Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 52

Aku dan abangku duduk bertentangan di ruang tamu. Kami baru je balik daripada melawat kelima- lima rumah kawanku.

Air yang dihidang pembantu rumah langsung tidak di usik.

"So who's the other brother-- "

"Do you remember Lucas? " abangku memotongku dengan pantas.

"Yes but it's not about him. We talk about-- "

"It's him, "

Aku terdiam. Apa? Kejap kejap.

Aku memandang abangku dengan riak yang hairan.

Abang tersenyum tawar, "Lucas is the other son in Alessio family, "

"Lucas... Lucas... "

"Yes, Lucas. Your chilhood friend. Known as Lutfi, " abang membalas dengan tenang sekali.

Ya, Lutfi yang berdendam dengan Zedi tu. Haa dialah anak kedua lelaki dalam keluarga Alessio.

"Abang ada jumpa dia ke selama ni? " aku menyoal sambil menunduk.

Abang mengangguk, "Boleh dikira sebulan sekali, "

"Tapi dia cakap yang dia ada buat perjanjian takkan jumpa lagi dengan keluarga kita, " aku bersuara perlahan.

Abang ketawa kecil, "Itu cuma perjanjian antara dia dengan grandpa. Bukan dengan abang, "

"Abang jumpa dengan dia tanpa pengetahuan adik? " aku terus memandang abangku.

Abang menjongketkan keningnya, "I thought you dont even wanna meet him, "

Aku terus mendiamkan diri.

Ya, aku kalau boleh tak nak jumpa sesiapa yang melibatkan masa silam aku. Aku agak trauma dengan semua tu.

"Yeah, you're right, " aku membalas lalu menghirup air yang disediakan.

"Setahu abang, Lucas punya sekolah tu... apa eh? Royal? Ruby-- "

"Diamond High, " aku menjawab tenang.

Apa ke jadah royal ruby bagai ni. Teruk betul imaginasi abang aku sorang ni.

"Haa Diamond High! Eh wait... So that's mean both of you attend at the same school, " abang memandangku tidak percaya.

"Unfortunately, yes, " aku meletakkan minuman itu di atas meja.

Abang ketawa.

"So that's mean... He's my twin, right? " aku merenung air di dalam cawan yang dipegang.

Abang berhenti ketawa.

"Abang? " aku memandang abangku bila dia hanya mendiamkan diri.

Abang berdehem, "He's not, "

"What? What do you mean not? Both of us literally at the same age-- "

"Abang rasa adik kena tahu sesuatu yang lagi penting daripada hal tadi, " abang terus memintasku dengan pantas.

"Lagi penting? "

"Actually... "

Aku terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh abangku.

Aku menggenggam tanganku, cuba untuk mengumpul kekuatan. Bertenang, bertenang. Jangan mengamuk tak tentu pasal.

Aku terus bangun.

"Adik nak pergi mana? " abang menyoal.

"Jumpa grandpa. Tanya pasal hal ni, " aku terus berjalan tanpa menunggu respon dari abangku.

Abang pula tidak menahanku, 'She's crying, '

Sampai sahaja di bilik grandpa, aku mengetuk pintu perlahan sebanyak dua kali. Aku menunduk.

Beberapa saat kemudian, pintu dibuka. Muncul lah Uncle Helmi.

"Miss Zedi? What are you doing here? " dia menyoalku kehairanan.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku masih lagi menunduk.

"Miss Zedi, what's wrong? Your friends still not arrives? " Uncle Helmi mencangkung, ingin melihat wajahku.

"Helmi, siapa yang datang? " Grandpa hanya terbaring di katilnya.

Uncle Helmi bangun lantas memandang Grandpa. Dia menunduk hormat, "Miss Zedi, tuan, "

"Suruh dia masuk, " grandpa bangun perlahan- lahan, ingin duduk.

Yelah, cucunya datang.

Uncle Helmi bergegas ke arah grandpa, menolong tuannya bangun.

"Ish aku masih boleh bangun sendiri. Kau pergi suruh cucu aku tu masuk, " grandpa memandangku.

Uncle Helmi menunduk, "Baiklah tuan-- "

"Grandpa, is it true? " aku menyoal tetapi masih lagi menunduk.

"What is it sweetie? " Grandpa memandangku sambil tersenyum.

Aku menggenggam tanganku, mengumpul kekuatan. Aku terus memandang mereka berdua.

Mereka terkejut melihatku menangis.

Grandpa ingin bangun, berjalan ke arahku, "Kenapa kamu menangis-- "

"Am I adopted? " soalanku membuatkan mereka berdua terkaku.

Baik grandpa mahupun Uncle Helmi. Dua- dua tak mampu nak jawab soalan aku.

(End Zedi P.O.V)

******

(Aisy P.O.V)

Kami berlima kelaparan. Memang kitorang dapat makanan. Tapi hanya sekeping roti tawar dan sebotol mineral je.

"Aku lapar! " Hara menangis.

"Hara, it's okay. Tahan sekejap je, " Syaz menggosok belakang badan Hara. Syaz memeluknya.

Ya, antara kami, Hara ni boleh dikira paling manja sebenarnya. Tapi semua tak tahu sebab ditutup dengan perangai syaitan dia tu. Mungkin sebab dia ada tiga abang, diorang selalu manjakan dia. Tengoklah, nama panggilan pun honey dengan princess. Memanglah manja.

"Kedekut bhai diorang. Bagi roti tawar je. Belikan lah roti gardenia sorang sebungkus. Seringgit je satu, " Izla bersuara tidak puas hati.

"Haah tho. Belum dapat harta Alessio lagi dah tamak. Kalau dah dapat, makin tamak si tua tu nanti, " Qari mengutuk Mr. Kim.

Aku mengeluh. Dua orang ni memang tak makan samanlah! Kang didengarnya Mr. Kim tu, habislah...

"Dahlah, cuba bersyukur sikit. Kalau dia dengar, habis kita nanti, " Syaz memarahi mereka berdua.

"Zediiii lambatnya dia. Takkan dia tak perasan yang kita kena culik? Harini kan anniversary ZIQHAS. Takkan lah dia celebrate sorang- sorang! " Hara meraung.

Syaz memeluknya.

"Eh haah lah! Maksudnya, Zedi makan kek semua tu sorang- sorang je? " Izla menyoal.

"KITA DEKAT SINI DAPAT ROTI TAWAR DENGAN MINERAL, DIA DAPAT MAKAN KEK DENGAN COCKTAIL! " Qari menjerit.

Izla terkejut, "Wait you're right! It's not fair! "

Aku mengeluh lantas menarik lututku rapat ke dadaku. Aku memeluk lututku lalu membenamkan mukaku.

Stress bhai. Pleaselah pulangkan balik dua malaun ni. Aku rela kena kurung sorang- sorang.

Izla terus bangun lantas berlari ke arah pintu. Dia menendang pintu itu, "HEY! KITORANG NAK MAKAN KEK! BUKANNYA ROTI-- "

Pak!

Aku memukul badan Izla.

Izla mengaduh, "Sakitlah! "

Aku terus mencekak baju Izla, "DIAM! "

Terus diam Izla dibuatnya. Aku mengheret Izla ke tempat duduknya semula. Aku terus melempar Izla ke bawah.

"Kau bising lagi, aku smackdown kau! " aku bersuara mendatar.

Aku memandang Qari pula. Qari terus menundukkan pandangannya.

Aku terus duduk kembali di tempatku. Entah bila agaknya aku berlari ke Izla tadi. Aku pun tak perasan.

"Good job, Aisy, " Syaz tersenyum.

"The real Aisy dah keluar, " Hara bersuara perlahan. Dia masih dipeluk Syaz.

Aku menjeling Hara dengan pantas bila dengar apa yang dia cakap.

"Ek! " Hara terus membenamkan mukanya di dada Syaz, takut lah tu.

Aku mengeluh.

"Semalam Aisy yang cengeng, Hara pula okay je. Harini, Hara yang cengeng, Aisy yang garang, " Izla memandang Qari.

Qari tersenyum, "Hilang dah perangai fake diorang harini-- "

"APA KAU CAKAP? KAU NAK KENA PUKUL DENGAN AKU LAGI? " Aku memandangnya.

Izla dan Qari terus berlari ke arah Syaz. Mereka memeluk Syaz dengan erat.

"Eh eh! Sudahlah! Tulah mulut puaka masing- masing, " Syaz terumbang- ambing.

"Mana ada aku cengeng, " Hara bersuara perlahan. Tak puas hati bila dipanggil cengeng oleh Izla.

"Iya, kau cengeng, " Izla membalas.

"Mana ada! " Hara menjerit.

"Iya! Budak cengeng! " Qari menambah perisa.

"Taklah! " Hara menjerit lagi.

Syaz mendecit, "Bisinglah kau bertiga ni! "

Mereka bertiga masih lagi bertekak. Syaz dah menyampah.

Syaz menolak mereka bertiga, "Ketepi, biar aku pergi dekat-- "

"Aku nak balik. Aku belum minta maaf dekat umi, abah dengan adik- beradik aku! Aku nak balik! " aku terus menangis dengan kuat.

Mereka bertiga berhenti bertekak.

Syaz terus berlari ke arahku, "Hey hey, don't cry. Okay kita akan balik. Kan Zedi akan selamatkan kita. Kita kena percayakan dia, "

Aku mengangguk sambil lap air mata.

"Tapi, lepas kau balik je, terus minta maaf dekat family kau. Termasuk pembantu rumah yang selalu kau tengking, okay? " Syaz memandangku dengan penuh ikhlas.

Aku tersenyum lantas mengangguk, "Okay, aku janji yang aku akan minta maaf dengan semua orang, "

Syaz menepuk bahuku, "Dah tidur. Emosi kau tak stabil sekarang ni, "

Aku terus baring beralaskan peha Syaz. Mereka bertiga yang lain berlari lantas baring di kaki Syaz juga.

"Aku macam tak mention korang sekali, " Syaz memandang mereka bertiga.

Hara tersengih.

"Kitorang dah kenyang, ngantuk, " Qari menguap.

Syaz menjongketkan keningnya, "Tadi bukan main mengamuk macam tak pernah makan-- "

"Goodnight Syaz! " Izla terus tidur.

Syaz mengeluh, "Kepala hotak dia goodnight, "

Syaz tersenyum tawar sambil mengusap kepala kami berempat.

******

"Mama! Mama! " si kecil menjerit riang.

Dia berlari keliling mamanya yang berdiri di tepi katil.

"Mama, tengoklah drawing Ara! Tengoklah mama! " dia menggoncang kaki mamanya tanpa henti.

"Ara! Mama busylah! Boleh tak jangan kacau mama, " mama menolaknya ketepi.

"Hurm, " dia menunduk.

Dia terus duduk di sofa di dalam bilik mamanya. Sedang dia melukis,

"ISH! TAKKAN LAH SEMUA TAK BOLEH! "

Mama tiba- tiba mengamuk. Handphone terus dihempas kuat ke lantai. Pecah berderai handphone tu.

Dia hanya mendiamkan diri. Takut melihat mamanya marah.

"BENCILAH AKU MACAM NI! " semakin kuat mama menjerit.

Mama duduk di penjuru katil, meraup wajahnya. Mama nampak sangat tertekan.

Dia memandang perutnya yang berbunyi tiba- tiba. Dia bergegas lari ke mamanya.

"Mamaaa mamaaa, " dia menggoncang tangan mamanya dengan kuat.

"Ara, apa lagi? " mama terus memandangnya.

"Ara lapar! " dia menggosok perutnya.

Mama mengeluh, "Dah tu, nak suruh mama buat apa? Pergi lah turun dapur, suruh bibik masak, "

Mama bangun lantas mengutip handphonenya yang berkecai. Risau jika anaknya terpijak. Nanti cedera.

"Tapi... "

Mama meraup rambutnya, "Tapi apa lagi, Ara? "

Dia menunduk, "Bukan ke mama dah buang semua bibik dalam rumah? "

Mama terdiam.

Dia terus berlari ke mamanya, "Mama, Ara lapar! Janganlah termenung mama! "

Mama tersentak, "Oh, apa kata Ara makan... ni! "

Mama mengambil biskut coklat yang berada dalam begnya. Biskut tu sentiasa ada kalau anaknya tiba- tiba lapar. Lagi- lagi kalau mereka sekeluarga berjalan makan angin.

"Ara tak nak biskut ni! Ara nak makan yang lain! "

Mama meraup mukanya dengan kasar lagi, "Jom, "

Mama bergerak keluar menuju ke dapur, diikuti anaknya.

Sampai di dapur, mama membuka semua kabinet. Semua jenis snack ditunjuk ke anaknya tetapi semua ditolak.

"Habistu Ara nak makan apa? " mama memandang anaknya penuh tertekan.

"Spaghetti carbonara creamy cheese! " dia menjerit girang.

Itulah makanan kegemarannya.

"Hah? No! A big no! I'll never let you eat that, starting from today! " Mama terus menolak.

Dia terkejut, "No! Ara nak juga! Nak juga! Nak juga! "

Mama menutup telinganya, stress! Tetapi anaknya masih menjerit.

"Ara! " Mama menghentak meja dapur.

Dia berhenti menjerit.

"Just eat what I cook for you, today, " Mama terus mula memasak.

Dia terus menunduk. Tak nak cakap ya ataupun tak.

Beberapa minit kemudian, mama meletakkan makanan yang dimasaknya di atas meja.

"Mama-- "

"Makan! " mama memandangnya dingin.

Dia mengetap bibir. Nasi goreng yang berada di depan tidak di sentuh.

Mama terus membasuh pinggan dan perkakas dapur yang digunakan semasa memasak tadi.

"Ara, makan, " mama tahu anaknya tidak menjamu.

Yelah, tak dengar pun bunyi sudu berlaga dengan pinggan.

"Ara tak nak. Ara tak suka nasi ni, "

Mama mendecit lantas memandang anaknya, "Boleh tak jangan memilih! Makan jelah apa yang ada! Kamu tu duduk Malaysia! Cuba biasakan diri makan makanan dekat negara ni! Tak payah nak spaghetti je memanjang! "

Dia terkejut. Air matanya menitis.

"TAK NAK! ARA TAK NAK! ARA TAK SUKA MAMA! MAMA JAHAT! JAHAT-- "

"HEY! " Mama merentap tangan anaknya.

"Mama-- "

"Apa masalah kau ni hah?! Kau yang kata kau lapar. Bila aku dah masak, makan jelah! Bukannya aku suruh kau mengemis dekat tepi jalan minta duit untuk beli makanan! " mama menengking.

Dia terkejut lantas menangis dengan kuat.

Mama terus menutup telinganya, "Bisinglah! "

Mama pantas berlari ke arah sinki. Mama terus mengambil sebilah pisau.

Mama terus menghalakan pisau itu ke anaknya yang masih menangis.

"BAIK KAU DIAM! "

"Mama jahat! Mama tak sayang Ara! Auntie Dahlia selalu masakkan Ara spaghetti tapi mama tak pernah masakkan sekali pun! "

Mama tersentak.

Dahlia? P.A suaminya? Janda tiga anak tu?

Mama semakin tertekan, "DIAM! KAU JANGAN BERANI NAK SEBUT NAMA PEREMPUAN TAK GUNA TU DEPAN AKU! KAU DENGAN BAPAK KAU SAMA JE! "

"Ara tak suka mama! Ara tak nak duduk dengan mama! "

"HABISTU KAU DUDUK DENGAN PEREMPUAN TU? PERGILAH! HIDUP AKU LAGI AMAN TAKDE KAU-- "

"SABRINA! "

Mama dan si kecil memandang. Seorang lelaki berkemeja dan seorang wanita bertudung berlari ke arah mereka.

"Papaaaaaa! " dia terus dipeluk lelaki itu, ayahnya.

"Wah! Sekarang dah berani bawa perempuan ni balik? " mama menunjuk wanita itu menggunakan pisau yang dipegangnya.

"Sabrina, letak pisau tu, " suaminya bersuara lembut.

"Kenapa pula? Bukannya saya nak bunuh buah hati abang pun, " mama bermain- main.

"Sabrina tolonglah, kita boleh bincang-- "

"Bincang apa? Bincang pasal perkahwinan abang dengan dia? " mama memintas papa.

Papa dan P.A nya terkejut.

"Puan, apa yang puan cakap ni-- "

"KAU DIAM! Orang luar macam kau, tak layak masuk campur, " mama memandangnya dingin.

P.A papa terus terdiam. Ini lah Auntie Dahlia yang disebut anaknya tadi.

"SABRINA! ABANG TAK PERNAH DIDIK ISTERI ABANG KURANG AJAR DENGAN ORANG LAIN! "

"Oh abang dah pandai nak tengking saya? Sebab saya panggil dengan dia orang luar? " mama memandang papa pula.

"Apa yang kamu merepek ni? Perkahwinan apa? Kalau kamu ada masalah, kita bincang elok- elok. Tak guna nak marah- marah macam ni-- "

"BAGUSLAH! BILA SAYA JADI ORANG GILA MACAM NI, BARU ABANG NAK PANDANG! BARU ABANG NAK AMBIL BERAT! TAK GUNA BINCANG ELOK- ELOK DENGAN ABANG! " mama menengking dengan kuat sekali.

Auntie Dahlia berdiri di depan mama, "Puan, tolong bertenang. Istighfar banyak- banyak, puan. Kan ada anak dekat sini, tak elok kalau bergaduh depan dia-- ARGH! "

Mama menampar Auntie Dahlia dengan kuat sekali. Terjatuh Auntie Dahlia dengan tamparan mama. Nasib baik tangan yang tak pegang pisau bergerak. Kalau yang pegang pisau bergerak, habislah...

"DAHLIA! " papa bergegas mendapatkan pekerjanya.

Baru je papa ingin membantu Auntie Dahlia bangun,

"Tak mengapa, tuan. Saya boleh berdiri sendiri, "

"Dahlia, tolong jagakan anak saya, "

Auntie Dahlia mengangguk lantas memegang anak kecil itu.

"Auntie... "

Auntie Dahlia tersenyum, "Ara, Ara duduk dengan Auntie je ye, "

Si kecil tersenyum lantas mengangguk.

Papa terus berdiri di depan mama, "Hentikan perangai buruk kamu ni! "

Mama ketawa, "Kenapa? Kalau saya tak henti sekarang, abang nak buat apa? Ceraikan saya? Cerailah! "

"Kamu jangan cabar abang, Sabrina! "

Mama ketawa, "Ya saya cabar abang! Ceraikan jelah saya ni! Buang je saya ni! "

Papa menggenggam tanganya, cuba menahan sabar.

"Papaaaa, " si kecil menangis apabila mendengar apa yang dikatakan mamanya.

Papa memandang ke arah anak dan pekerjanya.

"Tuan, jangan tuan, " Auntie Dahlia menggeleng, tidak menginginkan peristiwa itu berlaku.

Papa mengeluh.

"Tunggu apa lagi? Cerailah! Takkan nak tunggu matahari terbenam baru nak cerai-- "

"Sabrina binti Dato' Kazem, aku ceraikan kau dengan talak satu! "

Situasi hening.

"Tuan... "

"Papaa... "

Mama ketawa besar, "Bagus! Aku memang dah lama nak berambus dari rumah ni! Hidup macam neraka! Kau kahwinlah dengan perempuan tak guna tu! "

Mama terus berjalan. Namun dia terhenti apabila anaknya menarik kakinya.

"Apa ni! " mama menjerit.

"Mama, Ara minta maaf! Mama janganlah tinggalkan Ara! "

"Kau yang nak sangat perempuan tu, kau pergi lah dekat dia! Suruh dia masakkan spaghetti setiap hari. Kau dengan bapak kau, sama je! Menyakitkan hati aku dari dulu lagi! "

"Mamaaaa! " dia tetap memeluk kaki mamanya.

"Lepaslah! Aku rimas tahu tak! "

"Mamaaaaa-- "

"DIAM! " mama menolak di menggunakan kedua tangannya.

Tik tik.

Semua tersentak. Mereka melihat anak kecil yang memeluk mamanya itu jatuh. Dengan darah yang mengalir dalam perut. Pisau yang berdarah di hujungnya.

"SABRINAAAAA! " papa menjerit lantas mengangkat anaknya.

"Papaaaaa sakittt! " dia menjerit kesakitan.

"Sabar ya sayang, anak papa kuatkan? " papa memujuk.

"Puan, saya tak sangka cemburu buta puan tu sampai begini, " Auntie Dahlia memandang sayu.

Papa serta Auntie Dahlia keluar dari rumah, menuju ke hospital berdekatan.

Mama terkejut, "Tak tak! Aku tak bunuh! Aku tak bunuh! "

Mama terus berlari ke luar rumah, ingin balik ke rumah keluarganya.

Dia takut, dia tak mahu masuk penjara. Dia tak sengaja tikam anak sendiri. Dia lupa yang dia masih pegang pisau tu.

"AAARGH! " aku menjerit.

Ya, aku. Aisy!

Aku dah terduduk. Mimpi tadi...

Aku terus selak bajuku. Ada kesan parut di perutku. Aku tersentak.

Jadi budak dalam mimpi yang kena tikam dengan mak dia sendiri tu aku? Sebab tulah aku ada parut. Jadi betullah apa yang aku dengar masa abah dengan umi berbual.

Mama cuba nak bunuh aku? Tapi bukan ke dalam mimpi tu mama tak sengaja...

Aku mengambil nafas, ingin bertenang.

Aku dah tukar panggilan dari papa ke abah bila aku asyik dapat mimpi ngeri. Waktu tu, aku umur 11 tahun. Setiap hari mimpi ngeri. Ada perempuan kejar aku guna pisau sambil minta maaf.

Sejak tu, papa suruh panggil dia guna abah. Mula- mula tak logik tapi menjadi pula. Aku tidur dah nyenyak.

Mungkin sebab panggilan papa ni terkait dengan mama. Aku tak boleh lupakan mama dulu.

Abah pun baru berapa bulan kahwin dengan Auntie Dahlia-- maksud aku, umi.

Ya, Auntie Dahlia lah umi. Ibu tiri aku.

Yang aku ingat, bila umi ajak anak dia duduk serumah dengan aku dan abah, aku tak terima. Aku mengamuk. Umi serba salah tapi abah suruh juga umi duduk serumah.

Kata abah, aku akan biasa tinggal dengan diorang bila dah selalu main sama- sama. Tapi tak menjadi langsung. Aku tak nak main dengan diorang.

Walaupun dulu aku sayang umi, tapi sekarang aku salahkan dia atas penceraian mama dengan abah.

Ya, aku mengaku ni semua salah aku. Jadi lepas je selamat, aku akan minta maaf sampailah diorang maafkan dan terima aku. Lantaklah apa yang jadi dekat mama. Aku tak nak ambil tahu. Dia kan dah hidup bahagia dengan keluarga dia yang kaya raya tu.

Aku mengeluh lantas memandang Syaz yang tidur sambil duduk.

"Dia ni tak sakit ke leher? " aku bersuara perlahan.

Aku menarik kepala Syaz, menyandarkan kepala dia di bahu aku. Tadi aku dah puas tidur. Kali ni, biarlah Syaz pula tidur. Mesti badan dia sakit sebab jadi bantal tak berbayar kitorang berempat.

Kalau lagi tiga tu, tidur je tahu.

Syaz menggerakkan kepalanya ke tempat dia semula. Dia sambung tidur sambil duduk.

Aku pula menarik kepalanya ke bahuku kembali. Syaz duduk kembali. Aku mendecit.

"Apa masalah malaun sorang ni, " aku memandangnya.

Prak!

Aku terkebil- kebil bila leher dia berbunyi. Ya, aku tarik dengan paksaan. Tapi Syaz dah tak melawan.

Alhamdulillah...

"Lantaklah bunyi ke meletup ke... Janji leher dia tak patah, " aku bersuara selamba.

(End Aisy P.O.V)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro