Chapter 58
Dua tahun berlalu...
Merida dan Daeho bahagia bersama. Daeho masih berlakon untuk menutupi mata semua pihak. Meliya pula semakin gusar. Leviez sentiasa menenangkannya. Sampailah satu hari tu...
"Daeho! " Meliya memanggil sahabat lama merangkap adik iparnya.
Daeho yang baru saja ingin turun ke tingkat bawah berhenti berjalan. Dia menoleh ke belakang, melihat gerangan yang memanggilnya.
"Oh kakak. Kenapa ya? " Daeho menyoal. Dia sudah pandai bertutur dalam bahasa melayu. Cuma belum fasih lagi.
"Boleh tak kau berhenti. Jangan gunakan adik aku hanya untuk dendam kau! " Meliya berhenti di depan Daeho.
Daeho mengerutkan dahinya, pelik. Dia memandang kakak iparnya, "Apa kakak cakap ni? Saya tak paham-- "
Bam!
Daeho ditolak dengan kasar ke dinding oleh Meliya. Meliya terus mencengkam kolarnya, "KAU JANGAN NAK BERPURA- PURA DEPAN AKU! "
Daeho mengerang kesakitan dan jatuh terduduk. Meliya hairan, bukannya kuat sangat pun dia tolak. Kenapa lebih pula effect jantan ni.
Daeho tersenyum sinis.
Meliya semakin hairan, "Kenapa kau senyum-- "
"KAKAK! "
Meliya terus memandang Merida di bawah. Meliya terkedu melihat adiknya yang berlari ke arahnya. Meliya terus memandang Daeho, teringat yang lelaki tu senyum tadi sebab, "Kau-- "
Merida menolak kakaknya ketepi. Merida terus memegang bahu suaminya, "Abang... Abang okay? " Jelas dia risau.
Daeho terbatuk kecil, "Abang okay... "
Meliya hanya mendiamkan diri. Sumpah dia tak tolak kuat. Setakat kena tolak macam tu, apalah sangat. Bukannya Daeho ni orang biasa, malah ketua mafia.
Merida terus memandang kakaknya, "Apa kakak ni! Kenapa nak cederakan suami adik! "
"Adik, kakak tak sengaja. Lagipun bukannya kuat sangat pun kakak tolak dia, " Meliya bersuara lembut, cuba untuk menenangkan adiknya yang satu itu.
"Tak kuat?! Habistu kenapa Daeho boleh sakit macam ni? Kakak boleh tak jangan nak cari pasal dengan suami adik! " Merida menjerit kuat. Cukup kuat sampaikan Tuan Ezra dan Puan Alisa yang berada di dapur pun boleh dengar.
"Adik, jangan jerit. Nanti papa dengan mama-- "
"Ni kenapa? "
Meliya terkaku mendengar suara itu. Dia terus memandang ke bawah. Dia mengetap bibir melihat mama dan papanya. Mereka berdua terus berjalan ke atas.
Tuan Ezra memandang kedua anaknya dan menantunya. Puan Alisa pula kelihatan risau. Dia dapat rasakan keluarganya akan berpecah belah. Hati ibunya sangat takut. Mana taknya, dia nampak si bongsu boleh naik suara dekat kakak sendiri. Selama ni, walau semarah mana sekalipun Merida, dia tak pernah naikkan suara. Tapi sekarang...
"Meliya Lions, apa yang kau dah buat? " Tuan Ezra melangkah setapak lebih dekat ke anak sulungnya. Meliya menundukkan kepalanya. Merida pula sudah melutut, memegang bahu Daeho.
"Abang, " Puan Alisa terus memaut lengan sang suami, cuba untuk meredakan orang tua itu.
Tuan Ezra kekal di sisi isterinya tetapi matanya masih melirik tajam ke arah Meliya, "Kau tahu aku paling tak suka kena ulang benda yang sama, kan? "
Meliya menggenggam penumbuknya. Memang macam nilah dari dulu. Apa- apa jadi antara dia dan adiknya, papa memang terus cari salah dia. Kalau adiknya buat silap, papa cuma hiraukan je. Cuba kalau dia yang buat silap... Memang minta maut dari papa.
Tuan Ezra bengang melihat anak sulungnya diam membisu, "Meliya Lions! Jawab soalan aku! " Tuan Ezra terus bergerak ke Meliya.
Suara Tuan Ezra sangat lantang sehinggakan pembantu- pembantu rumah semua berkumpul di bawah tangga. Namun Puan Alisa menyuruh mereka kembali membuat kerja. Takut kang nanti suaminya makin marah bila pekerja mereka sibuk dalam hal keluarga diorang pula
Terhinjut bahu Meliya dan Merida mendengar suara papa mereka. Daeho pula hanya menunduk. Dia tak boleh berhenti berlakon sakit.
"Meliya tolak Daeho, papa. Meliya takde niat nak tolak dia kuat- kuat. Sumpah takde! Meliya cuma-- "
Pap!
"Abang! " Puan Alisa berlari ke arah suami dan anak sulungnya. Muka Meliya terus dibelek. Merah pipi anaknya ditampar.
Meliya hanya mendiamkan diri apabila ditampar papanya sendiri. Habistu nak dia buat apa? By one dengan papa? Memang dia lah yang kalah.
Merida pula terkaku melihat kakaknya ditampar. Dia terus menunduk. Salah dia ke? Tapi sampai bila? Dua tahun suaminya bertahan demi nak jaga hubungan keluarga Lions. Kakak dan abang iparnya tak pernah terima kehadiran Daeho dalam keluarga ni.
Apa salah Daeho? Apa salah dia? Apa salah kitorang dekat mata diorang? Kitorang tak berhak bahagia macam diorang ke?
Merida tersentak apabila suaminya memegang tangannya. Dia memandang suaminya lalu terus memeluk sang suami dengan erat.
"Apa masalah kau ni?! Kau ingat sebab kau ketua mafia, kau boleh buat apa je dekat orang lain? Huh?! " Tuan Ezra menjerit.
Puan Alisa cuba memenangkan suaminya. Meliya pula semakin stres. Dia dah tak dapat tahan. Sampai bila papanya nak layan dia macam ni?
"DIAMLAH! " Meliya jerit dengan lantang sekali. Semuanya terkejut. Tuan Ezra terus berhenti membebel.
"Diam! Semua diam! Meliya dah penat! Sampai bila papa nak layan Meliya macam ni! Meliya pun anak papa. Tapi kenapa papa layan Meliya ni macam orang luar! Papa selalu lebihkan adik. Semua adik! Adik! Adik! Habistu Meliya ni? Meliya macam mana? " Air mata Meliya terus jatuh.
"Selama ni, bila jadi apa- apa dekat kakak dengan adik, papa selalu salahkan kakak. Dekat mata papa, memang kakak yang salah walau apa yang jadi! Adik ni tak pernah salah! Macam tu ke papa? " Meliya memandang Tuan Ezra. Tuan Ezra hanya mendiamkan diri.
Puan Alisa memandang anak sulungnya, "Meliya-- "
"Mama pun sama! Mama pernah ke tolong kakak? Bila papa tuduh kakak, pernah ke mama pertahankan kakak? Mama cuma tengok je papa hukum kakak! Untuk apa?! Untuk jadi ketua hebat?! Kakak ni manusia juga tau! Kakak ada perasaan! Mama dengan papa memang tak pernah ke sekalipun nak ambil berat pasal kakak?! " Meliya menjerit.
Puan Alisa menekup mulutnya, dia sudah pun menangis. Dia menggelengkan kepalanya. Takkanlah dia tak pernah ambil berat tentang anaknya. Malah, setiap masa dia pikirkan tentang anaknya.
"Memang, " sangat ringkas jawapan Tuan Ezra. Namun jawapan tu mampu untuk patahkan hati seorang anak. Seorang anak yang inginkan kasih sayang seorang bapa.
Meliya terus terdiam.
"Aku bagi kau kahwin dengan Leviez pun sebab keluarga dia. Kalau tak disebabkan dia asal dari keluarga Alessio, aku takkan benarkan lelaki lembik macam dia kahwin dengan anak aku! " Tuan Ezra menjerit lantang.
"Abang! Tolonglah jangan cakap macam tu, " Puan Alisa memaut lengan suaminya, ingin suaminya berhenti.
Meliys menutup matanya, dia bertekad. Kalau macam nilah layanan yang dia dapat... Baik dia pergi. Dia sendiri, anak kandung dalam keluarga ni dapat layanan yang teruk. Apatah lagi suami dan anak- anaknya. Kang nanti kena layan macam hamba pula.
"Kalau itu yang semua orang nak, Meliya akan keluar dari rumah ni. Dan Meliya takkan datang balik ke sini walau apa yang jadi! " Meliya menjerit lantang.
Puan Alisa terkedu, dia terus jatuh terduduk. Tuan Ezra pula hanya diam. Dia masih menangkan egonya.
Merida terus memandang kakaknya. Dia terus berdiri menghampiri kakaknya, "Kakak-- "
"Stop there, " Meliya terus bersuara. Merida terus berhenti.
"Dik, aku dah penat. Kau tahu tak? Aku dah cuba macam- macam cara nak bagitahu kau tapi kau tak pernah percayakan aku, " Meliya bersuara lemah.
Air mata Merida turun tanpa dia sedari.
Meliya menarik nafas, "Ini amaran terakhir dan paling jelas aku buat untuk semua orang dalam rumah ni, "
Puan Alisa, Tuan Ezra dan Merida memandangnya. Daeho hanya duduk seperti tadi. Dia tahu yang kakak iparnya akan cakap pasal dia.
Meliya menuding jarinya terhadap Daeho, "This man right there, will destroy us. All of us. I've tried so hard to stop him. And yet, nobody believe me, "
Meliya terus memusing kebelakang, "Jangan cakap Meliya tak bagi warning. Meliya dah penat dengan semua ni, "
Meliya terus berjalan, meninggalkan keluarganya. Keluarga yang tak pernah hargai dirinya.
******
Meliya melihat kedua anaknya berlari di padang luas itu. Kini, dia sekeluarga berada di Itali. Dah setahun dia duduk dekat rumah mertuanya. Alhamdulillah, anak- anaknya dilayan dengan baik. Bukan baik je, malah dilayan seperti putera dan puteri. Sama juga dengan dirinya. Dia bahagia duduk disini.
Meliya mengusap perutnya yang sudah membesar. Ya, dia mengandung. Sudah 8 bulan dia mengandung. Keluarganya di Malaysia tahu akan hal ini tetapi mereka tidak pernah sekalipun menjenguknya. Mama dan Merida pernah juga cuba hubunginya tetapi dia tak layan. Dia takut dia masih tak kuat hadap diorang.
"Oh my beautiful sister, "
Meliya ketawa mendengar suara itu. Dia menoleh ke belakang, melihat Aurora, adik iparnya berjalan ke arahnya. Aurora jalan dengan perlahan memandangkan dia juga tengah mengandung. Alhamdulillah dah 7 bulan. Terkedek- kedek mak bunyung tu berjalan.
Akhirnya, Aurora sampai di depan Meliya. Dia terus duduk di kerusi itu.
"Kenapa Aurora datang sini? Marcello mana? " Meliya memandang Aurora di sebelahnya.
Aurora ketawa, "Dia keluar training tadi dengan Leviez, "
Meliya tersenyum mendengar. Dah fasih adik iparnya cakap bahasa melayu. Dulu, bila Aurora dapat tahu yang Leviez akan berkahwin dengan dia, Aurora terus ambil kelas bahasa melayu. Sampaikan Marcello yang kini suami Aurora pun kena paksa belajar bahasa melayu. Excited betul budak tu. Sekarang ni, dua- dua dah fasih. Senanglah nak communicate.
"Kakak, susah ke jadi ketua perempuan? " Aurora menyoal perlahan.
Meliya memandang Aurora di sebelahnya, "Kenapa Aurora tanya macam tu? "
Aurora mengeluh. Dia memandang perutnya lalu mengusap, "Aurora takut... yang lahir nanti anak perempuan. Macam mana dia nak lalui semua ni. Boleh ke dia jadi ketua Alessio. Boleh ke dunia jahat tu terima dia jadi ketua. Boleh ke semua orang terima kalau ketua Alessio nanti perempuan, "
Meliya terdiam. Jujur, dulu masa dia nak diiktiraf jadi ketua Lions, sangat susah. Ramai tak terima kenyataan tu. Papa susah payah tolong dia sampailah dia berjaya jadi ketua. Tapi... malangnya hubungan keluarga mereka dah musnah setahun lepas. Automatik dia pun dah dilucutkan jadi ketua Lions. Papa kembali menjadi ketua Lions. Nak harapkan Merida? Hmm hancur Lions nanti.
"Rios kan ada, " Meliya sebut perlahan.
Aurora memandang Meliya, "Leviez takkan benarkan Rios jadi ketua Alessio. Dia nak anak- anak dia lalui hidup yang normal, macam orang lain. Sebab tulah, Aurora tahu yang anak Aurora harapan terakhir untuk Alessio teruskan generasi, "
"Aurora tak kesah? " Meliya menyoal.
Aurora ketawa kecil, "Tak. Aurora langsung tak kesah kalau anak Aurora kena jadi ketua Alessio. Sebab Aurora nak balas budi father. Dia besarkan kitorang dengan cara macam ni. Jadi, Aurora nak balas budi dia dengan cara ni juga, "
Meliya hanya mendiamkan diri.
"Dan Aurora tahu... Bukan senang nak jadi ketua yang bagus. Sebab itulah, Aurora dan Marcello akan setia di sisi anak kami sehingga dia berjaya. Setiap apa yang anak kami lalui, Aurora takkan biarkan dia lalui seorang diri, " Aurora menyambung.
Meliya tersenyum mendengar. Dia mengusap perutnya. Dia tahu yang anak dalam kandungan dia tu lelaki. Dia dah buat check up dengan Leviez bulan lepas. Tapi untuk Aurora pula, dia dan suaminya tak mahu buat check up. Marcello kata dia nak suprise, anak dia keluar nanti baru tahu jantina. Aurora pula dia takut kalau anak dia perempuan, dia akan susah hati.
Meliya memegang tangan Aurora. Aurora memandang kakak iparnya.
Meliya tersenyum, "Aurora jangan takut. Walau apa masalah yang Aurora hadap, kakak dan abang Leviez akan tolong. Walaupun kitorang terpaksa korbankan kebahagiaan kitorang, "
Aurora tersenyum lalu dia terus memeluk Meliya, "Thankyou, my sweet sister, "
Meliya ketawa. Aurora ni suka panggil dia macam tu. Sweet sister, beautiful sister, angel sister, perfect sister... Macam- macam lah panggilan dia dapat.
******
7 tahun berlalu...
Meliya dan Aurora tersenyum melihat anak- anak mereka bermain. Cepatnya masa berlalu.
"Kakak, Aurora minta maaf kalau soalan Aurora ni menyinggung perasaan, " Aurora tiba- tiba bersuara.
Meliya memandangnya, "Apa dia Aurora? "
"Kakak tak pernah terdetik hati ke nak balik Malaysia? " Aurora menyoal.
Meliya tersentak lantas dia tersenyum tawar, " Tak, "
"Habistu macam mana dengan keluarga kakak dekat sana? Takkan lah mama Alisa dengan Papa Ezra taknak cucu- cucu diorang datang? " Aurora menyoal.
Meliya tersenyum, "Setahun sekali. Itulah masa diorang jumpa anak- anak kakak, "
Aurora terkejut, "Maksud kakak, setahun sekali yang keluarga kakak selalu datang sini? Jadi kalau diorang nak jumpa cucu- cucu diorang, diorang kena datang sini? "
Meliya mengangguk. Tiba- tiba, dia teringat sesuatu, "Eh Aurora. Tahun lepas masa diorang datang, Merida ada sekali tak? "
Aurora menggeleng, "Kalau 2 tahun lepas, kak Merida datang. Abang Daeho pun ada sekali. Dengan dua anak diorang. Cuma tahun lepas je diorang tak datang. Bila Aurora tanya, mama Alisa cakap yang kak Merida dah duduk Korea, tempat abang Daeho, "
"Macam mana dengan anak- anak diorang? " Meliya menyoal teruja.
Aurora memandang langit, "Hmmm seorang lelaki, seorang perempuan. Lelaki tu sama umur dengan Rine and Lucas. Nama dia Danny. Yang lagi satu pula masih baby, Bunny. Comel kan nama dia? "
Meliya membuat muka pelik. Bunny? Apa kebenda siak nama tu. Namakan anak binatang? Ni laki bini takde otak ke? Kalau tak tahu nak letak nama apa, haa mai sini. Jumpa kakakmu, pakar bagi nama.
Dan lagi satu, memang dari dulu kalau keluarga dia datang nak jenguk anak- anak dia, dia takkan ada dekat situ. Dia dan suaminya, Leviez akan bercuti bulan madu. Keluarganya pula akan datang masa tarikh anniversary dia. Ni bukan kebetulan tapi memang dah dirancang oleh papa dan bapa mertuanya, father. Father sendiri yang minta, taknak hubungan keluarga kami makin keruh kalau bertembung.
"Dulu, papa Ezra susah nak terima anak- anak kakak, " Aurora bersuara tiba- tiba.
Meliya memandang, eh asal aku tak tahu pula, "What do you mean? "
Aurora mengeluh, "Rasa berdosa pula kalau tak bagitahu kakak. Tapi ni rahsia kita je ye. Jangan cakap dekat mother dengan father yang Aurora bagitahu kakak tau! "
Meliya ketawa kecil, halahai adik ipar dia seorang ni, takut sangat kantoi, "Haa okay okay. Apa dia? " Meliya mendekatkan dirinya.
Aurora terus bersemangat nak buat dosa, "Sebenarnya, dulu papa Ezra tak nak terima anak- anak kakak. Dia masih lagi ego. Tapi father ada berbincang something dengan papa Ezra. Hanya diorang berdua je yang berbincang, kami yang lain tak dibenarkan dengar. Lepas je diorang berbincang, papa Ezra terus buka hati dengan anak- anak kakak. Lagi- lagi... "
Tiba- tiba Aurora berhenti. Meliya memandangnya. Aurora nampak serba salah nak cakap.
"Aurora? Just say it, " Meliya meminta.
Aurora menunduk, "Lebih- lebih lagi Rine, " suara Aurora menjadi sangat perlahan.
Meliya ketawa, dia paham kenapa Aurora serba salah. Dia terus menepuk bahu Aurora perlahan, "Hey, it's been 7 years. Just forget about it, "
Aurora terus memandang Meliya, "But-- "
"Kakak dah pernah cakap, kan? Kakak dan abang Leviez will do anything for you eventho we need to sacrifice our own happiness, " Meliya tersenyum.
Aurora tersenyum tawar, "Thankyou... Thankyou for everything, "
Meliya dan Aurora kembali berbual dengan rancaknya. Anak mereka pula masih ain bersama.
Tiba- tiba bunyi loceng yang kuat di rumah agam itu. Meliya dan Aurora terkejut. Mereka terus bangun dari tempat duduk. Mereka tahu maksud bunyi loceng itu. Maksudnya--
BAM!
Pagar utama berkecai dilanggar sebuah kereta. Lepastu, ramai lelaki berpakaian hitam keluar dari kereta itu dengan senjata mereka. Habis semua pekerja di rumah itu ditembak.
Aurora terus menarik Meliya lari ke arah anak- anak mereka.
"Kakak, bawa semua anak- anak lari, sekarang! " Aurora mengarah Meliya dengan kuat.
Meliya terkedu, "Habistu Aurora macam mana? "
"Aurora kena stay sini. Aurora tak boleh tinggalkan anak- anak buah Alessio berlawan dengan musuh tanpa ada orang penting, " Aurora menarik anak- anak Meliya dan anaknya. Dia ingin mereka lari, selamatkan diri.
"Aurora kena ikut kakak. Aurora tak boleh stay sini. Bahaya! Abang Leviez dengan Marcello takde-- "
"Sebab diorang berdua takde lah, Aurora kena stay. Anak- anak buah Aurora tengah bertarung, Aurora tak boleh selamatkan diri sendiri. Jadi, tolonglah lari. Aurora tak boleh nak maafkan diri sendiri kalau apa- apa jadi dekat kakak dan anak- anak kita semua ni, " Aurora memandang Meliya, ingin Meliya mendengar katanya.
Meliya terdiam.
Aurora terus memandang anak- anak itu dan dia terkejut, "MANA RINE DENGAN LUCAS?! "
Meliya ikut terkejut dan dia terus melihat anak- anaknya. Haa anak bongsunya dan anak Aurora takde. Meliya memandang Aurora yang jelas ketakutan. Meliya memegang tangan Aurora.
"Kakak, Aurora kena cari Rine dengan Lucas sekarang, " Aurora terus pergi tanpa sempat Meliya berkata apa- apa.
Meliya memandang anak- anaknya, "Okay semua, kita kena lari dari sini. Jangan cuba pergi mana- mana, jangan berpisah dengan mummy, okay? "
"Macam mana dengan adik? Lucas? " Miranda menyoal naif.
Meliya tersenyum, "Auntie Rora tengah cari diorang. Kita masuk rumah dulu, cari grandmother dengan grandfather, okay? "
Miranda dan Marzrios mengangguk. Meliya mencium dahi kedua anaknya lalu dia menarik tangan anaknya untuk lari bersamanya.
Sebelum masuk ke rumah, Meliya sempat memandang halaman luar. Dia berharap sangat Aurora jumpa Marine dengan Lucas sebelum musuh jumpa diorang. Dia berharap sangat diorang bertiga akan selamat.
Leviez... Marcello... Tolonglah cepat selamatkan diorang bertiga.
Dia terus masuk ke rumah agam itu. Dia tak tau nak lari ke mana. Yang penting, rumah ni dah kena kepung jadi dia tak boleh nak lari ke luar rumah ni. Terlalu bahaya untuk anak- anak dia.
Jadi, dia hanya perlu minta tolong papanya. Dia perlu buang egonya untuk keselamatan semua orang disini.
Meliya terus masuk ke biliknya. Dia takde masa nak cari mertuanya. Dia kena dapatkan bantuan dulu. Anak- anaknya terus diletakkan di atas katil. Telefonnya dicapai dan nombor papa terus didail. Sedang dia tunggu papa mengangkat panggilannya, dia memandang tingkap. Dia terkedu melihat siapa yang serang.
Itu... Daeho!
Meliya menumbuk cermin biliknya perlahan, aku dah agak! Mamat jambu tu memang nak balas dendam dekat aku dengan Leviez!
"Hello, "
Meliya terkejut mendengar suara papanya, tak sangka semudah itu nak call. Ingatkan dia kena call banyak kali baru nak angkat, "Papa! Ni Meliya, "
"..."
Meiya mengetap bibir apabila papanya tidak membalas. Tetapi panggilan langsung tak mati.
Meliya menangis tanpa berbunyi, "Papa, Meliya minta maaf. Meliya tahu yang papa masih marahkan Meliya. Tapi Meliya nak minta tolong papa sangat- sangat untuk kali ni je. Tolong datang sini, papa. Tolonglah selamatkan Meliya dan anak- anak. Tolonglah kami papa, "
"..."
Meliya terus menangis, "Papa... "
Tiba- tiba bunyi tembakan berdas- das tanpa henti. Meliya terus berlari ke arah anak- anaknya.
"Mummy, I'm scared. I don't wanna die, " Miranda menangis teresak- esak.
Hati Meliya luluh melihat anaknya sebegini. Ya Allah, apa salah anak- anaknya. Kenapa diorang kena hadap semua ni. Kalau Daeho memang berdendam sangat dengan dia dan lelaki dia, perlu ke libatkan anak dia dengan keluarga mertua dia? Perlu ke libatkan orang yang tak bersalah?
"MELIYA! MELIYA! " suara papa di telefon kedengaran. Jelas dia risau.
Namun Meliya abaikan. Dia kena tenangkan anak- anak dia dulu. Rios pula dari tadi tak henti peluk badan dia, ketakutan.
Meliya tersenyum, "Hey, mummy is here. When mummy is here, nobody can hurt you. Nobody can touch you. And nobody can make you cry. Mummy won't let it happen, okay? "
Miranda dan Marzrios hanya diam. Meliya terus menarik mereka ke dalam pelukan, "Don't worry, your supermummy is here. If anyone dares to touch you, they have to face me first, "
Meliya mengusap rambut kedua anaknya lalu dia terus meleraikan pelukan itu. Marzrios merengek, ingin memeluk mummynya.
"Rios, can you help mummy? Mummy need to call grandpa and ask his help. Rios boleh jadi berani kan? " Meliya memandang anak lelakinya.
Marzrios mengangguk walaupun air matanya dah turun. Meliya tersenyum lalu dia pun mencium dahi Marzrios.
Meliya terus mengambil telefonnya kembali. Dia duduk di tepi tingkap, berjauhan demgan anaknya, tak mahu mereka dengar perbualannya.
"Papa-- "
"MELIYA! APA YANG BERLAKU DEKAT SANA! " Papa menjerit.
Meliya menggenggam tangannya. Dia perlu kuat, anak- anaknya perlukan dia sekarang. Meliya menarik nafas, "Rumah kami kena serang. Boleh tak papa datang sini selamatkan kami? Leviez dengan Marcello takde dekat rumah sekarang. Diorang dekat pusat latihan. Aurora je harapan kami. Meliya tak boleh berlawan sebab Meliya kena jaga anak- anak Meliya, "
"Siapa yang berani serang kau? Kau tunggu, aku datang selamatkan kau! "
Meliya mengetap bibir, "Meliya pernah bagi amaran dekat papa 8 tahun lepas, kan? "
"Meliya... Jangan cakap... Daeho?! " Jelas suara Tuan Ezra terkejut.
Meliya tersenyum tawar, "Looks like he's gonna destroy my family. Papa, can you come here? At least, save my kids and Aurora's, "
"Kau tunggu, aku datang! Aku datang selamatkan korang semua! " Tuan Ezra terus matikan panggilan.
Meliya tersenyum. Betullah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Rumah mertuanya kena serang dan papa datang selamatkannya. Mungkin hubungan dia dan papa takkan baik terus tapi nampak macam ada perubahan positif.
Mungkin lepas semua ni berlaku, dia akan minta maaf dengan papa. Minta maaf sebab jadi anak yang biadap.
Meliya menoleh ke belakang, "Okay Rinda, Rios... Grandpa akan datang jadi mari kita cari-- "
Meliya terkedu apabila dua anaknya tidak ada dalam bilik ini. Dia terus selongkar biliknya. Dia menjerit nama anak- anaknya namun takde sahutan. Dia terus memandang pintu bilik yang tidak berkunci. Setahu dia, tadi dia dah kunci. Takkanlah...
******
"Kakak, Rios takut... " Marzrios memaut tangan kakaknya dengan erat.
"Rios jangan takut, kakak kan ada. Sekarang ni kita kena tolong mummy cari grandmother dengan grandfather. Kesian mummy kena buat semuanya sendiri, " Miranda membalas dengan lembut.
Tadi mereka berdua keluar dari bilik itu semasa Meliya meminta pertolongan daripada Tuan Ezra. Kini, mereka masih di tingkat 2. Mereka kena geledah satu tingkat untuk cari atuk nenek mereka. Tadi dah cari dekat bilik atuk nenek tapi takde pun kelibat. So cari sampai dapat adalah penyelesaiannya.
"Jadi kalau kita jumpa grandmother dengan grandfather, mummy akan puji kita? " Rios menyoal.
"Yup! Betul tu! Sebab tu kita kena kuat! Jom-- "
Miranda membulat apabila dia nampak seorang lelaki berpakaian gelap datang ke arah mereka. Musuh!
Miranda terus menolak Rios masuk ke dalam satu bilik.
"Kakak-- "
"Rios kena diam tau! Tunggu mummy sampai, okay? " Miranda terus lari, menangkap perhatian musuh itu.
"Hey! " Musuh itu membuang senjatanya lalu dia mengejar Miranda dengan tangan kosong.
Marzrios menekup mulutnya apabila dia dengar tapak kaki lalu depan biliknya. Marzrios menangis tanpa berbunyi, "Kakak, jangan tinggalkan Rios sorang- sorang. Rios takut, "
Miranda di luar pula lari dengan laju. Namun, dia hanya seorang kanak- kanak. Malah musuh itu pula lelaki dewasa.
"Got you! " Lelaki itu terus memeluk Miranda dengan erat dari belakang.
"Let me go! " Miranda meronta- ronta.
Lelaki itu mengeluh, "Shut up or else, I'll tell my boss that your brother is in that room. He'll caught your brother and kill him, "
Miranda berhenti meronta. Dia menunduk, Rios dalam bahaya...
Lelaki itu terus lepaskan Miranda dan membuat gaya senyap. Miranda mengangguk perlahan, takut jika dia menjerit atau lari, Rios adiknya dalam bahaya.
Lelaki itu memegang tangan Miranda lalu dia pun berjalan ke hujung tingkat 2. Dihujung, terletaknya stor. Lelaki itu buka stor itu dengan perhanan tanpa sebarang bunyi. Dia memandang kiri dan kanan lalu dia pun menarik Miranda ke dalam.
"Sit down, " lelaki itu bersuara.
Miranda hanya mengikut arahan. Lelaki itu terus membuka topeng mukanya. Miranda kelihatan teruja.
"UNCLE-- " Marcello menekup mulut Miranda dengan lembut.
"Rinda sweetheart, jangan jerit ye. Nanti ada orang dengar, " Marcello bersuara lembut.
Miranda mengangguk. Dia rasa gembira bila nampak uncle dia dekat sini. Nampaknya semua akan selamat. Kalau uncle dah dekat sini, maksudnya daddy pun sama!
"Rinda, dengar cakap uncle boleh? Uncle nak Rinda duduk dalam stor ni sampai pukul 6 petang. Pegang jam uncle. Kalau dah pukul 6 je, Rinda boleh keluar dan cari grandfather dekat ruang tamu, ye, " Marcello memberi jam tangannya dekat Miranda.
"Uncle nak pergi mana? Cari auntie ke? " Miranda menyoal.
"Haah cari-- eh? Kenapa? Bukan ke auntie dengan mummy? " Marcello hairan.
Miranda menggeleng, "Auntie cari adik dengan Lucas. Diorang tiba- tiba hilang dekat garden belakang sana, "
Marcello terkedu. Oh my god.
Marcello melutut depan Miranda lalu bahu anak buahnya dipegang, "Rinda, jawab soalan uncle. Pukul berapa baru boleh keluar? "
"Pukul 6! " Miranda menjawab penuh semangat.
Marcello tersenyum lalu dia pun mengusap kepala Miranda. Kepala Miranda dicium penuh kasih sayang, "Lock this door and don't open it no matter who knock this door. Understand? "
"Even mummy? " Miranda menyoal.
Marcello mengangguk, "Nobody know that you are here. Only you can open this door on your own. Understand? "
Miranda mengangguk, "Yes uncle! "
Marcello tersenyum lalu dia pun bangun, "I'll go first. Remember all my words, "
Marcello terus keluar. Dia perlu memastikan Miranda dah kunci pintu baru dia pergi. Miranda pula mendengar kata lalu pintu dikunci.
Marcello tersenyum tawar, "Good girl, "
Marcello berjalan. Dia akan bunuh sesiapa saja yang sentuh keluarga dia. Kini, misi untuk mencari isteri dan anak- anaknya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro