Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 56

"Merida kembali? " grandpa menyoal terkejut.

Uncle Helmi mengangguk. Grandpa menunduk.

"Siapa Merida, tuan? " Encik Zain menyoal.

Grandpa berdehem, "Kita lupakan. Mari bincang tentang hal anak kau semua-- "

"Ayah, "

Grandpa terdiam mendengar suara itu. Walaupun dah hampir 20 tahun berpisah, dia masih mengenali tuan empunya suara itu. Siapa je tak kenal anak sendiri...

Mrs. Kim atau dikenali sebagai Merida Alessio, berlari ke ayah kandungnya, Tuan Mikhail. Bunny ditepinya hanya dibiarkan begitu saja.

Baru sahaja Merida ingin memeluk grandpa,

"Jangan dekat, "

Arahan daripada grandpa membuatnya berhenti berlari. Sedikit saja lagi, dia dah boleh peluk ayahnya sendiri.

"Ayah-- "

"Berani kau jejakkan kaki kau dekat sini, Merida, " grandpa bersuara tegas.

Merida menunduk.

"Lepas apa yang kau buat sebelum ni, kau masih nak tunjuk muka kau dekat aku lagi? Kau berambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau, " grandpa menghalau tanpa memandang muka anaknya walau sekejap sekalipun.

Merida menggenggam tangannya, "Ayah, tolonglah-- "

"Baik kau bawa anak kau keluar sekarang sebelum-- "

"Mama... who are they? Are they the one that gonna buy Bunny? I thought we already safe, " Bunny dari jauh bersuara.

Merida terdiam. Jadi anaknya masih ingat tentang apa yang suaminya cakap...

Tanpa berlengah masa, Merida terus memeluk kaki ayahnya. Tak kesahlah ada ramai tetamu yang tengok. Tapi ini je cara untuk anak- anak dia hidup bahagia. Ini je cara supaya ayahnya akan terima dia dan cucu- cucunya.

"Merida! "

"Ayah! Merida minta ampun! Merida sedar yang Merida dah buat salah. Merida sepatutnya dengar cakap ayah dari dulu lagi. Merida tak patut kahwin dengan Daeho. Memang betul cakap ayah, Daeho hanya gunakan Merida untuk balas dendam dekat kakak dengan Abang Leviez, " Merida terus menangis.

Bunny terus berlari mendapatkan mamanya, "Mama! Why are you crying? "

"Ayah tolonglah ampunkan Merida. Kesian lah dekat Merida dengan cucu- cucu ayah. Diorang tak bersalah. Tolonglah ayah. Merida tak sanggup tengok anak- anak Merida buat jenayah lagi, "

Grandpa terkedu. Jenayah? Kesemua tetamu juga terkejut mendengar.

"Apa yang anak kau dah buat? " grandpa menyoal.

Merida memandang ayahnya, "Daeho... "

Merida terus menangis, "Daeho paksa Rin dengan Danny bersubahat dalam rancangan untuk jatuhkan Alessio. Rin terpaksa jadi guru mereka berenam. Danny pula terpaksa culik mereka semua, "

Semua di situ terkejut.

Grandpa terus memandang Merida di bawah, "Kau... kau hanya berdiam diri masa diorang dipaksa buat semua tu? "

Merida menunduk, "Merida kena kurung dekat ruangan bawah tanah. Sama macam anak bongsu Merida. Daeho ugut Rin dengan Danny untuk jual adik mereka kalau mereka khianat dia, "

Grandpa terkedu. Kesemua tetamu memandang sesama sendiri.

"Cilake kau Daeho! Aku besarkan anak- anak aku dengan penuh kasih sayang! Aku bagi semua yang diorang nak! Aku tak pernah angkat tangan dekat diorang! Tapi kau... Kau dah melampau! " Grandpa menghentak pehanya.

Semua disitu terdiam. Tuan besar dah marah. Ini bermakna peperangan akan berlaku.

"Kau bunuh anak sulung aku! Kau seksa anak bongsu aku! Aku takkan maafkan kau Daeho! Aku takkan maafkan kau! " Grandpa menggenggam tangannya kuat.

Merida hanya terdiam. Sekarang, biarlah apa nak jadi dekat suaminya. Dia dah tak peduli. Suaminya dah terlalu buta kerana dendam.

Grandpa memandang Uncle Helmi yang masih berdiri di depan pintu, "SURUH MIRANDA DATANG SINI! BAWA SEMUA KONCO DIA! "

Uncle Helmi menunduk, "Baiklah tuan! "

Uncle Helmi bergegas keluar dari rumah.

Grandpa memandang kesemua tetamunya, "Sekarang, kau semua pergi rehat di bilik yang aku sediakan. Jangan risau dengan orang yang ada di rumah kau semua. Aku dah suruh orang aku jaga mereka, "

Mereka semua hanya memandang grandpa. Kemudian, mereka mengangguk tanpa sebarang bantahan. Takkan nak bantah pula.

Grandpa memandang kembali anak bongsunya yang masih lagi memegang kakinya, "Merida, aku nak kau bagitahu semua plan lelaki tak guna tu. Sebelum tu, kau suruh anak bongsu kau rehat dalam bilik kau yang lama, "

Merida memandang grandpa, "Baiklah, ayah, "

Sepuluh minit dah berlalu...

Kini, ruang tamu dipenuhi ramai orang. Tetapi kali ni, orangnya berlainan. Kesemua tetamu tadi iaitu ibu bapa ZIQHAS sudah di bawa ke bilik tetamu untuk berehat.

Yang ada di ruang tamu adalah grandpa, Uncle Helmi, Merida, Miranda dan konco- konco Miranda. Naim juga sudah dipanggil pulang. Dia diperlukan untuk peperangan ini.

"Jadi... siapa ni? " Naim memandang Merida yang menunduk di sebelah grandpa.

Mereka yang lain memandang Merida. Tak pernah ada orang yang boleh duduk di sebelah grandpa sebelum ni. Oh kecuali Zedi. Cucu emas orang tua tu...

Jadi kenapa perempuan yang diorang tak kenal ni boleh duduk sebelah grandpa? Sugar baby--

"Auntie Merida, right? " Miranda memanggilnya.

Merida memandang anak buahnya. Dia langsung tidak mengangguk mahupun menggeleng.

"Huh? Merida? Siapa tu? Kenapa akak boleh kenal dia? " bertubi- tubi Naim menyoal.

Miranda memandang Naim, "She is our mother's-- "

"Naim, cuba kau tengok muka dia, " grandpa memintas Miranda.

Bukan hanya Naim. Malah semua disitu merenung muka Merida.

"Alhamdulillah cukup sifat, " Naim bersuara. Dia bersedia mendengar jeritan.

Naim menggemam bibir bila dia teringat peristiwa beberapa minit sebelum ni.

'Oh aku gaduh dengan adik. Patutlah tak dengar jeritan dia bila aku merepek tadi, ' Naim bersuara dalam hati.

Nampaknya semua dekat sini jenis yang serius. No one gonna laugh with Naim's joke? Poor him.

"Doesn't her face remind you of someone? " Miranda menyoal tenang.

Naim mengecilkan matanya. Nak lebih fokus kononnya.

"To be honest, muka makcik ni sama macam... " Naim menjawab.

Naim terdiam seketika. Dia pantas memandang Miranda dan grandpa bersilih ganti.

"She-- she " Naim tergagap.

Miranda tersenyum, "Yeah, same like our mother, right? Introduce you, Merida Lions. The second daughter or to be specific, the youngest daughter of Lions family, "

Naim terkedu. Eh? Aku ada auntie?

"Wait... Your name still Lions. So you still single? " Naim menyoal.

Merida hanya mendiamkan diri. Takut nak jawab yang dia dah berkahwin dengan pembunuh mak ayah diorang.

"Ah! Don't be shy auntie. Naim pun still single. So nanti kita pergi double blind date sama- sama eh-- "

"Stop saying ridiculous thing! Don't you dare go to that kind of event! Jangan cemarkan nama Lions dengan perangai kau tu! Kau tak perlu bazirkan masa bercinta. Aku boleh carikan perempuan yang setaraf dengan kita. Perempuan yang takkan menyusahkan keluarga kita, " grandpa memandang Naim tajam.

Naim terus mendiamkan diri.

Miranda hanya mengeluh, "Grandpa. Let him do what he want. I'm sure nothing happen. Naim takkan cemarkan nama Lions. Kalau dia cemarkan sekalipun, kita bagi jelah singa makan dia. Kata Lions... "

Naim terbuntang, "Kakak! "

Miranda ketawa lantas air teh dihirup perlahan.

Grandpa mengangguk perlahan, "Good idea Miranda. Aku tak sangka kau bijak-- "

"Grandpa! " Naim memandang grandpa pula. Tak sangka orang tua ni nak korbankan cucu hensem dia? Kang kalau dia plan nak buat, aku korbankan cucu emas dia dulu. MUAHAHAHA!

"Excuse me, tuan. Saya rasa baik kita bincangkan tentang hal tu sekarang. Kita tak boleh buang masa, " Uncle Helmi menegur mereka.

Grandpa mengangguk, "Aku terleka, "

Miranda melihat semuanya, "Bincang tentang hal apa? "

"Miranda. Aku suruh kau datang sebab masa dah tiba, " grandpa memandang Miranda.

Miranda terdiam. Maksudnya...

"Dia dah mula? " Miranda menyoal perlahan.

Grandpa mengangguk, "Kawan adik semua kena culik, "

Mereka di situ semua terkejut kecuali Merida, Naim dan Uncle Helmi.

"Kawan adik kena culik? Bila? " Miranda kelihatan risau.

Merida menunduk, "Semalam, "

Msreka semua memandangnya.

"Mereka diculik dan dikurung di bangunan hujung bandar ni, " Merida menyambung.

"Bangunan lima tingkat tu? " Naim menyoal.

Merida mengangguk.

"Kita kena pergi sekarang! " Miranda bangun dengan pantas.

"Nanti dulu, Miranda. Dengar penjelasan sampai habis, " grandpa menghalangnya.

"Tak boleh tunggu, grandpa! Diorang dalam bahaya-- "

"Kalau macam ni riaksi kau, jatuh nama dan pangkat Alessio. Kau jangan nak gelabah, hati kena kental. Dengar semua yang makcik kau cakap. Lepastu kau kena buat strategi untuk selamatkan budak- budak tu. Jangan bertindak melulu, " grandpa memintas Miranda.

Miranda terdiam lantas dia pun duduk kembali.

"Tapi... adik masih dekat luar, " Naim bersuara perlahan.

Semua di situ terkejut.

"Dia buat apa? Bukan ke dia sepatutnya dah tidur? " Miranda terkejut.

Memang mereka sekeluarga dah bagitahu pihak sekolah yang Zedi akan cuti esok. Mereka nak celebrate birthday dia.

"Adik kata... dia nak jumpa kawan dia, " Naim menjawab.

"Kawan? Kawan dia kena culik, kan? " Miranda kelihatan keliru.

Naim bersuara perlahan, "She said the other friends, "

"While her friends got kidnapped, she's hang out with other friends? At night? " Miranda kelihatan marah.

"But I'm trying to stop her and... And both of us arguing. She looks so mad and it's my fault too. I said that she's a burden, " Naim kelihatan bersalah.

Muranda meraup mukanya, "Now we need to know where she is. Derick, detect my sister's location. She perhaps sleepover at her friend's house, "

Derick mengangguk, "Alright boss, "

Grandpa hanya diam. Dia nak cucu- cucu dia settle sendiri masalah ni. Biar mereka tunjuk kehebatan mereka di mata dunia. Kalau dia masuk campur, mesti yang lain akan cakap yang dia je buat kerja. Cucu- cucunya hanya menumpang nama.

"She's going to save them, " Merida bersuara perlahan.

Semua memandangnya.

"Apa maksud kau, Merida? " grandpa menyoal.

"Zedi akan selamatkan kawan dia. Dia tipu Naim, " Merida bersuara perlahan.

Mereka yang lain terkejut.

"Auntie, you're kidding, right? " Naim memandang Merida.

Merida meggeleng, "I'm not. Anak auntie yang bagitahu. Dia cakap Zedi akan selamatkan kawan dia tanpa bantuan sesiapa. Dia kenal Zedi, "

"Anak auntie... Macam mana dia boleh kenal-- "

"Dia guru muzik ZIQHAS selama 5 tahun, " Merida menjawab dengan pantas.

Semua terdiam.

"How... we never knew about her? " Uncle Helmi terkedu.

"Setahu aku, cikgu muzik mereka tu Teacher Irene. Kim Irene. Aku dah check latar belakang dia dan dia sebenarnya anak tunggal. Mak bapak dia mati dalam kemalangan, " grandpa memandang Merida.

"Itu... Palsu. Irene sebenarnya bukan manusia. Dia hanyalah cyborg yang dicipta oleh suami Merida untuk dendam, " Merida menjawab perlahan.

Mereka terkedu. Cyborg?

"Sampai macam tu suami kau sanggup buat hanya sebab dendam bodoh dia, " grandpa mengeluh.

Naim memandang mereka semua, "Eh apa kena mengena suami auntie dengan masalah sekarang ni? "

Mereka yang lain menunduk.

"But... macam mana auntie boleh tahu pasal semua ni? " Naim menyoal perlahan.

Grandpa, Merida dan Miranda hanya diam. Mereka bertiga berat hati nak menjawab. Uncle Helmi pula hanya memandang simpati dekat Naim.

"Urm, palau? " Naim memandang mereka.

Merida menarik nafas, "Sebab penculik mereka tu, suami auntie. The one that kill your parents, Kim Daeho, "

Naim terkejut manakala Miranda menunduk. Grandpa pula menekup mukanya.

"What? You're kidding, right? " Naim ketawa perlahan. Dia cuba untuk menyedapkan hati.

"Grandpa? Tengok auntie ni. Pandai pula buat lawak, " Naim memandang grandpa.

Grandpa hanya mendiamkan diri.

Naim terdiam seketika tetapi dia terus menoleh ke kakaknya, Miranda.

"Kakak, umm is it true? " Naim menyoal teragak- agak. Tolonglah cakap tak. Tolonglah!

Miranda menggemam bibir, "It is, "

Naim terkedu. Dia memandang grandpa, Merida dan Miranda bersilih ganti. Dia inginkan jawapan. Nampaknya takde sesiapa yang menafikan.

Naim menunduk, "So everyone already know about this. I'm the only one left behind? Why? "

Miranda memandang adiknya, "Naim... Kakak tahu pun bukan sebab grandpa yang bagitahu. Kakak baca buku yang grandfather bagi. Diorang nak kakak baca bila kakak dah jadi ketua mafia Alessio. And dalam buku tu semua tentang sejarah silam iaitu punca semua peristiwa pahit tu berlaku, "

Naim menarik nafas. Dia terus bangun dan berjalan menuju ke pintu.

"Naim, kau nak ke mana-- "

"Selamatkan adik, " Naim terus memakai kasutnya.

Grandpa bangun, "Aku suruh kau bertenang kan tadi? Dengar cerita sampai habis-- "

"Semua dah habis! Cukuplah! Naim tak perlu dengar yang lain! Nak tunggu adik dengan kawan dia semua kena bunuh baru nak pergi ke? " Naim menjerit.

Semuanya terdiam.

Merida menggigit bibirnya, tak nak menangis. Dia rasa bersalah. Kalau lah dia tak kahwin dengan Daeho, semua takkan jadi macam ni...

"Naim... " Miranda berjalan menuju ke adiknya.

"I already promised with papa that I'll protect her. I don't want to lose her, grandpa. So please let me go, "


******

(Zedi P.O.V)

Aku berhenti di pintu belakang bangunan usang itu. Aku menjenguk dari luar.

Aku dah nampak kawan- kawan aku dengan si tua tu. Dia duduk di sofa manakala mereka yang lain diikat di hadapannya.

Aku tengok sekeliling. No one here. So Kim je yang ada? And ZIQHAS?

So betul lah jangkaan Danny dengan Teacher. Kim akan gunakan kawan- kawan aku untuk umpan aku. Jadi sekarang, aku seperti ikan yang dah termakan umpan even aku tahu ni perangkap.

Sempat aku sujud syukur bila nampak diorang duduk dekat tingkat bawah. So tak payah aku susah payah naik tangga. Dengan gelapnya satu hal.

Aku berjengket- jengket memasuki dari pintu belakang. Dengan pantas aku menyelinap ke tong- tong minyak itu. Taklah dekat sangat dengan diorang tapi cukup jelas nak dengar apa yang diorang cakap. Aku menunduk lalu menepis labah-labah yang sibuk mengelilingi kakiku. Banyak juga labah- labah ni eh.

"Jadi... "

Aku berhenti menepis apabila mendengar suara Izla.

"Zedi gunakan kita selama ni? Dia akan jadikan kita korban supaya dia boleh hidup bahagia dengan Danny? " Izla menangis.

Mataku membulat. Apa? Kenapa Izla cakap macam tu...

"IZLA, JANGAN CAKAP MACAM TU-- " Hara menjerit.

"HABISTU, KENAPA DIA BERIA SOKONG AKU DENGAN DANNY HUH? KAU TAK NAMPAK KE? DIA CUMA NAK TUTUP MUSLIHAT DIA TU! DIA MEMANG SELFISH! MATI- MATI AKU SAYANGKAN DIA MACAM KAKAK AKU SENDIRI-- "

Hara memintas Izla, "DIAM! Baik kau tutup mulut kau tu sebelum aku-- "

"SEBELUM APA? HUH? SEBELUM APA? " Izla menjerit lantang.

"Hey sudahlah! Kenapa korang nak bertekak hah? " Qari pula yang menjerit, menjadikan keadaan semakin huru- hara.

"Kau siapa nak menyebok? Jangan nak berlagak jadi macam hero lah. Kau kena ingat yang kau punca semua ni jadi! Kalau kau tak mengada nak pindah ke Diamond High, kita takkan ada dekat sini! " Izla menghamburkan segala dalam hatinya.

Semua tersentak. Dengan aku sekali terasa. Qari menunduk, terkedu sampai tak boleh nak pertahankan diri dia. Izla pula terdiam dan menyedari bahawa dia sudah melebih dari batas.

Hara memandang Qari, "Qa-- Qari-- "

Aku baru je nak keluar, lari ke arah mereka. Ingin betulkan segalanya yang jadi tadi. Mereka betul- betul nampak tak terurus, terutama sekali Izla, Hara dan Qari. Tapi tawa Mr. Kim yang kuat itu menghentikan pergerakanku.

Aku melihatnya. Aku sempat memandang mereka berlima. Hanya Syaz, Aisy dan Hara sahaja yang memandang Mr. Kim. Izla dan Qari pula menunduk, masih lagi terdiam dengan perbalahan tadi.

"Haih, see now? Pergaduhan korang ni boleh membawa kepada pengkhianatan. Mula- mula renggang, last- last akan berdendam sebab hati masih tak boleh maafkan kata- kata tajam ataupun perbuatan bodoh bekas kawan sendiri, " Mr. Kim menggeleng sambil tersenyum.

Kami semua terdiam. Memang betul apa yang orang tua tu cakap. Banyak dah benda macam tu terjadi terutama sekali zaman sekarang...

Tiba- tiba kami mendengar tangisan yang kuat. Kami semua memandang Izla.

"Aku minta maaf, aku tak sengaja. Aku tak patut salahkan kau, Qari, " Izla bersuara perlahan tapi aku masih boleh dengar jugalah.

"It's okay, Izla. Aku tahu kau tak sengaja, " Qari tersenyum.

Izla semakin kuat menangis, "Zedi, mana kau? Aku nak minta maaf, aku tahu yang kau tak pernah gunakan kitorang. Aku sayang kau, Zedi. Aku saying kau macam kakak aku sendiri, "

Aku tersenyum tawar, nak menangis dengar.

Aisy dan Hara tersenyum melihat Izla dan Qari yang dah berbaik. Mr. Kim pula hanya merenung mereka. Tak puas hati lah tu bila kitorang boleh berbaik sekelip mata. Well, friendship is magic, duh.

Syaz terus memandang Mr. Kim dengan serius.

"Aku tak tahulah tahap bodoh kau ni paras mana. Tapi aku nak kau hadam apa yang aku nak cakap ni dalam otak kau. Lions akan datang sini, selamatkan kitorang! Dan jangan kau mimpi nak apa- apakan Zedi sebab sebelum kau sentuh dia, Lions akan jatuhkan kau! " Syaz bersuara lantang.

Aku terpegun dari jauh. Wow, mana datangnya confident dia tu? Tadi diam je.

Mr. Kim tersenyum sinis, "Are you perhaps forgot that your bestfriend is stubborn? She won't listen to others, "

Mereka berlima terdiam, terkedu. Ya, mereka hampir terlupa perangai aku macam mana.

"Sedegil manapun Zedi, dia takkan buat hal kalau melibatkan nyawa! Dia tak bodoh sampai macam tu sekali! " Aisy menyuarakan pendapatnya.

Pap!

Haa kau, sekali aku dapat. Aku dah dekat sini bermakna aku ni bodoh lah ye? Hmm paham paham.

Mr. Kim ketawa besar, "Well, we will see about that, "

Mr. Kim bangun dari duduknya, "Zedi akan kesini, si tua Lions tu mana mampu nak jaga cucu perempuan dia yang degil tu. Haa, cakap pasal si tua tu, korang kan ada pergi rumah dia. So macam mana dengan dia, hidup lagi ke? Ke dah nak mampus-- "

DUSH!

Mr. Kim terjatuh ke tepi akibat tendatangan aku. Jatuh je, bukan terpelanting. Aku ni bukannya kuat mana pun. Kelas martial arts pun banyak ponteng.

Memang plan awal, aku nak sembunyi lama lagi tapi si tua ni dah cross limit. Dia boleh cakap macam tu pasal grandpa aku? Memang nak lepak underground si tua ni.

Kawan aku yang lain dah terkejut melihatku yang melompat dari celah mana.

Aku berpusing memandang mereka, "Hey, miss me? "

"ZEDI! "

(End Zedi P.O.V)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro