Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 49

Pap!

Aku menampar pipiku, kuat juga. Bolehlah sampai abang aku yang tengah berak tu pun dengar.

Ya, still pov aku. Zedi yang baik lagikan cantik.

"Are you okay? " akak di depanku memandang risau.

Aku berdehem, "Saya okay, kak. Cuma tulah, saya rasa saya terlelap sikit tadi masa akak cakap something. Mimpinya pun agak aneh, "

"Mimpi? " dia memandangku hairan.

"Saya just mimpi yang akak ni actually kakak saya. Biasalah, saya punya kemahuan nak ada kakak tu sampai termimpi, depan tetamu pula tu, " aku bersuara tenang. Ya, setenang- tenang lautan segi tiga bermuda.

"Actually you're not dreaming. It's true, I'm your sister-- "

Pap! Pap!

Aku mengaduh kesakitan. Kali ni, dua kali aku tampar pipi aku sendiri. Kiri dan kanan.

"Maafkan saya sekali lagi. Saya dulu tak percaya tentang hal ni. Saya ingat hanya mitos semata tetapi bila dah kena dekat batang hidung sendiri, baru saya percaya, " aku kembali duduk dengan tegak.

Mereka bertiga memandangku risau. Mungkin diorang ingat aku ni pesakit tanjung rambutan yang baru je lari.

"Mitos? " akak itu menyoalku.

"Yup, " dengan tenang, aku menjawab. Tenang sebagaimana aku menjawab addmath masa form 4. Ya, sangat tenang sampaikan nak tercabut semua rambut aku.

"Ia bukan mitos, akak memang kakak kandung-- "

"Bukan! Maksud saya, mitosnya adalah mimpi dalam mimpi, " aku memotong percakapannya.

Mereka bertiga tercengang. Mungkin tak paham apa yang aku cakap.

"Sekali lagi saya mimpi yang akak cakap kita ni adik- beradik. Dua kali saya mimpi dalam masa 5 minit je, " aku menerangkan dengan senyuman yang agak manis.

"It's not! It is-- "

Aku mengangkat kedua tanganku separas pipiku. Bersedia ingin menampar pipiku buat kali ketiga.

Akak itu terus terdiam dan mengalah apabila dia nampak perlakuan ku.

"Just forget about it, " dia terus diam.

Aku tersenyum kemenangan, 1-0. Aku dah menang, lagi dua tu nanti aku settle.

Kami hanya diam, masing- masing tak tahu nak cakap apa. Aku pun dah lupa nak call ZIQHAS. Bagilah topup aku rehat kejap.

"Kawan- kawan~ Kenapa diam kawan- kawan~ "

Suara yang teramat jengkel. Aku tak toleh pun dah tau siapa tu.

Abang akulah, siapa lagi? Dia terus duduk di sebelahku.

"Apahal lama sangat? Abang berborak sekali dengan taik tu ke? " aku menyoal.

Dia baru saja nak ambil secawan air terus berhenti lantas memandangku, "Haah, abang tanya dia. Apakah faktor yang menyebabkan dia terpilih untuk keluar dari badan abang tapi dia tak jawab. Lama juga abang tunggu. Penat dipalau, abang terus flush. Biar dia menikmati air yang deras, "

"Samalah, adik pun kena palau dengan member. Kenapalah kita berdua ni dari dulu bernasib malang, " aku bersimpati dengan diriku. Simpati diri sendiri je. Orang lain lantaklah.

"Takpelah, janji kita berdua bersama. Semuanya takde masalah, " abangku memegang tapak tanganku lalu diusap.

Aku tersenyum tawar. Tiber nak feeling sedih pula. Seseorang berdehem. Kami berdua menoleh.

Abang terkejut, "Astaga! Tak balik lagi rupanya-- " abang terus menutup mulutnya.

Aku menahan tawa. Abangku menunduk. Aduhai, nampak sangat nak tetamu ni berambus. Sangat tidak bertamadun. Aku ni punyalah tahan diri nak terbalikkan meja semua, dia boleh selamba cakap macam tu.

"Maafkan saya, " abang bersuara tanpa memandang tetamu di depan.

"Tak mengapa. Small matter, " akak itu tersenyum.

Pergh, cool bhai.

Abang terus mengambil secawan hot chocolate. Cepat betul berubah mood. Terus hilang rasa malu dia tadi. Dia baru sahaja nak hirup,

"Ha lepastu berak lagi, " aku bersuara.

Dia menoleh ke arahku, "Takpe, boleh jumpa awek lain pula, "

Aku membuat muka geli bila aku paham maksud awek yang dia mention. Taik dialah, apa lagi. Dia punya tahap single sampai taik pun nak try.

"So apa yang dibualkan dari tadi? Ke senyap je? " abangku menyoal lalu dia pun menghirup hot chocolate.

Aku menyandarkan badanku di sofa dengan lemah, "Sesuatu yang tak dijangka dan susah untuk dihadam, "

Abangku berhenti minum lantas memandangku, "Apa dia? "

Aku memuncungkan bibirku ke arah akak di depan kami atau lebih dikenali sebagai kakak kandung kami.

Abangku terus memandang akak itu. Dia memandang dengan harapan untuk mendapat jawapan.

Akak itu menarik nafas, "Seperti mana yang akak bagitahu dekat adik kita-- "

"Wait wait wait a second! Adik kita? Adik? Kita? Siapa adik kita? " abangku berhenti minum tetapi masih memegang cawannya. Kalut betul tu.

Akak itu menunjukku. Makin peliklah abang aku. Aku pula hanya diam memandang mereka semua, pernart.

"Haa? " itu je respon yang dia bagi. Dia kembali memandang akak itu.

"What do you mean adik kita? " dia kembali menghirup hot chocolatenya.

Akak itu ketawa kecil, "That's mean, I'm your sister. We are siblings, three of us. And I'm the older one, "

Puft!

Abangku tersembur apabila aku menampar pipinya. Ya, aku tampar dia masa dia tengah minum.

Abangku meletakkan cawannya di atas meja lantas memandangku, "What was that for? "

"Urm, bangun dari mimpi? " aku menjongketkan keningku sedikit.

"Mimpi? Mimpi apa pula? " abangku memandang hairan.

"Because she said that she's our sister, " aku menjawab polos. Alhamdulilah, speaking aku gempak sikit.

Aku boleh je nak berspeaking tapi tulah, ada masa dia punya tahap terlalu perfect. Ada masa englishnya terlalu ke laut. Grammar yang payah tu.

"So you thought that you're dreaming? " abangku menyoalku.

Aku diam seketika lantas menutup mataku. Beberapa saat kemudian, baru aku menganggukkan kepalaku.

"Why you respon so late-- Uh huh! Sorry sorry! " abangku menepuk bahuku perlahan.

Ya, dia tahu aku ni agak lembap dalam english.

Dia kembali memandang akak itu, "So berbalik kepada topik karut kita, you're our sister? "

Akak itu bangun, "Yes, " dia berjalan menuju ke arah kami berdua. Atau lebih betulnya, ke arah aku.

Aku yang tengah sandar di sofa tiba- tiba dipeluk dari belakang.

"Look at our face. Isn't it same, Rios? " akak itu menyoal.

Aku hanya pelik. Cakap je dahlah, tak payah nak peluk. I ni malu nak dipeluk- peluk.

Rios... Nama sebenar abangku. Marzrios Afleydoz Alessio. Ya, itulah nama dia. Pelik, kan? Teramat pelik. Berbelit lidah aku bila sebut.

Aku pula Marine Afriendz Alessio. Yang aku dapat tahu dari grandpa, nama kitorang berdua yang pelik ni dari atuk nenek belah ayah aku. Means, yang dah arwahlah.

Nama Zedilya dan Naim pula nama pilihan mama papa aku lepas kitorang duduk dekat Malaysia.

"Siapa lagi cantik? " aku menyoal abangku tiba- tiba.

Abangku terdiam. Dia memandangku dan akak itu bersilih ganti. Dia dah kalut, tak tahu nak jawab apa. Dua- dua sama.

Kakak itu ketawa kecil, "Of courselah adik kita kan, Rios? Before that, my name is Miranda, "

"Akak beranda-- "

"Akak keranda-- "

"Miranda, " dia terus memotong, membetulkan panggilan dari kami berdua.

"Oh maafkan saya. Kak Miranda, ummmm... "

Aku merungkaikan pukan itu lantas menoleh ke arah kakak kami, "Panggil kakak jelah, payah nak bernama- nama bagai. Dah lah panjang, " ceh takde lah panjang mana.

"Alright, " Miranda terus mengusap kepalaku dan abangku tanpa henti.

"My cute siblings, " dia tersenyum. Bahagia mungkin?

Mesti korang pelik kenapa kitorang boleh terima dia macam tu je? Kitorang pun pelik. Nak cakap terima, tak. Nak cakap tak terima pun, tak.

Fikir logik, bukan sembarangan orang boleh masuk ke perkarangan rumah kitorang sesuka hati. Nak masuk lepas pagar, mesti ada kebenaran daripada granpda mahupun uncle Helmi. Diorang pula selamba badak je masuk.

Kitorang ingat yang kitorang ada kakak nama Miranda. Tapi kitorang ingatkan dia dah mati akibat serangan tu. Rupanya hidup lagi. Liat nyawa dia.

Lepastu baru- baru ni, Uncle Helmi ada bagi pesanan daripada grandpa untuk kitorang.

'Kalau ada seorang perempuan yang tinggi memakai topeng, lari. Dia kakak kamu. Musuh tak boleh tahu kamu berdua keturunan Alessio hanya disebabkan kamu jumpa kakak kamu, '

Itulah pesanannya. Cuma sekarang dia datang tanpa topeng, nama dia Miranda dan mukanya sama dengan aku. Kitorang cuma suspicious sikit je dengan dia tapi dia memang kakak kitorang.

Aku memandang abangku, abangku memandangku. Alhamdulillah, kusut rambut kitorang dia kerjakan. Dia punya usap kepala tu sampai nak terpatah leher kitorang.

Ni ke definisi sentuhan ketua mafia? Tapi grandpa tak macam ni pun...

Kak keranda-- maksud aku Miranda memeluk bahu kami berdua, menarik kami merapatinya. Dia berada di tengah- tengah, antara kami berdua.

"So how's life? " dia menyoal sambil melagakan pipinya dengan pipi kami.

"Terrible-- "

"Who hurt you? " Kak Miranda terus memintas abangku. Dia terus berhenti melagakan pipinya dan memandang abangku di sebelah kirinya. Tangannya mencengkam kuat bahu kamu berdua.

Aku mengaduh perlahan. Jujur aku cakap, sakit. Cengkaman daripada akak hot mafia ni bukan kaleng- kaleng. Nak patah skapula aku dibuatnya. Macam mana nak jawab SPM kalau takde skapula? Takkan nak bagi jawapan dekat pengawas lepastu biar diorang ingat. Bila nak tanda paper aku, cuba ingat balik jawapan aku. Kalau tak ingat, jawabkan jelah jawapan yang betul.

Eh bagus juga, boleh score straight A+. Aku menoleh ke arah kakakku yang baru je diiktraf beberapa minit tadi. Boleh juga suruh dia cengkam bahu aku kuat- kuat sampai patah. Boleh dapat straight A+ SPM ni.

Nak try tak? Eh kejap, yang aku peliknya, abang aku yang jawab terrible. Asal aku juga kena cengkam kuat- kuat?

Abang tercengang seketika sambil ternganga, "Terrible terrible, she's a villain, " dia terus menyanyi.

Kak Miranda ketawa mendengarnya manakala aku hanya memandang abangku dengan riak yang aku pun tak tahu nak cakap macam mana.

Jadi aku korbankan skapula aku hanya untuk dia menyanyi lagu bella poarch je? Abang siapa ni? Yang pasti bukan abang aku.

"So... kenapa baru sekarang? " aku memandang kakakku.

Kakak terus meleraikan cengkamannya lantas memandangku, "What do you mean? "

"Dah bertahun- tahun peristiwa tu berlaku. Kenapa baru sekarang cari kitorang? " aku melihat matanya, nak pastikan dia takkan menipu.

Kakak tersenyum tawar, "After that incident, grandfather don't even allowed me to find you guys. He said that something bad will happen if I approach you guys, "

"Something like in the past? " abang mencelah.

"Yes. And I'm afraid that it'll happen again. That's why I stop finding you guys... "

Kakak menarik kami berdua kedalam pelukannya, "But don't worry! Now, I'm already here! I'll always protect both of you, mummy and daddy. I promise! I'll protect-- "

"They already gone, " abang memintas.

Pelukan terlerai, "What? " kakak memandang kami berdua silih ganti.

Aku menunduk, menahan tangisan. Abang pula membalas pandangan kakak.

"I said... They already gone, "

Kakak terkedu, "You... You're kidding, right? "

Abang hanya mendiamkan diri. Kakak terkejut apabila abang tidak menjawab, menunjukkan bahawa dia tidak bergurau.

"Marine, that's a lie, right? " kakak memandangku.

Aku terus menangis, "They got killed infront of our eyes, "

Kakak terdiam mendengar hal itu. Mummy and daddy died? And I don't know about this?

"What happen that day? " Kakak memandang abang, menginginkan jawapan.

Abang mengeluh, "It's happen when we just arrive in Malaysia after a few days... "

Zedi, Lutfi dan Naim berkejaran di taman permainan. Taman itu terletak berdekatan dengan rumah sewa mereka. Ya, mereka hanya duduk di rumah sewa setingkat. Boleh dikatakan rumah mereka tu berjauhan dengan rumah lain. Macam dekat kampung gituw

Mereka sekeluarga juga baru tiba di Malaysia. Tiada sesiapa tahu tentang ketibaan mereka. Hanya grandfather je yang tahu. Even grandpa tak tahu tentang ketibaan mereka.

Grandfather merupakan ayah kepada daddy mereka. Dikira atuk belah daddy manakala grandpa pula atuk belah mummy.

Apa yang mereka bertiga paham, ini semua untuk elakkan musuh tahu keberadaan mereka. Lebih- lebih lagi selepas rumah agam mereka di Itali diserang. Lebih baik sembunyi dahulu. Keselamatan keluarga lebih penting.

Tiba- tiba Naim memegang tangan Zedi dan Lutfi.

"Abang?"

"Jom balik rumah, " Naim tersenyum manis. Lucas mengangguk.

"Tapi adik nak main lagi! " Zedi merengek.

"Esok kita datang lagi ye, " Naim memujuknya.

Zedi mengangguk. Naim lantas mendukung adiknya, Zedi. Tangan Lucas pula dipimpin erat. Dia pun berjalan dengan pantas ke rumah mereka.

"Abang... " Zedi memanggil.

"Yes, sweetie? "

"Kenapa abang laju sangat? " Zedi menyoal.

Naim ketawa kecil, "Haha, abang saja nak bersenam, " Naim menoleh ke belakang namun kakinya masih berjalan dengan pantas.

"Huh? Kenapa abang-- " belum sempat Zedi menoleh ke belakang, Naim terus berlari laju. Zedi terus memegangnya dengan kuat. Takut jatuh. Lucas pula menggenggam tangan Naim dengan kuat. Dia juga ikut berlari.

"Ada orang ikut kita ke, abang? " Lutfi menyoal. Naim hanya tersenyum.

"Abang! Kenapa ni? " Zedi cemas. Peristiwa minggu lepas terbayang di mindanya.

Letupan... Kebakaran... Tembakan... Kematian...

"Don't worry. Abang akan lindungi koranh. Tak ada sesiapa boleh sentuh korang berdua, okay? " Naim terus berlari dengan pantas.

Akhirnya mereka tiba di rumah mereka.

"Mummy! Daddy! " Naim menjerit lantas masuk ke rumah dan mengunci pintu. Zedi dan Lucas diletakkan di sofa.

"Mummy! Daddy! " sekali lagi Naim menjerit.

"Kenapa ni? " Daddy muncul dari dapur bersama mummy.

"Ada orang... ikut kitorang, " Naim menjawab.

Daddy dan mummy terkejut mendengarnya. Mereka lantas berlari ke arah anak mereka. Mummy membelek Zedi dan Lutfi, mencari kecederaan.

Daddy pula menyoal Naim, "Abang pasti orang tu ikut korang? "

"Yes, dia pandang je masa kitorang main dekat taman , " Naim menjawab dengan tenang.

"Leviez, apa patut kita buat sekarang? " Mummy menyoal cemas.

Daddy memandang kami berempat lantas dia pun bangun. Dia berjalan ke arah tingkap. Dia terkejut apabila dia melihat rumah kami dikepung beberapa orang. Daddy terus berlari ke arah kami.

"Meliya... Diorang dah ada, " Daddy memegang bahu mummy sambil tersenyum tawar.

Mummy terkejut, "Habistu macam mana dengan anak- anak? Mereka bertiga ni masih kecil lagi. Tolonglah, saya tak nak kehilangan anak lagi. Jadi... kita akan lawan, kan? "

Daddy tersenyum tawar, "Tak, awak kena bawa mereka bertiga, lari dari sini! Selamatkan diri! Saya boleh tahan diorang sementara awak selamatkan anak- anak, "

Zedi, Lutfi dan Naim hanya memandang mummy dan daddy mereka.

"Saya akan lawan juga! Awak lupa ke dulu saya ni pernah jadi ketua mafia juga? Saya dah penat jadi lemah dan beban macam haritu,  " mummy memandang daddy, menginginkan persetujuan.

"Kita tak ada pistol. Jadi susah untuk awak berlawan. Hanya pedang-- "

"Saya boleh! Saya selalu training guna pedang sewaktu saya remaja, " mummy memotong percakapan daddy.

"Tapi macam mana dengan mereka? " daddy dan mummy memandang Zedi, Lutfi dan Naim.

"Mummy? " Zedi memanggil polos.

Mummy menggemam bibirnya.

"Meliya, dengar sini. Awak kena pergi sekarang. Pergi ke papa awak. Dia boleh lindungi awak semua, " daddy masih cuba untuk memujuk mummy untuk lari.

"Saya tahu awak buntu tapi tolong pikirkan  tentang anak- anak. Kita baru je kehilangan seorang anak perempuan kita. Dengan Aurora dan Marcello... Saya tak nak kita hilang yang lain. Tolonglah, saya mohon... " daddy memandang mummy sayu.

Tanpa membalas, mummy terus menarik Zedi, Lutfi dan Naim ke dapur. Lari mengikut pintu belakang.

"Baguslah, " daddy tersenyum.

"MELIYA! SAYA SAYANG AWAK SANGAT- SANGAT! TOLONG JAGAKAN ANAK- ANAK, "

Mummy menahan tangisan apabila mendengarnya. Sampai sahaja di dapur, mummy terus berhenti.

"Mummy, kenapa berhenti? Pintu dekat situ-- "

Mummy mengcengkam bahu Naim dengan pantas, "Abang! Dengar sini! "

"Ambil phone ni. Mummy nak abang call grandpa sampai grandpa jawab! Minta tolong grandpa! Cakap dengan grandpa, kita kena serang! " Mummy menyerahkan Nokia yang bapa mertuanya bagi. Dia ingat lagi pesanan bapa mertuanya. 'Gunakan untuk kecemasan je'. Jadi, sekarang ni kecemasankan?

"Mummy... bukan ke daddy suruh mummy bawa kitorang ke grandpa? Kenapa mummy suruh abang call grandpa kesini? Mummy nak pergi mana? " Zedi menggongcang tangan mummynya.

Mummy menunduk lantas memeluk mereka bertiga. Mummy menangis.

"Mummy minta maaf, sayang. Mummy tak boleh tinggalkan daddy lawan sendirian. Tolong tunggu kejap je. Mummy yakin, grandpa akan datang selamatkan kamu bertiga, "

Mummy mencium Zedi dan Naim tanpa henti. Lutfi juga diciumnya. Air matanya tidak berhenti mengalir dari tadi.

"Tunggu dekat sini! Jangan pergi mana- mana! Kita diserang ramai musuh. Dan abang, walau apapun jadi dekat mummy dengan daddy, abang kena jaga adik dan Lutfi. Lindungi diorang. Jangan bagi diorang pergi ke mana- mana. Tunggu sampai grandpa datang. Dan pastikan grandpa jawab call. Paham? "

Naim mengangguk, "Ya mummy. Abang akan lindungi diorang, "

Mama tersenyum tawar mendengarnya, "Mummy minta maaf sebab gagal jadi ibu yang baik. Maafkan mummy dengan daddy sebab kamu bertiga terpaksa hadap semua ni dari kecil lagi. Walau apa jadi sekalipun, ingatlah yang mummy dan daddy sentiasa sayang kamu bertiga, "

Mummy mencium Zedi, Lutfi dan Naim buat kali terakhir. Mummy lantas berlari ke arah ruang tamu, ingin melawan musuh bersama daddy.

"Abang... Kita kena hadap benda yang sama macam haritu ke? "

Naim menoleh ke arah Zedi di sebelahnya. Naim tersenyum tawar. Lucas dan Zedi ditarik lembut ke sebelahnya.

"Sweetie... Walau apa sekalipun, duduk sebelah abang ye? " Naim memeluk Zedi lantas dia pun call grandpa, seperti yang diarahkan mummy mereka.

Beberapa kali juga dia call akhirnya baru dijawab.

"Hel-- "

"Grandpa! Ni Rios! " Naik berkata laju.

"RIOS! KAMU KE TU? OH MY GOD! KAMU PERGI MANA? PUAS GRANDPA DAN YANG LAIN CARI KAMU SEKELUARGA! "

"Grandpa! Tolong kitorang... " Naim ingin menangis tetapi dia kuatkan hati. Dia tak nak tunjuk yang dia lemah depan adik- adiknya.

"Hey hey! Kenapa ni? Bagitahu grandpa masalah kamu. Kamu dekat mana? " grandpa cuba untuk menenangkan Naim.

"Malaysia... "

"APA? KAMU DAH ADA DEKAT MALAYSIA TAPI TAK BAGITAHU GRANDPA? MANA MUMMY? DADDY? "

Bang!

Zedi menjerit, "Abang! Daddy kena tembak! "

Naim terkedu melihat daddy mereka ditembak dibahu. Mereka dapat melihat semuanya dari dapur.

"RIOS! APA JADI? RINE ADA DENGAN KAMU KE? MACAM MANA DENGAN LUCAS? KENAPA GRANDPA DENGAR BUNYI TEMBAKAN-- "

"Grandpa tolong selamatkan kitorang! Kitorang kena serang! Mummy dengan daddy tengah lawan tapi diorang hanya ada dua pedang je. Musuh ada pistol. Lepastu diorang ramai! "

"APA?! KENA SERANG?! GRANDPA DATANG SEKARANG! KAMU, RINE DENGAN LUCAS, SEMBUNYI DEKAT TEMPAT SELAMAT! "

"... okay... " Talian terus mati.

"Abang, grandpa datang? "

Naim memandang Zedi yang memeluknya. Naim mencium dahi Zedi, "Kejap lagi grandpa sampai. Kita tunggu dulu eh, "

Lutfi mengangguk paham. Naim tersenyum tawar lantas dia menarik Lutfi ke dalam pelukan.

"Tapi macam mana dengan mummy daddy? " Zedi menunjuk ruang tamu.

Naim terdiam, dia makin mengeratkan pelukan. Dia tidak ingin adik- adiknya lari ke ruang tamu. Tiba- tiba, mereka lihat mummy jatuh, badannya penuh dengan darah.

"Mummyyyyy! " Zedi ingin lari ke mummynya tetapi Naim menghalang.

"Mummyyyyy! Sini! Sini selamat! " Zedi menjerit sambil menangis. Lutfi hanya menangis, takut untuk melihat.

Namun mummy tidak memandang mereka, dia juga tidak mampu bergerak.

"Mummy-- "

"Shh, nanti diorang tahu kita dekat sini, " Naim menekup mulut adiknya perlahan.

Mereka terkejut apabila daddy pula tewas. Daddy terjatuh apabila terkena tembakan di perut dan betisnya.

"Daddyyyyyyy! "

Naim menangis manakala Zedi meronta- ronta, ingin pergi ke mummy dan daddynya.

Daddy memandang mereka lantas mengatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Namun, Naim paham akan isyarat mulut itu.

'Protect them, '

Naim menangis sambil mengangguk. Daddy tersenyum melihat balasan Naim. Dengan kudrat yang ada, dia bangun lantas berlari ke mummy. Kesakitan yang dia rasa diabaikan.

Daddy terus baring di atas mummy, ingin melindungi isterinya dari musuh. Mummy pula sudah di hujung nyawa, pernafasannya tidak stabil. Dia kehilangan banyak sangat darah.

"Meliya, I'm here, " daddy memeluk mummy.

Mummy cuba ingin mengatakan sesuatu namun pernafasannya yang tidak stabil menyukarkan dia untuk bicara.

"I-- I'm sor-- sorry, " Itu yang diucap.

Daddy menahan air matanya, "Hey, it's not your fault. I'm the one who should apologized. I can't even protect my family, "

Daddy mencium dahi mummy. Air mata mummy keluar namun tiada bunyi esakan.

"You don't need to force yourself. Your dad will arrive soon and save them, " daddy memujuk mummy yang cuba sedaya upaya untuk bernafas.

Mummy sangat risau akan anak- anaknya. Bagaimana jika dia mati sekarang? Bagaimana jika anak- anaknya jatuh ke dalam tangan musuh? Bagaimana--

"STAY AWAY! "

Daddy terus menoleh ke arah anak- anaknya dengan pantas apabila suara Naim kedengaran. Mummy pula cuba sedaya upaya menoleh denagn perlahan.

Mereka terkejut apabila musuh mereka mendekati anak- anak mereka. Lutfi dan Zedi sudah berpelukan. Naim berdiri di hadapan mereka, lindungi mereka.

Daddy cuba bangun, "JANGAN KAU BERANI SENTUH ANAK- ANAK AKU! "

Salah seorang daripada mereka ketawa. Dia berada di belakang mama dan papa. Dialah dalang segalanya, Mr. Kim.

Disebelah Mr. Kim, ada seorang gadis yang muda. Berumur 20-an. Gadis itu langsung tidak berlawan. Malah dia hanya memerhati saja.

Mummy memandang gadis itu. Melihat gadis itu, dia dah tahu. Gadis itulah pembunuh Aurora dan Marcello! Gadis itu jugalah yang membunuh pekerja- pekerja Alessio! Gadis itulah punca kejatuhan Alessio tempoh hari.

"Dae..Ho.. why? " daddy memandang Mr. Kim.

Mr. Kim memandang mereka berdua dengan penuh kebencian, "You have that answer. This is all your fault, "

Daddy dan mummy terkedu. Jadi... Memang betullah andaian mereka selama ni. Kim Daeho menyimpan dendam dekat mereka. Hati mummy dan daddy luluh melihat seseorang yang penting dalam hidup mereka buat mereka sebegini.

Kim Daeho...

Bang!

Musuh yang mendekati Zedi, Lutfi dan Naim itu terus jatuh, kepalanya pecah. Dia ditembak dari jarak jauh.

Zedi dan Lutfi menjerit ketakutan, ngeri melihat. Naim terus memeluk kepala Zedidan Lutfi, tidak ingin mereka melihat situasi itu.

"Tutup mata... tutup mata, " Naim mengulang perkataan itu banyak kali. Dia juga takut tetapi dia perlu lindungi adik- adiknya. Dia perlu kuatkan hati, kuatkan semangat walaupun dia hanya seorang budak yang berumur 9 tahun.

"Bos! Lion's already here! " salah seorang daripada mereka menjerit lantang.

Mr.Kim mendecit, "Irene, let's go. This couple gonna die soon. We'll settle about their last daughter and son after this, "

Gadis itu bernama Irene menunduk, lantas mengikutnya. Mereka semua berundur sebelum kumpulan grandpa dapat mengepung mereka.

Daddy terus kembali baring di atas mummy. Daddy lega apabila kumpulan bapa mertuanya sudah sampai.

"Meliya, look. Papa already here. He'll save them. You don't need to worry okay? Just... " daddy menangis.

"Just sleep, don't force yourself, " daddy memeluk mummy.

Mummy menangis lagi dan tanpa bunyi. Kedua mereka lega apabila bantuan sudah sampai.

"I-- I love y-- you, Leviez, " mummy mengucapkan kata- kata itu dengan segala kudratnya.

Daddy mencium dahi mummy, "I love you too Meliya, more than anything. I'm sorry for not being able to protect you and our kids. Thank you for bring happiness in my life. Thank you for changing my life. Thank you for everything you've done for me, darling. Now it's time for us to rest, "

Mummy tersenyum kecil. Mati kerana selamatkan anak- anaknya itulah kebanggaannya.

'Aurora, Marcello. Did I do it well? Your child is safe now. You can rest well. Please wait for me there, ' Dengan sekelip mata, mummy terus tewas. Degupan jantung, pernafasan, semuanya terhenti.

Daddy terkedu lalu dia pun menangis, "DEAR GOD! PLEASE GIVE ME ONE MORE CHANCE! I WANNA LIVE HAPPILY WITH MY FAMILY. MY WIFE, MY DAUGHTERS, MY SONS, MY SISTER! PLEASE LET US HAVE OUR SECOND LIFE! PLEASE I'M BEGGING YOU! "

Ya, dia yang suruh isterinya rehat. Tetapi itu hanya di mulut. Di hatinya, dia ingin hidup bahagia sekali lagi dengan keluarganya. Bahagia seperti keluarga yang lain. Dia ingin merasai semua itu.

Setelah daddy menjerit, dia jatuh. Dia menyusuli isterinya, meninggalkan anak- anak mereka di dunia.

"Daddyyyyyyyy! Mummyyyyyyyy! "

Zedi dan Naim berlari ke arah mummy dan daddy mereka. Lutfi juga ikut berlari. Mereka menggoncang kedua tubuh mummy dan daddy mereka. Berharap mereka masih hidup.

Darah yang berlimpangan di lantai tidak diendahkan mereka bertiga. Mereka hanya ingin balasan daripada mummy dan daddy mereka.

"RIOS! RINE! "

Grandpa datang ke arah mereka. Dia terkedu melihat tubuh anak dan menantunya di lantai, berlimpangan dengan darah yang banyak. Ketiga cucunya pula menangis teresak- esak di tepi.

Grandpa pantas berlari ke arah Naim , Lutfi dan Zedi lalu dia pun memeluk mereka.

"Grandpaaa do something. Mummy and daddy ignore me, " Zedi menarik baju grandpa.

Grandpa menahan tangisnya. Naim dan Lutfi di tepi hanya diam, menangis dalam diam.

Grandpa terus mendukung Lutfi dan Zedi, dikiri dan kanan. Naim pula dipimpin. Dia berjalan keluar dari rumah itu. Ketiga cucunya menangis dengan darah yang banyak terkena di baju mereka. Walaupun sudah berumur 50-an, dia masih kuat untuk mendukung cucunya itu.

Kesemua orangnya terkejut melihat ketua mereka keluar dengan cucu- cucunya yang menangis. Lebih mengejutkan, terdapat darah di baju mereka bertiga.

"Bawa mayat mereka berdua ke rumah, "

Itu arahan yang diberikan. Semua terkedu mendengar. Maksudnya...

Puan Meliya dan Tuan Leviez dah tewas?

Zedi, Lutfi Naim menangis dengan kuat. Mereka yang lain memandang simpati. Mereka pasti, ketiga anak ini melihat sendiri kematian ibu bapa mereka di depan mata. Malah kematian Aurora juga berlaku di depan mata anaknya, Lutfi.

Mereka masih kecil untuk lalui semua ini. Kenapa... Kenapa musuh tergamak buat sebegini...

"Sebab tulah akak tak dapat track location korang dulu sebelum ni. Akak track nama mummy daddy. Dan sebenarnya mummy daddy dah takde, " Miranda menangis sambil memeluk kedua adiknya.

Miranda menyalahkan dirinya dalam diam. Kim! I'll never forgive you!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro