Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 61

Mr. Kim atau dikenali sebagai Daeho,  terdiam mendengar apa yang Zedi katakan. Tak mungkin... Tak mungkin! Tak mungkin budak perempuan yang berdiri depan dia ni anak kepada Aurora!

"You don't believe it? I don't care. As long as you know that all this time, you fell into the trap. How does it feel when you lose? " Zedi memandang Daeho. Nadanya sangat mengejek. Tak elok tho.

Daeho memegang kepalanya. Tak, budak tu tipu. Dia bukan anak Aurora! Lucas lah anak Aurora! Bukan Zedi!

Zedi memandang Daeho. Macam orang gila pun ada. Teringat akan kawan- kawannya, Zedi terus berlari ke arah mereka di belakang. Dia membelakangi Daeho. Biarlah, orang tua tu tengah mental. Tak nak terima kenyataan lah tu.

Zedi terus pergi ke arah Hara dan Izla. Dia cuba membuka ikatan mereka berdua namun gagal. Dia cuba menarik macam- macam cara. Semuanya gagal.

Zedi semakin kalut. Macam mana ni... Zedi cuba untuk bertenang, ingin memikirkan cara yang berkesan.

Daeho dari belakang memandang Zedi dengan penuh marah. Tak mungkin budak tak ada akhlak ni anak kepada Aurora! Daeho terus mengambil sebatang kayu lalu dia pun berjalan ke arah Zedi dalam diam.

"Zedi! "

"ZEDI! "

Zedi tersentak apabila suara kawan- kawannya menjadi semakin kuat. Dia memandang kawan- kawannya dengan riak hairan, "Kenapa-- "

Buk!

Zedi jatuh terduduk. Tanpa sempat Zedi bangun, dia dipukul demgan objek yang keras berkali- kali tanpa henti. Zedi menahan keperitan. Pergh rasa nak mati bhai.

Ahli ZIQHAS yang lain menjerit ketakutan. Ada yang menyuruh Daeho berhenti memukul Zedi. Namun, Daeho hanya mengendahkan mereka semua. Dia dah gila! Dia dah hilang kawalan!

Zedi pula sudah terbatuk- batuk. Badannya dah berlumuran dengan darah miliknya sendiri. Daeho ketawa besar melihat Zedi yang dah lunyai dia kerjakan. Namun dia tak berhenti memukul Zedi. Malah semakin kuat dia pukul.

"Aurora tu gadis elegan yang dihormati! Dia sempurna! Mustahil lah untuk kau jadi anak dia! Budak yang kurang ajar macam kau ni tak layak jadi anak dia! Penipu! Berani kau gunakan nama adik aku untuk selamatkan diri kau dengan kawan- kawan kau! " Daeho menjerit dengan lantang. Pantang bagi dia kalau orang lain sesuka hati guna nama Aurora.

Hara, Qari dan Izla sudah menangis teresak- esak. Aisy pula hanya memejam mata, dia tak boleh lihat Zedi dipukul dengan kejam. Syaz pula hanya terkedu. Dia... dia gagal. Dia gagal lindungi kawan- kawan dia.

Zedi pula sudah mengalah. Dia dapat terbayang wajah keluarganya. Grandpa, abang Naim, Uncle Helmi, kakak Miranda... Dan keluarganya yang dah meninggalkannya 10 tahun lepas.

Zedi menangis dalam diam, 'Maafkan adik sebab degil, '

Nak menyesal dah tak guna. Dia sendiri yang menempah maut, datang ke sini seorang diri tanpa meminta bantuan keluarganya. Dan dia sendiri yang dah rancang semua ni demi keselamatan kawan- kawannya.

Tiba- tiba, Zedi tidak dapat rasa lagi kesakitan dipukul. Zedi mencelikkan matanya sedikit, 'Aku dah mati ke? '

"Awak! "

Zedi terkedu melihat Danny di depan matanya. Danny kelihatan sangat risau.

"Dan-- ny-- "

"Ya, saya dekat sini. Maafkan saya sebab lambat sampai, " Danny mengusap lembut rambut Zedi.

Zedi terus menangis sekali lagi. Dia gembira melihat Danny. Kalau apa- apa jadi dekat dia sekejap lagi, sekurang- kurangnya Danny ada untuk selamatkan kawan- kawan dia.

Danny tersenyum tawar lalu dia mencium rambut Zedi, "Tunggu saya kejap ye, "

Zedi hanya memandangnya tanpa membalas apa- apa. Tekaknya sangat perit.

Danny bangun. Danny memandang Syaz lalu dia pun menghulurkan pisau lipat yang kecil. Takde lah kecil sangat tapi cukuplah untuk diorang berlima lepaskan diri daripada tali ni.

"Danny! " Syaz menjerit lantang apabila Daeho menyerang Danny dari belakang.

Danny terkejut lalu dia pun mengelak dengan pantas. Pisau lipat itu belum sempat diberi kepada Syaz. Namun nasib mereka baik, pisau itu jatuh dihadapan Syaz. Cuma sekarang ni, hidup mereka bergantung dekat Syaz. Sama ada Syaz dapat ambil pisau tu ataupun tak.

Syaz mendecit lalu dia cuba untuk bergerak, ingin mengambil pisau itu. Namun tidak berjaya. Tangannya diikat dengan ketat. Jadi bila dia bergerak, tangannya akan melecet. 

Namun, Syaz tidak patah semangat. Dia kena juga dapatkan kunci tu. Kalau Zedi sanggup korbankan nyawanya sendiri, kenapa dia takut untuk korbankan tangannya? Biarlah tangan dia terputus ke, terpatah ke, terkehel ke... Dia kena dapatkan pisau itu juga walau apa jua yang jadi.

Danny pula berhadapan dengan Daeho, ayah kandungnya sendiri.

"Papa... please stop... They're innocent. You can't do this, " Danny memandang Daeho dengan penuh harapan, berharap bahawa papanya akan berlembut hati.

Kalau papanya melepaskan mereka, mungkin Lions dan Alessio akan cuba memaafkan papanya. Walaupun dia tahu itu mustahil. Papanya dah bunuh dan hancurkan kedua keluarga yang bahagia itu. Mustahil mereka akan memaafkan papanya. Namun, dia mahu cuba. Dia ingin keluarganya bahagia seperti dulu.

"STOP? I WON'T STOP UNTIL I KILL THEIR KIDS! " Daeho menjerit lantang.

Danny menggeleng, "Diorang tak bersalah papa! Apa kata kita lepaskan diorang dan kita jumpa grandpa-- "

"DIAM! JANGAN KAU BERANI PANGGIL ORANG TUA TU GRANDPA! KAU TAK TAHU APA AKU RASA! " Daeho menjerit lantang.

Danny terkedu.

"Kau... aku suruh kau rapat dengan Zedi untuk hancurkan hidup dia. Bukan bahagiakan dia! Tapi kau... Kau berani nak bercinta dengan dia?! KAU BERANI BERCINTA DENGAN SEDARA KAU SENDIRI! " Daeho menjerit.

Danny menangis, "Maafkan Danny, papa. Danny tahu papa kecewa dengan Danny. Tapi Danny tak boleh lepaskan Zedi. Danny cintakan dia, "

Daeho menjadi semakin marah. Anak dia sendiri boleh jatuh cinta dengan anak kepada pasangan yang khianat dia? Dia boleh terima kalau anak dia jatuh cinta dengan ahli ZIQHAS yang lain. Tapi Zedi?! Zedi, anak kepada musuh dia?! Zedi, budak yang dia nak bunuh?!

Bagi Daeho, Zedi tetap anak kepada Meliya dan Leviez. Dia masih tak boleh terima bahawa Zedi itu adalah anak Aurora dan Marcello. Dia tak boleh terima dan dia langsung tak nak terima!

Zedi mengangkat kepalanya sedikit, ingin memandang Danny yang berhadapan dengan Daeho. Zedi terdiam mendengar apa yang Danny katakan. Jadi...hubungan rahsia dia dan Danny selama ni memang dah diketahui oleh Daeho. Cuma Daeho je pura- pura tak tahu.

Zedi teringat hari dimana dia berkenalan dengan Danny pada pertama kalinya...

Zedi membaca komik dengan tenang di dalam perpustakaan Gold Highschool. Dia sempat melirik matanya ke Teacher Irene di sebelahnya.

Amboi... Tidur je tahu.

Tiba- tiba telefon Teacher Irene berbunyi. Zedi sempat memandang.

Bebanku?

Zedi mengerutkan dahinya. Siapa sia? Hebat betul si 'bebanku' tu sampai Teacher Irene save contact dia macam tu.

Zedi hanya mengabaikan panggilan tu. Teacher Irene pun tengah tidur jadi dia tak nak lah kacau. Biar jelah si beban tu. Tapi makin lama makin menjadi- jadi ye. Si beban tu tak berhenti call Teacher Irene.

Zedi mengeluh lalu dia pun menyenggol tangan Teacher Irene, "Teacher, ada beban call, "

Namun Teacher Irene langsung tak menjawab. Dia masih lagi tidur dengan tenang. Zedi menggaru kepalanya yang memang gatal. Ni kalau Israel serang Gold High ni, memang tak sedar juga orang tua ni.

Zedi mengambil nafas yang dalam, "I'm sorry, " dengan pantas, Zedi memukul belakang badan Teacher Irene dengan kuat.

Namun, tiada tindak balas. Zedi terkebil- kebil lalu dia teringat sesuatu. Zedi terkejut dan dia pun menjerit degan nyaring. Semua orang terkejut memandangnya.

"Teacher! Teacher Irene dah takde! She's gone! " Zedi menjerit kalut.

Mereka yang kain terkejut lalu mereka pun datang. Ada yang hampir nak call ambulans namun...

"Hmm ni tidur mati, "

Eh? Zedi terus memandang seniornya yang bersuara tu, "Haa? "

Senior itu mengeluh, "Ada denyutan nadi lagi ni. Cuba check, "

Zedi terus memegang tangan Teacher Irene. Dia tersengih apabila dia dapat kesan denyutan itu. Dia terus menunduk, meminta maaf sebab buat kecoh.

Mereka yang lain terus kembali ke tempat asal. Ada yang suruh Zedi silent telefon sebab bising. Zedi memohon maaf sekali lagi. Zedi kembali duduk lalu dengan pantas, dia silent telefon Teacher Irene.

Dah beberapa minit berlalu. Tiada panggilan dari si beban itu lagi. Zedi pun dengan tenang membaca komik itu. Namun, dia rasa pelik.

"Asal macam bergegar ni? " Zedi memandang meja itu. Dia terus memandang telefon Teacher Irene.

Zedi terus menggenggam rambutnya, "Eh! Apa masalah beban ni! Kalau orang tak jawab tu, tak payah lah call lagi! Tak paham bahasa ke? "

Zedi bangun lalu dia terus mengambil telefon Teacher Irene. Dia keluar dari perpustakaan itu. Lalu dia pun mengangkat panggilan itu.

"Kakak! Kenapa tak jawab call Danny! "

Zedi hairan. Kakak? Teacher Irene ada adik ke? Oh I understand why Teacher Irene saves his contact as 'beban'. HAHAHA!

Zedi berdehem lalu dia pun membesarkan suaranya, cuba untuk tiru suara Teacher Irene, "Sorry adikku, kakakmu tadi berak, "

"You are not my sister? Where is she? " adiknya membalas.

Zedi mendecit, ceh. Mission failed!

"I can clearly see you right now. Where is my sister? "  budak itu menekankan suaranya.

Zedi menyampah. Aduh nak meng-english dengan dia pula. Maaf, gak bisa bahasa inggeris! Eh jap.. See? Nampak?

Zedi hairan, asal pula boleh nampak? Zedi terus menjauhkan telefon itu dari telinganya. Dia melihat skrin telefon itu.

Oh shit!

"Ni video call ni! " Zedi jerit, terkejut.

Ada seorang lelaki, macam lebih kurang sebaya je. Lelaki itu terkedu memandangnya, "Zedilya? "

Zedi menjongketkan keningnya, "Kau tahu nama aku? "

Lelaki itu berdehem, "Umm aku Danny, adik kepada Irene. Your teacher! "

Zedi mengangguk paham.

Danny kelihatan tak tenang, "Umm-- so... so... "

Zedi menjongketkan keningnya, asal macam cacing kesejukan pula budak ni? Tiba- tiba dia teringat sesuatu, "Oh sorry! Teacher tengah tidur. Aku dah suruh dia bangun tapi dia tak nak. So aku jawab jelah call kau memandangkan kau tak berhenti call, "

Danny mengangguk, "Um aku tahu pasal kau pun sebab kakak selalu cerita pasal kau, "

Zedi mengangguk. Tapi serious dia tak tanya. Lantaklah si beban-- maksud dia, Danny ni nak cakap apa. Lama juga kitorang senyap. Zedi baru je nak matikan video call tu namun Danny bersuara.

"So... are you okay? " Danny menyoal perlahan. Muka dia nampak risau.

Zedi hairan, "I'm okay? Kenapa? "

Danny tersenyum tawar, "You look lonely, "

Zedi terkedu. Did he knew something about my life?

Terus termati niat Zedi nak matikan call. Zedi tersenyum lalu dia pun menjawab, "No I'm not. Haa alang- alang kau call, apa kata kita berborak, "

"Pasal apa? "

Zedi termenung seketika, "Apa- apa je. Macam hidup kau? Or Teacher Irene macam mana dekat rumah? Garang tak? Ke dia slow je 24 jam? "

Danny ketawa perlahan, "She's totally slow. Selalu je blur. Kadang- kadang kalau nak ajak bergossip, dia langsung tak paham. Rasa give up pun ada, "

"Yes! Potong line betul kalau dia dah start blur! Aku dari ada semangat nak buat dosa, terus takde! Dia punya tahap blur tu boleh bawa gaduh! " Zedi dengan penuh semangat membalas. Best lah pula bebual dengan beban ni. Maklumlah, dia pun beban. Beban dan beban bergabung, meletup!

Mereka berdua berbual tanpa henti. Kenal pun tak sampai sejam tapi dia punya borak, macam dah kenal sejak duduk dalam perut mak eh.

"Zedi! "

Zedi menoleh ke sebelah. Teacher Irene kelihatan takut apabila dia memandang telefonnya.

"Is it, Danny? " Teacher Irene menyoal.

Zedi mengangguk, "Sorry teacher. Tadi saya kejut tapi teacher tak nak bangun. Jadi saya jawabkan, "

Teacher Irene terkedu, "Can you... give me back? "

Zedi hairan, asal macam takut pula? Namun dia bagi je. Dah telefon tu Teacher Irene punya. Dia bagi jelah.

Teacher Irene terus memandang skrin, "Danny, this is not a suitable time for us to-- "

"Bye Danny! Nanti ada masa kita video call lagi! " Zedi menjerit dari tepi.

Teacher Irene terkejut, "Apa? " dia terus memandang Zedi.

"Kitorang exchange numbers, " Zedi menggoyangkan telefonnya.

Teacher Irene terkedu. Wait bro... This is unexpected.

"Bye Zedi! Bye kakak! " Danny terus mematikan panggilan tanpa menunggu balasan kakaknya, Teacher Irene.

"Wait Danny-- "

Teacher Irene memandang skrinnya yang dah gelap lalu dia berpusing mencari Zedi. Teacher Irene terus mengejar Zedi apabila Zedi sudah jauh berjalan, meninggalkannya.

"Zedi--"

"Bye teacher! Saya nak masuk kelas. Waktu rehat dah nak habis! " Zedi menjerit dengan ceria.

"Jangan chat Danny, " Teacher Irene bersuara perlahan. Dia tak sempat nak cakap, Zedi dah hilang.

Teacher Irene mengeluh. Macam mana ni... Kalau dua beban bergabung, musnah hidup dia. Penatlah nak control dua beban dalam masa yang sama.

"Oh god, please kill me, " Teacher Irene menepuk dahinya. Dia lupa yang dia ni cyborg haha.

******

Dah hampir setahun Zedi dan Danny berkawan. Sampailah satu hari tu...

"Zedi? " Danny memanggilnya.

"Hmm? " Zedi memandang telefonnya. Sekarang ni, mereka tengah video call. Memang setiap hari sabtu malam, mereka akan video call. Dia macam dah jadi kewajipan haha!

Zedi mengambil botol airnya lalu dia pun meneguk. Sekarang ni, dia dalam biliknya.

"Let's couple, " Danny mengajak tanpa rasa malu.

Zedi tersedak.

"Zedi, are you okay? " Danny bernada risau.

Zedi memandang Danny, "Danny, jangan buat lawak time aku minum boleh tak? "

Danny tersenyum tawar, "Aku tak buat lawak, aku serious. Jom couple? "

Zedi terdiam. Couple? Dengan Danny?

"Okay... aku ni tak pandai nak berayat. Jadi, aku akan terus terang dengan kau, " Danny memandang mata Zedi. Walaupun diorang ni berbual dalam talian je, Danny dapat rasakan Zedi betul- betul ada depan mata dia.

Zedi memandang Danny juga.

"Zedi, aku suka kau. Aku sayang kau. Aku cintakan kau. Dan aku nak bersama dengan kau. Sebab tulah, aku ajak kau-- "

"Danny stop! " Zedi memotong.

Danny hanya mengikut.

Zedi memandang ke bawah. Dia mengeluh lalu dia pun memandang Danny semula, "Kau tahu kan yang keluarga aku takkan benarkan aku bercinta? "

Danny tersenyum, "How about we give it a shot? Kita cuba dulu. Aku janji yang aku akan buat keluarga yakin dengan aku. Aku akan buat keluarga kau terima aku, "

Zedi memainkan jarinya. Ni semua mengejut. Tapi... dia tak nak menolak sebab dia pun sayang dengan Danny. Ya, dia dah pendam perasaan dekat Danny sejak dia berbual dengan Danny pada pertama kalinya. Tapi dia tak sangka yang Danny pun ada perasaan yang sama dengannya.

"Zedi? " Danny memanggilnya.

Zedi menarik nafas, "Boleh tak kalau kita rahsiakan hubungan kita sampailah aku graduate highschool? "

Danny tersenyum gembira, "Does that mean-- "

"Yes, " Zedi menjawab tenang. Pipinya merah sedikit. Damn, aku laku siot.

******

Teacher Irene hampir pengsan namun dia kembali duduk bila Zedi langsung takde niat nak tangkap dia. Teacher Irene memandang Zedi di hadapannya. Kemudian, dia memandang telefonnya di mana dia tengah video call dengan Danny.

"Is it true? Danny? Zedi dengan Danny couple? " Teacher Irene menyoal adiknya.

Danny ketawa, "Yes! We are officially-- "

Teacher Irene terus pengsan. Kali ni betul- betul pengsan ye.

"Teacher! "

"Kakak! "

Teacher Irene hanya mampu berserah. Habislah hidup dia lepasni. Beban- beban sudah bergabung. Bergabung untuk menghancurkan hidup dia yang dah tak aman dari dulu lagi. Haa papa! Tolong lah matikan sistem Rin sekarang!

Kalut Zedi dan Danny dibuatnya bila Teacher Irene pengsan. 

Zedi hanya mendiamkan diri. Rambut pendeknya sudah kusut. Ni semua sebab kena bantai separuh mati tadi. Zedi memandang Daeho yang sudah mengamuk macam orang gila.

Danny pula berdiri di hadapan Zedi dan ahli ZIQHAS yang lain. Dia takkan biarkan papanya sakiti mereka.

Sedar tak sedar, Syaz dan Aisy sudah terlepas. Alhamdulillah, Syaz dapat capai pisau itu walaupun tangan dia dah lebam dan melecet. Syaz dan Aisy terus membuka ikatan lagi 3 kawan mereka itu.

Buk!

Kepala Danny dipukul kuat dengan kayu yang Daeho pegang. Daeho terus mencengkam rambut anaknya lalu anaknya dilempar ketepi dengan kasar.

Daeho terus mengeluarkan pistolnya lalu dia halakan ke arah ZIQHAS. Hara mejadi sasaran pertamanya. Danny terkejut lalu dia pun bangun dengan susah payah.

Hara menjerit ketakutan. Begitu juga dengan ahli ZIQHAS yang lain. Ya, even Syaz dan Aisy pun takut. Kali ni, mereka tahu yang Daeho akan tembak mereka betul- betul. Orang tua memang nampak tak terurus dah. Zedi terus bangun dengan susah payah. Sakit yang dia rasa diabaikan. Nyawa kawan dia dalam bahaya.

Bang!

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Hara membuka mata apabila dia tak rasa apa- apa. Tadi dia yang jadi sasaran. Jadi siapa yang kena tembak. Hara memandang ke depan dan dia nampak tubuh kawannya terbaring di depannya.

Zedi!

ZIQHAS menjerit nama Zedi. Syaz terus menerpa ke arah Zedi. Badan Zedi dipapah. Zedi tercungap- cungap mengambil nafas. Syaz memanggil nama Zedi tanpa henti. Aisy mengoyakkan bajunya lalu dia terus menutup bahagian perut Zedi yang terkena tembakan. Izla dan Qari menangis teresak- esak di tepi Zedi. Hara pula terkedu.

Zedi... kena tembak sebab nak lindung dia? Dia punca Zedi kena tembak?

"SIAL KAU! " Danny terus menumbuk papanya, Daeho dengan kuat. Danny bagaikan orang gila. Dia mengambil semua objek yang berada di sekelilingnya lalu dilempar ke Daeho dengan kuat. Dia tak boleh kawal dirinya lagi. Cukuplah tadi, dia cuba untuk memujuk papanya. Tapi sekarang, gadis yang dia cinta kena tembak dengan papanya sendiri. Papanya dah melampau!

Daeho mendecit lalu dia menumbuk Danny kembali, "Anak tak kenang budi! Kau sanggup tumbuk aku sebabkan perempuan tu! "

Danny jatuh terduduk. Dia memandang Daeho.

Daeho mengeluarkan sebuah remote, "Aku takkan lepaskan perempuan tu dari sini. Aku akan pastikan dia mati malam ni, "

Daeho terus menekan butang di remote itu. Dan sekelip mata, salah satu bom di bangunan itu meletup. ZIQHAS terkejut lalu mereka terus memeluk sesama sendiri. Danny terkedu, sampai macam ni sekali dendam papa dia? Tanpa berlengah masa, Danny terus bergerak ke ZIQHAS.

"Syaz, bawa diorang lari dari sini sekarang! " Danny menjerit.

Syaz memandang Danny sambil menangis lalu dia menggeleng, "Aku takut... "

Danny terkedu. Kalau Syaz takut, macam mana mereka yang lain nak selamat? Syaz je harapan kawan- kawan dia sekarang ni. Nak harapkan yang lain? Hati mereka tak terlalu kuat seperti Syaz.

Danny mendecit lalu dia terus melutut di sebelah Syaz. Bahu Syaz dicengkam, "Kau kena kuat! Lawan! Kalau kau takut, diorang yang lain akan mati! Kita semua akan mati! "

Syaz menggeleng, "Habistu Zedi? Macam mana dengan Zedi? " Syaz menguatkan pegangannya di bahu Zedi.

Danny terkedu. Satu benda je dia boleh simpulkan pasal Zedi. Zedi... dah kehilangan banyak sangat darah. Kalau diorang dapat bawa Zedi lari sekalipun, macam mana nak bawa ke hospital? Lain lah kalau ada orang yang lalu lalang dekat tepi bangunan ni. Lagipun, bangunan ni dekat hujung bandar. Jadi takde siapa akan lalu di sini pada tengah malam.

Danny tersenyum tawar, "Aku ada, Syaz. Aku akan selamatkan Zedi. Kau bawa diorang yang lain keluar dari sini. Lalu pintu belakang. Lepas je kau keluar, terus sembunyi dalam semak sampailah Lions datang. Jangan keluar dari semak, kita tak tahu kalau tempat ni kena kepung dengan orang- orang Kim, "

Daeho hanya memandang mereka. Haa, kau buatlah apa kau nak. Yang aku tahu, perempuan tu akan mati harini juga!

BOOM!

Hara dan Qari menjerit ketakutan lalu mereka menangis. Satu lagi bom di tingkat atas meletup. Kalini, lebih kuat dari bom pertama tadi. Lebih terkena impak. Banyak batu- batu berkecai dan jatuh ke tingkat bawah.

"SYAZ! " Danny menjerit kerisauan, ingin Syaz sedar tentang situasi diorang yang bahaya itu.

Syaz menunduk, "Kau janji akan bawa Zedi keluar? "

Danny tersenyum tawar, "Syaz, tolong percayakan aku. Kau kena bawa diorang keluar dulu. Kalau kita bawa Zedi sekali, papa aku takkan benarkan. Sasaran dia adalah Zedi. Aku takkan tinggalkan Zedi. Aku akan setia dengan Zedi walau apa jadi sekalipun, "

Syaz menunduk. Dia tahu yang Danny boleh dipercayai. Dia tahu yang Danny takkan tinggalkan Zedi, selamatkan diri sendiri. Tengoklah, Danny berani menghadap ayah kandungnya yang gila itu hanya untuk melindungi Zedi.

"Danny, I trust you... Please bring her back safely to us, " Syaz terus memberi Zedi kepada Danny. Danny menyambut Zedi dengan lembut.

Aisy pula tetap memegang perut Zedi. Bajunya yang dikoyakkan tu dah penuh dengan darah Zedi yang dari tadi tak henti keluar.

"Aisy, let her go, " Syaz bersuara perlahan. Air matanya masih mengalir.

Aisy menggeleng. Dia masih menunduk, memandang tangannya di perut Zedi. Syaz menggenggam bibirnya, tidak mahu menangis. Syaz memandang Izla, memberi isyarat untuk menariknya. Izla mengangguk paham. Izla terus memeluk Aisy lalu dia membawa Aisy lari menggunakan pintu belakang. Aisy meronta- ronta, ingin dilepaskan.

Syaz memegang tangan Hara dan Qari dengan lemah. Hara dan Qari masih menangis. Syaz terus menarik mereka keluar dari situ. Sebelum keluar, dia sempat memandang Zedi yang dipegang erat oleh Danny.

"I'll wait for you, Ze, " Syaz bersuara lemah.

Danny terus duduk dengan perlahan. Zedi terus diletakkan di kakinya. Bahu Zedi dipeluk erat. Danny menitiskan air matanya, dia tak kuat apabila melihat Zedi sebegini. Dia gagal... dia gagal untuk lindungi Zedi.

Daeho terkedu memandang Zedi dan Danny. Zedi kelihatan seperti.... Aurora. Tiba- tiba dia terkenang peristiwa pahit 10 tahun lepas dimana Aurora dipeluk suaminya, Marcello. Dan paling penting, Aurora dan Zedi kedua- keduanya cedera parah. Dua- dua ditembak olehnya di tempat yang sama iaitu perut mereka. Dan dua- dua ditembak hanya untuk menyelamatkan orang yang berharga dalam hidup mereka.

Danny dan Marcello pula tidak cedera langsung tapi setia disisi perempuan yang diorang sayang. Mereka tidak takut dengan musuh depan mata. Yang mereka pikir hanyalah perempuan yang berada dalam pelukan mereka.

"Kau penipu, Daeho, "

Daeho terkedu mendengar suara itu. Dia terus menoleh ke belakang. Dia terkedu memandang Leviez yang memberi pandangan benci terhadapnya.

"Kau-- "

"Kau sendiri cakap yang kau nak lindungi anak Aurora. Tapi kau sendiri yang bunuh dia! " Leviez menjerit lantang.

"Tak! Tak! Aku tak bunuh dia! " Daeho memegang kepalanya. Dia menggenggam rambutnya dengan kasar.

"Kau dah bunuh Aurora! Lepastu kau bunuh anak dia! Kau cakap kau sayang Aurora! Tapi sekarang ni, kau penyebab keluarga adik aku hancur! Diorang bertiga mati sebab kau! " Leviez tidak berhenti.

"Diam! " Daeho menembak Leviez.

Bang!

Namun, Leviez hanya menghilang. Daeho terkedu, huh? Leviez tiba- tiba muncul ditepinya.

"Kau punca keluarga Aurora musnah, " Leviez menyambung.

Daeho terkejut lalu dia menutup telinganya, "Diam! Diam! Aku tak sengaja! Aku tak sengaja bunuh dia! "

Danny memandang Daeho dengan riak risau. Kenapa? Kenapa papa dia bercakap seorang diri. Kenapa papa dia tiba- tiba tembak arah sana? Apa yang papa dia dengar? Apa yang papa dia nampak?

Daeho menjerit dengan lantang lalu dia lari keluar. Dia tak nak dengar.

"Berambus! Berambus! " Daeho memukul angin tanpa henti. Hanya dia seorang saja yang nampak Leviez. Atau lebih dikenali, ilusinya. Sejak dia serang keluarga tu 10 tahun lepas, Leviez selalu mengacaunya.

Danny hanya membiarkan. Biarlah, dia dah penat. Dah banyak kali dia cuba pujuk papa dia untuk berdepan dengan keluarga mama dia dan keluarga Alessio. Dia nak papa dia minta maaf namun... papa dia tetap buta. Dia buta dengan dendam.

"Danny? "

Danny tersentak lalu dia pun memandang Zedi di pangkuannya, "Awak... "

Zedi tersenyum kelat, "Mana... diorang? "

Danny tersenyum tawar, "Saya dah suruh diorang lari dulu. Tempat ni dah nak meletup, sayang, "

Zedi ketakutan, "Saya takut... Saya tak nak mati... "

Zedi menangis, dia masih belum minta maaf dengan abangnya. Dia biadap dengan abangnya tadi. Dia nak luangkan masa dengan abangnya lagi. Dia nak bermanja dengan grandpa lagi. Dia nak kenal kakaknya sekali lagi. Dia baru je dapat melihat semua ahli keluarganya semula di depan mata walaupun mereka bukan sedarah dengan dia.

Danny mencium dahi Zedi, "Awak jangan risau, saya akan duduk sini dengan awak. Saya takkan tinggalkan awak, "

Zedi terkedu lalu dia pun menarik nafas, "Awak kena lari... "

Danny tersenyum, "Sayang, hidup ni hanya sekali je. Sebab itulah, saya nak akhiri hidup saya dengan awak, "

"Awak kena hidup... Awak kan dah susah payah kalahkan papa awak... Inilah hidup yang awak nak. Jadi kenapa awak nak mati dekat sini, " Zedi memandangnya.

Danny tersenyum manis, "Apa maknanya hidup bahagia kalau awak tak ada dekat sisi saya? Saya berjuang selama ni sebab saya nak hidup bahagia dengan awak, saya nak bersama dengan awak. Jadi, saya takkan tinggalkan awak. Kalau awak akan mati harini, saya pun akan mati juga, sayang, "

Danny takut tapi dia paksa dirinya untuk hadap semua ni. Biarlah dia mati sekarang. Lebih baik dia mati bersama gadis yang dia cintai, Zedi. Alangkah indahnya hidup dia dengan Zedi dekat alam di atas sana berbanding hidup di dunia yang penuh dengan orang yang kejam.

Zedi terus menangis tanpa bunyi, "Saya minta maaf, "

Danny menenangkannya, "Ini bukan salah awak. Kita semua hanyalah mangsa dalam pergaduhan keluarga kita, "

Zedi hanya mendiamkan diri. Dia tak mampu nak bersuara lagi, dia rasa seakan dirinya akan pergi sekejap lagi. Air matanya hanya jatuh.

Zedi memandang Danny, "I love you, "

Danny terkedu lalu dia terus memandang Zedi. Air matanya terus keluar dengan lebat, "I love you too, sayang, "

Zedi perlahan- lahan menutup matanya. Merasa badan Zedi lemah, Danny terus menangis dengan kuat. Dia memandang atas, nampaknya bom akan meletup lagi.

BOOM! BOOM! BOOOMM!

Kalini, bom meletup satu persatu tanpa henti. Semua dinding dan lantai hancur berkecai. Semuanya jatuh ke tingkat paling bawah.

"Wait for me, sayang, " Danny bersuara lemah. Dia bersyukur bahawa Zedi sudah menghembuskan nafas terakhirnya tadi. Dia tak nak Zedi rasa kesakitan dihempap batu- batu di bangunan ini. Biarlah dia yang rasa kesakitan ni.

Danny memandang siling di atasnya yang dah retak. Danny tersenyum lalu dia pun mencium dahi Zedi dan pelukannya diketatkan. Takkan ada yang boleh pisahkan dia dan Zedi walaupun kematian.

Dalam sekelip mata, semuanya jatuh menghempap mereka berdua. Bangunan itu sudah hancur berkecai. Semuanya musnah.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro