Chapter 53
(Zedi P.O.V)
Aku mengeluh lantas rambutku digenggam kasar. Aku masih tak percaya dengan apa yang aku dengar dari grandpa petang tadi.
Hari dah malam tapi aku masih dengan blouse aku. Ya, blouse yang aku pakai untuk celebrate ZIQHAS 5th anniversary.
Aku sekarang ni terperap dalam bilik. Aku pun tak tahu dah berapa lama aku terperap. Biarlah makanan semua dekat bawah tu pekerja- pekerja rumah ni yang makan.
Aku mengingati semula apa yang jadi tadi di antara aku dengan grandpa.
"Am I adopted? "
Grandpa dan Uncle Helmi mendiamkan diri.
"Grandpa, adik tanya ni. Jawablah! " aku menjerit.
Grandpa menunduk, "Helmi, kau duduk luar. Pastikan takde sesiapa masuk atau curi dengar perbualan kami, "
Uncle Helmi menunduk hormat, "Baiklah, tuan. "
Uncle Helmi melepasiku. Sempat dia menunduk hormat. Lepas je dia keluar, grandpa terus memandangku dengan senyuman tawarnya.
"Sweetie, duduk sebelah grandpa sini, " grandpa mengajakku.
Aku berjalan perlahan lantas duduk di atas katil, bersebelahan dengan grandpa.
Grandpa mengusap bahuku, "Kenapa tiba- tiba tanya soalan tu? "
"Adik perlu tahu. Betul ke apa yang adik tanya tadi? " aku memandang grandpa di sebelahku.
Senyuman grandpa hilang. Usapannya juga terhenti.
"Grandpa, tolonglah jawab. Adik kena tahu. Ni soal kehidupan adik, asal usul adik. Tolonglah grandpa-- "
"Baiklah, grandpa akan beritahu adik sesuatu, " grandpa memberi kata putus.
Aku terus mendiamkan diri, ingin mendengar semuanya dari awal sampai habis.
"Betul, adik anak angkat dalam keluarga kita, " grandpa bersuara.
Aku terkedu. Tapi memang ni jawapan yang aku expect lepas nampak riak muka grandpa dan Uncle Helmi bila aku tanya soalan tadi.
"Kalau adik anak angkat, mana ibu ayah kandung adik? " aku menyoal lemah.
"Adik ingat lagi Lucas? " grandpa menyoalku.
Aku mengangguk perlahan.
Grandpa tersenyum, "Kalau adik nak tahu, dia sepupu adik, "
Aku pelik. Bukan ke...
"Abang cakap, Lucas tu anak dalam keluarga Alessio. Jadi, dia bukan cousin adik, " aku bersuara.
Grandpa mengusapku, "Memang Lucas tu keturunan Alessio dan Lions. Dia cucu grandpa juga. Tapi adik pun keturunan Alessio, "
"Tapi adik ni cuma anak angkat. Jadi kenapa grandpa tak jaga Lucas daripada jaga adik? Lagi satu, kenapa adik cuma keturunan Alessio je? Lion tak nak terima adik ke? "
Grandpa ketawa, "Haih, siapa yang berani tak nak terima cucu comel grandpa ni? Bawa orang tu jumpa grandpa. Biar grandpa belasah dia, "
"Grandpa, adik takde masa nak bergurau, " aku memandangnya. Lagi satu, risau aku kalau dia belasah orang tu, dia yang kritikal. Dahlah usia banyak. Kang sakit sana, sakit sini.
Grandpa terdiam apabila dia gagal membuat cucunya ketawa.
"Baiklah, grandpa takkan bergurau. Okay mari sambung, "
Aku kembali mendengar.
"Kalau adik ingat Lucas, adik mesti ingat Uncle Marcello dan Auntie Aurora, kan? " grandpa memandangku.
Aku tersentak. Diorang... Lucas's parents. Maksud aku, Lutfi.
Kematian dioranglah buat Lutfi berdendam dengan aku. Semuanya sebab diorang selamatkan aku masa serangan Kim dekat rumah agam kami di Itali.
"Adik? " Grandpa menyentuh bahuku.
"Grandpa tanya ni. Adik ingat lagi tak? " grandpa memandang penuh berharap. Macam berharap yang aku takkan lupakan pasangan tu.
Mestilah aku takkan lupa...
Aku mengangguk lemah, "Ingat, "
Masakan tak ingat. Diorang dulu selalu manjakan aku dengan macam- macam. Mainan, makanan, baju. Semua diorang belanja.
Kadang- kadang, diorang akan layan aku lebih daripada Lutfi bila diorang jumpa aku. Lutfi pula, mummy dengan daddy manjakan.
Diorang ni masing- masing macam tertukar anak pun ada.
"Alhamdulillah adik ingat, " grandpa tersenyum lega.
"Kenapa dengan diorang? " aku menyoal.
"Kalau adik nak tahu, Auntie Aurora tu adalah adik perempuan daddy. Tetapi identiti dia dirahsiakan sebab dia adalah perempuan. Identiti sebenar dia adalah anak perempuan Alessio dan juga bos kedua dalam Alessio, di bawah papa. Identiti palsu dia adalah sebagai orang kanan papa, Leviez. Kalau Marcello pula, dia memang menjadi orang kanan papa dari dulu lagi. Dulu, Alessio ramai sangat musuh. Jadi grandfather terpaksa rahsiakan tentang anak keduanya iaitu Aurora. Semua orang ingat Alessio hanya ada satu anak sahaja iaitu daddy. Tapi, takde sesiapa tahu yang Alessio ada dua anak. Nak dijadikan cerita, Auntie Aurora tu kahwin masa mummy mengandungkan kak Miranda. Lepastu mummy dengan Auntie mengandung serentak. Mummy mengandungkan Lucas-- "
"Jadi... apa kena mengena auntie dengan mummy mengandung serentak? Adik nak tahu pasal ibu ayah kandung... "
Aku terdiam terus. Kejap, macam tak kena je... Aku terus melihat grandpa.
Grandpa tersenyum, "Adik lah anak kepada Auntie Aurora dan Uncle Marcello, "
Aku terkedu. Kejap... Mother and father Lutfi tu sebenarnya ibu ayah kandung aku? Tapi kenapa kitorang dibesarkan dalam keluarga yang berbeza?
"Why? Auntie dengan uncle nak anak lelaki ke? " aku menyoal pilu.
"Tak, sweetie. Diorang cuma tak nak kehidupan adik bahaya. Kalaulah suatu hari nanti, rahsia keluarga Alessio terbongkar, adik akan berada dalam keadaan bahaya sebab adik satu- satunya anak Aurora dan Marcello. Tapi bila adik jadi anak ketiga Leviez dan Meliya, adik selamat dalam perlindungan kakak dan abang, "
"Rahsia keluarga Alessio yang masih belum terbongkar tu kewujudan Auntie Aurora sebagai anak perempuan keluarga Alessio. Maksudnya auntie ni adik daddy? "
Grandpa mengangguk.
"Leviez dipandang tinggi berbanding Aurora hanya disebabkan pangkat dia di dunia mafia.Walaupupun Aurora bukan ketua mafia seperti Leviez, harta mereka tetap dibahagi sama rata. Sebab tulah, harta adik sebenarnya tiga kali ganda daripada harta abang, kakak dan Lucas. Semuanya sebab adik saja anak Aurora. Kalau Kim tahu pasal ni, mesti keadaan akan jadi lebih huru- hara. Dia akan incar adik seorang sahaja, "
"Grandpa, apa ni? Adik tak paham-- "
"Senang cerita, adik adalah anak Aurora dan Marcello. Adik juga keturunan Alessio. Untuk Lucas pula, dia anak kepada Leviez dan Meliya. Dia keturunan Alessio dan Lions. Harta daddy dan Aurora adalah sama banyak. Tetapi bila daddy dah takde, harta dia dibahagikan untuk kesemua anaknya iaitu kakak, abang dan Lucas sama rata. Untuk Aurora iaitu ibu kandung adik, adik je anak dia. Jadi kesemua harta Aurora menjadi milik adik sepenuhnya," grandpa menjelaskan dengan lebih senang.
Maksudnya, aku ni banyak harta lah? Tapi... Diorang swap aku dengan Lutfi macam tu je?
Lagi satu...
"Maksudnya kita berdua ni takde ikatan-- "
"Siapa cakap? Pergi matilah dengan darah kerurunan semua tu. Yang penting, adik tetap cucu grandpa walau apa yang jadi sekalipun, "
Aku terus menunduk.
"Sekarang, adik dah tahu yang adik ada tanggungjawab besar untuk mempertahankan separuh harta Alessio. Jadi, grandpa nak adik lebih berhati- hati. Adik ingat lagi peristiwa 10 tahun lepas? "
Aku mengangguk perlahan.
"Peristiwa boleh berulang lagi. Jangan pelik kalau pisang berbuah dua kali. Grandpa tak nak apa- apa yang buruk jadi dekat adik. Grandpa tak nak kehilangan adik macam grandpa kehilangan mereka, "
"Mereka? " aku memandang pelik.
Grandpa tersenyum tawar, tidak ingin menjawab pertanyaanku. Aku pun tak nak lah paksa. Kang grandpa tersmackdown aku sekelip mata sebab aku push dia sangat. Bukan boleh buat gurau orang tua kuat ni.
"Abang tahu semua pasal hal ni. Adik anak angkat dan Lucas anak kandung. Macam mana abang boleh tahu? Bukan ke masa kitorang berdua lahir, abang masih 2 tahun lagi? " aku menyoal.
"Grandpa yang bagitahu dia sewaktu dia berumur 10 tahun. Setahun selepas serangan Kim. Dia perlu tahu walaupun mental dia masih tak bersedia sebab dia akan menjadi ketua Lions bila dia dah berusia 21 tahun, "
2 tahun lagi... abang akan jadi ketua Lions. Kejap... kalau Auntie Aurora dirahsiakan, kenapa Kakak Miranda tak pula? Sedangkan diorang berdua perempuan...
"Auntie Aurora-- maksud adik, mother, " aku terus menukar panggilan bila direnung grandpa.
Grandpa tersenyum, "Mesti Aurora dan Marcello gembira bila anak diorang dah tahu kebenaran dan terima semua ni dengan hati terbuka, "
Tak grandpa, tak. Adik masih belum terima semua ni. Tapi adik tak nak tunjuk.
"Lagipun, dulu adik memang panggil diorang mother father, kan? " grandpa mengsusap kepalaku.
Aku mengangguk perlahan.
"Grandpa, kalau identiti mother dirahsiakan, kenapa identiti Kakak Miranda tak? " aku keliru betul dengan masalah family aku ni. Boleh jadi sejarah dunia. Machu Picchu. Okay aku tahu takde kena mengena. Aku cuma suka bunyi perkataan tu.
"Hmm sebab bila kakak lahir je, daddy dia terus buat pengumuman yang kakak takkan tergolong dalam kumpulan Alessio. Daddy nak kesemua anak dia hidup normal. Semua pihak setuju tapi dengan perjanjian, takde siapa akan sentuh anak dia. Dan kamu semua dapat hidup normal. Tapi kakak tetap dilatih seni bela diri sejak dia berumur 4 tahun, "
Macam tak logik. Kenapa tak buat macam tu dekat mother juga? Tapi aku tak tanya banyak. Otak aku dah terlalu penat nak masukkan semua serentak.
Aku tiba- tiba teringat sesuatu.
"Lucas salahkan adik atas kematian mother father, " aku bersuara perlahan.
Grandpa terkejut, "Adik, jangan pikirkan tentang hal tu. Nanti grandpa jumpa Lucas, selesaikan hal ni. Dan adik kena tahu, ni bukan salah adik-- "
"Kalau adik yang mati haritu, mesti mother dengan father takkan terkorban kan? "
"Adik! Adik sedar tak apa yang adik cakap ni? Tolong jangan pikir macam tu. Adik masih kecil waktu tu. Adik tak minta pun jadi macam tu, kan? "
Aku hanya mendiamkan diri. Mestilah aku tak minta. Siapa je nak lalui kehidupan yang berbahaya macam tu? Siapa je nak tengok letupan, pembunuhan...
"Aurora dan Marcello bermati- matian pertahankan adik sebab adik anak mereka. Satu- satunya anak mereka. Mestilah mereka akan buat apa jua supaya adik selamat, " grandpa menyambung.
Aku mengetap bibir. Hanya mother yang mati pertahankanku. Father pula...
"Adik-- "
"Grandpa, adik keluar dulu. Grandpa rehatlah, " aku terus bangun.
"Kawan adik belum sampai. Nak grandpa suruh Helmi carikan? " grandpa menyoal lembut.
"Tak, adik jumpa diorang dekat sekolah je esok, " aku terus keluar dari bilik tanpa mendengar balasan daripada grandpa.
Keluar je daripada bilik, Uncle Helmi berdiri di hadapanku.
"Miss-- "
Aku terus berjalan, menghiraukannya.
Aku terus memasuki bilikku dengan pantas. Pintu dikunci, tidak ingin sesiapa masuk.
Aku terus menangis. Kenapa? Kenapa aku yang kena lalui semua ni?
"Jadi aku ke penyebab kematian mother father? " aku menyoal perlahan.
Kini, diriku diselubungi pemikiran negatif. Dah takde husnudzon. Semuanya hilang. Tiba- tiba pembunuh mother muncul dipikiran aku.
Aku terkedu. Setelah bertahun aku lupa wajah tu, akhirnya aku ingat. Aku ingat siapa yang bunuh ibu kandungku. Dan orang itu juga punca kematian ayah kandungku. Orang itu... terdekat denganku sekarang. Orang yang jaga aku, sayang aku...
Handphone ku berbunyi.
Aku menoleh lantas mengangkat tanpa melihat panggilan.
"Hello, "
"Awak, "
Aku tersentak mendengar suara itu. Jadi yang call aku ni...
"Danny, why? "
"Papa saya dah tangkap diorang berlima. Sama macam yang kita berdua sangkakan, "
Aku mengeluh. Jadi memang betullah sangkaan kitorang. Kim akan culik mereka berlima untuk umpan aku. Dia takkan berani nak sentuh aku melainkan aku yang keluar dari sangkar besar ni. Maksud aku, rumah agam Lions.
Cuma aku tak expect yang dia culik sekarang. Aku ingatkan dia akan tunggu Kakak Miranda balik Itali baru dia nak mula.
"Dia ada apa- apakan diorang ke? "
"Sorry but I don't know. Saya tak pernah jejakkan kaki ke sana. Just Princes yang pernah sebab saya yang suruh mereka kurung semua kawan awak. Tapi yang saya sure, mesti dia akan expose kita bertiga, "
"What? " aku terkejut.
Maksudnya, dia akan expose rahsia Teacher Irene, aku dengan Danny? Once again, aku dengan Danny dah expect yang Kim akan expose kitorang berdua termasuk Teacher Irene sekali.
But... Aku tak bersedia nak hadap diorang berlima bila diorang tahu rahsia tu. Apa aku nak jawab bila diorang tanya nanti?
Syaz mesti dah penat dengan aku.
Hara mesti takkan percayakan aku lagi.
Aisy mesti kecewa dengan aku.
Qari mesti jauhkan diri dari aku lagi.
Dan Izla... Mesti dia akan benci gila dengan aku sebab dia suka sangat dekat Danny.
Tapi aku... aku...
Damn, negatif mind, please get lost for a while!
"Dekat mana Kim sorokkan diorang? " aku menyoal lemah.
"Bangunan lama dekat hujung bandar ni, "
Oh yang bangunan usang 5 tingkat tu...
"Okay now, everything berjalan dengan lancar. Semua yang kita rancang menjadi. Papa saya dah lepaskan mama, Bunny and Kak Rin. Jadi, saya akan bawa diorang bersembunyi dekat suatu tempat dulu. Saya on the way nak ambil diorang dekat rumah yang papa kurung diorang, "
"Oh okay. Goodluck, take care, "
Jujur aku cakap yang aku terkejut bila Kim tu jenis patuh dengan janji dia. Dia janji akan lepaskan isteri dan anak- anaknya kalau Danny berjaya.
So bila Danny berjaya, dia betul- betul lepaskan? Woah betul betul tak expect.
"Awak... Awak takkan buat benda yang luar jangkaan, kan? "
Aku tersentak mendengar soalan Danny. Dia tahu ke yang aku ni...
Aku berdehem, "Maksudnya? "
Aku dengar yang Danny mengeluh.
"Maksud saya, awak takkan pergi selamatkan diorang berlima seorang diri, kan? Awak tahu yang papa saya just gunakan diorang untuk umpan awak, "
"Of course lah saya tahu. Kan kita dah bincang sebelum ni. Saya akan bagitahu family saya pasal masalah ni. Family saya akan selamatkan diorang berlima, "
"That's great. Now, bagitahu family awak pasal hal ni. Lepastu, tidur. Dah malam. Sekarang dah pukul 11. Awak tak payah pikir pasal hal ni. Nanti awak pening. Jumpa esok ye, "
Dah 11 malam? Tadi aku keluar dari bilik grandpa, aku macam perasan dah senja. So dah lama lah aku kurung dalam bilik.
"Okay... "
"Bye! Sweatdream! "
"Bye... "
Panggilan terus dimatikan. Aku bangun dan bertukar pakaian menjadi pakaian gelap.
Sorry Danny. Memang aku dah janji nak minta tolong family aku tapi...
Diorang mesti akan paksa aku putuskan persahabatan dengan ZIQHAS lepas semua ni selesai. Jadi, aku takkan minta tolong diorang. Aku sayangkan persahabatan aku dengan ZIQHAS.
Aku terus keluar tanpa membawa apa- apa kecuali lampu suluh dengan beberapa biji bateri. Yelah, kang buatnya bateri habis time aku dekat tingkat dua bangunan usang tu? Habis aku! So better sediakan payung sebelum hujan.
And paling penting, aku dah standby semua ni dari awal lagi.
Aku terus turun ke tingkat bawah. Sampai sahaja di ruang tamu, abang menegurku.
"Eh nak pergi mana ni? "
Aku tersentak lantas berhenti berjalan. Aku memandangnya, "Nak keluar, "
Aku memandang sekeliling. Eh kenapa ada makanan dekat ruang tamu ni? Setahu aku, semua makanan event ZIQHAS disediakan dekat swimming pool belakang rumah.
"Keluar ke mana? Duduk rumah je lah. Ada banyak tetamu nak datang, " abang menarikku.
"Eh? Banyak? Bukan ramai ke? " aku menyoalnya.
Abang termenung seketika, "Haa betul lah! Tapi tu tak penting! Adik ni, duduk rumah jelah. Dah malam ni! "
"Adik nak jumpa kawan lah. Abang ni pula, tetamu nak datang? Tengah malam dah ni? "
"Family kawan adik lah. Diorang call Uncle Helmi tadi, tanya pasal anak- anak diorang, "
Aku terkedu. Habislah kantoi... Tapi memang wajarlah family diorang call. Tak logik kalau family diorang terlalu percayakan family aku.
Aku menunduk, "Habistu apa yang Uncle Helmi jawab? "
"Abang yang jawabkan. Bukan Uncle Helmi, "
Aku menghembus nafas lega. Nasib baik abang yang jawab. Bolehlah dia kelentong--
"Abang cakap yang diorang sebenarnya tak datang lagi. Penat adik tunggu-- "
"APA?! " aku mencengkam kolarnya dengan kuat.
"Eh eh apa ni? Kenapa nak marah tiba- tiba? " abang kalut melihatku.
"Apa masalah abang ni huh? Tak boleh ke nak paham situasi? Kita kan dah pergi rumah diorang petang tadi. Perlu ke nak bocorkan rahsia yang adik susah payah pikir? Ingat senang ke nak dapat kepercayaan family diorang? So now, apa adik nak jawab bila family diorang sampai? " aku terus melepaskan cengkaman.
Abang kelihatan marah, "Hey! Adik ingat abang ni apa? Asyik nak paham adik je. Kalau tak nak abang musnahkan penipuan adik, adik bagi lah tahu awal- awal! Abang takde masa lah nak tilik masalah dalam diri adik. Adik lepas jumpa family diorang, ada adik bagitahu abang apa- apa? Adik just suruh abang drive ke sana sini macam driver! Abang ni takde kerja nak melayan tahu tak! Boleh tak sesekali tu berdikari, jangan nak harapkan abang je. Please hidup tu jangan jadi beban untuk orang lain, "
Aku terkedu. So selama ni dia anggap aku beban? But memang wajarlah. Dia pun tahu dari dulu lagi yang aku ni bukannya adik kandung dia. Dia sanggup drive jauh- jauh nak jumpa Lucas, adik kandung dia. Setiap bulan, dia sanggup buat semua tu.
Aku ni... Just minta dia drive ke rumah kawan- kawan aku. Just for today je. And dia dah anggap aku beban?
Looks like dia tak perasan apa yang dia cakap tadi. Biaslah, bila someone marah, dia akan keluarkan semuanya tanpa pikir panjang.
Aku malas nak bergaduh lagi, nanti lambat. Aku terus berpusing, ingin keluar.
"NAK PERGI MANA? " abang menjerit kuat.
Even kitorang dekat je, dia still jerit macam menengking. That's mean dia betul- betul marah.
"Adik dah cakap yang adik nak jumpa kawan kan? " aku terus memakai kasut.
Pintu masih terutup rapat. Aku tak mampu nak buka sendiri. Bodyguard pula ragu- ragu nak buka tapi akhirnya mereka tetap buka. Tu pun lepas aku tenung diorang je.
"Kawan adik hilang, adik nak jumpa kawan lain dekat luar? Have fun-- "
"Yes! Adik nak have fun dengan kawan lain dekat luar. Biarlah diorang berlima hilang. Bukan masalah adik, " aku memintas percakapannya.
Abang tersentak mendengar, "Zedilya Alessio! Do you even realize what are you saying just now?! "
"Yes I am! Is it wrong? I can't have another friends beside them? Diorang berlima dari dulu lagi ada kawan selain adik. Jadi kenapa bila adik dah bebas nak ada kawan selain diorang, adik kena berkepit dengan diorang je? "
"You shouldn't left your friends just like that! Just because you have new friends, you gonna abandon them? They're the one who always be with you even you have problems. Appreciate them-- "
"OH GOD JUST LEAVE ME ALONE! PLEASE JANGAN KONGKONG HIDUP AKU! KITA NI BUKANNYA FAMILY PUN! LEPAS JE AKU HABIS BELAJAR, AKU AKAN KELUAR DARI RUMAH NI! SO KAU TAK PAYAH NAK SUSAH PAYAH TOLONG BEBAN NI LAGI! KAU HADAP JELAH ADIK LELAKI YANG KAU SAYANG SANGAT TU! " Aku menjerit dengan lantang sekali.
Abang terkejut mendengarnya. Ini kali pertama aku naikkan suara macam ni dekat dia. Sebelum ni, setakat menjerit sebab bergurau tu pernahlah. Banyak kali.
But this one. It's different.
Panggilan aku dengan dia pun dah bertukar. Daripada adik-abang kepada aku-kau.
Aku mengeluh lantas keluar, "Kalau aku tahu kau suruh orang ikut aku, siap kau, "
Tanpa menunggu balasannya, aku terus menaiki motor yang sedia ada. Motor biasa je. Scooter. Setakat bawa motor tu bolehlah.
Sebelum aku memulas motorku, aku sempat melihat abang yang masih lagi terkejut di pintu utama menggunakan cermin sisi.
Aku mendecit lantas memulas. Motorku meluncur perlahan ke kawasan yang ingin aku tujui. Bangunan usang di hujung bandar ini...
(End Zedi P.O.V)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro