Chapter 55
(Danny P.O.V)
Aku berlari masuk ke dalam rumah. Tempat dimana mama dan Bunny dikurung. Sampai saja di ruang tamu, aku melihat Bunny yang sedang tidur nyenyak. Mama di sebelah hanya termenung.
Mama... Bila tengok mama, rasa macam tengok cermin. Nasib jantina lain. Mana taknya, aku ni copy paste mama sepenuhnya. Nak cakap muka girly tapi tak juga.
Haih takpelah. Itu tak penting. Yang penting sekarang ni, mama dan Bunny dah bebas.
"Mama! " aku menjerit kerisauan.
Mama menoleh lantas dia pun bangun, "Danny! "
Kami berdua berpelukan. Mama menangis, begitu juga dengan aku. Setelah bertahun- tahun berpisah, akhirnya aku dapat peluk mama. Selama ni memanglah aku dapat jumpa mama tapi dinding sel menjadi pemisah kami.
Akhirnya, aku dapat pelukan daripada seorang insan yang bergelar ibu. Insan yang aku sayang.
"Mama, jom kita lari. Kita akan menyorok dulu. Bila Lions dah kalahkan papa dan selamatkan anak murid kak Rin yang papa culik, kita dah selamat, " aku bersuara lembut.
Mama tersentak mendengar nama Lions. Kumpulan mafia Malaysia. Dan dia tahu siapa mereka...
"Kenapa kita perlu sembunyi? Bukan ke kita dah selamat? Papa dah lepaskan mama dan Bunny, " mama memandangku.
Aku tersenyum tawar, "Memanglah papa dah lepaskan mama dan Bunny. Tapi selagi papa tak ditangkap, banyak benda buruk boleh berlaku. Jadi, jom kita berempat menyorok. Mana Kak Rin? Kita nak gerak dah ni, "
Aku menoleh sekeliling. Tak nampak pun kakak aku yang sorang ni. Nak main hide and seek ke apa?
"Danny... Sebenarnya, kakak kamu dah pergi, " Mama bersuara perlahan.
Aku memandang mama semula, "Haa pergi? Pergi mana? "
Mama hanya mendiamkan diri.
Aku tersentak apabila paham akan maksud mama. Aku terus memegang kedua bahu mama.
"Kakak pergi selamatkan anak murid dia? "
Mama mengangguk sambil mengangis. Takut akan keselamatan anak sulungnya. Tapi dia tak mampu nak hentikan anaknya sebab anaknya teramat degil. Degil untuk menyelamatkan anak- anak muridnya.
Aku mendecit, this is not what we planned, kakak!
Aku mengeluarkan handphone ku, nombor Zedi dicari. Aku terus mendail nombornya.
Beberapa minit kemudian, aku terus mengalah. Dah banyak kali aku call Zedi. Tapi semua mail box. Dia dah tidur ke? Takkanlah dia boleh tidur dalam situasi macam ni... Eh tapi aku juga yang suruh dia tidur tadi.
"Zedi, please answer! " aku bersuara sendirian. Takkan dia tidur mati kut.
"Urm Danny, " mama memegang bahuku.
"Mama, Danny busy. Mama tunggu kejap eh, " aku masih fokus dengan telefonku.
"Sebenarnya kakak kamu ada tinggalkan pesanan. Dia suruh mama bagitahu kamu, " mama bersuara perlahan.
"Pesanan? Pesanan apa? " aku dah pening ni. Kenapa lah hujung- hujung ada problem.
"Dia kata kemungkinan besar yang Zedi akan pergi selamatkan kawan- kawan dia sendiri. Dan Zedi takkan minta tolong family dia, "
Aku terkedu. Apa? Tak mungkin! Zedi dah janji yang dia akan duduk dekat rumah je. Kenapa kakak dengan Zedi ni buat problem? Ini bukan plan yang kita bertiga rancang.
Haih kalau aku dapat dua ketul tu, aku agulkan kepala diorang. Biar waras terus.
"Itu hanya anggaran Kak Rin je-- "
"Kakak kata dia kenal anak murid dia macam mana, " mama memintasku.
Yeah, Kak Rin kenal Zedi lagi lama daripada aku kenal Zedi. So Kak Rin know better about her.
Aku mengeluh, "Sekarang ni macam mana nak dapatkan bantuan Lions. Hanya Zedi je yang boleh minta tolong diorang, "
Suasana hening seketika sehinggalah mama mengatakan sesuatu yang mengejutkan.
"Mama boleh tolong, " mama menunduk.
Aku memandang mama, "Mama nak buat apa? "
Mama menutup matanya, "Mama akan jumpa Lions untuk dapatkan bantuan, "
Aku terkedu, "No! Just keep hiding until-- "
"Believe me, they'll help us if I'm the one begging them, " mama mencengkam lengan bajuku.
"Mama, it's dangerous. Mama tahu kan yang Lions memang bermusuhan dengan papa. Tambahan lagi papa dah bunuh satu- satunya anak perempuan dan menantu mereka-- "
"Meliya is not the only one their daughter, " mama memintasku.
Aku terdiam. Apa maksud mama ni?
Mama memandang anak mataku, berharap bahawa aku percayakan dia, "I can do it. Please believe me. I'll ask their help and save all of them, "
"Mama, listen here. Ini melibatkan nyawa. Hidup dan mati. Selangkah mama jejak ke dalam rumah agam Lions, mama akan dibunuh serta merta. Keluarga mereka memang dah benci kan keluarga kita dari dulu lagi, " aku terus memujuk mama untuk melupakan hasratnya berjumpa dengan ketua Lions.
"So Danny nak tengok dua orang yang Danny sayang kena bunuh dengan papa? "
Aku terdiam mendengar soalan mama.
Mama tersenyum tawar, "Not only them. Those innocent girls too. They'll die soon if we didn't do anything. We can't be selfish, "
"Mama, Danny akan cuba lawan papa-- "
"Kamu sanggup? Kamu boleh ke bunuh papa? Kamu nak jadi pembunuh? "
Aku menunduk. Ya, aku takut melihat darah. Aku trauma sebab dulu, aku dan kakak dipaksa melihat orang dibunuh dengan papa di depan mata. Kata papa, ini salah satu ujian untuk kuatkan mental kami berdua. Aku dah lah masih berumur 5 tahun waktu tu. Tapi aku tetap bertahan sebab kakak ada dengan aku. Kitorang harungi semua kekejaman papa bersama.
Apa yang penting kerjasama! Wonderpets-- okay stop!
"Danny tak boleh bunuh papa, Danny tak nak bunuh sesiapa pun, " aku menjawab perlahan.
Mama tersenyum lantas mengusap kepalaku, "Mama tahu, sayang. Sebab tulah, percayakan mama. Mama boleh minta tolong Lions. Mereka akan bantu kita selamatkan anak- anak murid kakak, "
Danny hanya mendiamkan diri, "What if they will kill you after they save Zedi and her friends? "
Mama tersenyum tawar, "They won't, "
Mama mencium dahi Danny dengan tulus, "Now it's time for you to go. Save them, "
Mama terus menuju ke Bunny dan mengejutkan anak bongsunya dari tidur. Bunny masih lagi mamai tetapi dia tetap mengikut mamanya.
Danny memandang kedua mama dan adiknya, "Mama-- "
"Go now. Mama akan pergi ke sana dengan kereta kakak, " mama menarik Bunny ke luar rumah.
"Kakak ke sana naik apa? " Danny mengikuti mamanya.
"Lari, "
Excuse me?
Mama ketawa melihat muka keliru anak lelakinya, "Did you forget that your sister is stronger than normal human? "
Danny terdiam. Ya, betul juga. Kakak adalah cyborg yang dicipta dalam kekuatan dan kelajuan yang luar biasa.
Bunny terus memasuki kereta. Mama juga hampir menutup pintu namun aku menahan.
"Danny? " mama memandangku.
"Mama, you need to survive no matter what happen, okay? " Aku takut. Takut kalau Lions akan apa- apakan mama dan Bunny. Mereka tak bersalah dalam hal ni. Kalau nak bunuh, bunuhlah papa. Tapi jangan bunuh depan mata aku. Aku tak nak terlibat.
Mama tersenyum manis, "Of course I'll survive. You don't need to worry. Just focus on your mission to save them, "
"Okay, " aku terus melangkah ke motorku.
Plan awalnya, aku akan naik motor ke rumah ni. Lepastu aku dan Kak Rin akan bawa mama dan Bunny untuk bersembunyi. Naik kereta Kak Rin je. Zedi pula akan minta tolong family dia untuk kalahkan papa dan selamatkan kawan- kawan dia. Tet! Tamat dan menang.
Tapi dua ketul tu boleh betray aku dekat detik akhir. Nak menang dah ni! Tak ada semangat kerjasama betul lah diorang ni.
"Danny! "
Aku menoleh ke belakang apabila aku nampak mama memanggilku. Mama berlari ke arahku lalu aku dipeluk erat. Macam tak nak lepaskan je.
"Mama? " aku hairan.
"I'll wait for you. I'll always wait for you, no matter how long you go. So promise that you'll come back, okay? " mama mengelus rambutku perlahan.
Aku tersenyum lalu aku membalas pelukan mama, "I promise, "
Mama menepuk bahuku, "Okay go now, "
Aku mengangguk, "Bye mama. I'm counting on you to ask their help, "
Mama tersenyum tawar. Jujur dari sudut hatinya, dia berat hati nak lepaskan anak dia pergi selamatkan mereka yang lain. Hati ibunya merasakan sesuatu yang tidak enak akan berlaku. Tapi dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Gadis- gadis itu perlukan bantuan. Mereka tak bersalah dalam hal ni.
Mama terus masuk ke kereta.
Kami berdua pun menuju ke haluan masing- masing dengan misi yang penting. Si anak yang ingin menyelamatkan orang terpenting dalam hidupnya. Si ibu pula ingin meminta bantuan musuh walaupun risiko tinggi.
"Zedi, Kak Rin... Wait for me, " Danny memecut laju. Favoritism bhai Danny. Dua orang tu je dia mention.
(End Danny P.O.V)
------
Hara memandang keempat kawannya, "So no one gonna say? He call Izla's name as Hizlara. But that's my name-- "
"Just ignore it. Nama korang pun hampir sama, " Syaz membalas.
Mereka yang lain mengangguk. Begitu juga dengan Izla.
"Okay fine but jantung aku hampir gugur tadi bila dia mention nama aku. Rupanya dia cakap dengan Izla, " Hara menunjukkan muka tak bersalahnya.
"Coward, " Qari bersuara perlahan.
"Hey! " Hara menjerit.
"Shh! " Mr. Kim menyuruh kami diam.
Aisy hanya menjadi cctv. Is this even called kidnapping? Asal dia buat kitorang macam member dia eh. Sempoi je pakcik tua ni bercakap dengan kitorang.
------
Grandpa melihat kesemua tetamu yang datang dari atas. Cucu lelakinya juga berusaha sedaya upaya untuk mengawal keadaan yang huru- hara itu. Seorang wanita juga tak berhenti menjerit kepada cucu lelakinya.
Dia perlahan- lahan turun ke bawah bersama seorang doktor yang berkhidmat dengan Lions.
Sampai sahaja di bawah, dia menegur, "Nampaknya kita ada ramai tetamu malam ni, "
Mereka semua memandangnya.
"Grandpa! " Naim terus berdiri di sebelah grandpa.
Grandpa memandang Naim, "Naim, kau bergaduh dengan adik tadi? "
Naim terdiam. Nampaknya, berita tu dah sampai ke grandpa.
Naim mengangguk perlahan, "Maaf, grandpa. Naim cakap ikut emosi. Adik nampak sangat kecil hati dengan kata- kata Naim, "
Grandpa memandang tetamu di depan, "Aku harap benda lagi bagus daripada kau, Naim, "
Naim menunduk, "Maaf, grandpa. Naim yang salah dalam hal ni, "
Grandpa mendekati tetamunya, "Selamat malam semua. Tak sangka yang aku akan berjumpa dengan ibu bapa kepada kawan cucu bongsu aku. Apa hajat kau semua datang ke sini? "
Dia saja menyoal perkara itu walhal dia sudah tahu tujuan kesemua keluarga itu. Bak kata orang, pembuka bicara.
"Tuan Ezra, anak saya hilang! " wanita itu terus menangis.
"Sayang, bawa bersabar-- "
Wanita itu menjerit, "ANAK SAYA! ITU SATU- SATUNYA ANAK SAYA! ABANG INGAT SENANG KE SAYA NAK ADA ANAK? BERTAHUN- TAHUN KITA TUNGGU ANAK-- "
"Shh! " suaminya terus memujuk tanpa henti tetapi semuanya tak berkesan. Isterinya masih menjerit, ingin anaknya kembali.
"Bagi ubat penenang dekat dia, " grandpa memberi arahan.
Doktor itu mengangguk lantas membuat kerjanya dengan pantas. Dalam sekelip mata, wanita itu terus mendiamkan diri. Dia terus melelapkan matanya.
"Tuan Ezra, maafkan jika saya kedengaran biadap. Tapi tolong jangan berikan ubat sesuka hati dekat isteri saya, " suaminya kelihatan risau.
"Tak perlu risau, Fridaus. Aku buat sebab isteri kau hanya akan melambatkan kerja kita. Kau nak anak kau selamat, kan? " grandpa memandang sang suami yang masih memeluk isterinya.
Encik Firdaus mengangguk. Dia memandang isterinya, Puan Yana.
"Izla akan selamat. Jadi, kau tak perlu bimbang, " grandpa cuba menyedapkan hati pasangan itu.
Grandpa terus duduk di sofa untuk menerusi perjumpaan mengejut itu. Dia memandang kesemua tetamunya.
"Duduklah. Kita akan bincangkan hal ni. Jangan risau, anak kau semua takkan di apa- apakan. Firdaus, serahkan isteri kau dekat pembantu rumah ni. Biar mereka uruskan dia, " grandpa memandang kesemua tetamunya satu persatu.
Hanya ada empat pasangan je yang datang. Bukan ke cucu dia ada lima kawan? Jadi ada satu pasangan yang tak sampai lagi. Atau pasangan tu memang takkan datang.
Encik Firdaus terus menyerahkan isterinya kepada pembantu rumah itu. Isterinya di bawa ke bilik untuk berehat. Sekarang, dia perlu fokus untuk keselamatan anaknya.
"Nampaknya kau semua mengalami situasi yang sama, kan? Anak semua hilang, " grandpa bersuara tenang.
Grandpa memandang pasangan pertama, "Zain dan Suraya... Anak kau Qayrina Metilda, kan? Yang lari ke Diamond High dalam diam? "
Puan Suraya terdiam. Adakah ini semua salah Qari?
Encik Zain menggenggam tangan isterinya, "Ya, Tuan Ezra. Qari tu anak kami, "
Grandpa memandang Puan Suraya yang kelihatan serba- salah, "Suraya, semua ni bukan salah anak kau. Aku pilih anak kau sebab aku tahu dia seorang kawan yang sesuai untuk cucu aku. Jadi kau tak perlu nak salahkan keluarga kau dalam hal ni, "
"Rumah kami kena serang semalam. Seorang pembantu rumah kami ditembak dan masih dalam wad ICU, " Puan Suraya bersuara perlahan.
Semua pasangan itu terkejut mendengar.
Grandpa memandang Naim di sebelahnya, "Naim, kau pergi suruh orang- orang jaga kawasan rumah mereka semua. Termasuk pasangan yang tak hadir sekarang, "
Naim mengangguk.
"Jangan bagi sesiapa masuk dan keluar sehingga budak- budak tu dah selamat, " grandpa menyambung.
"Tuan Ezra, anak lelaki saya dah berada di asramanya. Dia pergi petang tadi jadi keselamatan dia terjamin ke? " seorang ibu kelihatan teramat risau.
Mana taknya, anak bongsunya hilang tanpa berita. Lepastu anak lelaki dia dah ada di asrama tanpa penjagaan yang rapi. Dah lah dua- dua tu kembar...
"Kau dengar, Naim? Jaga kawasan asrama Diamond High sekali, " grandpa bersuara tanpa memandang cucu lelakinya.
"Baiklah, grandpa, " Naim terus berjalan dengan pantas. Dia perlu cepat supaya takkan ada sesiapa lagi yang hilang.
Grandpa memandang pasangan kedua. Mereka risaukan anak gadis mereka yang hilang tetapi anak lelaki mereka juga dalam keadaan bahaya.
"Carl, Safiya. Hizlara Fassierna dan Mark Faliq. Mana datangnya Malik? " grandpa cuba berbual untuk menyedapkan hati dua orang itu.
"Singkatan daripada Mark Faliq, " Encik Carl menjawab perlahan.
Grandpa mengangguk.
"Tuan Ezra, ini bukan masa untuk soal tentang nama anak kami, " Puan Safiya hampir menangis. Tapi dia tabahkan diri demi anaknya.
"Aku tahu, ini bukan masa yang sesuai. Sebenarnya aku dah tahu semua tentang kau sekeluarga. Aku cuma nak kau semua bertenang. Anak kau akan diselamatkan. Orang aku dah cari mereka sekarang, " Grandpa menjawab tenang.
Mereka yang lain memandang sesama sendiri.
"Kenapa? Kau semua tak percaya yang orang aku tengah cari anak kau semua? " grandpa memandang mereka bersilih ganti.
"Bukan macam tu, Tuan Ezra. Cuma kami nak tanya sesuatu. Kalau betullah anak kami diculik, orang tu ke? " Encik Haikal menyoal teragak- agak.
Grandpa terdiam mendengar soalan Encik Haikal. Dia tahu apa yang orang tu nak sampaikan.
"Kemungkinan besar dia yang culik anak kau semua. Mungkin dia dah mulakan langkah, "
Jawapan grandpa membuatkan mereka semua kembali risau.
"Abang! Aisy bang! Nanti dia-- " Puan Dahlia menangis dalam dakapan suaminya, Encik Haikal.
"Jangan risau, walau apapun Kim Daeho cuba lakukan, anak kau semua akan selamat. Orang- orang aku akan korbankan diri mereka untuk anak kau semua. Itu janji yang diorang buat semenjak anak kau semua berkawan dengan cucu aku, "
Mereka yang lain hanya mendiamkan diri. Masih ada lagi yang menangis. Walaupun Lions sanggup berkorban untuk anak mereka, mereka tetap risau. Siapa je yang tak sayangkan anak?
Keadaan hanya sunyi sepi. Grandpa memberi peluang dekat kesemua pasangan itu untuk bertenang. Uncle Helmi pula sudah kembali di sisi grandpa setelah memberi arahan kepada semua pekerja Lions.
Tiba- tiba, keadaan di luar menjadi bising. Kesemua pasangan, grandpa dan Uncle Helmi menoleh ke arah pintu.
"Helmi, kau pergi check. Apa yang jadi dekat luar, " grandpa memberi arahan.
"Baik, tuan, " Uncle Helmi terus bergerak.
Beberapa minit kemudian, Uncle Helmi muncul dengan wajah terkejut.
"Tuan... "
"Apa dia Helmi? Kenapa kau cemas ni? " grandpa memandang orang kanannya.
"She's back... "
Grandpa terkedu mendengar. Dia tahu maksud orang kanannya itu. Orang yang dia tunggu selama 12 tahun akhirnya kembali.
------
"Uncle, listen here. It's not too late-- "
"Shut up, " Mr. Kim memintas Qari.
Mr. Kim meraup mukanya. Stress kalau macam ni. Yang Qari ni pun, dari tadi tak mengalah nak nasihat Mr. Kim untuk kembali ke pangkal jalan. Dia ingat ni drama pukul 7 ke?
"Uncle, look at me. This isn't you, " Qari memberi muka seposennya.
Mereka berempat yang lain hanya menunduk menahan malu. Apa hal Qari pula yang dah hilang perasaan malu ni?
"Kepala bana kau! " Syaz menghentak kepalanya dengan kepala Qari.
Qari mengaduh.
"Because of Alessio's assets, you do this? How could you. You already rich enough-- "
"This isn't about Alessio's assets. I don't care about that. Just like you said, I already rich. I don't need Alesssio's, " Mr. Kim memintas Aisy pula kali ni.
"Then... about what? " Izla menyoal.
Mr. Kim memandangnya, "It's about betrayal, "
Mereka yang lain terdiam. Eh bukan ke dia hancurkan keluarga Alessio sebab harta? Kenapa tiba- tiba sebab kes khianat pula ni?
Mr. Kim hanya termenung. Pada malam ni, semuanya akan berakhir. Dendamnya selama 22 tahun akan terlunas...
Mr. Kim menunduk.
"Leviez, Meliya. Aku percayakan kau berdua. Tapi aku tak sangka kau berdua sanggup buat aku macam ni, " Mr. Kim bersuara sendiri.
"Bukan ke diorang tu parents Zedi? " Syaz yang mendengar terus menyoal.
Mr. Kim memandang mereka semua, "Listen here girls. Even korang rapat sekalipun, never trust each other. Dalam sekelip mata, kawan kau yang kau sayang separuh nyawa sekalipun, boleh khianat kau! "
"Ek! " Hara kelihatan takut. Mereka berempat yang lain terdiam.
Maksud Mr. Kim... Semua ni berlaku sebab ada orang khianat dia? Tapi siapa? Kenapa Alessio yang kena tanggung semua ni?
Aisy tersentak apabila dia memikirkan sesuatu, "So you wanna say that both Uncle Leviez and Auntie Meliya were your friends? And they betrayed you? "
Sekali lagi, mereka terkejut. Terkejut dengan apa yang Aisy cakapkan.
Syaz memandang Aisy, "Aisy, apa yang kau merepek-- "
"As expected from genius once again, " Mr. Kim balas dengan tenang.
Kami berlima terdiam. Dengar respon dia macam tu. Jadi betullah yang parents Zedi betray dia dulu? So dia berdendam. Even sampaikan keturunan pun kena jadi mangsa dendam...
That's why lah Mr. Kim cakap dengan kitorang yang kita tak boleh percayakan kawan. Sebab dia dah rasa pengalaman kena khianat dengan kawan sendiri.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro