Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 42

(Hara P.O.V)

"Saya nak putus, "

Keadaan hening, aku langsung tak dapat apa- apa balasan daripada Khai.

5 minit berterusan hening sehingga aku membuat keputusan untu mengahkiri perbualan, " Saya pergi dulu-- "

"TUNGGU BAE! "

Aku terdiam mendengar panggilan itu.

"Tolong jangan panggil saya macam tu lagi lepas ni. Kita dah tak ada apa- apa hubungan, "

"But.. okay fine, Hara.... Why? You ingat I ni tak ada perasaan ke? You nak permainkan I? Jadi selama ni-- "

"KHAI! Just stop your lakonan, siapa yang tak ada perasaan? Siapa yang permainkan orang lain? SIAPA KHAI? " aku terus memotong percakapannya.

"What do you mean, Hara? You yang permainkan I... dah jelas! I love you but you did this to me? So selama ni kita selalu bersama hanyalah lakonan semata? "

Aku ketawa sinis, memang penipu besar, " Khai, wanna know something? "

Khai tidak membalas. Jadi aku hanya menganggap bahawa dia mahu mendengar.

"Makin lama aku dengar suara kau dan lakonan kau, makin bertambah benci aku dekat kau, "

"HARA! What are you talking about-- "

"STOP LAH KHAI! KAU INGAT AKU TAK TAHU KE? KAU HANYA BERCINTA DENGAN AKU SEBAB KAU KENA DARE DENGAN KAWAN KAU KAN?! "

Khai terdiam, tidak membalas apa- apa. Aku mendengus, dia ni memang loading ke?

Bila temberang dah pecah, auto jadi bisu? Heh, gempak!

"You don't have anything to defend yourself? So I guess I'm saying the truth, " aku terus meneruskan percakapanku.

Kang kalau aku diam juga, entah bila tamat panggilan. Dah lah aku yang call, habis topup aku nanti!

"Wait Hara, I tak paham apa yang you cakap ni? I bukannya tak nak defend but I clueless. You cakap benda yang merepek, " Khai lantas bersuara, memertahankan dirinya.

"Oh, kau clueless? Hmm, kesiannya... " aku membuat muka simpati walaupun dia tak boleh melihat.

"Ha- Hara.. "

"Tapi tu bukan masalah aku! Kau ingatlah guna otak cetek kau tu sendiri. Jangan buat- buat tak tahu ya, kau sendiri yang terlibat... Jadi ingat sendiri, budak- budak sastera Diamond High kan dikenali sebagai '256 GB student'~ "

Aku terus menamatkan panggilan lantas aku pun menekup mukaku di bantalku. Aku menangis perlahan.

"Kenapa aku.... kenapa aku yang kena lalui semua ni... Apa yang diorang berlima buat bila diorang yang terkena ya? "

Tok tok tok!

Aku hanya mengabaikan ketukan pintu itu. Semakin lama, semakin kuat ketukan itu.

"Cik Hara, Puan Safiya dan Tuan Carl tunggu Cik di taman. Mereka arahkan saya untuk panggil Cik turun minum petang, " suara pembantu rumah yang mengetuk pintuku kedengaran.

"Told mummy and daddy that I'm not in mood today! " aku membalas dengan kasar. Bukan apa, aku cuma tak nak dia sedar yang aku ni baru menangis.

"Ta- tapi Cik Hara-- "

"JUST GO! I DON'T NEED TO GO! ALONG, ANGAH DAN ACIK KAN ADA! PERGI JELAH SURUH DIORANG! " aku terus menjerit, melepaskan amarah.

Pembantu rumahku diam seketika, "Baiklah, saya minta maaf kerana membuat Cik Hara marah. Maafkan saya, "

Setelah itu, aku tidak mendengar apa- apa lagi. Aku terpaku seketika lantas aku mengangkat wajahku. Aku memandang pintuku.

"Aku.. aku tak sengaja tinggikan suara... aku... " aku bersuara kesal. Memang aku tak sengaja. Ini pertama kali aku tinggikan suara dan berlaku biadap terhadap pembantu rumahku.

Aku terus menekup wajahku dengan kuat.

Tidak lama selepas itu, aku rasa katilku tenggelam. Tapi aku langsung tidak mengangkat wajahku. Sebab aku tahu siapa yang datang ke bilikku dan masuk tanpa meminta izin. Malah bukan hanya seorang tetapi tiga orang.

"Honey, why you do that? " seseorang menyoalku dengan lembut.

Aku tidak membalas. Dia mengeluh apabila melihat tinkah laku ku.

"Honey~ Along cakap dengan Honey, kan? Answer him, " angahku mengusap rambutku.

"Just leave me alone, please? Three of you just go to mummy and daddy, " aku masih lagi menekup wajahku di bantal.

Along dan angah mengeluh kuat.

"Honey, apa kena mengena pembantu rumah kita dengan masalah percintaan Honey? " acik menyoal.

Aku terdiam. Ya, memang tak ada kena mengena. Langsung tiada. Aku menarik nafas, nasib baika ku tak menangis larat sangat tadi.

Aku terus duduk dan memandang acikku yang berdiri sandar di pintuku yang sudah tertutup rapat. Along dan angahku pula duduk di katilku.

Aku mengeluh lantas bersuara, " Honey ingatkan acik tipu Honey tentang hal Khai, " aku bersuara perlahan.

Acikku memeluk tubuh, " Untuk apa acik tipu Honey? Acik tahu apa yang Khai buat. Dan paling penting, acik ni classmate dia tahu tak? "

Aku mengetap bibir. Betullah apa yang acik cakapkan, dia tahu semuanya. Malah mereka duduk berdekatan di dalam kelas.

"Ta-- tapi Honey susah nak percaya apa yang Khai buat, " aku bersuara perlahan namun aku pasti ketiga- tiga abangku dapat menangkap butir bicaraku.

Acik berjalan menuju ke arahku," Honey, nak tunggu dia yang tinggalkan Honey ke? Time tu baru nak percaya? " bahuku dipegang oleh acik.

"MALIK AFRAN! " Along menjerit.

Ya, seperti yang korang baru tahu, Malik adalah abangku. Malah, kami berdua kembar. Aku adalah kembar adik manakala Malik adalah kembar abang. Tetapi kami kembar tidak seiras.

Malah kami tidak pernah sama sekolah sejak tingkatan 1 sampailah tingkatan 4. Semasa tingakatan 5, barulah aku sama sekolah dengannya tetapi kami tak pernah berbual di sekolah. Hanya memberi sapaan mata sahaja.

"Along, betullah apa yang acik cakap. Acik kenallah dengan Khai tu! Malah kitorang jadi classmate sejak tingkatan satu lagi! Acik dah hadam perangai Khai tu! " Malik melepaskan bahuku.

"Acik... " Angah cuba meredakan Malik.

Malik mengeluh, " Don't you get it? You deserve better than him, Honey, "

Aku mengetap bibir. Deserve better?

"Honey, apa yang acik cakap tu betul. Khai yang jahat tu, tak layak untuk satu- satunya puteri dalam keluarga kita, " Along menarikku ke dalam pelukan.

"Honey nak boyfriend? You don't need one, Honey, " Angah menepuk bahuku perlahan.

Along dan Angah memandang Malik. Malik lantas menjongketkan keningnya.

"You don't have anything to say to our precious little princess? " Along bersuara seperti memberi ugutan.

"Did I have to say that? " Malik menyoal menyampah.

"Ohohoho~ " Angah berdiri sambil melayang- layangkan badannya. Angah berjalan menuju ke Malik lantas dia pun meletakkan lengannya di atas bahu Malik.

"Hands off me! " Malik cuba merungkaikan tetapi gagal.

"Atototo, acik tak pernah pun buat perangai garang~ Kenapa ni? Jealous lah tu~ Orang terlalu manjakan Honey harini~ Dia tak dapat perhatian macam selalu~ " Angah terus memeluk tubuh Malik dengan erat.

"NO! WHY WOULD I JEALOUS?! YOU STAY AWAY FROM ME! " Malik menolak- nolak tubuh Angah tetapi tidak berjaya. Angah terlalu kuat.

Angah ketawa jahat, suka melihat Malik sebegitu. Memang kejam.

Aku menggeleng, apalah nasib Malik kena lalui seksaan Angah.

"Dah dah! Jom turun pergi taman. Mummy dengan daddy tunggu, " Along merungkaikan pelukannya ditubuhku lantas berdiri.

Angah pula melepaskan Malik, " Haahlah, jom! "

Along dan Angah sudah berjalan menuju ke pintu bilikku tetapi mereka memandangku apabila aku berkata sesuatu,

"Apa yang acik nak cakap tadi? "

Along dan Angah berpandangan.

"Along dengan Angah pergilah dulu. Acik ada sesuatu nak cakap dengan Honey, " Malik bersuara.

"Alright bangla, chaw dulu~ " Angah terus berlari keluar untuk turun ke taman.

Along menggelengkan kepalanya, " Okaylah, jangan bergaduh pula lepas Along keluar nanti. Along turun dulu, nanti jangan lupa turun. Risau mummy dengan daddy pasal korang berdua, "

Aku mengangguk, begitu juga dengan Malik. Along pun keluar.

Setelah itu, aku memandang Malik dan Malik juga memandangku. Kami merenung antara satu sama lain.

Malik mengeluh lantas berjalan ke arahku yang teduduk di atas katil. Dia pun duduk di sebelahku. Aku ditarik ke dalam pelukannya. Aku terdiam.

"Acik, do you hate him? " aku terus menyoal tanpa bertapis.

"I actually don't hate him, though. Maybe he's now is one of my bestfriend? Yup, he is, " Malik menjawab tenang.

"Then why? Why you tell me the truth? "

Malik mengeluh, "Isn't it obvious? I want to protect you. Cukuplah selama ni acik tengok lebih dari sepuluh perempuan dikecewakan. Acik tak nak Honey kecewa, sedih, " Malik mengusap rambutku.

"Hmmm, what do you want to tell me earlier? " aku menyoal sekali lagi.

"Oh about that, I just want to tell you. You don't need boyfriend anymore, Honey. Honey nak pergi mana? Acik, Along and Angah kan ada? Just anggap kitorang ni your boyfriend, okay? "

"Okay, "

Malik ketawa kecil, 'Aku takkan benarkan kau sakiti adik aku lagi, Khai. Cukuplah aku pernah hilang seseorang yang bermakna dalam hidup aku dulu. Sekarang, aku tak nak kehilangan satu- satunya adik aku yang tinggal sebab aku dah janji dengan dia untuk pertahankan adik aku. Aku dah janji, '

"Jom turun? " Malik mempelawa.

Aku mengangguk lantas berlari meninggalkannya di belakang. Malik menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Hari ahad ni, aku akan buat yang terbaik, aku takkan lepaskan peluang untuk dapatkan dia... apalah riaksi Honey nanti bila dapat tahu, ada kang dia tebas aku guna penyapu lidi, " Malik terus berjalan.

Ya, memang dia abang kepada Hara, kawan Zedi. Dia kenal Zedi dari dulu lagi, sejak Zedi tingkatan 1. Cuma Zedi sahaja yang tak mengenali dirinya. Hmm, cintanya dah lama berputik tanpa semua orang tahu. Dah lama dia pendam... ahad nilah penentu segalanya.

(End Hara P.O.V)

------

(Izla P.O.V)

Aku turun ke tingkat bawah rumahku. Aku berjalan menuju ke ruang tamuku.

Aku menggeleng melihat mama yang ingin menangis. Aku bergegas ke mama lantas tubuhnya dipeluk erat olehku. Mama mengetatkan pelukan itu.

"Mama, why you crying? "

"My sweetie, mama tak sanggup nak tinggalkan kamu di sini seorang diri, " semakin erat mama memelukku.

Aku ketawa kecil, "Mama, I'm not kid anymore. I can take care by myself... Lagipun, ada banyak pembantu rumah dan bodyguard dekat rumah ni kan? "

Ya, rumahku boleh dikatakan rumah ketiga terbesar dalam kalangan ZIQHAS. Kedua adalah Syaz, mak ayah dia tu CEO. Masing- masing ada syarikat sendiri. Lagi- lagi bila Syaz tu hanya anak tunggal.

Dan rumah yang paling besar antara ZIQHAS adalah rumah Zedi. Ini kerana orang yang menjaga dia dan abang dia merupakan ketua mafia yang kuat. Malah, dia boleh digolongkan dalam top 5 di dunia. Kami banyak kali juga pergi ke sana... Sebab orang yang menjaga Zedi tu nak kenal kami lebih rapat lagi. Mungkin dia juga nak selidik antara kami, ada tak musuh yang cuba gunakan Zedi untuk membalas dendam. Biasalah, mafia~

"That's not mean ada banyak bodyguard and maid, mama not worried about you! You my only child~ " mama menggomol pipiku.

"Ma- mama... " aku cuba untuk melepaskan diri tetapi gagal.

"Yana, let her go... Hilang nyawa anak awak sebab lemas kena peluk ketat- ketat... Kita nak pergi ke kampung je... " papaku menepuk bahu mamaku dengan perlahan.

"Abang tak paham perasaan saya! Ini anak saya, saya mesti risau! " mama masih lagi memelukku.

Sejujurnya aku agak malu bila banyak bodyguard sekeliling yang sedang berjaga dan juga maid yang berdiri di belakang mama. Aku dah besar dah, malulah kalau asyik dimanjakan je.

"Ini anak abang juga... Abang tahu awak risau tapi kita pergi sehari je... " papa memakai jam tangannya.

"Abang! Abang tahu tak-- "

"Tak, " papaku memintas dengan muka tak bersalah.

Aku menahan ketawa, papa dari dulu lagi suka bergurau dengan mama. Mama melepaskan pelukan lantas mama memukul bahu papa dengan sedikit kuat.

"Aduh! "

"Abang dengarlah dulu apa yang saya nak cakap, " mama membuat muka marah tetapi bagi aku dengan papa, tak nampak pun marahnya... Nampak comel adalah.

"Okay okay abang dengar. Haa, apa yang awak nak cakap dari tadi? "

"Saya nak cakap, anak kita ni duduk asrama. Jadi, jaranglah dia balik. Bila dia dah balik, kita pula yang tak ada dekat rumah. Bila lagi saya boleh manjakan anak saya ni kalau masing- masing ada hal sampai tak boleh berjumpa, " mama terus mengeluh.

"Halah halah, dekat kampung nanti, saya kan ada.. Awak manjakan jelah saya ni, tak payah nak berkepit dengan mak mertua awak je, berkepit dengan suami awak ni. Kita naik motor keliling kampung, mandi sungai, okay? " papa berkata selamba.

Aku ketawa kecil, "Papa jealous eh? Mama kalau jumpa sweetie, mama terus palau papa, " aku terus ketawa besar.

"Hoho! Yakinnya budak ni. Sweetie, kalau kamu ni, papa ketis guna dua jari je dah melayang ke asrama semula. Papa bagi mama manjakan kamu sebab kesian, tengok muka anak sendiri macam kurang kasih sayang, haha! " papa memeluk bahu mama sambil menayangkan senyuman mengejek.

"Amboi, pakcik tua ni, tak nak kalah eh, " aku menggeleng.

"Eh mesti, siapa je yang nak bagi bini kita dekat dengan orang lain, terutamanya anak sendiri. Anak sendiri lagi bahaya, "

Kami bertiga ketawa bahagia. Haih, papa suka bergurau dan mama yang suka bermanja dengan papa dan aku. Hmm, aku sayang keluarga aku. Aku bahagia teramat. Di sekolah dan di rumah, sentiasa gelak ketawa yang memenuhi hidupku.

"Sweetie, mama pergi dulu ya, jaga diri, esok nak shopping hadiah untuk mereka berlima kan? Hati- hati ya, pastikan ada seorang atau dua bodyguard yang ada bersama kamu, okay? " mama memeluk aku sekali lagi.

Aku tersenyum manis, meyakinkan dirinya, "Okay mama, "

Mama terus meleraikan pelukannya. Papa pula mengusap rambutku.

"Sweetie, kalau kamu takut, jangan call papa dan mama. Menganggu sweet moment kami berdua. Baca je ayat kursi banyak kali, "

Pap!

Mama memukul bahu papa, "Abang! Kenapa cakap macam tu! Ingat anak tu tak penting ke? "

Papa ketawa lepas, "Abang gurau jelah Yana, " Papa terus memelukku.

"Ingat ye sweetie, kalau ada bahaya terus call. Jangan ragu- ragu, okay? " papa memesan.

"Baiklah tuan! " aku menabik hormat.

Papa meleraikan pelukan, "Malam ni jangan lupa call, nanti pengsan mama kamu bila tak dapat dengar suara kamu setiap hari, "

"ABANG! " mama memasamkan muka.

Aku dan papa hanya ketawa. Memang betul, walaupun dekat asrama, aku mesti call mama tepat pukul 8 malam. SETIAP HARI. Wajib! Kalau tak, mama akan kick aku dari group family kami bertiga. Kononnya dilabel sebagai anak durhaka, haha! Apa- apa je mama ni.

Actually, mama sayang sangat dengan aku sebab aku satu- satunya anak dia. Aku tahu, mama dan papa tunggu 5 tahun untuk aku lahir. Mama dikhabarkan mandul tetapi satu hari, mama mengandungkan aku.

Bukan hanya mama dan papa sahaja, malah atuk dan nenek belah mama dan papa serta adik- beradik mereka sangat bahagia mendengar berita itu. Mana taknya, selama 5 tahun, mama sangat sedih. Malah, mama pernah memberi izin dekat papa untuk kahwin baru.

Kononnya, nanti dapat anak. Tetapi cinta papa terhadap mama tersangat suci dan kuat. Papa tidak mahu kahwin lain, katanya dia tetap bahagia walaupun tiada anak. Asalkan mama tetap setia di sisi papa.

Nenek dan atuk belah papa juga tidak terima hakikat jika papa ingin memadukan mama. Apatah lagi nenek dan atuk belah mama. Dan akhirnya, mama mengandungkan aku.

Selepas sahaja aku dilahirkan, mama mengalami masalah pendarahan beku selama setahun. Setahun mama menderita kesakitan. Mama disyaki mengalami kanser rahim.

Papa pula hanya menjaga mama, langsung tidak mahu pergi ke kerja. Syarikat papa di ambil alih oleh pakcik ku seketika. Pakcik ku juga tidak terlalu fokus di syarikat papa kerana dia juga punya syarikat sendiri.

Aku pula dijaga oleh atuk dan nenek belah papa. Atuk dan nenek belah mama pula menjaga mama bersama papa. Setahun aku hidup bersama atuk dan nenek tanpa kasih sayang seorang insan bernama ibu. Papa juga datang menjengukku sekali- kala.

Bila dah setahun berlalu, mama akhirnya sembuh tetapi dia telah kehilangan rahimnya. Ini bermakna, dia sudah tidak mampu mengandung lagi.

Aku pula sudah diambil oleh mama dan papa. Atuk dan nenek kedua belah sangat sedih mendengar berita bahawa mama kehilangan rahim. Semua orang sedih, apatah lagi mama dan papa.

Tetapi aku masih kecil lagi ketika itu, aku langsung tak tahu apa- apa kesedihan. Selepas sahaja mama sembuh sepenuhnya, mama menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Mama tak pernah memukul mahupun memarahi aku.

Begitu juga dengan papa, atuk dan nenek kedua belah dan juga makcik- makcik serta pakcik- pakcik ku. Aku bagaikan anak emas, semua yang aku nak, aku dapat.

Aku sangat gembira bila disayangi. Malah aku sangat manja dan lembik, aku tak boleh diusik sedikit pun. Aku mudah menangis sehinggalah aku berjumpa dengan 5 ketul itu.

Mereka suka bergurau kasar dengan ku. Mereka suka membuli antara satu sama lain. Mereka juga suka melindungi antara satu sama lain. Dan mereka jugalah penyebab aku sudah berubah menjadi seseorang yang kuat dan ceria.

Merekalah, ZIQHAS.

"HATI- HATI! " aku menjerit apabila kereta yang dinaiki mama dan papa sudah bergerak ke luar dari kawasan rumah.

(End Izla P.O.V)

------

(Syaz P.O.V)

Aku berjalan menuju ke mummy yang sedang bersiap untuk keluar.

"Mummy, " aku memanggilnya perlahan.

Mummyku memalingkan wajahnya, memandangku, "Yes, anything? "

"Where do you want to go? "

Mummy memakai jam tangannya, "Isn't it obvious to you? I'm going to work, "

"I know about that, mummy, " aku bersuara perlahan.

"So? Why you ask me a stupid question? " mummyku bersuara mendatar.

Aku menarik nafas perlahan, " My mean, what is this? " jari telunjukku menunjuk bagasi di sebelah mummyku.

Mummyu memandang bagasi itu, " Oh this? I'm going to Hong Kong for a week, "

"O--oh, I didn't know about that? " aku sedih, apa ni? Kenapa keluarga aku sentiaa macam ni?

"This is about work, Hairana. You don't need to know, " mummyku terus memakai blazernya.

Aku mengetap bibir. Mummy dan daddy memang panggil aku dengan nama sahaja. Langsung tiada nama manja seperti ahli ZIQHAS yang lain. Namaku adalah Syeazmin Hairana.

"Daddy know about this? You're going to Hong Kong, " aku menyoal lagi.

"Of course he know about that, Hairana, "

"So where he is? I didn't saw him everywhere? " aku menoleh kiri dan kanan. Mana tahu daddy duduk dekat sekeliling tiba- tiba ke...

"Oh about that, your daddy has gone to Brunei a day ago, " mummy mendekatiku.

Aku terkedu. Oh, I really don't need to know, huh?

Mummy memelukku, "Actually mummy have to go same flight with your daddy, even his meeting earlier a day than me, I still can go with him like he said but I don't wanna go with him. I want to spend time with my only child, "

"Spend time? " aku menyoal perlahan. Aku langsung tidak membalas pelukan mummyku.

"Of course, Hairana. You are my treasure. Not only for me, for your daddy too, "mummy melentokkan kepalanya di atas kepalaku.

Aku mengetap bibir, "Mummy, are you and daddy just taking care of me because one day, I will take over the company? " aku bersuara perlahan.

"Huh? What are you talking about? Of course not Hairana, mummy and daddy love you with all of our heart, that's why I'm trying my best to spend time with you now. Maybe your daddy busy now but one day, he will spend time with you, okay? " mummy masih lagi memelukku dan melentokkan kepalanya.

"Spend time? "

"Yeah, Hairana, " mummy tersenyum.

"How do you spend time with me? " aku menyoal lagi sekali dengan nada yang perlahan.

"How? Just like now, here, I hug you, " mummy menjawab dengan lembut.

"This is not what I want, "

"Huh? " mummy menegakkan kepalanya, memandangku yang masih menunduk memandang lantai. Aku takut nak pandang matanya.

"I literally came home 2 hour ago and you didn't even meet me. You also didn't greet me at the front door when I came home. Now, we meet just because I'm the one looking for you, " aku bersuara.

"Oh, is that so? You want me to do like that? " mummy bersuara mendatar.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku terkejut apabila mummy menyentuh pipi kiriku dengan menggunakan tangan kanannya manakala tangan kirinya masih lagi memelukku.

Wajahku di dongakkan, aku takut apabila melihat raut wajah mummy sudah berubah.

"Listen here, Hairana. As a CEO of top 1 technology company in Malaysia, I'm very busy. Even a minute is important to me. So you want me to waste my precious 2 hours for stupid thing? You want to spend time together, right? Here, I give you a warm hug! Isn't it enough for you? "

Aku terkelu, kenapa? Kenapa aku yang kena lalui semua ni?

Mummy menekup lagi kuat tekupanya di pipiku, "So, you want me to treat you like a princess? "

"No-- not like that, mu--mummy, " aku terketar- ketar ketakutan.

Wajah mummy seperti ini, aku pernah nampak. Sewaktu aku kecil, ketika dia memaksa ku untuk mempelajari selok belok syarikatnya tetapi aku tak nak. Aku masih lagi berumur 4 tahun ketika itu!

Akhirnya aku terpaksa belajar kerana dia nampak sangat menakutkan. Matanya langsung tak ada cahaya, sangat malap. Bukanlah magik tetapi itulah gambaranku. Mummy sangat menakutkan.

Dan paling penting, aku tak dibenarkan berbual dalam bahasa melayu dengan mummy dan daddy. Mereka akan abaikan aku kalau aku cuba berbual dalam bahasa melayu. Hanya english dibenarkan.

"If that so, appreciate what I'm trying to do for you, " mummy terus melepaskan ku.

Aku terus menunduk, takut teramat.

"This saturday is 5th anniversary ZIQHAS, right? I'm giving you a chance this week. You don't need to study about my company like before, enjoy this week with ZIQHAS. But start next week, as usual, study about my company. Also your daddy's. Are you clear about that, Hairana? " mummy mengemaskan rambut sanggulnya.

"Yes, mummy, " aku menjawab perlahan. Aku masih lagi menunduk.

"We are very different with them. ZIQHAS, their family have a lot money also they are very famous. Start from their great grandparents, very famous. Not like our family. Your grandpa have to work harder until we have our own successful life like this. Five of your friends, they don't care if one of their company goes bankrupt because they have plentys of them, "

Aku mengetap bibir. Inilah yang selalu mummy katakan jika aku tidak mahu belajar tentang syarikat. Mummy selalu membandingkan hidup kami dengan mereka berlima yang dari zaman moyang mereka lagi sudah senang.

"Just look at our house, even we have the biggest house after Zedi's, we only have house in Malaysia. How about your other friends? All of them, have plenty house in the other country. Not a small house but a banglo or villa. While our family? If we go to oversea, we need to book a hotel. So you know right? The difference between you and them, " mummy terus memakai kasut tumit tingginya berwarna putih.

"Yes, mummy. I know, "

"You need to work harder start now because you have to stand at the same level as them, even now they only a student, they have a lot assets. They still have bright future even if they fail in school, " mummy mengemaskan pakaiannya buat kali terakhir.

"I give you permission to be friend with them because you can set them as your example. Just watch how they living their life without any problems, " mummy menyambung lagi.

Mummy berpaling memandangku, "And why is that? Because they have a lot of money. Money is everything in this world. If they wanna play around in school, let them be. It's them, not you. You need to do both, work harder and smarter. That way, you can gain more advantages and maybe our family will surpass them? "

Aku hanya diam. She always saying this. She always manipulate me.

"Remember, we gain more money if you still be friend with them especially Zedi. Her family will give us more money just because you both still bestfriend. Isn't it great? " mummy tersenyum namun senyumannya licik.

Duit, duit, duit. Itulah yang penting bagi mummy and daddy.

But aku berkawan dengan Zedi bukan sebab harta. Okay jujur, first time aku setuju kawan dengan Zedi masa kitorang umur 8 tahun. Our first meet.

Aku setuju nak kawan dengan Zedi bila mummy daddy desak aku. Tawaran kawan dengan Zedi sangat besar. Contohnya, family dia akan bagi banyak tender yang berjuta. Semuanya guna cable.

Mummy and daddy terus setuju. Katanya peluang keemasan. Diorang dapat tawaran ni pun sebab diorang dah ada nama dalam Malaysia dan paling penting, diorang ada anak perempuan yang sama umur dengan Zedi. Akulah tu.

Time dapat berita tu, aku nampak betapa happynya muka mummy and daddy. Time tu mulalah diorang bersyukur ada anak. Selama ni, diorang selalu anggap aku ni menyusahkan. Bukannya diorang yang uruskan aku pun. Maid juga.

Kononnya family Zedi ni family terkemuka sebab diorang mafia dunia. Nak cari kawan pun kena ikut protokol especially bila Zedi still kecil.

Dulu, aku menyampah dengan Zedi sebab dia ni bising, bingit. Mummy and daddy pun terkejut bila jumpa Zedi but diorang desak aku untuk tarik perhatian Zedi. Diorang tak nak Zedi hilang menarik nak kawan dengan aku. Aku pun terpaksa ikutlah.

Syarat utama nak kawan, mesti Zedi suka orang tu. Kalau dia tak suka, semua ganjaran automatik akan ditarik serta- merta. Mummy daddy punyalah try hard nak suruh aku berkawan dengan Zedi. Sampai sanggup hantar aku ke mansion family Zedi setiap hari.

Bukannya driver malah diorang yang hantar. Siap bergaduh, berebut setiap hari nak hantar aku. Kononnya masing- masing ada syarikat sendiri. Jadi, diorang bolehlah naikkan nama syarikat sendiri depan mata family Zedi.

Aku pun kalau boleh setiap hari terpaksa kawan dengan Zedi. Bukan kalau boleh, memang setiap hari. And mummy daddy macam angel bila depan Zedi. Menyampah aku. Aku ke Zedi anak diorang? Ke diorang nak ganjaran je?

Tapi bila dah umur 10 tahun, aku dah sayangkan Zedi ni. Aku tak kesahlah ganjaran jadi kawan dia. Lantak lah ganjaran tu. Yang penting, kitorang berdua bahagia sangat. And aku tak menyesal berkawan dengan dia.

Cuma dulu time kecil, aku jealous sangat dengan dia. Apa yang dia nak, semua dia dapat. Apa yang dia buat, tak ada siapa marah. Even grandpa and her brother. Dia hidup bebas, tak macam aku. Aku ni cuma mainan mummy daddy dari dulu lagi.

"Hairana are you listening? "

Aku kembali ke realiti, "Yes mummy? "

"Good, I gotta go now, bye, " mummy terus keluar dari rumah, diikuti oleh bodyguard yang membawa bagasinya.

Pintu utama bangloku sudah tertutup. Aku terus jatuh terduduk.

I hate my life!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro