melutut di hadapan kubur Danny. Eric hanya berdiri di belakang bosnya dengan kukuh.
"We failed as sister, aren't we? "
Irene terus memandang Miranda di sebelahnya. Dia tidak mampu nak bersuara. Tapi yang pasti, apa yang Miranda katakan itu benar. Mereka gagal sebagai seorang kakak. Mereka gagal melindungi adik mereka. Mereka gagal memberi adik mereka kehidupan yang aman.
"What's the point of winning the war if I lose my only sister? " Miranda bersuara lemah. Ya, apa yang dia dapat lepas menang peperangan ni?
Irene hanya mendiamkan diri. Dia takut kalau dia buka mulut, dia pun akan menangis. Dia kena kuat.
Miranda memandang kubur adiknya, Zedi. Dia baru je berumur 17 tahun. Lihatlah betapa kejamnya dunia sekarang ni.
******
5 bulan kemudian...
Aisy menunduk 90° di depan mereka semua. Kini, kesemua pekerja dan adik- beradik tirinya berada di depannya. Puan Dahlia dan Encik Haikal pula berdiri di sebelahnya, memberi sokongan.
"Aisy nak minta maaf dekat semua orang. Aisy tahu, Aisy melampau. Aisy tak hormatkan sesiapa dalam rumah. Aisy selalu salahkan orang lain. Aisy dah sedar kesilapan Aisy. Sebab tulah, Aisy nak minta maaf, " Aisy bersuara penuh lembut.
Mereka semua hanya mendiamkan diri. Aisy tetap menunduk, dia tak mahu menaikkan kepalanya. Dia dah tahu yang diorang takkan senang- senang maafkan dia. Jadi--
"YEAYY! AKHIRNYA! "
Aisy terkedu lalu dia pun menaikkan kepalanya. Dia melihat adik- beradik tirinya bersorak gembira. Pekerja- pekerja pula menepuk kegembiraan.
"Huh? Kenapa diorang-- "
Puan Dahlia memeluk Aisy dari belakang, "They've been waiting for this, sayangku Aisy. They know that one day, you'll open up to them, "
Aisy terdiam. Diorang dah lama tunggu dia? Diorang yakin yang dia akan terima diorang?
Aisy terus menangis. Dia tak sangka yang diorang semua masih letak harapan yang positif setelah bertahun- tahun dia layan diorang dengan teruk.
Aisy tak berhenti meminta maaf. Adik perempuan Aisy terus berlari memeluk Aisy. Begitu juga dengan kedua abangnya. Aisy membalas pelukan adik- beradik tirinya-- tak... Adik beradiknya.
Pekerja- pekerja mula mengelilingi empat beradik itu. Mereka semua menjerit gembira, mereka tahu bahawa rumah ini akan mulakan hidup baru. Hidup di mana kebahagiaan yang menanti.
Puan Dahlia dan Encik Haikal hanya memerhati dari tepi. Mereka tersenyum bahagia lalu mereka pun berpelukan. Akhirnya masalah yang mereka selalu pikirkan dah selesai. Bolehlah mereka sekeluarga hidup dengan tenang.
******
Izla terkejut beruk. Dia memandang mama dan papanya silih ganti. Kakinya disilangkan. Biar betul apa yang dia dengar tadi? Ke dia yang pekak. Kalau betullah apa yang dia dengar tadi, boleh pengsan dia. Nak join Syaz lah.
Izla mengambil remote televisyen lalu dia pun terus memperlahankan bunyi televisyen itu.
"I'm sorry Madam Yana. As you know or you actually don't know about it, nobody is perfect. So your beautiful daughter is kinda deaf just now. Can you repeat it once again? " Izla memandang mamanya, Puan Yana.
Puan Yana ketawa kecil manakala Encik Firdaus hanya mampu tersenyum bahagia.
Izla hairan lalu kakinya digoyang- goyangkan. Apahal pula dua orang tua ni? Kita suruh dia ulang apa yang dia cakap tapi dia boleh nak bersawit depan kita pula. Eeee menci!
Puan Yana dan Encik Firdaus berpegangan tangan. Puan Yana memandang anaknya itu, "I said, I'm pregnant, "
Izla menganggukkan kepalanya. Dia memandang sekeliling rumahnya. Oh pregnant je. Ingatkan apalah tadi-- eh what?
Izla terus memandang kedua mama papanya semula dengan riak yang tidak percaya, "YOU PREGNANT?! "
Puan Yana mengangguk. Mukanya tak lekang degan senyuman bahagia.
"BUT-- BUT YOU-- "
"Izla sayang... Walaupun kamu akan ada adik, mama dengan papa takkan neglect kamu. Jadi jangan risau, " Encik Firdaus bersuara lembut. Risau betul anak daranya bila dapat tahu isterinya mengandung lagi.
Puan Yana ketawa kecil, "Betul tu. Mama dengan papa takkan neglect kamu-- "
"THAT'S NOT THE ISSUES RIGHT NOW! " Izla menjerit.
Puan Yana dan Encik Firdaus berpandangan. Habistu, apa isu yang buatkan anak mereka tu risau sangat? Ingatkan takut di abaikan...
"Mama, aren't you too old to get pregnant? " Izla menyoal dengan riak serius.
Puan Yana tercengang manakala Encik Firdaus sudah ketawa besar.
Puan Yana terus bangun, "You! Anak derhaka! "
Melihat mamanya yang semakin dekat, Izla terus berlari. Mestilah dia kena selamatkan diri. Tapi kenapa mama dia nak marah? Betul lah apa yang dia kata. Mama dia dah masuk umur 40-an dah pun. Agak mengejutkan ye tiba- tiba mengandung.
Maka, berlari lah anak beranak itu. Si ibu mahu memukul, si anak pula mahu lari daripada dipukul.
******
Hara turun ke ruang tamu apabila pembantu rumahnya berkata bahawa seseorang datang untuk bertemu dengannya. Hara terkedu melihat tetamu itu.
Khai...
Tanpa banyak kata, Hara terus berpatah balik. Baru saja dia nak melangkah ke tangga,
"Hara... "
Hara berhenti berjalan. Dia langsung tidak mahu memandang Khai. Dia benci! Berani betul lelaki ni tunjuk muka dia dekat sini?!
"Baliklah Khai, " Hara bersuara tanpa nada.
"Hara, tolonglah bagi saya peluang. Saya tahu saya salah tapi saya betul- betul cintakan awak, Hara. Tolonglah bagi saya peluang kedua-- "
"Second chance is exist, " Hara memotong percakapan Khai.
Khai terkedu mendengarnya. Dia melangkah setapak ke Hara dengan penuh harapan. "Does that mean, you forgive me? "
Hara ketawa sinis lalu dia berpusing menghadap Khai, "But you don't deserve it, "
Khai terkaku. What...
"Baliklah, aku dah tak nak tengok muka kau, " Hara bersuara menyampah tanpa memandang muka Khai langsung.
Khai ingin menyentuh tangan Hara namun Hara segera menepis dengan kasar.
"BAIK KAU BALIK SEKARANG SEBELUM AKU CALL SECURITY, HERET KAU KELUAR! " Hara menjerit dengan lantang.
Khai terdiam. Dia tak sangka, Hara sanggup menengkingnya. Nampaknya, Hara betul- betul dah benci dia.
Khai menundukkan kepalanya, "I'll go. But before that, I want you to know that I love you so much, "
Hara hanya mengabaikannya. Khai terus bergerak keluar dari rumah itu dengan perlahan. Hilang je kelibat Khai, Hara terus menaiki tangga. Sebelum menaiki tangga, Hara ternampak Malik di tingkat 2. Malik tersenyum bangga terhadapnya. Bangga dengan keberanian adiknya.
Hara tersenyum tawar. Betullah kata kembarnya itu. Khai langsung tak layak untuk dia. Ya, memang dia tak sempurna. Tapi dia tak patut dipermainkan sebegitu dengan lelaki yang tak pandai nak hargai dia. Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang lagi cintakan dia. Bukannya bila dia putus dengan Khai, lelaki semua auto pupus.
******
Qari tersenyum bangga melihat trofi terbarunya. Takdelah baru sangat... 4 bulan lepas dia dapat. Cuma macam paling latest lah.
Dia terus menggilap nama pertandingan di trofi itu.
'The Fabulous Voice 2020'
Ya, pertandingan itu dah berakhir 4 bulan lepas. Memang Zedi mendaftar mereka sebagai kumpulan tapi hanya dia saja yang naik ke atas pentas. Yang lain tidak mahu menyertai.
Rezeki luas, dia pun menang dalam pertandingan tu dengan undian dan markah paling banyak. Dia dinobatkan sebagai "Fabulous Queen" di Diamond High. Posternya bersepah dekat seluruh dinding sekolah. Naik meluat pun ada bila pergi mana- mana je, mesti ada muka dia tertampal dekat dinding.
Ni kalau Zedi ada lagi, mesti habis semua poster dia kena conteng. Bukan boleh buat main minah tu. Dia paling pantang bila orang lain lebih daripada dia. HAHAHA!
Qari menggilap nama itu sehingga berkilat kembali. Sejujurnya, dia lagi suka kalau trofi tu dia menangi bersama mereka. Dia lagi suka kalau dia bertanding dalam kumpulan bersama mereka. Namun, itu hanyalah mimpi.
Zedi dah takde. Syaz pula masih lagi koma... Inilah padahnya jadi tertua dalam kumpulan. Eh jap. Dia ketiga tertua. Maksudnya, lepasni turn dia pula ke?
Qari terkejut lalu terkentut.
******
7 bulan berlalu dengan pantas...
Mereka berempat menjerit kegembiraan. Mereka berdiri dengan bangganya. Bunga dan sijil ditangan mereka diangkat tinggi, kalau boleh nak tunjuk satu dunia yang mereka dah berjaya di peringkat pertama.
Ibu bapa mereka tersenyum bahagia memandang mereka. Bangga dengan anak- anak? Itu sudah semestinya.
Merekalah Izla, Hara, Qari dan Aisy.
Ya, the remaining ZIQHAS members. Mereka dah kehilangan seseorang daripada mereka buat selama- lamanya. Dan lagi sorang pula masih lagi tiada sebarang berita gembira.
Mereka berempat bangga dengan pencapaian mereka. Mereka juga sedih untuk berpisah. Banyak yang mereka lalui tahun ni. Banyak yang perit. Namun, mereka dapat atasi semuanya bersama.
Malik pula dari jauh memerhati mereka semua bersama Khai di sisi. Memanglah Khai ada masalah dengan kembar dia. Tapi... adakah itu alasan yang kukuh untuk dia musnahkan persahabatan dia dengan Khai yang baru je mula tahun lepas?
"Jadi... betul ke apa yang aku dengar? Kau nak buka kedai kek? " Khai memandang Malik.
Malik mengangguk, "Our last conversation is about cake, "
Khai terdiam mendengar. So dia buka kedai kek sebab Zedi?
"Why not buka kedai pasal percintaan? Bukan ke kau confess tapi kena reject? " Khai menyoal naif.
"Kau nak aku start business cupid ke sial? " Malik mengetuk kepala Khai menggunakan sijilnya yang sudah digulung.
"Boleh lah juga. Aku nak jadi first customer kau. Tolong jadi cupid untuk aku dengan adik kau, " Khai bersuara selamba. Nampaknya, dia masih tak mengalah.
Malik terus menunjukkan jari tengahnya. Khai terus membuat muka masamnya, heh kedekut!
"So... any idea? Nak target apa pula lepas ni? " Hara memandang ketiga kawannya.
"Aku terfikir nak sambung jadi penyanyi tapi entahlah... " Qari bersuara. Dia sendiri tak tahu, pening nak pikir.
"Maybe menganggur selamanya? " Izla selamba berkata.
Mereka yang lain ketawa mendengarnya.
Izla keliru, "Apa? "
"Kau menganggur? Apa jadi dengan cita- cita kau nak jadi cikgu tadika tu? " Hara menyoal.
Izla mendengus, "Oh come on lah! Time tu aku tak matang okay. Aku pikir jadi cikgu tadika tu kerja paling senang. Rupanya, budak- budaklah paling menyusahkan-- OW OW SAKITLAH MAMA! "
Puan Yana memiat telinga Izla, "Berani kamu cakap menyusahkan? Habistu nak cakap yang adik kamu tu nanti menyusahkan ke? "
Puan Yana dengan perutnya yang membulat itu kelihatan comel. Tapi comelnya hilang bila dia piat telinga Izla macam nak terputus.
Izla pula menjerit kesakitan, "Orang tak cakap pun anak baru dia tu menyusahkan. Budak tu pun tak keluar lagi-- OW OW OKAY OKAY SORRY SORRY! MAMAAAA! "
Puan Yana terus melepaskan telinga anaknya itu, "Haa tahu pun. Hmm malas nak layan, merajuk! " Puan Yana terus berjalan pergi.
Encik Firdaus hanya tersengih lalu dia pun mengucapkan selamat tinggal dengan ibu bapa kepada kawan- kawan anaknya. Dia terus mengejar isterinya yang merajuk itu.
Izla mengusap telinganya yang merah itu, "Heleh hati tisulah makcik bunting tu! Tadi kemain atas pentas sweet- sweet bagi bunga ni, " pelik betul dia dengan mamanya. Lepas mengandung, terus moody je memanjang.
Mereka yang lain hanya ketawa je melihat telatah Izla dengan mamanya. Apa yang mereka perasan, hubungan Izla dan mamanya dah berubah. No more manja- manja. Tapi lebih kepada brutal, sakatnya kemain kasar. Tapi diorang tahu, Izla dan mamanya sangat sayang menyayangi. Kalau takde sorang depan mata, yang lagi satu tu mula gelabah tak tentu pasal.
"Aku nak undur diri, "
Izla, Hara dan Qari memandang Aisy yang tiba- tiba bersuara itu. Bukan mereka bertiga je. Malah ahli keluarga mereka juga memandangnya.
"Apa maksud kau Aisy? " Qari menyoal hairan.
Aisy tersenyum, "Aku dah banyak luangkan masa dengan korang selama ni. Jadi, nilah masanya untuk aku fokus dengan keluarga aku. Aku nak hargai diorang semua, " Aisy memandang ahli keluarganya di sisi.
Puan Dahlia dah menangis. Encik Haikal dan dua anak bujangnya tersenyum bangga. Anak bongsu mereka pula dah menjerit gembira mendengar apa yang kakaknya katakan.
Aisy memandang ketiga kawannya kembali, "Guys, thank you for everything, " Aisy menunduk hormat kepada mereka.
Aisy terus berjalan ke arah keluarganya, mengajak mereka untuk kembali ke rumah. Baru je Aisy langkah beberapa tapak, dia pusing memandang kawan- kawannya kembali.
"Don't give up, she'll wake up soon. She'll never leave us just like how Zedi did, " Aisy bersuara yakin.
Izla, Hara dan Qari terkedu mendengarnya namun mereka terus tersenyum. Ya, mereka percaya yang dia akan bangun. Dia takkan tinggalkan mereka seperti mana Zedi tinggalkan mereka.
Jadi Syaz, tolonglah bangun... Dah dekat setahun kau koma. Tolonglah bangun. Jangan lah seksa jiwa dan raga kawan- kawanmu yang tinggal 4 ketul ni.
******
Irene merenung Syaz yang terbaring di katil itu. Sudah 4 bulan Syaz dibawa pulang ke rumahnya. Syaz masih tak bangun namun dia dapat kebenaran untuk dibawa pulang dengan syarat, pihak hospital akan membuat pantauan setiap masa.
Irene mengeluh, "Syaz, it's time for you to wake up. Diorang berempat dah graduate dah. Diorang semua dapat naik pentas. Teacher bangga betul bila dapat tahu pasal hal tu. Dan paling penting, diorang tetap tunggu kamu bangun. Bukan diorang je, malah kami semua. Kami semua tunggu kamu, "
Mata Irene sudah berkaca- kaca. Dia tak sanggup melihat anak muridnya sebegini. Kenapa dia tak nak bangun? Apa yang ganggu dia sampaikan dia tak nak bangun?
"Syaz, tolonglah bangun. Cukuplah teacher hilang Zedi dan Danny. Teacher tak nak hilang kamu juga. Kalau teacher akan hilang kamu juga, teacher tak rasa yang teacher mampu nak hidup lagi, " Irene terus menangis. Dia dah tak kuat. Tolonglah, sesiapa hentikan sistemnya sekarang.
Tiba- tiba Irene teringat akan mama dan adiknya. Irene terus menepuk mukanya dengan kuat, dia kena kuat! Dia masih ada mama dan adik perempuannya. Dia kena kuat demi diorang!
Irene mengambil beg tangannya lalu dia pun bangun, "Syaz, teacher pergi dulu. Nanti teacher datang lagi ye, " dahi Syaz dicium lembut.
"Haa kau tunggu apa lagi? "
Syaz memandang orang di sebelahnya. Kini, dia dan orang itu sedang berehat di padang hijau yang sangat luas. Sangat luas yang boleh dikatakan 'endless'. Dengan bunga- bunga yang warna- warni di sekeliling. Angin yang sepoi- sepoi bahasa. Dia sangat sukakan tempat ini. Tapi dia lagi suka sebab adanya orang itu di tempat ini.
"Apa maksud kau? " Syaz menyoal hairan.
Orang itu ketawa, "Tu, kau tak dengar teacher cakap apa? Dia tak mampu nak hidup lagi. Kau tunggu apa lagi? Bangunlah! Berapa lama lagi diorang semua nak kena tunggu kau celik mata? Kau pikir kau puteri raja? "
Syaz menjongketkan keningnya, "Aku tengah celik lah ni, "
Orang itu ketawa lalu dia pun menghadap Syaz. Kakinya disilangkan, "Syeazmin Hairana, wake up to the reality. Sampai bila kau nak halang aku pergi? "
Syaz semakin hairan, "Zedi, apa kau merepek ni? "
Zedi menangis perlahan, "Syaz, it's been a year. Please let me go, "
Syaz terkedu, "Zedi... "
"Hargai yang masih ada, Syaz. Jangan hilang diorang macam mana kau hilang aku, " Zedi memeluk Syaz dengan erat. Dengan perlahan, Zedi terus menjadi debu, menghilang.
Syaz menangis, "Zedi? ZEDI! "
Irene baru saja ingin membuka pintu,
"Teacher? "
Irene terkedu lalu dia pun memusing ke belakang dengan pantas. Irene berlari ke arah Syaz yang sudah terduduk di atas katilnya.
"SYAZ! " Irene memeluk tubuh badan Syaz dengan erat. Irene terus menangis teresak- esak.
Syaz merasa sakit apabila badannya dipeluk erat namun dia hanya mengabaikan hal itu. Dia membalas pelukan Irene dengan erat. Lama juga mereka berpelukan. Sampai lenguh badan Syaz dibuatnya.
"Diorang dah graduate... " Syaz bersuara perlahan.
Irene memandang Syaz dengan riak tidak percaya, "Kamu dengar apa yang teacher cakap? "
Syaz hanya memandang cadar yang menutupi kakinya itu. Dia tersenyum kelat, "I heard everything. I just don't want to wake up because she's there, "
Irene terdiam mendengar. Dia paham dan dia teramat paham tentang apa yang anak muridnya itu katakan. Patutlah lama Syaz tak nak bangun. Rupanya Zedi ada dengan dia selama ni...
"What did she say? " Irene menyoal perlahan.
Syaz ketawa kecil, "Macam biasa, merepek je 24 jam. Tapi... dia banyak kali suruh saya bangun, celik mata. Dia cakap ramai tengah tunggu saya tapi saya tak paham sehinggalah saya ingat yang dia dah... tak ada, "
Irene menundukkan kepalanya.
Syaz memandang Irene disebelah, "Teacher, jangan bunuh diri, "
Irene terus mendongak memandang Syaz. Dia terkedu melihat Syaz yang sudah menangis.
"Teacher kena hidup. Teacher je yang mampu untuk ingat segala tentang ZIQHAS... dan Zedi... " Syaz menyambung.
Irene terus memeluk Syaz dengan erat sekali lagi.
******
Irene berdiri dengan megah di hadapan bandar yang sibuk itu. Semakin banyak kereta yang canggih meluncur di jalan raya. Dia nampak semuanya dari atas, puncak bukit di hujung bandar itu.
Dah 100 tahun berlalu... Kini, bandar yang dia hidup bersama keluarga dan anak- anak muridnya sebelum ini sudah membangun dengan begitu pesat. Banyak teknologi yang canggih memenuhi bandar itu.
Irene masih lagi kelihatan muda. Yelah, dia kan cyborg, tak pernah tua. Semua orang yang dia kenal, dah tinggalkan dia satu persatu. Kini, hanya dia yang tinggal seorang diri bersama memori- memori yang manis dan pahit. Ya, dia dah berjanji dengan seseorang untuk meneruskan hidupnya.
Irene teringat akan keenam anak muridnya. Dia berasa sedih. Kematian seorang demi seorang anak muridnya berlaku di depan matanya.
Zedi mati dibunuh oleh papanya, Kim Daeho. Dia masih tak boleh lupakan peristiwa pahit itu. Dan dia masih menyalahkan dirinya sehingga sekarang.
2 tahun selepas kematian Zedi, Syaz pula menyusul. Syaz menghidap barah otak. Mereka semua terkejut dengan berita kematian Syaz kerana mereka ingatkan Syaz sudah pulih selepas bangun dari koma. Namun, Syaz terseksa selama 2 tahun selepas dia bangun. Dan tiada siapa yang tahu tentang perkara itu kecuali keluarganya. Itu semua atas permintaan Syaz. Dia tak mahu kami semua risau.
Kemudian, Hara pula meninggal bersalin sewaktu dia berusia 24 tahun. Ya, Hara berkahwin dengan Khai setelah 5 tahun Khai memujuknya tanpa henti. Selepas Hara meninggal bersalin, Khai langsung tidak berniat dan tidak mahu mencari pengganti. Baginya, Hara jelah satu- satunya wanita yang bertakhta dalam hati serta hidupnya. Dia tak perlukan alasan untuk berkahwin baru hanya disebabkan anaknya. Dia boleh menjaga anaknya sendiri dengan bantuan keluarganya dan keluarga isterinya.
Aisy pula meninggal di tahun yang sama dengan Hara. Dia mengalami kemalangan di jalan raya. Bukan dia saja kemalangan malah kedua ibu bapanya dan abang- abangnya. Mereka dalam perjalanan ke majlis garduasi anak bongsu mereka. Namun malang tidak berbau, mereka semua kemalangan, dilanggar oleh lori pasir. Semuanya meninggal di tempat kejadian. Tinggallah adik bongsu Aisy seorang diri.
Izla pula menyusul 2 bulan selepas Aisy meninggal. Dia tertekan dengan kehilangan kawan- kawannya dan kedua ibu bapanya. Nasib keluarganya yang terlalu malang, ibu bapa Izla juga terlibat dalam kemalangan yang menimpa Aisy sekeluarga. Dia menjadi gila dan membuat keputusan untuk membunuh diri. Dia mengambil pil yang berlebihan dan meninggal di dalam biliknya sendiri. Dan tinggallah adik perempuannya yang masih berusia 6 tahun itu seorang diri.
Dan terakhir, tinggal lah Qari. Qari meninggal kerana sakit tua pada usia 66 tahun. Qari mencapai cita- citanya sebagai top singer di dunia. Qari juga mengambil keputusan untuk tidak berkahwin. Dan atas kehilangan keluarga mereka, Qari mengambil keputusan untuk menjaga kedua adik Aisy dan Izla sehinggalah dia mati. Sebelum Qari meninggal, dia sempat meminta Irene untuk menjaga kedua adik Aisy dan Izla. Dan sudah semestinya, Irene turuti permintaan anak muridnya yang terakhir itu.
Irene tersenyum kelat lalu dia pun memandang pemandangan bandar yang indah itu, "The main characters are my students but I'm the only one last standing until the end, "
-The End-
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro